Friday, August 14, 2020

Muadz ibnu Jabal

-us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Selasa 11-Ogo-2020
Muadz ibnu Jabal 

Rasulullah sawa pernah memegang tangannya lalu berkata,

يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ

“Wahai Mu’adz, demi Allah, sesungguhnya aku mencintaimu, sungguh aku mencintaimu.”

Rasulullah saw selanjutnya bersabda,

أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Aku memberikanmu nasihat, wahai mu’adz. Janganlah engkau tinggalkan saat di penghujung solat (di akhir solat setelah sama) bacaan doa: Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik.


- Muadz berasal dari Yaman. Rasulullah hantar Muadz ke Yaman utk berdakwah. Pesanan Rasulullah, bhw kebanyakan penduduk Yaman adalah penganut samawi (ahli kitab). Di Sabak (di Yaman) juga ada pusat penganut sembahan matahari. Kuil sembahan matahari ini masih ada hingga hari ini. 

- Muadz pergi ke Yaman, dan menyampaikan dakwah mengikut pesanan Rasulullah:

(1) mengajarkan kalimah syahadah.

kerana penganut samawi yg beriman dgn kitab, semestinya mengetahui kalimah syahadah, dan telah datang nabi terakhir ie Nabi Muhammad, spt yg dicatatkan dlm kitab.

Pesan Rasulullah jika mereka terima kalimah syahadah, maka sampaikan kpd mereka hal solat.

(2) solat 5 kali sehari semalam.

Rasulullah peringatkan utk lakukan solat sepertimana baginda solat. Setiap kali nak solat, anggap itulah solat terakhir. Jika solat dilakukan dgn baik, maka segala amalannya yg lain akan baik.

Pesan Rasulullah lagi, jika mereka terima dakwah supaya menunaikan solat 5 kali sehari, maka sampaikan kepada mereka perintah menguarkan zakat.

(3) Zakat.

(Bersambung).

No comments: