Monday, November 2, 2020

Bagaimana Para Sabahat Mencintai Rasulullah saw

 - us Johari Abdul Wahab kuliah Maghrib Rabu 28-Okt-2020

Bagaimana Para Sabahat Mencintai Rasulullah saw

Peperangan Uhud
- Tentera kafir quraisy mengumpulkan 3,000 pejuang terbaik mereka untuk membalas kekalahan mereka semasa Perang Badar. Mereka juga menyediakan bekalan senjata terbaik.
- Baginda Rasulullah mengumpulkan seramai 1,000 orang tentera Islam.
- Di saat akhir, 300 orang termakan hasutan Abdullah bin Ubai (i.e seorang munafik) dan mengambil keputusan untuk tidak turut serta berperang.

- Siapakah Abdullah bin Ubai? 
Abdullah bin Ubai adalah seorang munafik yang juga bertanggungjawab menyebarkan fitnah saidina Aisyah ra berzina dengan Safwan bin Mu'attol.  Cerita fitnah ini berlegar di kota Madinah selama sebulan. Sehinggalah kemudiannya Allah menurunkan ayat ke 11 daripada Surah Al-Nur membebaskan Aisyah daripada tuduhan jahat kaum munafik.

Peristiwa Al-Ifki ini berlaku pada tahun ke-6 hijrah setelah tamatnya perang Bani Mustoliq. Ianya merupakan satu peristiwa di mana orang-orang munafik menuduh Aisyah melakukan zina bersama seorang sahabat Nabi i.e. Safwan bin Mu'attol. 

Surah An-Nur Ayat ke 24:11

A011


Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

- Dengan kukuatan 700 orang yang tinggal, Rasulullah arahkan 50 orang tentera pemanah berkubu di atas bukit Jabal al-Nain, tempat yang strategik dengan pemandangan disekelilingnya. Rasulullah perintahkan mereka kekal di lokasi itu walau apa pun terjadi pada pasukan tentera Islam yang lain.

- Pada peringkat awal tentera Islam menguasai Perang Uhud, hinggakan tentera kafir quraisy lari lintang pukang, dan meningggalkan harta yang mereka bawa.

- Dalam keadaan itu, 40 orang tentera pemanah membuat tafsiran sendiri bahawa tentera kafir quraisy telah tewas, dan mereka mengabaikan perintah Rasulullah untuk kekal di lokasi mereka. 40 orang ini menuruni bukit dengan harapan mengambil harta perang yang ditinggalkan oleh tentera kafir quraisy.

- 10 tentera pemanah yang kekal itu mengingatkan mereka akan perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan posisi mereka di atas bukit. Namun di kalanagan 40 orang tentera tadi, mengatakan arahan Rasulullah itu benar sekiranya mereka masih dalam peperangan. Kini tentera kafir telah tewas dan peperangan telah tamat.

- Khalid Al-Walid adalah seorang pemimpin tentera kafir quraisy, melihat keadaan kucar-kacir tentera pemanah yang mula meninggalkan poisisi mereka, dan membuat u-turn bersama lain-lain tenteranya untuk menyerang tentera Islam yang telah meninggalkan posisi mereka.

Khalid Al-Walid juga dinamkan sebagai saifullah al-maslul (ie pedang yang terhunus). 

- Apabila Khalid Al-Walid dan tenteranya menyerang semula, pasukan tentera Islam menjadi kucar-kacir.  Kedengaran juga berita Rasulullah saw telah mati syahid. Ini menjadikan tentera Islam lemah semangat.

- Pada saat getir itu, seorang sahabat Nabi, ie Tolhah bin Ubaidillah mempertahankan Rasulullah dengan cara memeluk tubuh Rasulullah melindungi tubuh Rasulullah dengan badannya sambil matanya mengawasi setiap penjuru serangan. Ahli sejarah mengatakan ada 70 kesan tikaman pada badan Tolhah akibat dari tindakannya melindungi Rasullah. Jarinya putus akibat dari tindakannya menahan pedang yang cuba mencecah/mencantas tubuh Rasulullah.

Rasulullah menggelarkan Tolhah bin Ubaidillah sebagai "si mata helang".

- Apabila Tolahah jatuh, sahabat yang tiba untuk melindungi Rasulullah, Rasulullah perintahkan supaya dilihat keadaan Tolhah. Sabahat mendapati Tolhah berlumurah darah dengan kesan tikaman di badannya.

- Allah izinkan Tolhah untuk terus hidup, walaupun dengan 70 tikaman dibadannya. 

Rasulullah pada hari itu menggelarkan Tolhah bin Ubaidillah sebagai "syahidul haiyi" (ie si syahid yang masih hidup"). Kata Rasulullah, jika kamu ingin melihat seorang yang mati syahid yang masih hidup, tengoklah Tolhah bin Ubaidillah.


No comments: