Saturday, December 3, 2016

Sombong

- kuliah Suboh Sabtu 3-Dis-2016

Dosa orang yg sombong dan bongkak

- apbl seseorg itu berlaku sombong, maka dia telah berlaku zalim kpd dirinya sendiri, kerana sifat sombong selayaknya adalah milik Allah.

- Surah Al-Araf Ayat 7:146 (klik sini utk paparan ayat)

{ سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَٰتِيَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن يَرَوۡاْ كُلَّ ءَايَةٖ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِنَا وَكَانُواْ عَنۡهَا غَٰفِلِينَ }

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

- tanda2 org yg sombong:
(1) Bila berbicara dia merasakan dia yg hebat.
(2) Bila berkawan dia merasakan dirinya lebih mulia dan lebih pandai .
(3) Bila ditegur dia melenting.

Surah Al-Anfal Ayat 8:47 (kik sini)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.

- hadis: Jadilah kamu hamba Allah yg bersaudara.
 
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu saling menjauhi (tidak bersapaan). Jangan saling tak acuh. Jangan saling mencari-cari cela masing-masing. Dan jangan sebahagian kamu menawar barang yang sedang ditawar orang lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara selaku hamba-hamba Allah."

[Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2192] 


-hadis: Tatkala seorg yg menyombongkan diri di sisi Allah, maka apbl dihimpunkan di Akhirat nanti sama spt semut yg kecil (ie nilainya amat kecil)

Surah Al-Araf Ayat 7:11 (klik sini)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.

- hadis: Jangan kamu ingat hendak masuk Surga bila mana dlm diri kamu ada sebesar zarah sifat sombong.
Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw bersabda: "Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0072]

- Surah Luqman ayat 31:18 (klik sini)

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

- hadis: Jangan berlaku sonbong dgn menambil hak org lain.

- Surah Luqman 31:19 (klik sini)

وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

- hadis: 3 kelompok yg akan masuk neraka:
(1) pemimpin yg menzalimi rakyatnya.
(2) org kaya yg tidak mengeluarkan zakat
(3) org miskin yg sombong (kpd Allah dan sesama makhluk)

- hadis: 3 golongan yg akan masuk neraka
(1) org yg melabuhkan pakaiannya
(2) org yg merasa telah berbudi dan berbakti kpd manusia dan menagih dan mengungkit balasan.
(3) org yg melakukan berniaga dgn cara menipu.

Nota kuliah berkaitan:
  • Hukum Solat Seorang Lelaki Dengan Pakaian Melebihi Buku Lali (klik sini)
  • Dosa Besar ke-40 Mengunkit-ungkit pemberian (Al-Mannan) (klik sini)

No comments: