Sunday, April 13, 2014

Allah menurunkan malaikat Zabaniah dan menghapuskan kerajaan yg kufur dan sekutunya

- us muhammad fauzi asmuni kuliah maghrib 13-Apr-2014

2 benda yg Allah tetap jamin adalah rezeki dan kematian. Apbl manusia meletakkan rezeki di tangan Allah maka dia akan redho terhadap perkara yg dilaluinya.

Barangsiapa yg letakkan kerunsingan hatinya kpd Allah, maka Allah akan memudahkan urusan hidupnya dan di akhirat.

Tafsir surah Al-Alaq ayat 1-5:
Ayat 1:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),"

Ayat 2:
"Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;"

Ayat 3:
"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -"
Ayat 4:
" Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -"

Ayat 5:
"Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

-Perjuangan menegakkan Islam mestilah berbentuk perjuangan generasi. Bermaksud selepas benerapa generasi maka akan kukuhlah Islam di dunia, spt yg telah berlaku dan ditunjukkan oleh Rasulullah dan zaman selepas kewafatan baginda.

-Syed Khutub merungkaikan kenapa 5 ayat ini diturunkan:

1. Apa jua perubahan mestilah bermula dr tasaur.
- Kaabah di Mekah diletakkan berhala disekelilingnya sejak dr sekian lama sebelum kenabian Rasululah. Penduduk di Mekah menyembah berhala.
- Bumi Syam adalah bumi /diperintah oleh kerajaan Rom. Di Iraq pula dikuasai oleh Farsi. Sudan dikuasaiboleh Mesir.
- Dari segi logik akal, Rasulullah berhadapan dgn golongan manusia yg bertamadun (Rom, Farsi dan Yaman). Apbl tentera bergajah (abrahah dr kerajaan Yaman) tidak berjaya meruntuhkan Kaabah, kerajaan Rom dan Farsi menjadi terkejut.

2. Syed Khutub merungkaikan dr ayat 1-5 ini adalah, perjuagan Islam mesti bermula dgn cara yg betul, iaitu mewujudkan satu kumpulan manusia yg beriman kpd Allah. Tidak pula dinafikan bhw ilmu perlu dipelajari dan dibaca.

3. Keimanan manusia mestilah diperbetulkan ie segala benda di dunia ini adalah milik Allah.

4. Allah jualah yg menciptakan jin dan manusia. Allah jualah yg menciptakan perbuatan manusia. Jadi sumber segala penciptaan adalah dr Allah.

5. Ilmu adalah milik Allah.
- Nabi Adam tidak tahu apa2 melainkan diajarkan oleh Allah kpdnya.
- Allah menhajarkan ilmu kpd nabi Adam kemudian bertanyakan soalan kpd para malaikat sama ada mereka mengetahuinya. Perjara ini dirakamkan dlm al-Quran dlm surah Al-Baqarah ayat 32

"Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

6. Manusia menjadi kufur kpd Allah apbl ia mula memuja akal.
- Manusia yg tidak neriman kpd Allah mereka akan menggantungkan pertimbangan kpd akal mereka. Apbl ini berlaku maka akal dipuja, dan merasa bangga dan kagum dgn keupayaan pemikiran dan kajian mereka tanpa meletakkan kekuasaan Allah utk menciptakan dan melaksanakan seauatu perkara.

7. Rasulullah memulakan dakwah dgn meletakkan keyakinan manusia bhw Allah itulah pencipta dan manusia mestilah menyembahNya.

8. Manusia dijaciptakan dr benda yg tiada nilai dan amat hina.
- Apbl manusia melupakan kedudukan penciptaan dirinya yg hina ini, maka dia menjadi lupa terhadap Allah dan tidak takut melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, syirik dan mensekutukan Allah.

9. Umat Islam akan merasa spt buntu apbl semua ikhtiar yg dilakukan seolah2 tidak lagi berhasil utkelawan musuh2 Allah. Allah menyuruh dipanggil semua sekutu2 penentang Allah, maka Allah akan datangkan malaikat. Zabaniah dan menghapuskan semua suku sakat mereka. Pd ketika itu kemenangan akan menyebelahi umat Islam.

Ayat 18:
" Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!"

Ayat 19:
" Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"

- Surah al-Kahfi, sekumpulan pemuda yg berdakwah dlm sbuah kerajaan yg kufur kpd Allah. Mereka melarikan diri ke gua kerana tidak sanggup bergelumang dgn kemaksiatan dan kemungkaran yg berlaku pd zaman tersebut, lalu mereka tertidur dlm gua tersebut Sehinggalah apbl mereka dikejutkan oleh Allah 300 thn kemudiannya, dan ketika itu kerajaan tlh bertukar kpd kerajaan yg mentaati Allah.
-Dari kisah ini, manusia mestilah beriman bhw segala urusan dunia ini adalah di bwh pengetahuan Allah, keraan yg kufur akan sampai ke kemuncaknya dan pd ketika itu akan dimusnahkan oleh Allah, dan Islam akan menang dan ditegakkan akhirnya.

-Perang Salib berlaku di hujung kurun ke-11. Pd ketika itu kerajaan Islam berkeadaan kuat, namun di akhir peperangan, kerajaan Islam jatuh kpd tentera salib. Pd ketika itu zaman datuk kpd Salahuddin al-Ayubi. Salahuddin al-Ayubi berjuang menegakkan Islam dan akhirnya berjaya membebaskan Baitul Muqaddis dlm masa 91 thn.

-Ketika ini barat sedang menuju kemuncak kejayaan, segala bentuk urusan dikuasai oleh barat. Oleh itu manusia perlu yakin dan kembali kpd ketentuan Allah, iaitu utk kekal menyakini kekuasaan Allah, dan Allah akan memusnahkan kekuasaan barat dan sekutunya, pd ketika itu umat islam akan menang dan islam akan ditegakkan. Kemenangan yg dicari ketika ini adalah suatu perjuagan generasi.

No comments: