Friday, November 20, 2020

Keikhlasan dalam Beribadah

 - us Muhammad Fauzi Asmuni 20-Mei-2020 27-Ramadhan-1441H

Keikhlasan dalam beribadah

- Saiz, lama masa, timbangan berat sesuatu amal tidak dikira oleh Allah, tetapi dikira pada dua (2) perkara, ie   
  1. Sejauh mana amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Islam
  2. Sejauh mana keikhlasan dalam melakukan amalan.
- berapa banyak perkara-perkara kecil, tetapi di sisi Allah menjadi besar disebabkan niat, dan berapa banyak perkara-perkara besar tetatpi di sisi Allah menjadi kecil kerana niatnya.

- apa yg kita risaukan adalah penerimaan Allah terhadap amalan yg kita lakukan. Allah terima amalan-amalan kecil tetapi diberikanNya ganjaran yang besar kerana keikhlasan melakukan ibadah tersebut. Di masa yg sama Allah boleh menolak (tidak terima) amalan besar yg dilakukan kerana tiada keikhlasan.

Surah Al-Haj Ayat 22:37 (klik sini utk paparan ayat)

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.

  • Ada orang yg tidak mampu utk lakukan korban atau aqiqah seekor haiwan, tetapi hanya mampu utk berkongsi satu (1) bahagian. Tetapi dgn keihlasannya, Allah ganjarkan dgn ganjaran yang tinggi. 

  • Ada orang yg lakukan pengorbanan yg begitu besar utk korban atau aqiqah, tetapi tiada keikhlasan dlm amalannya. maka Allah tidak terima amalannya.
- Di penghujung Ramadhan ini jangan kita puji diri ("Jangan kamu puji diri kamu, Dialah yang lebih tahu siapa yang bertakwa") maksudnya, jangan mengira-ngira jumlah amalan yang telah dilakukan, spt:
  • mengira berapa banyak amalan solat sunat yang telah dilakukan
  • mengira berapa muka-surat Al-Quran telah dibaca, berapa kali telah khatam Al-Quran
  • mengira berapa ratus/ribu sumbangan 
  • mengira berapa kali tajaan iftar.  

- Di hujung Ramadhan, kita perlu lebih merendah diri, sujud kepada Allah, dan berdoa supaya Allah terima amalan-amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan ini. Kita tidak tahu mungkin dari seribu amalan kita, mungkin Allah terima hanya 1 shj, dan sebenarnya 1 inilah yg mendatangkan rahmat Allah kpd kita.

- Penyerahan diri inilah yang perlu kita usahakan secara bersungguh-sungguh, supaya akhirnya Allah terima amalan yg kita lakukan, dan Allah tutup dan maafkan segala kekurangan/kecacatan amal yang kita lakukan.

- Jiwa yang menyerah diri ini adalah jiwa seorang hamba yg sepatutnya kita tanam apabila melakukan ibadah.

  • "Kemungkinan kamu ini dibuka pintu ketaatan, tetapi Allah tidak buka pintu penerimaan". Allah uji kita dgn membukakan ruang utk lakukan amalan (seperti kita dapat membuat sumbangan duit/harga, dapat menaja belanja iftar, dapat membaca Al-Quran, dapat menolong orang), tetapi tidak dibuka pintu penerimaan. 

  • Di akhir Ramadhan ini, jiwa kita sepatutnya seperti orang yg mengharapkan belas ihsan dari Allah utk terima amalan yang dilakukan.
  - Kita perlu sentiasa berdoa, supaya Allah terima amalan kita. Perimaan itulah yang perlu kita usahan.
  • Sebanyak mana pun amalan yg kita lakuka, tetapi tidak diterima Allah, maka sia-sialah dan rugilah kita.
- Ramadhan berlalu, tetapi ketaan kepada Allah subhanahuwata'ala adalah ketaatan sepanjang tahun. Dalam semua bulan yang Allah miliki, adalah merupakan Tuhan yang wajib kita ditaati sepanjang masa.

- Carilah malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. 

No comments: