Sunday, September 22, 2013

Zuhud

- us Rashidy Jamil kuliah maghrib ahad 22-9-2013

1. 3 perkara utk menjadi zuhud, kata Ibrahim bin Adaham:

(1) ingatkan kubur itu suatu yg mengerikan, maka beramallah utk menyediakan diri menghadapi kematian.
(2) melihat jalan yg panjang menuju ke akhirat, namun aku belum lagi menemui bekalan utk le sana.
- hasan al-Basri, antara ketengan org muslim adalah, rezeki yg dituliskan ke atas seseorg tidak akan diberikan kpd org lain.
(3) Allah akan membicarakan perkara yang aku buat.

- Abu Qasim, dunia ini adalah hanyalah swmentara.
- Sabda Rasulullah, tlh drg seorg lalaki kpd Rasulullah, utk melakukan perkara yg disukai Allah dan disukai manusia. Kata Rasulullah, berlaku zuhudlah didunia neacaya tuhan sayang, nescaya dicintai manusia.

- Zuhud adalah:
1) bukanlah zuhud itu mengharamkan yg halal.
- tak mahu menikah
- tak mahu makan makanan yg berdarah,

2) bukannya mengharamkan yg halal atau mensia-siakan harta yg diberi padanya
- diberi rahmat kpd harta yg diperoleh, utk isteri, anak2 dan keluarganya apbl dia meninggal
- org yg diberi hidayah, maka dia sedekah apa yg ada. jika sedikit rezekinya, maka sedikit kemampuannya bersedwkah. Jika lebih rezekinya, lebihlah sedekahnya. Kerana dia mengharapkan balasan Allah di atas sedekah yg dikeluarkannya.

3) mengosongkan hati dari mengingatkan harta berlebih-lebihan.

4) bekalan menuju akhirat, Hidayah, dan Berterusan.

Zuhud: berjuang/berjihad meletakkan Allah itu lebih besar dari segala yg ada di dunia.

Saturday, September 21, 2013

Mencari cinta Allah - hindari sengketa dan krisis

-us ibrahim kuliah maghrib sabtu 21-sep-2013

-Berselawat adalah saru cara mencari keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw, barangsiapa berselawat satu kali ke atasku, maka Allah akan berselawat ke atas orang itu sebanyak 10 kali.

- Allah selawat ke atas kita, ie doa Allah kpd kita, menjamin kita dr jatuh jambatan siratulmustakim, menjaga iman kita, menghindarkan bala, dan sebagainya. Namun pernahkah kita peruntukkan masa utk berselawat ke atas nabi, dengan harapan ianya diterima oleh Allah, dan mengharapkan agar dibalas pula oleh Allah dengan doa.

- Utk membeli cinta Allah, kita mesti menjadi lembut hati. Lembut hati boleh membawa maksud bersedia memaafkan org yg melakukan keburukan ke atas kita, menyusahkan kita.

- Tidak boleh meletakkan syarat dlm amalan. Utk mencintai Allah, maka lakukan amalan dgn ikhlas. Allah mengetahui hambanya dan tidak melupakakan kita.

- Sesiapa yg memutuskan silarulrahim tidak akan dapat masuk syurga.
-- Allah tidak suka manusia berkelahi dan bersengketa.
-- oleh itu sekiranya dlm keadaan krisis, kita jangan menambah-nambah, jangan jadi punca sengketa.

-Pahala akan terhakis/memusnahkan amalan seseorg itu akibat drpd:
1) benci-membenci,
2) umpat-mengumpat,
3) pangil dgn panggilan yg tidak disukai org yg mendengarnya,
4) mencari kesalahan org lain.

- Ulama tasauf sering mengkaitkan makanan dgn najis atau makanan dgn racun, sebagai bandingan amalan yg dilakukan. Maksudnya perkara yg baik tidak buleh dicampur adukkan dgn perkara yg buruk utk dipersembahkan kpd Allah.

-Untuk mengharapkan cinta Allah, elakkan persengketaan, rasa sakit hati/iri hari.

-Syaitan meletakkan dlm hati kita supaya kita merasa berhak utk mendapatkan pembalasan di atas perkara yg dilakukan oleh org ke atas kita. Jika tiada sifat keimanan, maka kita akan terikut hasutan syaitan dan melakukan perkara dgn tujuan membalas semula kpd org tersbt.

- Amalan kita akan luput apbl mengikuti hasutan syaitan.

- Jika benar kita hendakkan cinta Allah, maka ikutlah perangai nabi. Berazamlah utk tidak bersengketa, berkrisis.

- Kehendak Allah ke atas kita adalah utk berkasih sayang dgn mukmin yg lain.

Monday, September 16, 2013

Tafsir Surah An-Insyiqaq Ayat 84:10 hingga 14 (Penerimaan Buku Amalan)

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 16-9-2013

Surah Al-Insyiqaq Ayat 84:10-12

Ayat 84:10

A010

"Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,"

Ayat 84:11

A011

"Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,"

Ayat 84:12

A012

"Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang."

Sesiapa yg diserahkan buku amalan dr sebelah belakang, kata Syeik Khutub tiada bezanya dgn org yg menerima buku amalan dr sebelah kiri. Mereka ini akan ditempatkan di neraka.

Bandingan yg dibuat sebelum ini adalah pd Ayat 7, 

A007

" Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya"


sesiapa yg diserahkan buku amalan dr sebelah kanan, maksudnya mereka ini dr golongan yg akan dipermudahkan amalan hisabnya, tempat mereka adalah syurga.

Ada juga hadis yg menerangkan bhw yg menerima buku amalan dr sebelah kanan, maka akan dibentangkan sahaja perbuatannya di dunia, hanya berbentuk pembentangan, bukannya hisab. Hisab dirujukkan kpd soal-jawab perbuatan yg dilakukan di dunia.

Watak2/Ciri2 ahli syurga perlu diketahui, begitu juga perlu diketahui watak2 ahli neraka, supaya kita tidak lalai hingga melakukan perkara2 yg menyebabkan kita dumasukkan ke neraka.


Ayat ke 84:13 

A013

"Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! ",

org yg asyik berseronok maka ia akan menjadi jauh dr Allah, dan lupa daratan. Keseronokan dlm keluarga mesti diharab akan disambung hingga ke syurga. Oleh itu kita perlu pastikan ahli keluarga kita juga melakukan amalan2 yg mendekatkan diri kpd Allah. Perlu diperhatikan dan bimbing anak2 supaya mendengar kata2 dan nasihat ibu bapa. Awasi kawan2nya, jika kawan yg bersembahyang maka syurkurlah jika sebaliknya nasihatkan supaya berhati2 dlm pergaulan.

Apbl ditimpa kesusahan barulah dia ingat kenbali kpd Allah.

Hadis menyebut bhw anak melihat wajah ibu bapanya maka dia akan mendapat pahala.


Ayat 84:14

A014

"Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !"

Jangan kecil hati jika masih tidak mendapat apa yg dihajatkan dr Allah. Sekiranya diberi kekayaan belum pasti kita akan dapat menghadirkan diri dlm majlis ilmu di surau/masjid kerana kesibukan mengejar kekayaan. "Allah memberi kpd kita apa yg kita perlu"

Satu lg sifat manusia, ie enggan mematuhi Al-Quran. Akibatnya org Islam diperintah oleh Yahudi. Manusia yg enggan patuh tunduk kpd ajaran Allah akan mengaku beriman kpd Allah apbl nyawanya hampir keluar dr jasadnya.

Surah Yunus Ayat 10:90 dan 10:91,
Ayat 90:

A090


"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".


Ayat 10:91:

A091

"(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

firaun beriman kpd Allah ketika mana nyawanya dihujung hayat. Namun Allah tidak menerima keimanannya, kerana sebelum nyawanya ditarik, dia lupakan Allah."

Jangan kita menjadi spt kumpulan jabariah, yg menyerahkan segalanya kpd Allah, tapa meletakkan usaha dihadapan. Spt harga barang naik, ditetapkan oleh Allah. Sebagai manusia kita diminta berusaha utk tidak menaikkan harga barang.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha memperbaiki keadaan hidup mereka.

Friday, September 13, 2013

Kelebihan Iman

-Utz Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 8 Sep 2013
Kelebihan Iman

1. Org yg takut kpd Allah, maka ia berfikir terlebih dahulu. Kerana mencari berkat dlm kehidupannya.

Apbl hati terang, seseorg akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Zikir harian Imam Ghazali:
Jumaat: Ya Allah
Sabtu: Lailahaillah
Ahad:  Ya Haiyun Ya Qaiyum
Isnin: Lahaulawala kuataillahbillahilalliyulazim
Selasa: Selawat
Rabu: Istighfar
Khamis: Subhanallah

5 kategori iman:
1. Taklik - pengambilan dr gurunya tanoa dr al quran dan hadis
2. Ilmu - melakukan amal ibadat kerana dia ada ilmu tauhid, dgn mempelajari ilmu tasauf dan ilmu fekah.
3. Ahya - Penghayatan. Segala dalaman dan luaran. Kalimah amalannya, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Pengulangan solat diharap menjadi tempat mandi kepada jiwa seseorg itu. Apbl sesorg tidak bersolat, maka hatinya donidai oleh iblis. Mandi 5 kali sehari menjadikan jiwa seseorg itu bersih.

4. Hakikat - Menghayati maksud kalimah2 rukun dlm solat.

Tuesday, September 10, 2013

Kelebihan Iman

-Utz Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 8 Sep 2013
Kelebihan Iman

1) Org yg takut kpd Allah, maka ia berfikir terlebih dahulu. Kerana mencari berkat dlm kehidupannya.

Apbl hati terang, seseorg akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

2) Zikir harian Imam Ghazali:

Jumaat: Ya Allah
Sabtu: Lailahaillah
Ahad:  Ya Haiyun Ya Qaiyum
Isnin: Lahaulawala kuataillahbillahilalliyulazim
Selasa: Selawat
Rabu: Istighfar
Khamis: Subhanallah

3) 5 kategori iman:

1. Taklik - pengambilan dr gurunya tanoa dr al quran dan hadis
2. Ilmu - melakukan amal ibadat kerana dia ada ilmu tauhid, dgn mempelajari ilmu tasauf dan ilmu fekah.
3. Ahya - Penghayatan. Segala dalaman dan luaran. Kalimah amalannya, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Pengulangan solat diharap menjadi tempat mandi kepada jiwa seseorg itu. Apbl sesorg tidak bersolat, maka hatinya donidai oleh iblis. Mandi 5 kali sehari menjadikan jiwa seseorg itu bersih.

4. Hakikat - Menghayati maksud kalimah2 rukun dlm solat.

Friday, June 21, 2013

Tafsir Surah Al-Araf Ayat 7:8 hingga 17

- us Hasnan Kasan Kuliah Maghrib 21- Jun-2013


Surah Al-Mukminun surah 99 - 104, Surah Al-Araf ayat 8 - 17.

1. Disunatkan berpuasa berturut-turut pd 13, 14 & 15 Rejab dan Syaaban. Dipanggil hari2 putih.


2. Surah Al-Mukminun ayat 23:103:

A103

"Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam"


3. Ayat yg hampir sama di sebut dlm Surah Al-Araf Ayat 7:8, ms 151 (klik sini utk paparan ayat)


وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

"Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya." 



Surah Al-Araf ayat 7:9, ms 151 (klik sini utk paparan ayat)

وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِـَٔايَٰتِنَا يَظۡلِمُونَ
 
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya).

4. Surah Al-Araf ayat 7:10, ms 151 (klik sini utk paparan ayat)


وَلَقَدۡ مَكَّنَّٰكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَۗ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. "


5. Punca org tidak melakukan amal soleh:

Surah Al-Araf ayat 7:11, ms 151 (klik sini utk paparan ayat)


وَلَقَدۡ خَلَقۡنَٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud."


Surah Al-Araf ayat 7:12, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

 

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ

"Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." 


Surah Al-Araf ayat 7:13, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)


قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّٰغِرِينَ 

" Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina"."


Surah Al-Araf ayat 7:14 ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

 

قَالَ أَنظِرۡنِيٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

 "Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)"."


Surah Al-Araf ayat 7:15, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)


 قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ

"Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)"."


6. Punca utama manusia tidak melakukan amal soleh adalah kerana iblis bersumpah akan menyesatkan manusia hingga ke hari kiamat.


Surah Al-Araf ayat 7:16, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)


قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٰطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

"Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "


Syaitan mendatangi manusia dr semua penjuru.

Surah Al-Araf ayat 7:17, ms 152 (klik sini utk paparan ayat)

 

ثُمَّ لَأٓتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيهِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَٰنِهِمۡ وَعَن شَمَآئِلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَٰكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". "

  1. Maksud syaitan dtg dr hadapan ie keluarkan Hari Akhirat dr hati manusia.
  2. Maksud syaitan dtg dr belakang ie benamkan manusia dlm dunia, lupakan terhadap Akhirat.
  3. Maksud syaitan dtg dr kanan ie halang manusia de melakukan amalan yg wajib dan yg sunat.
    • maka akan berkatalah manusia bhw jangan diwajibkan perkaa yg sunat
  4. Maksud syaitan dtg dr kiri ie dorong/galak manusia utk melakukan yg haram dan yg makhruh.


7. Syaitan menampakkan manusia akan kejahatan yg dilakukan sebagai perkara yg baik.

(a) Rujuk Surah Al-Araf ayat 7:20, ms 153 (klik sini utk paparan ayat)


فَوَسۡوَسَ لَهُمَا ٱلشَّيۡطَٰنُ لِيُبۡدِيَ لَهُمَا مَا وُۥرِيَ عَنۡهُمَا مِن سَوۡءَٰتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَىٰكُمَا رَبُّكُمَا عَنۡ هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةِ إِلَّآ أَن تَكُونَا مَلَكَيۡنِ أَوۡ تَكُونَا مِنَ ٱلۡخَٰلِدِينَ

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".

 

(b) Surah Al-Araf ayat 7:27, ms 154 (klik sini utk paparan ayat)

يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّكُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٰتِهِمَآۚ إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."



Friday, June 14, 2013

Beriman dgn Hari Qiamat II

- us Yusri Kuliah Maghrib 14-Jun-2013
-Sambungan dr kulia lalu akan nama2 Hari Qiamat, menggambarkan banyaknya suasana yg akan ditempuhi oleh manusia nanti.

- Saat tiba dan berlakunya Hari Qiamat
1. Suatu persoalan yg hanya diketahui oleh Allah sahaja. Para Nabi dan Rasul tidak mengetahuinya, tidak juga para malaikat.

2. Firman Allah dlm surah Luqman Ayat 31:34









"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."
- Ayat tersbt menjelaskan bhw Allah sahajalah yg mengetahui perkara2 ghaib, spt bila berlakunya Hari Qiamat.
- Manusia disuruh merancang yg baik utk hidup.
-
3. Org Arab mengejek2 Rasulullah saw apbl disebutkan perkara Hari Qiamat, kerana mereka tidak dpt menerima kenyataan bhw manusia akan dihidupkan semula selepas kematiannya utk menerima balasan.
- para sahabat juga bertanya bila berlakunya Hari Qiamat. Namun Allah memerintahkan kpd Rasulullah supaya menyerahkan hal tersbt kpd Allah
- org kafir dan musyikin juga bertanya dan mengejek2 berkenaan bilakah berlaku Hari Qiamat. Allah menurunkan wahyu seperti firmanNya dlm surah Al-'Araf ayat 187, yg bermaksud:










"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". 

Hadis yg mahsyur berkenaan bila berlakunya Hari Qiamat,
Apbl amanah disia-siakan. Para saabat bertanya lagi bagaimanakah yg dimaksudkan dgn mensia-siakan amanah. Rasulullah kemudiannya menjelaskan, Apbl satu urusan diberikan kpd seorg yg bukan ahlinya (yg tidak mempunyai ilmu mengenainya).


4. Tanda2 Hari Qiamat:
- Ada 2 bhgn tanda2 kedatangan Hari Qiamat, iaitulah tanda2 kecil dan tanda2 besar.

- Tanda2 kecil:
1) hadis: "Aku diutus oleh Allah sbg Rasul dan tempoh hampirnya Qiamat itu adalah seumpama jarak 2 jari telunjuk dan jari tengah, baginda mengangkat tangannya dan menunjukkan 2 jari sebagai isyarat jarak masa yg sangat dekat". Jarak antara kerasulannya dan berlaku hari Qiamat adalah sangat rapat, bermakna juga tiada lagi Rasul selepas baginda hinggalah berlakunya hari Qiamat.


2) hadis 2 yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, sedang Rasulullah duduk berehat, dtg malaikat Jibrail (menyerupai manusia) bertanya akan berlakunya hari Qiamat. Jawab Rasulullah bhw org yg bertanya itu lebih mengetahui bila berlakunya hari Qiamat. Namun baginda menyebutkan bhw tanda hari Qiamat itu adalah apbl seorg perempuan melahirkan tuannya. Juga seorg yg dulunya miskin kemudiannya menjadi kaya dan dilantik menjadi pemimpin. Juga apbl gembala2 kambing sudah bermegah2 dlm bangunan2 tinggi.

  • Yg dimaksudkan dgn perempuan yg melahirkan tuannya adalah anak derhaka. Anak derhaka dan memperhambakan ibunya.
  • Manusia hari ini berlumba2 membina menara2 bangunan tinggi.