Wednesday, October 1, 2025

Azab Neraka dengan Siksaan Paling Ringan

- us Reza Kamarudin kuliah Maghrib Rabu 1-Okt-2025

Azab Neraka dengan Siksaan Paling Ringan

- Surah Sad ayat 38:57 (klik sini)
{ هَٰذَا فَلۡيَذُوقُوهُ حَمِيمٞ وَغَسَّاقٞ }

Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);

- Menurut tafsiran Ibnu Kathir, neraka bukan sahaja panas tetapi juga mengandung keadaan sejuk yang amat dahsyat yang disebut dengan istilah "zamharir". Berikut inti tafsirnya:
  • "Zamharir" bermaksud sejuk yang amat melampau sehingga membakar dan menyeksa penghuni neraka. Sejuk dalam neraka ini menyebabkan kulit penghuni neraka tertanggal dan melepas dari tulang sehingga mereka meminta pertolongan dari panas neraka itu yang sebenarnya juga menyeksakan.
  • Ibnu Abbas dan ulama tafsir lain seperti Mujahid dan Muqatil menyebutkan bahawa azab sejuk neraka ini sama dahsyatnya dengan panasnya azab neraka, dan keduanya saling bertentangan tetapi keduanya merupakan azab yang sangat berat.
  • Neraka menghembuskan dua hembusan, hembusan panas dan hembusan sejuk, dimana kedua-duanya menjadi sumber seksaan bagi penghuni neraka.
  • Ibnu Hajar Al-Asqalani juga menyebut dalam Fathul Bari bahawa zamharir adalah sejuk yang melampau yang boleh membinasakan.

Kesimpulan yang diambil adalah bahawa azab neraka bukan hanya berupa kepanasan luar biasa sahaja, tapi juga mengandungi azab kedinginan yang luar biasa yang turut menyakitkan.
  • Ini menunjukkan kompleksiti azab neraka di mana panas dan sejuk ekstrem adalah bentuk seksaan yang tidak tertanggung bagi penghuninya.

Hadis berkenaan azab paling ringan dlm neraka

Hadis #1 
  • Dari Nukman r.a,: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya isi neraka yang paling ringan seksaannya di hari kiamat, adalah seorang yang diletakkan bara api di tapaknya dan kerana itu menggelegak otaknya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1763]

Haid #2
  • Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Sekurang-kurang seksa penduduk neraka ialah seksa yang diderita Abu Thalib. Dia memakai sepasang terompah yang membuat otaknya menggelegak." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0167]

- Peringatan berkenaan azam neraka yg ekstream
Tahap azab neraka spt dlm surah Ali Imran ayat 4, dan surah An-Nisa ayat 56.

Surah Ali Imran ayat 3:4 (klik sini)
{ مِن قَبۡلُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٞۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٍ }

Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

- Surah An Nisa ayat 4:56 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيهِمۡ نَارٗا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمٗا }

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ini memberi amaran keras bagi orang-orang yang kafir dan menolak ayat-ayat Allah. Mereka akan dimasukkan ke neraka Jahannam. 
  • Setiap kali kulit mereka terbakar dan hangus, Allah akan menggantikan kulit tersebut dengan yang baru agar mereka dapat merasakan azab yang berterusan. Ini kerana kulit yang sudah terbakar tidak lagi dapat merasakan sakit, jadi Allah menggantikan dengan kulit baru supaya siksaan itu terus dirasakan tanpa putus.

Ibnu Kathir menekankan bahawa ini merupakan bentuk azab Allah yang amat dahsyat bagi mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah dan tidak menerima kebenaran. Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana dalam memberikan hukuman yang setimpal dengan amalan manusia.


No comments: