Tuesday, November 3, 2020

Tafsir Surah Fatir Ayat 35:2

-us Shahrir kuliah Maghrib Sabtu 14-Nov-2015

Surah Fatir Ayat 35:2 

A002

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ini menerangkan hakikat rahmat Allah. Apbl seseorg muslim memahami ayat ini maka dia akan menghubungkan segala jalan/usaha menuju kpd kekuasaan Allah.

- Dgn itu seorg muslim akan hanya bergantung kpd Allah, tiada sedikit rasa bergantung kpd makhluk2 lain spt kebergantungan kpd seorg ketua, pemimpin, menteri, atu makhluk selain Allah.

- manusia tidak mampu mencatat rahmat Allah dlm dirinya, walau utk rahmat kejadian struktur badannya. Sampai mati pun seorg manusia tidak akan dpt mengira rahmat Allah kpdnya. Maka wajiblah manusia bersyukur kpd Allah ke atas segala rahmat yg dikurniakan ke atasnya.


- Dgn rahmat Allah, Allah ampunkan dosa hambanya.
  • Seorg manusia di minta mohon ampun kpd Allah utk diberikan rahmat ke atasnya.
  • Selepas solat seorg muslim di ajarkan utk berzikir dan wirid, utk menampung kecacatan dlm solat.
  • Seorg muslim wajib belajar mengaji utk membolehkan dia membaca Al-Quran.

- rahmat Allah tergambar dlm benda/perkara yg dilarang.

- setiap makhluk yg diciptakan Allah ada matfaatnya kpd sesuatu makhluk lain.

- Perang Khaibar adalah satu-satunya perang yg dimulakan oleh Rasulullah sendiri kerana tidak boleh bertahan dgn Yahudi.
  • org Islam wajib menjaga dan mengormati golongan kafir zimmi, ie golongan kafir yg tidak menentang hukum Islam.
  • sebaliknya kpd golongan kafir harbi ie yg menentang hukum Allah dilaksanakan di muka bumi.

- Umat Nabi Soleh sombong dgn kekuatan diri mereka yg boleh membina bangunan2 cantik. Namun Allah tidak memandang kpd kekuatan kudrat mereka, maka mereka dibinasakan kerana tidak bersyukur dan tidak mengikuti ajaran Islam yg disampaikan oleh Nabi Soleh.

- dakwah perlu dimulakan dr diri kita sendiri, kemudian didik isteri dan anak2 utk melakukan perubahan kpd keluarga itu. Kemudiannya berdakwah kpd org lain.

  • Menegur org lain adalah wajib supaya meninggalkan kemungkaran. Org yg menerima teguran tidak boleh melawan/memperlekeh teguran yg diberikan kpdnya.

Siapakah org yg dimuliakan oleh Allah?
  • Org yg bertakwa di sisi Allah
  • Wali2 Allah adalah yg bertakwa kpd Allah

- Setiap nikmat yg ditahan Allah akan rahmatNya, maka makanan itu menjadi bala kpdnya. Setiap makanan yg menjadi tubuh badannya akan membawanya ke neraka.

- Org Islam perlu sihat utk melakukan ibadat kpd Allah.

No comments: