-us Mahdzir Md Nor Kuliah Maghrib Isnin 5-Dis-2016
Surah Al-Anfal Ayat 8:12 (klik sini utk paparan ayat)
إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا ۚ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ
(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka"
- Ayat 8:13 (klik sini utk paparan ayat)
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ وَمَنْ يُشَاقِقِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.
- Rombongan perniagaan yg diketuai oleh Abu Sufyan apbl telah kembali ke kota Mekah, dari berdagang, mengutus surat kpd Abu Jahal utk membatalkan rombongan berperang dgn tentera Islam di Badar. Abu Sufyan khuatir sekiranya dakwah yg di bawa oleh Nabi Muhammad adalah yg benar, dan peperangan dgn tentera Islam nanti bukannya setakat berperang dgn tentera pimpinan Nabi Muhammad, tetapi lebih teruk lagi adalah peperangan dgn Allah.
- Abu Jahal dgn angkuh mengatakan akan meneruskan rombongan ke Badar. Jika tiada peperangan sekalipun, mereka akan tetap keluar dgn bekalan yg mencukupi.
- Sekiranya Allah campur tangan dlm sesuatu urusan (spt peperangan) maka kemenangan akan diberikan, walaupun tentera Islam sedikit bilangannya.
- Kenapa ketika ini pasukan/golongan Islam tertindas, spt di Palastine, Myanmar?
- Masanya belum tiba utk tentera/golongan Islam menang, kerana hati mereka yg menyertai tentera/kumpulan yg ingin melihat Islam kembali menguasai dunia masih lagi tidak mempercayai janji-janji Allah.
No comments:
Post a Comment