Friday, November 6, 2020

Sistem Kenegaraan Islam

-us Fauzi Asmuni kuliah Maghrib Ahad 12-Apr-2015

Sistem Kenegaraan Islam

Konsep negara Islam.
- konsep ketuanan rakyat berasal dr Eropah.
- konsep ketuanan Islam adalah berasaskan Al-Quran dan hadis. Kepimpinan dlm Islam mematuhi 2 konsep:

  1. Ketua pemimpin yg dipilih mestilah seorg yg cukup syarat spt menunaikan solat.
  2. Pemimpin mestilah memenuhi syarat.


Sejarah Uthmaniah

  • Kejatuhan kerajaan Uthmaniah adalah disbbkan sistem pemilihan wakil-wakil rakyat, yg dibawa masuk oleh org Eropah yg dibawa /disokong pula oleh org Turkey muda. Konsep ini juga yg kini diamalkan di Malaysia kini. Konsep ini bertentangan dgn kuasa dari atas ie khalifah yg bertindak sebagai pemimpin.
  • Kekeliruan dlm kuasa memilih pemimpin yg bermula dr bawah, yg dipopularkan oleh org Eropah yg bukan Islam, menjadikan pemilihan pemimpin adalah berdasarkan kpd populariti (yg diyakini boleh menang dlm pemilihan pemimpin). Ini menjadikan 4 khalifah terakhir adalah pemimpin yg tidak cukup syarat.

Sistem pemerintahan kenegaraan Islam adalah sehingga Saidina Hassan bin Ali. Seterusnya adalah dikira zaman beraja.

Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan melantik anaknya Yazid menjadi khalifah selepasnya mewarisi kerajaan Islam Bani Umaiyah. 


Sistem khalifah di zaman Bani Umaiyah memulakan zaman Islam beraja.

  • Adanya bangunan khusus spt istana
  • Adanya tentera peribadi/pengawal raja. Sistem Bani Muawiyah mempelajari dr kelemahan di zaman Saidina Umar adalah kerana kelonggaran keselamatan, menyebabkan Luk - Luk ketika solat subuh melibas 13 org dan 7 org meninggal, sehingga akhir nya berjaya menikam Saidina Umar yg mengimami solat. 

-  Luk-luk (golongan Farsi)  berjaya bergaul rapat dgn Khalifah, hingga di hujung hayat Saidina Umar, beliau dibunuh oleh org berada rapat dikalangan khalifah.

  • Org Farsi yg ditewaskan oleh Saidina Abu Bakar sewaktu perang menghapuskan murtad.
  • Ketika zaman Saidina Abu Bakar, org Farsi tidak dibenarkan memasuki Mekah.
  • Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar, org Farsi memujuk Saidina Umar supaya diberikan kebenaran untuk memasuki Mekah.  

- Kerajaan Rom hilang banyak jajahannya apbl kalah dalam peperangan di tangan khalifah Islamiah. Maka zaman selepas khalifah adalah zaman kejatuhan Rom, dan kerajaan Islam menggantikannya.

Abu Sufyan bin Harb memeluk Islam pada tahun ke8 Hijrah. Dia berpesan kpd anak2nya utk mentaati Islam kerana mereka lewat memeluk Islam. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar memilih atau mengekalkan gabenor2 dr keluarga Abu Sufyan yg juga Bani Umaiyah.

Muawiyah bin Abu Sufyan seorg yg berfikiran jauh ke hadapan, dia cadangkan kpd Saidina Umar utk membina kapal utk menyebarkan Islam di Constanipole. Ketika itu tentera Islam tidak pernah berperang di laut. Mereka amat mahir berperang di darat.

Muawiyah bin Abu Sufyan adalah pemimpin pertama yg belayar dan berjaya membuka Cyprus.

Muawiyah seorg yg dikurniakan kelebihan dlm menyusun strategi perang.

Ketua perang membuka kota Constantinople bermula dr anak Muawiyah bin Abu Sufyan, ie Yazid bin Muawiyah. Setelah berlaku beberapa siri peperangan, tentera Islam tewas. Hinggalah pemimpin armada yg baru di bawah Muhammad Al-Fateh, Constantinople berjaya ditakluk tentera Islam.

Dakwaan Muawiyah bergaduh dgn Saidina Ali kerana merebut jawatan khalifah, adalah tidak benar.

  • Saidina Ali tidak mahu melakukan qisas ke atas 2,000 org yg dituduh membunuh Saidina Umar. Saidina Ali menangguhkan hukum qisas sehingga keadaan tenteram, kerana ketika itu masih banyak golongan dan kumpulan yg berpecah. Perpecahan adalah kumpulan yg ditewaskan oleh Saidina Abu Bakar akibat dr isu murtad selepas kewafatan Rasulullah.

Org yg tak boleh jadi pemimpin:

  1. Kelompok yg kuat, pandai, bijak namun zalim.
  2. Kelompok yg cukup syarat (menjaga ibadah  terhadap Allah),  namun lemah, lembik.

Sistem beraja juga adalah sistem pemerintahan Islam. Cuma, bila sistem beraja, pemimpin di pilih oleh org yg alim.

Org Syam adalah yg menaikkan Bani Umaiyah, dan mereka juga yg menjatuhkan Bani Umaiyah.

  • 4 khalifah terakhir khalifah Islam adalah dilantik menerusi revolusi.Negara Barat tidak pernah berpecah kuasa dr segi ideologi. USA ada 2 parti, namun mereka tidak berbeza ideologi. 
  • USA menjual demokrasi dgn mempopularkan banyak parti dgn pelbagai ideologi. 
  • Malaysia menjadi lemah, begitu juga negara-negara Islam lain, lemah kerana menyetujui saranan barat supaya diamalkan sistem pelbagai parti. 
  • Kesan dr sistem ini adalah negara yg lemah kerana tiada pemimpin yg mempunyai kuasa yg solid, yg cukup syarat (menjadi khalifah negara-negara Islam).

Di negara Arab kini, mereka mempromosikan dawlah Madaniah, bukannya negara Islam. Ini berpunca kerana ketidak fahaman tentang model negara Islam.


No comments: