Saturday, November 28, 2020

Perihal Membaca Al-Quran

- us Mohd Harif Haron kuliah Maghrib Isnin 14-Sep-2020

Perihal Membaca Al-Quran

Orang Islam tidak boleh lari dari Al-Quran, dalam solat ada Al-Quran begitu juga dalam kehidupan seharian.

Golongan yang memelihara Al-Quran dan terpelihara pula oleh Al-Quran ie Allah pelihara dia, berdiri dengan hukul-hukum Al-Quran (ie patuh dan melaksanakan perintah-perintah yang disebutkan dalam Al-Quran).
  • Orang yang dipelihara oleh Al-Quran akan diselamatkan dari musibah.
  • Al-Quran mententeramkan hatinya yang gundah-gulana.
  • Dia menyokong dan mendokong perintah-perintah/hukum yang dinyatakan dalam Al-Quran, serta bersama-sama dengan orang yang berhukum dengan Al-Quran.
Membaca Al-Quran itu adalah di antara ibadah yang paling utama. Mendekatkan diri kepada Allah dan ketaatan yang amat mulia di sisi Allah SWT kerana padanya terdapat balasan dan pahala yang besar. Firman Allah dalam surah Fatir ayat 29 dan 30.

Surah Fatir Ayat 35:29 (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;


Surah Fatir Ayat 35:30 (klik sini utk paparan ayat)

لِيُوَفِّيَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ غَفُورٞ شَكُورٞ

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).


Hadis, Rasulullah saw bersabda, "Ibadah umatku yang paling utama adalah membaca Al-Quran".
  • Al-Quran melaknat pembacanya, kerana pembacanya itu tidak berusaha memperbaiki bacaan Al-Qurannya.
  • Taufik dari Allah adalah keadaan yang menghalang sesuatu tindakan (daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah).

    Contohnya, pancit tayar hingga menyebabkan tidak jadi untuk meneruskan perjalanan ke tempat maksiat. 

    Berbanding dengan hidayah, iaitu petunjuk yang diberikan oleh Allah dari awal yang menghalang/mencegah seseorang dari memulakan perkara/perbuatan ke arah maksiat.

Daripada Abdullah Ibn Mas`ud RA katanya, bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf." [HR al-Tirmidzi]

  • Orang yang sanggup berjalan untuk belajar dan membaca Al-Quran itu, Allah anggap dia  sedang membawa panji Allah setiap hari.

Berfirman Allah SWT, "Siapa yang sibuk berzikir kepadaKu dan membaca kitabKu (Al-Quran) hingga tidak sempat memohon kepadaKu, nescaya akan Ku berikannya pemberian yang utama yang pernah Kuberikan kepada orang-orang yang memohon".
  • Maksudnya mementingkan Al-Quran melebihi kehendak diri.
  • Orang yang sibuk dengan Al-Quran dan mengangkat tangan berdoa adalah lebih baik.
  • Bila ada majlis bacaan Al-Quran atau khatam Al-Quran, terdapat ribuat malaikat yang berada dalam majlis itu mendoakan orang yang khatam Al-Quran itu. Maka pergilah sertai majlis tersebut moga-moga mendapat keberkatan.

Dari Abu Umamah ra., ia berkata : Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : ”Bacalah Al-Qur’an! Karena sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi pembacanya (yang berpegang pada petunjuk-petunjuknya).” [HR. Muslim]
 
  • Adakah wajib khatam Al-Quran? Tidak wajib, tetapi teruskan berhubung dengan Al-Quran ie teruskan membaca dan bertadabbur (ie beramal) dengan Al-Quran.
  • Saidina Umar ra berkata, "Aku hafal surah Al-Baqarah 9 tahun", maksudnya dia hafal satu ayat dan beramal dengan ayat itu. Dan ambil masa 9 tahun utk menghafal dan beramal dengan setiap ayat dalam surah Al-Baqarah.

Baca Al-Quran dalam keadaan berwuduk walaupun apabila membaca Al-Quran dari smartphone.

Kata saidini Ali ra, kelebihan membaca Al-Quran dalam keadaan berwuduk dan tidak berwuduk:
  1. Jika dalam keadaan di luar solat:
    • 25 kebaikan bagi setiap huruf yang dibaca dlm keadaan berwuduk. 
    • 10 kebaikan bagi setiap huruf jika dibaca tanpa berwuduk (tidak bersuci).

  2. Jika dalam keadaan sedang solat:
    • 100,000 kebaikan jika dalam keadaan solat berdiri dan 
    • 50 kebaikan jika dalam keadaan solat duduk.

Adab membaca Al-Quran:
Ketahuilah orang yang membaca Al-Quran itu ada adab-adabnya yang lahir dan batin. Seorang hamba tidak dihutung membaca Al-Quran dengan sebenarnya, sempurna bacaannya di sisi tuhan, melainkan terlebih dahulu dia beradab dengan adab-adab lahir dan batin. 

Orang yang mengabaikan adab-adab tersebut tiada memelihara tata-tertibnya, belum boleh dihitung telah sempurna bacaannya, tetapi tidaklah sia-sia bacaanya.


Adab terpenting membaca Al-Quran:
  • Ikhlas kepada Allah SWT serta mengharap keredhoan-Nya.
  • Mendekatkan diri kepada-Nya. Jangan menunjuk-nunjuk, atau bertujuan untuk mendapat hadiah/habuan.


Sambungan kuliah



No comments: