Saturday, August 29, 2020

Perbezaan Fahaman Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah

- us Muhammad Nidzam Abdul Kadir kuliah Maghrib Sabtu 29-Ogo-2020

Prinsip Ahli Sunah Waljamaah (ASW) berbanding fahaman wahabi dalam melakukan amalan

Sabda Nabi saw:

 فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa al-rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.”

Riwayat Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42),Abu Daud (4607) dan al-Tirmizi (266).


Hadis di atas ini dipegang oleh fahaman wahabi, bagi menolak sebahagian amalan yang diamalkan oleh pengikut ahli sunnah waljamaah yang disifatkan sebagai bidaah.

Mengikut fahaman wahabi  setiap perkara baru (ie yang tidak dilakukan oleh Rasulullah semasa hayat baginda) adalah bidaah.

Amalan bidaah hukumnya dibalas dgn neraka.


Berikut ini adalah antara kes biasa yang dibidaahkan oleh golongan berfahaman wahabi terhadap ahli sunnah waljamaah:

Kes pertama: Baca doa akhir tahun.

Tidak diajar oleh Rasulullah doa akhir tahun. Begitulah juga tiada hadis doa akhir tahun. Ini kerana tiada tahun hijrah semasa zaman Rasulullah. Kiraan tahun Hijrah (takwim) hanya bermula pada zaman Khalifah ke2 ie Saidina Abu Bakar, dikirakan tahun pertama Hijrah adalah perpindahan baginda Rasulullah dari Mekah ke Madinah (pada tahun 622 Masihi).

Firman Allah dalam Surah Ghafir Ayat 40:60

A060


"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.




Fahaman wahabi berpegang bahawa setiap amalan perlulah mengikut amalan yang dilakukan Rasulullah. Maka mereka menghukumkan bidaah melakukan doa akhir tahun.

Ahli Sunnah Waljamaah (ASW) adalah berpegang kepada Nas Al-Quran dan sunnah. Dlm kes ini, ASW berpegang kepada suruhan Allah supaya berdoa, seperti dalam Surah Ghafir Ayat 40:60.

(a) Kes yang serupa bagi amalan yang berlaku zaman ini, di mana tidak dilakukan oleh Rasulullah, seperti membaca doa untuk anak2 yg akan menduduki peperiksaan spt UPSR, PT3 dan SPM.

(b) Begitu juga amalan mengajurkan majlis doa sempena hendak berangkat menunaikan haji dan umrah. 

Pendek kata, fahaman wahabi membidaahkan amalan masa kini, yang menggabungkan alaman membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat dalam majlis-majlis rasmi kerajaan, sekolah, masjid/surau dan juga di rumah-rumah.


Kes ke2: Amalan membaca surah Yassin pd malam Jumaat.

(a) Fahaman wahabi membidaahkan amalan ini kerana Rasulullah melakukan bacaan surah Kahfi pd malam Jumaat.


(a-i) Hadis diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawih -- Daripada Ibnu Umar ra, Nabi saw bersabda,

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ


“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

(ii) Hadis dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Nabi saw bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ


Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.


(b) Ahli Sunnah Waljamaah (ASW) melakukan amalan bacaan Yassin pada malam Jumaat bersandarkan kpd hadis, (amalan membaca Al-Quran beramai-ramai seperti di masjid/surau): 

(b-i) Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:


وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ


Dan tidaklah dalam satu kaum yang berkumpul dalam rumah daripada rumah-rumah Allah lalu membaca kitab-Nya dan saling mempelajarinya bersama-bersama kecuali Allah akan turunkan ketenangan ke atas mereka, diliputi dengan rahmat-Nya, para malaikat akan memenuhi majlis mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka dalam kalangan mereka yang dekat dengan-Nya.”

(b-ii) Daripada Abdullah bin Mas’ud ra bahawa Rasulullah saw bersabda:


مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ


“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]

Kelebihan hendak berkumpul utk membaca Al-Quran. Malaikat bersama majlis mengingati Allah, majlis ilmu, baca Al-Quran (secara berseorangan atau berkumpulan).


Kes ketiga: Biji tasbih

Fahaman wahabi membidaahkan biji tasbih, kerana tiada biji tasbih digunakan oleh Rasulullah.

Ahli Sunnah Waljamaah (ASW), Rasulullah mengajarkan kiraan tasbih bagi kiraan zikir menggunakan jari. Ada para sahabat menggunakan anak batu utk mengira bilangan zikir.



Kes ke-empat: Doa qunut dalam solat subuh

Hadis diriwayatkan oleh Barra' bin Azib, bahawa Rasulullah membaca doa qunut dalam solat Subuh dan solat Maghrib. Imam Tarmizi menilaikan hadis tersebut sebagai hasan sohih.

(i) Daripada al-Barra’ bin Azib berkata:

 

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ وَالمَغْرِبِ

“Adapun Nabi SAW berqunut pada solat Subuh dan Maghrib.” 
[Riwayat al-Tirmizi (401)] 


Fahaman wahabi berpegang kpd hadis di bawah:

(i) Ayah Abu Malik Al Aszai ketika ditanya oleh anaknya: Wahai ayahku engkau telah sholat dibelakang Rasulullah dan juga dibelakan Abu Bakar, dibelakang Umar dibelakang Usman dan Ali disini di Kufpah kira lamanya lima tahun, adakah mereka qunut ? maksudnya qunut subuh ayahnya menjawab wahai anaku itu adalah mukdas ( bid'ah ).


Nota tambahan:
Hadis berkenaan bacaan doa qunut pada rakaat kedua solat subuh adalah berstatus dhoif.  Sama ada di baca doa qunut atau tidak, adalah tidak membatalkan solat subut tersebut. 

(a) Imam Syafie (dan ahli sunnah waljamaah) amat menggalakkan (sunat muaakad) ianya dibaca dan sekiranya tertinggal/terlupa maka perlu dilakukan sujud sahwi (ie dilakukan dalam tahyat akhir dan sebelum memberi salam pertama).

(b) Sekiranya imam tidak membaca doa qunut semasa iktidal dalam rakaat kedua solat subuh, maka makmum tidak perlu membacanya dan meneruskan mengikut imam untuk sujud, dan lain-lain rukun solat hinggalah selesai solat.

Walaubagaimanapun:
(b-i) Makmum wajib ikut imam melakukan sujud sahwi sekiranya imam tersebut melakukan sujud sahwi (bekemungkinan kerana tertinggal doa qunut).

(b-ii) Makmum dibenarkan sujud sahwi selepas solat ie selepas selesai bermakmumkan imam yang tidak membaca doa qunut dan tidak melakukan sujud sahwi. 

No comments: