Monday, August 17, 2020

Tafsir Surah Maryam Ayat 19:8 hingga 15

- kuliah Maghrib Ahad 16-Ogo-2020

2 keajaiban yg disebutkan oleh Allah dlm surah Maryam iaitu:
(I) Nabi Zakaria
(ii) Nabi Isa

Dlm Ayat 7, Allah menceriakan hambanya iaitu Nabi Zakaria bhw belum pernah dlm sejarah dunia sebelum itu, seorg isteri yg telah tua dan mandul, dikurniakan anak yg soleh (bernama Yahya).

Dlm riwayat, disebutkan usia Nabi Zakaria ketika itu adalah 120 tahun, sementara isterinya berusia 98 tahun.

Ayat 19:7

يَٰزَكَرِيَّآ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ ٱسۡمُهُۥ يَحۡيَىٰ لَمۡ نَجۡعَل لَّهُۥ مِن قَبۡلُ سَمِيّٗا

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".

Surah Al-Baqarah Ayat 2:260 ms 44

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِـۧمُ رَبِّ أَرِنِي كَيۡفَ تُحۡيِ ٱلۡمَوۡتَىٰۖ قَالَ أَوَلَمۡ تُؤۡمِنۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطۡمَئِنَّ قَلۡبِيۖ قَالَ فَخُذۡ أَرۡبَعَةٗ مِّنَ ٱلطَّيۡرِ فَصُرۡهُنَّ إِلَيۡكَ ثُمَّ ٱجۡعَلۡ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٖ مِّنۡهُنَّ جُزۡءٗا ثُمَّ ٱدۡعُهُنَّ يَأۡتِينَكَ سَعۡيٗاۚ وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Dlm ayat ini Nabi Ibrahim memohon supaya ditenangkan hatinya. Allah perintahkan Nabi Ibrahim ambil 4 jenis burung ie gagak, ayam jantan, merpati dan helang, cincang dan campur adukkan bhgn2 burung itu dan jadikan 4 bhgn. Setiap satunya diletakkan dipuncak bukit, kemudian serulah keempat-empat burung. Maka datang ke4-4 burung itu semula.

Dlm kisah Nabi Ibrahim baginda dikurniakan anak ketika telah lanjut usia (tua).

- Dlm ayat 5 dan ayat 8 surah Maryam ini diulang dua kali, oleh Nabi Zakaria bhw dia sudah tua dan lanjut usia (begitu juga isterinya) utk malahirkan anak.

Surah Maryam Ayat 19:8 - 15

قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَكَانَتِ ٱمۡرَأَتِي عَاقِرٗا وَقَدۡ بَلَغۡتُ مِنَ ٱلۡكِبَرِ عِتِيّٗا


Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"

Ayat 9

قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞ وَقَدۡ خَلَقۡتُكَ مِن قَبۡلُ وَلَمۡ تَكُ شَيۡـٔٗا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."

Ayat 19:10

قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَ لَيَالٖ سَوِيّٗا


Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".


Surah Ali Imran Ayat 3:41

قَالَ رَبِّ ٱجۡعَل لِّيٓ ءَايَةٗۖ قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَةَ أَيَّامٍ إِلَّا رَمۡزٗاۗ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ كَثِيرٗا وَسَبِّحۡ بِٱلۡعَشِيِّ وَٱلۡإِبۡكَٰرِ

Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi".

Ayat 19:11

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوۡمِهِۦ مِنَ ٱلۡمِحۡرَابِ فَأَوۡحَىٰٓ إِلَيۡهِمۡ أَن سَبِّحُواْ بُكۡرَةٗ وَعَشِيّٗا

Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".

- Ansollu ditafsirkan solat kerana dlm solat ada tasbih. Pendapat yg lain merujuk kpd berzikir (bertasbih) kpd Allah. 

Kenapa waktu pagi dan petang? Kerana Malaikat naik melaporkan amalan manusia pada waktu pagi dan petang.

(I) Puasa 3 hari sebulan, seolah-lah berpuasa sebulan. (Sehari puasa amalannya digandakan 10 kali. Ibaratnya 30 hari ie sebulan).
(ii) Solat sunat dhuha
(iii) solat sunat tahajud.

Ayat 19:12 -14
Dlm 3 ayat ini ada 11 kurniaan Allah kpd Nabi Yahya:

1) Ambil Al-Kitab (ie Taurat peninggalan Nabi Musa)
2) Dikurniakan hikmah-hikmah semasa dia kanak-kanak. Semasa kecil Nabi Yahya telah dilantik menjadi rasul. Tafsir menyebutkan pd usia 3 tahun.

Ayat 19:12

يَٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡكِتَٰبَ بِقُوَّةٖۖ وَءَاتَيۡنَٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيّٗا

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.

3) dlm ayat 13, rahmat dari sisi Allah, 
4) bersih dari dosa
5) seorg yg takwa.

Ayat 19:13

وَحَنَانٗا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةٗۖ وَكَانَ تَقِيّٗا


dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.


- Ayat ke 13 ini ada pengiktirafan Allah kpd Nabi Yahya. Begitu juga Allah iktiraf Nabi Ismail bhw baginda seorang yg benar pada janji.

6) ayat 14, berlaku baik kpd kedua ibu bapanya
7) tidak sombong
8) tidaklah baginda seorg yg derhaka

Ayat 19:14

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيّٗا


Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.


9) ayat 15, kesejahteraan pada hari kelahiran.
- Nabi Yahya dan Nabi Isa dilahirkan tidak menangis. Diriwayatkan tidak menangis kerana tidak disentuh oleh syaitan sewaktu kelahirannya.
10) Hari kewafatannya
11) Hari dibangkitkan di Padang Mahsyar.


Ayat 19:15

وَسَلَٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيّٗا

Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).


Kisah dan kurniaan kpd Nabi Yahya ini sama seperti Nabi Isa. Kurniaan kpd Nabi Isa disebutkan dlm Ayat 19:32 - 33.
(I) Nabi Isa berlaku baik kpd ibunya
(ii) Nabi Isa diberi keistimewaan sewaktu kelahiran, kewafatannya dan dibangkitkan di Padang Mahsyar.

Ayat 19:32

وَبَرَّۢا بِوَٰلِدَتِي وَلَمۡ يَجۡعَلۡنِي جَبَّارٗا شَقِيّٗا


" Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.


Ayat 19:33

وَٱلسَّلَٰمُ عَلَيَّ يَوۡمَ وُلِدتُّ وَيَوۡمَ أَمُوتُ وَيَوۡمَ أُبۡعَثُ حَيّٗا


Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".

Ayat 33 yg dikurniakan kpd Nabi Isa, sama dgn ayat 15 yg dikurniakan kpd Nabi Zakaria.

Ayat 19:34

ذَٰلِكَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَۖ قَوۡلَ ٱلۡحَقِّ ٱلَّذِي فِيهِ يَمۡتَرُونَ


Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.


No comments: