Saturday, April 5, 2014

Harta Pusaka

- us Ghazali Ibrahim Kuliah Maghrib 4-Apr-2014
Harta Pusaka

5 perkara yg manusia tidak perlu sibuk, kerana ianya adalah urusan Allah:

1. Kiamat
2. Hujan
- Kalau ada satu individu dlm masyarakat yg tidak mengeluarkan zakat, maka Allah turunkan bala (ie kemarau)
3. Mati
4. Nikah
5. Rezeki

Harta Pusaka:
Penama (nominee) -tabung haji, kwsp, takaful membenarkan dibuat penama utk akaun penabung.
- Penama boleh mengeluarkan wang tabungan utk membolehkan pembahagian faraid.
- Manusia apbl mati dia akan terkejut bhw dia sudah mati. Menyesallah dia kerana tidak sempat membuat pesanan atau wasiat kpd warisnya (spt isteri).

Surah Yassin Ayat 50:
"Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya."

-Barangsiapa yg matinya dalam berpesan, maka matinya dlm fisabililah.

- kaedah mengurus kes harta pusaka
cth moyang meninggal 40 thn lalu. Kini cicit ingin memulakan pembahagian harta pusaka.

1. Cari semua waris
-Buleh buat sendiri, atau lantik pihak ke3 utk menguruskan pencarian waris.
-Waris adalah anak2, cucu, cicit si mati.

2. Iklankan carian waris dlm media (spt surat kabar)
-Selalunya utk tempoh 6 bulan. Pihak peguam juga melakukan perkara yg sama. Selepas dr tempoh itu makaada turutan urusan lain, utk membolehkan hanya waris yg memaklumkan diri utk mengemukakan bukti, etc.

3. Dptkan borang persetujuan dr pejabat tanah
- Tandakan "melepaskan bahagian" utk membolehkan bhg kita di serahkan kpd org yg mengruskan pembahagian harta pusaka. Jika waris/kita bersetuju utk melepaskan bhgnnya.
-Begitu juga bagi kes di mana kita memang kurang mengambil berat hal ibu bapa kerana jauh/kerja etc, maka adalah wajar utk kita melepaskan bhn kita supaya adik-beradik lain yg menjaga ibu/bapa mendpt lebih harta peninggalan arwah.

4. Sekiranya tiada lagi waris yg menghadirkan diri, harus pembahagian itu dibahagikan kpd waris yg menuntut shj.

-Harta sepencarian boleh diistiharkan terlebih dahulu. Kaedah ini membolehkan pembahagian kpd isteri2 (yg berjumlah 1/4 jika suami masih tiada lagi ibunya, atau 1/8 jika suami masih ada ibu) menjadi lebih adil.

- Surah An Nisa Ayat 11
"Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

-Setelah ditolak harta sepencarian, nazar, hutang2 si mati, baharulah dilakukan pembahagian harta mengikut kaedah faraid.

-Nazar contohnya, hajat si mati utk menginfakkan 30% peratus hartanya utk diagihkan kpd anak yatim, atau sedekah utk pembangunan masjid/surau.

- Utk kes wang yg diberikan dr syarikat insurans yg produknya tidak islamik (patuh syariah), maka duit tersebut sewajarnya tidak dimakan oleh waris, sebaliknya boleh didermakan kpd organisasi atau lain2 perkara yg boleh memberi manfaat kpd si mati. Cth:
(i) sedwkah utk membuat pagar masjid, mengecat, tukar bumbung, baiki tandas. Adalah tidak wajar utk waris mengambil dan membuat kenduri, etc kerana wang tersebut dtg dr sumber yg tidak patuh  syariah.
-Tidak baik utk difaraidkan wang insurans teesbt.

No comments: