Saturday, October 11, 2025

Akhlak Islam: Model Segitiga Islam

- us Lt Kol Sukri bin Yahya kuliah Maghrib Sabtu 11-Okt-2025

Akhlak Islam

- Kita dituntut untuk berakhlak mengikut model Segitiga Islam. Bucu teratas adalah Aqidah, bucu kiri bawah adalah Syariah dan bucu bawah kanan adalah Akhlak.

- Kita dituntut utk berbuat baik apatah lagi berakhlak baik kpd org lain, lebih-lebih lagi kpd jiran. Hadis berkaitan akhlak dgn jiran dan balasan neraka sekiranya berbuat tidak elok atau menyakiti jiran.

Hadis #1:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw., bersabda: "Tidak akan dapat masuk syurga, orang yang tidak membuat tetangganya merasa aman dari perangainya yang tidak senonoh." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0037]

Hadis #2:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka ucapkanlah kata-kata yang baik-baik, atau diam saja. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1742]

Carian Internet:
Model Segitiga Islam - huraian berdasarkan pemikiran Imam al-Ghazali
1. Aqidah (Ilmu Batin/Asas Kepercayaan)
  • Kedudukan: Aqidah adalah akar atau asas agama. 
    • Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa keyakinan yang benar (tauhid) adalah asas utama yang menjadi penentu sah atau tidaknya amalan seorang hamba.
  • Fokus: Beliau menekankan bahawa aqidah bukanlah sekadar pemahaman teori semata-mata, tetapi ia harus meresap ke dalam hati dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Keyakinan kepada keEsaan Allah, sebagai contoh, akan menghasilkan sifat tawakal dan penyerahan diri yang sepenuhnya kepada kehendak-Nya.
  • Sumbangan: Beliau berusaha menyelaraskan pendekatan rasional (ilmu kalam) dengan pengalaman rohani (tasawuf) untuk memperkukuh aqidah, terutamanya dalam konteks kekeliruan pemikiran pada zamannya.
2. Syariah (Ilmu Zahir/Amalan)
  • Kedudukan: Syariah adalah amalan luaran yang menjadi bukti kepada keyakinan dalaman seseorang. 
    • Ini merangkumi ibadah-ibadah wajib seperti solat, puasa, dan zakat, serta peraturan-peraturan dalam urusan kehidupan sosial (muamalat).
  • Fokus: Menurut Al-Ghazali, syariah adalah jalan yang ditetapkan oleh Allah untuk menjaga kemaslahatan manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Beliau juga berhujah bahawa pelaksanaan syariah haruslah berlandaskan niat dan hati yang ikhlas, yang bersumber daripada aqidah yang kukuh.
  • Sumbangan: Al-Ghazali terkenal dengan usahanya untuk mendamaikan antara fiqh (ilmu syariah) dan tasawuf (ilmu batin), dengan menunjukkan bahawa kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Beliau mengkritik mereka yang terlalu fokus pada aspek zahir ibadah tanpa menghiraukan intipati rohaninya.
3. Akhlak (Buah Amalan/Perilaku)
  • Kedudukan: Akhlak adalah hasil daripada perpaduan aqidah yang benar dan syariah yang diamalkan dengan sempurna. 
    • Ia adalah pancaran daripada kesucian hati (tazkiyatun nafs).
  • Fokus: Al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong tindakan sama ada terpuji (mahmudah) atau tercela (mazmumah) tanpa memerlukan pertimbangan yang rumit. Akhlak yang baik terhasil daripada kombinasi kekuatan akal, emosi yang terkawal, dan kepatuhan kepada syariat.
  • Sumbangan: Dalam Ihya' Ulumiddin, beliau menerangkan proses penyucian jiwa melalui tiga fasa utama:
    • Takhalli (Pengosongan): Mengosongkan diri dari sifat-sifat tercela.
    • Tahalli (Penghiasan): Menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.
    • Tajalli (Penyataan): Tercapainya kesempurnaan peribadi di mana keagungan Allah terzahir dalam diri.
Kesimpulan
  • Menurut Imam Al-Ghazali, segitiga Islam yang terdiri daripada Aqidah, Syariah, dan Akhlak adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan. Aqidah adalah asas yang perlu dibina terlebih dahulu. Kemudian, syariah diamalkan sebagai manifestasi luaran dari aqidah. Akhirnya, akhlak yang mulia adalah bukti nyata keberhasilan penghayatan aqidah dan syariah dalam diri seseorang.

- Surah Ar-Rad ayat 13:11 (klik sini)
{ لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ }

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Antara ayat² Al-Quran berkaitan akhlak:
1. Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

- Kita perlu tapis dan pastikan berita yg kira terima/dengar sebelum sebarkan kpd org lain. Kerana nak menjaga diri kita dari tergolong sebagai org² yg tahu bahaya fitnah tetapi menyebarkan fitnah, yg mana balasannya neraka jahannam.

Dalil ancaman Allah itu seperti dlm Surah Al-Araf ayat 7:179 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ }

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

- Manusia yg jahil itu adalah bilamana dia tidak menggunakan anggotanya pd kebaikan dan ketaatan kpd Allah. Sebaliknya anggota badannya tertutama mata, pendengaran dan hati (fikirannya) digunakan utk kemaksiatan.

2. Surah Al-Israk ayat 17:37 (klik sini)
{ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّكَ لَن تَخۡرِقَ ٱلۡأَرۡضَ وَلَن تَبۡلُغَ ٱلۡجِبَالَ طُولٗا }

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

- Jangan berlaku/berlagak sombong. Jika kita ada kelebihan dlm bentuk kewangan/harga, jangan pandang rendah kpd org lain dgn merasakan mereka tidak setaraf atau tidak layak bersama dgn kita. Tegahan Allah itu disebutkan dlm surah Luqman ayat 18.

Dlm surah Luqman ayat 31:18 (klik sini)
{ وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ }

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

- sebaliknya, berjalanlah secara sederhana dan perlahankan suara apbl berbicara, spt yg diajarkan oleh Allah dlm Surah Luqman ayat 31:19 (klik sini)
{ وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ }

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

- Akhlak itu sgt penting dlm hubungan keluarga, jiran, masyarakat, jemaah masjid/surau, dan juga pejabat.

No comments: