Sunday, April 20, 2014

Dosa Besar ke-11 Meliwat Isteri

- us Syairozi kuliah Maghrib Ahad 20-Apr-2014

Hukum orang yang mengikut hawa nafsu

- Hati yg diberi kekuatan dgn keimanan menyebabkan rasa cinta kpd majlis.zikir, fardu ain

- Ada 2 nikmat yg manusia selalui lupa ie 
  1. kesihatan, dan
  2. waktu lapang.

Seseorg itu masuk syurga kerana rahmat Allah. Utk mendptkan rahmat Allah:-

(1) kena bersihkan hati

- Bagaimana nak jaga hati? Kena jaga 7 anggota yg zahir ie:-

1) mata
  • kena tahu manfaat mata utk dunia dan akhirat. jaga pandangan dr
2) telinga
  • menjaga pendengaran dr mendengar perkara yg lagho.
  • pendengaran memberi lebih kesan kpd hati, berbanding mata/pandangan
  • Org buta masih boleh/mampu menghafal Al-Quran
3) Lidah
  • Rasulullah menyebut, barangsiapa yg beriman kpd Allah, hendaklah ia menjaga lidahnya dr perkara yg mengakibatkan maksiat dan kufur kpd Allah
4) Perut
  • Jangan masukkan makanan yg haram dlm perut
  • Jangan makan rasuah, harta anak yatim.
5) kemaluan
  • Jaga dr melakukan zina, liwat.
6) kedua-dua tangan
7) kedua-dua kaki

(2) Kena kawal nafsu:
- Jangan taat kpd kehendak nafsu
- Seorg lelaki yg terlalu mengikut nafsu akan menjadikan lelaki lain sebagai pasangannya, maka berlakulah zina.

  • Khalid Al-Walid, sewaktu mengembara mendapati satu di satu kawasan di mana golongan lelaki yg suka meliwat. Kemudian dia menulis surat kpd Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar kemudiannya memanggil mesyuarat. Saidina Ali kemudian mengatakan bhw golongan yg suka meliwat ini adalah spt golongan kaum nabi Lut. Dia kemudianya mencadangkan golongan ini di bakar. Saidina Abu Bakar kemudiannya menulis surat kpd Khalid mengarahkan golongan ini dibakar.
  • Saidina Ali karamallahuwajhu menjelaskan bhw lelaki yg mengikut hawa nafsu terhadap lelaki lain maka syaitan akan menampakkan kecantikan perempuan kpd lelaki yg suka meliwat.

- Ijmak ulamak, barangsiapa yg meliwat kpd hambanya maka hukuman bakar juga ke atasnya.

  • Nabi Isa as mempunyai kelebihan melihat neraka, dlm satu perjalanan baginda melihat seorg sedang di bakar. Nabi Isa kemudiannya mengambil air dan cuba memadamkannya. Api itu kemudiannya bertukar menjadi lelaki yg menarik paras rupanya (jambu kata org sekarang). Lelaki yg dibakar itu kemudian bertukar pula menjadi api dan membakar lelaki yg satu lagi. Nabi Isa a.s. menjadi tertanya-tanya, dan berdoa kpd Allah supaya 2 lelaki itu dijadikan kpd keadaan asal di dunia agar mereka boleh ditanya apa yg dilakukan di dunia hingga diazab sedemikian rupa. Allah perkenankan permintaan Nabi Isa. Lelaki itu ditukarkan kpd jasadnya spt di dunia, kemudian mereka mengatakan kpd Nabi Isa a.s. bhw semasa di dunia dahulu mereka adalah pasangan homoseksual. Mati mereka juga secara kebetulan dlm masa yg sama. Maka itulah balasan yg Allah timpakan hinggalah hari Kiamat.

Fasal ke-2: Seorg suami yg liwat isterinya (mendatangi isterinya di duburnya)

- Isteri² adalah ladang bagi kamu, maka kamu datangilah isteri² kamu mengikut kemahuanmu. Namun tidak dibolehkan kamu mendatangi isteri di dubur.

- Syarak mengharamkan liwat ke atas isteri.

- Turunnya ayat surah Al-Baqarah ayat 223, kerana org yahudi mengatakan, mana² lelaki yg mendatangi isteri dr bhg belakang maka akan lahir anak yg matanya juling. Maka turunlah ayat Al-Quran memperbetulkan perkara itu.

Surah Al-Baqarah ayat 2:223 (klik sini utk paparan ayat)

{ نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٞ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡۖ وَقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ }

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.


-Hadis Nabi, Sesiapa yg mendatangi isterinya yg sedang haid atau mendatangi isterinya di duburnya, maka dia dilaknak Allah.
Maksudnya :"Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami Sufyan memberitahukan kepada kami dari Ibnul Munkadir, ia mendengar Jabir berkata :"Orang-orang Yahudi mengatakan, barang siapa menggauli isterinya pada kemaluannya dari arah belakangnya, maka anaknya (nanti) akan juling matanya, maka turunlah ayat :(Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki). Hadis ini hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4062]

- Barangsiapa yg mendatangi/jimak isterinya sedang isterinya haid atau mendatangi isterinya secara meliwatnya, maka samalah dosanya seperti ia bertilik nasib dgn seorg ahli tilik, maka dia telah kufur.

- Ramai org yg tidak tahu, hal mendatangi isteri sewaktu haid atau melakukan liwat terhadapnya isterinya, kerana tidak faham hukum syarak. Maka perlu berubah kpd org yg mencari ilmu, atau mendengar dan hadir majlis ilmu supaya tidak melakukan dosa dalam hubungan suami isteri.


Kemaskini:
  • Cariah hadis berkaitan penharam mendatangi isteri di dubur dan dlm waktu haid:
Maksudnya : "Abdu bin Humaid menceritakan kepada kami,.Al Hasan bin Musa memberitahukan kepada ku, Ya'qub bin Abdillah Al Asy'ari memberitahukan kepada ku, dari Jaafar bin Abil Mughirah dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, ia berkata :"Umar datang kepada Rasulullah SAW., ia berkata :"Aku binasa, wahai Rasulullah", Rasulullah SAW bersabda :"Apa yang membinasakanmu ?". Umar berkata :"Tadi malam saya gauli isteri ku dari arah belakang", Ibnu Abbas berkata :"Rasulullah SAW tidak menjawabnya sama sekali, maka diturunkan pada Rasulullah ayat ini : (isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu sukai) (datangilah) dari depan dan dari belakang dan jauhilah dubur dan dalam keadaan haid". Hadis ini hasan gharib. Ya'qub bin Abdullah Al Asy'ari itu adalah Ya'qub Al Qummi. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4064]

No comments: