Monday, September 5, 2022

Jaafar Abi Talib

- us Nor Azam bin Abdullah kuliah Suboh Sabtu 3-Sep-2022

Sahabat Rasulullah Jaafar bin Abi Talib

- anak kpd Abi Talib bin Abdul Mutalib, sepupu kpd Rasulullah saw. 
- semasa kecil Jaafar tidak dipelihara oleh Abi Talib, dia di pelihara oleh bapa saudaranya ie Abbas bin Abdul Mutalib.
  • apbl baginda Rasulullah telah dewasa, dan mempunyi pendapatan sendiri, baginda berjumpa dgn bapa saudara baginda ie Abbas bin Abdul Mutalib dan mencadangkan agar diambil anak² Abi Mutalib,  sebagai membalas jasa Abi Talib membesarkan Rasulullah saw.  Juga meringankan beban keluarga Abi Talib yg mempunyai 6 org anak (4 lelaki dan 2 perempuan). 
  • Abbas bersetuju dgn cadangan baginda Rasulullah maka dia mengambil Jaafar Abi Mutalib sebagai anak angkat. Manakala baginda Rasulullah mengambil dan menjaga Ali bin Abi Talib sebagai anak angkat. 
- apbl baginda menerima wahyu, baginda mendakwah kpd ahli keluarganya ie isteri Khatijah dan Ali bin Abi Talib. Kemudian kpd sahabat² baginda ie Abu Bakar as-siddiq. Kemudian Abu Bakar mendakwah kpd sahabat ²nya termasuk Jaafar bin Abi Talib.
  • Dlm tempoh 3 thn berdakwah, baginda berdakwah secara rahsia. Dlm tempoh ini baginda sendiri yg menjalankan dakwah, dan ajarkan para sahabat yg telah Islam cara berdakwah.
  • Jaafar antara 30 org pertama yg memeluk Islam bersama dgn isterinya ie Asma' binti Umais. 

- apbl bilangan org Islam bertambah, org² Quraisy memulakan kempen menyakiti dan menyeksa golongan miskin dan hamba yg memeluk Islam.
- Jaafar dlm keadaan tertentu terkesan dgn kempen org² Quraisy yg menyeksa org² Islam.
- baginda Rasulullah setelah menerima wahyu mengarahkan 80 org Islam utk berhijrah ke Habsyah utk mengurangkan siksaan yg dikenakan oleh org² Quraisy Mekah terhadap org² Islam. 
  • Habsyah dipimpin oleh seorg pemerintah yg bukan Islam bernama Raja Najashi.  Dia seorg nasrani dan menentang penindasan. Dia memberikan perlindungan kpd org² Islam yg berhijrah ke sana. 
  • Baginda Rasulullah setelah mendapat wahyu memindahkan org² Islam ke Habsyah telah mengarahkan Jaafar utk mengetuai rombongan (hijrah) ke Habsyah.
- 2 org Quraisy ie Amru Al-As dan Abdullah bin Abi Rabi'ah telah pergi ke Habsyah dan meminta dari Raja Najashi agar dibenarkan mereka membawa pulang org² Mekah yg telah Islam yg berlindung di Habsyah.
  • org² kafir tidak pernah senang dgn org² Islam walaupun org² Islam tidak menggangu urusan mereka. Inilah hasutan iblis dan syaitan supaya memusuhi org² Islam, walaupun telah berada jauh dari Mekah mereka masih ingin menyusahkan org² Islam.
  • Amru Al-As dan Abdullah bin Abi Rabiah membawa bersama mereka hadiah yg paling terkenal dari Mekah ie kulit,  yg banyak sebagai habuan kpd pembesar² Habsyah agar mudah bagi mereka berunding. 
  • Batariqah atau pendeta² ugama adalah penasihat² negara kpd Raja Najashi. Amru Al-As mulanya bertemu dgn kumpulan Batariqah dan memberikan kulit (sebagai rasuah) supaya bersetuju utk membenarkan Raja Najashi bersetuju agar org² Islam yg berhijrah ke Habsyah dibenarkan dibawa pulang ke Mekah.
- Raja Najashi terkenal dgn sifatnya yg tidak menzalimi rakyat bawahannya, dan bersikap adil.  Dia mahu mendapatkan cerita dari kedua pihak sebelum membuat keputusan. 
  • Jaafar sebagai ketua rombongan, setelah dipanggil oleh Raja Najashi utk mendapatkan penjelasan, Jaafar menceritakan kehidupan org² arab di Mekah dan segala macam keburukan yg dilakukan hinggalah Allah melantik seorg Nabi dari kalangan org Arab,  yg org² Mekah kenal sebagai seorg yg mulia ie Muhammad bin Abdullah. Namun setelah org² Islam bertambah org² kafir Mekah tidak senang lalu menyiksa org² Islam, lebih-lebih lagi yg miskin dan golongan hamba. 
  • Raja Najashi bertanya kpd Jaafar adakah Muhammad bin Abdullah membawa suatu ugama? Jaafar berkata ya, dan kemudiannya membacakan Surah Maryam. Kemudian menceritakan kisah Nabi Isa. Raja Najashi dan pembesarnya menangis mendengarkan kisah yg disampaikan oleh Jaafar, lalu mengatakan bhw ugama yg di bawa oleh Muhammad itu adalah berasal dari sumber yg sama yg diturunkan kpd Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
- Jaafar tinggal di Habsyah hingga tahun ke 7 hijrah, atau 17 tahun. Apabila dia pulang dari Habsyah, baginda Rasulullah tiada di Madinah. Baginda ketika itu baru pulang dari perang Khairbar. Kegembiraan Rasulullah amat sangat hingga baginda katakan kegembiraannya adakah kerana pembukaan Khairbar atau kerana pulangnya Jaafar Abi Talib.

