Saturday, August 22, 2020

Makanan membawa ke neraka

- us Husaini kuliah Maghrib Jumaat 21-Ogo-2020

4 amalan yg dilakukan dan dibalas dengan 6 ganjaran oleh Allah:
1) Solat berjemaah
2) Menduduki halaqah ilmu
-  dimaksudkan sebagai menghadiri majlis ilmu, majlis zikir
3) Dia mendengar kalam Allah 
4) Dia mengamalkan apa yg dia pelajari

6 ganjaran yang disebutkan:
1) Diberi padanya rezeki yang halal.
Kebaikan dunia dan akhirat antaranya adalah rezeki yg halal.
2) Dilepaskan dia dari azab kubur
3) Dibangkitkan dia di Padang Mahsyar bersama Nabi.
4) Diberikan dia buku amalan dgn tangan kanan.
5) Dia akan melintasi titian sirat sepantas kilat.

Imam Ghazali memetik ajaran dari gurunya ie imam Rafie, doa sewaktu membasuh kaki kanan dan kiri semasa mengambil wuduk. 

(a) Doa semasa membasuh kaki kanan: "Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian sirat pada hari Engkau tetap kaki orang-orang yang soleh"

(b) Doa semasa membasuh kaki kiri, "Ya Allah, jangan gelincirkan kakiku di atas tititan sirat ke dalam neraka pada hari dimana Engkau gelincirkan kaki-kaki orang munafik dan musyrik".

6) Dibinakan sebuah rumah baginya di dlm syurga dari batu delima merah yg memiliki 40 buah pintu. 


2 lubang yg membawa manusia ke neraka:
1) lubang kemaluan
2) lubang mulut.

a) Makanan bagi jasad jika terlebih makan akan menyebabkan:
(i) penyakit (pd jasad)
(ii) penyakit hati seperti malas, berat nak membaca Al-Quran, berat utk melakukan solat.

b) Makanan bagi roh (seperti zikir, membaca Al-Quran) jika terlebih akan menambahkan keimanan.

3 sebab perlunya menjaga apa yang kita makan:
1) takut dari seksaan api neraka

Makan rasuah tidak hanya bermaksud membelanjankan ganjaran yang diterima dari sesorang bagi maksud mendapat habuan yang dikejar (seperti projek), dalam bentuk makanan, ianya termasuk juga:
(i) menyediakan pakaian, alatan, pengangkutan, kediaman, dan lain-lain bentuk kemewahan dunia
(ii) memberi sumbangan kepada ahli keluarga, tabung derma dan sebagainya.

2) tidak masuk syurga kerana daging yg tumbuh dari sumber yg haram.

(a) Hadis riwayat imam Tarmizi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka lebih utama untuknya.

3) ... bersambung.

No comments: