Monday, December 26, 2016

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 3:129-131

- kuliah Maghrib Isnin 26-Dis-2016

Surah Ali Imran Ayat 3:129 (klik sini utk paparan ayat)

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- ayat ini memperjelaskan tentang manusia utk mentaati apa yg diperintah oleh Allah dan meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah.

-di antara hukum halal dan hukum haram, terdptnya syubahat. Jika syubahat, maka adalah lebih afdal utk tidak dilakukan/dimakan.

- terburu-buru atau tergesa-gesa itu adalah hasutan syaitan. Namun ada 5 perkara yg dituntut utk disegerakan:

  1. Segerakan memberi makan kpd tetamu
  2. Segerakan pengkebumian jenazah
  3. Segerakan pernikahaan anak perempuan
  4. Segerakan membayar hutang.
  5. Segerakan bertaubat.

- 3 perkara dlm melakukan taubat:
  1. Jangan buat lagi.
  2. Menyesali
  3. Berazam utk tidak mengulanginya.

Ayat 3:130 
(klik sini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

- riba adalah lebihan byrn (spt bunga) yg berlipat ganda. Menjadi kebiasaan bagi org arab Quraisy utk memberi pinjaman dlm tempoh tertentu, dan mengenakan lebihan byrn kpd si peminjam.

- 2 jenis riba ie:
  1. (a) an nasiah - menambah tempoh pinjaman, menambah jumlah byrn, atau menaikkan peratus bunga/faedah.
  2. (b) menukar atau menjual dua barang yg tidak sama jenis/gred/kualiti/kuantiti.

Ayat 3:131 
(klik sini utk paparan ayat)
 
وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.


- takutkan Allah adalah dgn menjauhi perkara2 yg ditegah/dilarang oleh Allah.

No comments: