Tuesday, December 13, 2016

Pintu taubat

- us Johari Kuliah Maghrib Selasa 13-Dis-2016

- antara kecintaan kpd Rasulullah adalah dgn ittibak ie mengikuti apa yg telah dibawa dan disuruh oleh baginda Rasulullah, dan tidak melakukan amalan yg tidak diajarkan oleh baginda Rasulullah.

- puasa sunat yg selaindari puasa Isnin fan Khamis adalah
(i) puasa 3 hari sebulan ie 13, 14 dan 15 setiap bulan qamariah
(ii) Puasa sehari dan diselang dgn 2 hari berbuka (ie 10 hari sebulan qamariah)
(iii) Puasa sehari dan diselang berbuka sehari (ie puasa yg diamalkan oleh Nabi Daud as).

Hadis ke-16 m/s 49

Allah cukup gembira taubat hamba-hambaNya, lebih Allah suka dari taubat seorg yg sedang gembira dan melakukan kesilapan dan kemudiannya dia bertaubat.

[>> Kesilapan yg diriwayatkan adalah seorg lelaki yg mengembara di padang pasir dgn bekalan makanan dan minumannya diletakkan di atas seekor unta. Ditengah padang pasir, dia berehat dan selepas terjaga dr tidur didapati untanya telah tiada/hilang; bermakna maut menantinya kerana tiada bekalan utknya di tengah padang pasir. Dia kemudiannya mencari-cari unta hingga kepenatan dan tertidur. Selepas terjaga dia dapati untanya berada di sisi. Ileh kerana terlalu gembira, dia pun secara tidak sengaja mengatakan bhw pd hari itu dia adalah tuan dan Allah adalah hambanya.]

Hadis ke-17
Allah terima taubat selagi mana:
(i) sebelum dr matahari terbit dari tempat ia terbenam,
(ii) apbl nyawa sudah dikerongkong ie sat nazak.

- firaun di saat akhir hayatnya mengaku beruman kpd Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun. Namun taubatnya tidak dierima kerana nyawanya sudah dikerongkong sebelum ditenggelamkan dlm air laut.

Hadis ke-19
Hukum menyapu wuduk di atas khuf (sarung kaki kulit), selepas dr hadas kecil.
- baginda Rasulullah mengajarkan dibenarkan wuduk dgn menyapu ke atas khuf, tanpa perlu membukanya.

No comments: