Sunday, November 8, 2020

Kisah Nabi Yusuf

- Kuliah Maghrib Ahad 4-Feb-2018

Pengajaran dr Surah Yusuf

  • Terdapat 111 ayat diturunkan di Mekah. Diturunkan waktu hampir² Rasulullah berpindah ke Madinah.

  • Satu kisah Nabi yg ditempatkan dlm 1 surah, berbanding berkenaan Nabi² yg lain yg ditempatkan dlm beberapa surah . Kisah Nabi Ibrahim selain disebutkan dlm surah Ibrahim ada juga disebutkan dlm surah lain.

  • Kenapa kisah Nabi Yusuf tidak dlm surah² lain?
    • Kerana kisah Nabi Yusuf berkenaan keluarga baginda, bermula dr mimpi baginda hinggalah dipertemukan semula dgn ayah dan ibunya.
    • Kisah krisis hubungan adik-beradik, fitnah zina, hubungan dgn kawan (semasa dlm penjara), dan hubungan dgn pemerintah.

- Ada 10 jenis kepala surah dr 114 surah Al-Quran. Antaranya:
  1. Memuliakan diriNya
  2. Huruf muqattaah (spt Alif Lam Ra, Nun, Sod....)
    • Ada 6 surah dimulakan dgn Alif Lam Mim.

- Rasulullah menerima Al-Quran dlm keadaan baginda tidak boleh membaca dan menulis. Al-Quran, baginda menerima wahyu melalui Jibrail secara mendengar atau talaqqi.
Moral: kita perlu belajar Al-Quran secara talaqqi.

- Mimpi Nabi Yusuf berkenaan melihat 11 bintang, matahari dan bulan. (Ayat 12:4 ms 235) (Klik sini utk paparan ayat)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

(a) dlm keadaan kehinaan dibuang oleh adik-beradik, kemudian diangkat darjat baginda dan ditempatkan dlm kehidupan kemewahan di istana.

(b) dlm kehidupan yg serba lengkap baginda memohon kpd Allah utk rela dipenjarakan drpd berhadapan fitnah zina.

(#1) dlm kehidupan adik-beradik ada iri hati, berpunca dr kasih-sayang yg diberikan oleh ibu-bapa. Oleh itu jangan dibezakan kasih sayang kpd anak².

(c) Allah sebut perbuatanNya dgn menggunakan perkataan "nahnu" (ie Kami) ie utk membesarkan diriNya.

Apbl utk memperkenalkan diriNya, Allah gunakan "Ana"

Surah Al-Qasas Ayat 28:30 (ms 389) (Klik sini utk paparan ayat)


فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِنْ شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَنْ يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. (Sesungguhnya api itu adalah sebagai satu isyarat yang didatangkan oleh Allah untuk menarik perhatian Musa ke tempat itu dan bukannya zat Allah, Wallahu A'lam)

Kisah Nabi Yunus yg dicampakkan dlm perut ikan Nun berada dlm 3 kegelapan ie kegelapan dlm perut ikan, kegelapan dlm laut dlm, dan kegelapan malam. Namun Nabi Yunus terus berdoa memohon keampunan. 

Surah As-Soffat Ayat 37:144 (Klik sini utk paparan ayat)

لَلَبِثَ فِي بَطۡنِهِۦٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
 

Dlm kisah Nabi Yusuf, baginda dicampakkan oleh adik-beradik dlm perigi di tengah² padang pasir.

No comments: