-us Dato' Zaidi Kuliah Maghrib 12-Apr-2014
Bab Pusaka (Siri-3)
Jangan mengambil harta si mati hingga ditakuti kita makan harta/hak anak yatim.
- Kes 1:
Si ibu mengambil semua harta peninggalan suami dan tidak membahagikan kpd anak2 secara faraid. Tujuan si ibu tadi adalah utk berkahwin dgn lelaki lain. Akibatnya anak2nya mengemukakan saman ke atasnya (ibu). Dlm kes spt ini, apbl di baca di surat khabar, seolah2 anak yg menderhaka terhadap ibunya. Sebaliknya mereka menuntut hak faraid.
- Contok sistem elektronik utk pengiraan faraid boleh dicapai diiinternet merujuk kpd Majlis Ugama Islam Singapura. Boleh diguna utk menggambarkan nilaian dan jumlah bahagian harta faraid.
- Ke mana nak dituju utk menguruskan faraid?
- Amanah Raya -- utk harta peninggalan yg besar (berjuta/billion) Amah Raya kemudiannya akan merujuk kpd mahkamah sivil.
- Pejabat Tanah
- Pejabat Kecil Harta
- Mahkamah Syariah
- Perbandingan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah
-Senarai 1 skopnya lebih luas berkenaan pembahgian pusaka. Mahkamah Syariah hanya ada satu kuasa ie sijil faraid, seterusnya urusan pembahagian ditentukan di Mahkamah Sivil. Seterusnya utk urusan pembahagian harta tak alih perlulah dirujuk kpd badan-badan/agensi tertentu spt:
- (i) Pejabat Tanah utk urusan tukar nama tanah
- (ii) JPJ utk urusan pertukaran hak milik kenderaan.
Kes ke-2 (kerabat raja)
- Adik serahkan urusan pembahagian harta faraid kpd abangnya. Abang ini dilantik sebagai pentadbir harta (LA) oleh mahkamah sivil. Abang ini telah menjual sebidang tanah dgn harga rm3 juta. Namun dia tidak membahagikan harta kpd adik-beradik.
- Setelah 2 thn si adik td merujuk kpd mahkamah syariah utk menguruskan pembahagian faraid, utk mendapatkan hak jualan tanah tersebut. Namun mahkamah syariah meminta dirujuk semula kpd mahkamah sivil kerana LA masih wujud/hidup dan dilantik oleh mahkamah sivil.
- Setelah 2.5 tahun si abang telah membelanjakan hampir kesemua wang hasil jualan tanah tersbt. Mahkamah Syariah tidak dpt membantu dlm kes ini kerana mahkamah syariah tidak dirujuk dr peringkat awal. Apabila seseorg dilantik sebagai pengurus harta (LA) maka kuasa mentadbir adalah di tangannya.
Hibah
-Hibah, apbl seseorg memberikan sesuatu barang atau benda dia hendaklah mengucapkan "hibah", dan mempunyai rukunnya:
- Org yg memberi hibah
- Org yg menerima hibah
- Barang hibah
- Ada akad hibah.
-Sekiranya tidak dilafaskan perkataan hibah maka ianya tidak dikira dimahkamah.
- Jarang berlaku dlm maayarakat kita dimana lafas hibah siguna.
- Sekiranya tiada hibah bertulis maka perlu di bawa saksi.
- Hibah boleh dibatalkan oleh pemberi sekiranya si penerima adalah anaknya sendiri.
- Utk pindah milik harta tanah, si penerima mestilah telah berumur 21 thn. Sekiranya anak masih kecil, maka boleh dilantik penjaga amanah hinggalah si anak berusia 21 thn.
- Borang 14A adalah borang pindah milik tanah.
- Wasiat juga perlu disahkan oleh mahkamah. Bawalah surat wasiat ke mahkamah utk menuntut hak simati.
- Adalah dibenarkan utk membuat pembahagian harta tanpa faraid, sebagai contoh, ke semua adik-beradik si mati dan keluarganya bersetuju utk menyerahkan kpd si isteri utk membolehkan dia membesarkan anak2 arwah.
Sistem Takaruj:
- Utk pembahagian harta yg kecil nilainya.
- Boleh juga jika ada di antara adik-beradik yg membeli bhgn harta adik-beradik yg lain kerana banyak nama. Dgn ini akan memudahkan urusan.
Kes ke-3
- Si ayah menukar nama kpd 3 org anaknya, sementara rumah itu diduduki oleh si bapa. Kebetulan berlaku pemgambilan tanah utk membuat jalan raya. Kerajaan memberikan wang pampasan kpd 3 nama (anak).
- Si anak kemudiannya memberikan sedikit wang kpd ayah mereka. Si ayah apbl telah menerima wang tersbt berhajat utk berkahwin. Setelah nernikah, si isteri memuiuk utk mendapatkan semula harta tanah dr anak2 si suaminya.
- Apbl dirujuk ke mahkamah, mahkamah memberitahu bhw si ayah boleh membatalkan semula pemberian (hibah) kpd 3 anaknya td.
- Kes ini masih lagi belum selesai.
Harta sepencarian
- 3 keadaan yg membenarkan tuntutan harta sepencarian ie
(i) Perceraian
(ii) Si suami ingin berpoligami
(ii) Kematian
No comments:
Post a Comment