Perang Mu'tah
- Dlm tahun ke 8 hijrah, Rasulullah menyiapkan 3,000 org utk berperang di Mu'tah (di Selatan Jordan). Gabenor yg dilantik oleh Rasulullah di Mu'tah telah dibunuh dan mencetuskan perang terhadap Islam. Pemerintah di Mu'tah di bawah kerajaan Rom. 
  • Pemerintah Mu'tah menyediakan 100,000 tentera, manakala Rom menghantar 100,000 tentera. 
  • Rasulullah menyusun ketua tentera Islam ie Zaid bin Harithah.  Sekiranya Zaid gugur syahid maka Rasulullah perintahkan supaya Jaafar bin Abi Talib menjadi ketua tentera.  Sekiranya Jaafar juga gugur syahid Rasulullah  perintahkan supaya Abdullah in Rawahah mengambil tugas sebagai ketua. Sekiranya Abdullah juga gugur syahid,  Rasulullah perintahkan supaya dilantik seorg ketua yg mereka sukai. 
  • Zaid syahid setelah ditombak tubuhnya. Jaafar kemudiannya mengambil kedudukan dan memegang panji Islam. Setelah Jaafar syahid Abdullah pula memegang panji Islam, Abdullah juga gugur syahid. Hinggalah Khalid Al-Walid mengambil tugas mengetuai tentera Islam hinggalah tentera Islam menang dan berjaya menewaskan tentera Mu'tah dan Rom.
- Jaafar Abi Talib syahid di Muktah. Tangan kanannya putus kemudian dia memeluk panji Islam dgn tangan kirinya. Tangan kirinya juga putus, kemudian dia memeluk panji Islam hinggalah tubuhnya dilukai 50 kesan tetakan.

- Baginda bermimpi bertemu Jaafar di syurga dgn bersayap terbang bebas dlm syurga. Allah gantikan tangan yg putus dgn sayap utk dia terbang bebas dlm syurga. Baginda dlm mimpi itu juga bertemu dgn saidina Hamzah.






No comments: