Thursday, December 29, 2016

Dosa Besar ke-22 Orang Yang Menipu Harta Rampasan Perang

- us Shairozi Hashim kuliah Maghrib Khamis 29-Dis-2016
Org yg menipu harta rampasan perang

- harta rampasan perang adalah harta hasil dari peperangan antara tentera Islam dan tentera kufar.

- motivasi tentera kufar utk turut berperang adalah dgn ancaman sekiranya tewas, maka harta, isteri dan anak mereka akan dijadikan tebusan. Oleh itu mereka membawa bersama harta isteri dan anak2. Sementara motivasi tentera Islam adalah mati syahid.

- Harta rampasan yg diperoleh dr hasil kemenangan terhadap tentera kufar, akan diserahkan kpd Rasulullah utk diagihkan.

- Rasulullah selaku pemerintah negara dan pemegang amanah negara bertangungjawab mengagihkan harta rampasan.

- org yg merampas harta rampasan perang adalah org yg mengambil apa2 bhgn rampasan perang sebelum ianya diserahkan kpd Rasulullah.

- keadaan hari ini adalah harta negara yg diuruskan oleh pihak pemerintah. Khianat terhadap amanah ini adalah agihan harta negara tidak dilakukan mengikut cara yg betul.

- pd Hari Akhirat, barang yg dicuri akan dipikul oleh sipencuri ditengkuknya.
Hadis: Imam Muslim meriwayatkan dari Ahu Hurairah ra berkata, "Suatu hari Rasulullah saw berdiri di tengah-tengah kami. Beliau menyebut tentang ghulul, menganggapnya suatu urusan yang besar. Lalu beliau bersabda, 
  • 'Sungguh aku akan mendapati seseorang di antara kalian paha hari kiamat datang dengan memikul unta yang melenguh-lenguh. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu.
  • Aku juga akan mendapati seseorang di antara kalian pada hari kiamat datang dengan memikul kuda yang meringkik-ringkik. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolong aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu. 
  • Aku juga akan mendapati seseorang di antara kalian pada hari kiamat datang dengan memikul kambing yang mengembek-ngembek. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu. 
  • Aku juga akan mendapati seseorang di antara kalian pada hari kiamat datang dengan memikul binatang yang mengeluarkan suara-suara keras. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu.  
  • Aku juga akan mendapati seseorang di antara kalian pada hari kiamat datang dengan memikul kain dan baju-baju yang berkibar-kibar. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu.  
  • Aku juga akan mendapati seseorang di antara kalian pada hari kiamat datang dengan memikul barang-barang berharga. Ia akan berkata, 'Wahai Rasulullah tolonglah aku.' Maka Aku jawab, 'Aku tidak memiliki sesuatupun dari Allah untuk itu. Sungguh Aku telah menyampaikan semuanya kepadamu.   [HR Imam Ahmad dan Al-Bukhari]
Barangsiapa mengambil sesuatu dari harga ghanimah yang tersbt di atas sebelum dibahagikan kpd mereka yg berhak atasnya, tau mengambilnya dari baitulmal tanpa seizin imam, atau dari zakat yg dikumpulkan utk org2 fakir, pada hari kiamat akan datang dgn memikul di leher. Demikian spt yg difirmankan oleh Allah, "Barangsiapa yg berbuat ghulul, maka pada hari kiamat ia kana datang membawa apa yang dikhianatinya itu"

- apa shj harta yg diambil dr harta rampasan perang, perbandaharaan negara, zakat, baitulmal, sebelum dari diagihkan kpd mereka yg berhak menerimanya.

- Ancaman kpd pemimpin, dan pemegang amanah negara, utk bermuhasabah diri supaya tidak dibongkarkan rahsia menipu/songlap harta negara di Akhirat nanti.

- sampaikanlah kpd mereka yg berhak itu walau satu benang atau satu jarum.

- Berhati-hatilah kamu berkenaan penipuan/songlap yg kamu lakukan di dunia, kerana di Akhirat nanti Allah akan bongkarkan segala penipuan yg kita lakukan di hadapan sekalian manusia.
  • jika kamu sebagai wakil mengutip sumbangan, dan jika org beri sedekah, jangan kamu kata itu sebagai hadiah (kpd kamu). Kerana sedekah itu adalah utk org, bukannya utk kamu.

Monday, December 26, 2016

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 3:129-131

- kuliah Maghrib Isnin 26-Dis-2016

Surah Ali Imran Ayat 3:129 (klik sini utk paparan ayat)

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- ayat ini memperjelaskan tentang manusia utk mentaati apa yg diperintah oleh Allah dan meninggalkan apa yg dilarang oleh Allah.

-di antara hukum halal dan hukum haram, terdptnya syubahat. Jika syubahat, maka adalah lebih afdal utk tidak dilakukan/dimakan.

- terburu-buru atau tergesa-gesa itu adalah hasutan syaitan. Namun ada 5 perkara yg dituntut utk disegerakan:

  1. Segerakan memberi makan kpd tetamu
  2. Segerakan pengkebumian jenazah
  3. Segerakan pernikahaan anak perempuan
  4. Segerakan membayar hutang.
  5. Segerakan bertaubat.

- 3 perkara dlm melakukan taubat:
  1. Jangan buat lagi.
  2. Menyesali
  3. Berazam utk tidak mengulanginya.

Ayat 3:130 
(klik sini utk paparan ayat)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.

- riba adalah lebihan byrn (spt bunga) yg berlipat ganda. Menjadi kebiasaan bagi org arab Quraisy utk memberi pinjaman dlm tempoh tertentu, dan mengenakan lebihan byrn kpd si peminjam.

- 2 jenis riba ie:
  1. (a) an nasiah - menambah tempoh pinjaman, menambah jumlah byrn, atau menaikkan peratus bunga/faedah.
  2. (b) menukar atau menjual dua barang yg tidak sama jenis/gred/kualiti/kuantiti.

Ayat 3:131 
(klik sini utk paparan ayat)
 
وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.


- takutkan Allah adalah dgn menjauhi perkara2 yg ditegah/dilarang oleh Allah.

Sunday, December 25, 2016

Tayammum

- kuliah Maghrib Ahad 25-Dis-2016

Kitab Riyadus Solihin - Hal Tayammum

- perkara-perkara wajib tayammum:
  1. Menepuk debu atau memindahkan debu ke tapak tangan
  2. Berniat
  3. Menyapu muka (sepenuhnya)
  4. Menyapu dua (2) tangan hingga ke siku
  5. Tertib.

- perkara-perkara sunat tayammum
- segala yg disunat berwuduk maka disunatkan utk bertayammum spt:
  • Membaca basmallah
  • Mengadap qiblat
Kecuali
  1. mengulang 3 kali (utk sapuan muka dan tangan)
  2. Menyelat janggut

Tambahan 5 perkara sunat ketika bertayammum:
  1. Merenggangkan jari ketika menepuk debu (memindahkan debu)
  2. Meringankan debu (tidak terlalu tebal debu itu)
  3. Tidak diangkat tangan hingga sempurna sapuan.
  4. Mencabut cincin jari.
  5. Membiarkan debu di anggota tayammum hingga selesai solat.

- sekiranya jari tidak direnggangkan ketika menepuk debu, maka menyejat-nyelat di antara jari adalah wajib hukumnya.

- tayammum utk solat fardu sah utk 1 solat fardu dan solat-solat sunat.
  • contoh: utk solat Zohor, tayammum itu sah utk menunaikan solat fardu Zohor dan solat-solat sunatnya. Apabila masuk waktu utk solat Asar, tayammum yg dilakukan utk solat Zohor tadi terbatal (kerana telah luput) dan perlu lakukan tayammun yg lain utk menunaikan solat fardu Asar.

Tayammum bagi pesakit
- hukum solat bagi org yg mempunyai balutan (spt simen, bandage, handiplast) pd anggota tayammum (ie muka atau kedua tangan), maka solat itu wajib di qadak. [sila rujuk kesimpulan yg dibuat oleh Imam Nawawi]

(a) kaedah berwuduk org yg ini adalah dahulukan tayammum, kemudian diikuti dgn wuduk menggunakan air, dgn meratakan air ke atas bhgn anggota wuduk yg tidak mempunyai balutan/bandage/simen.
  • sekiranya balutan berada pd anggota wuduk namun bukan pd mana-mana dua (2) anggota tayammum, (ie muka dan tangan) maka solat yg ditunaikan tidak perlu diqadak.

  • namum Imam Nawawi menyimpulkan bhw solat yg dilakukan dlm waktunya walaupun anggota tayammum itu mempunyai balutan, maka tidak perlu solat itu diqadak. Adapun solat yg dilakukan diluar waktunya, maka ia mestilah diqadak.

Tiga (3) perkara yg membatalkan tayammum:
1) apa2 juga perkara yg membatalkan wuduk
  • (a) jika tayammum itu adalah utk berhadas besar, maka selepas dr tayammum itu berlaku perkara2 yg membatalkan wuduk, maka tayammum utk hadas besar itu tidak batal.
  • (b) jika tayammum itu adalah utk berhadas kecil (ie berwuduk)

2) org yg melakukan riddah (ie murtad).

3) sangkaan wujudnya air (ie bagi yg bertayammum utk berhadas kecil / wuduk)
  • (a) jika dia bersangka itu sebelum melakukan takbiratul ihram, maka batal tayammum nya.
  • (b) jika dia belum bersolat, namun ada penghalang (spt binatang buas/berbisa/perompak), maka tidak tertabal tayammum.
  • (c) jika setelah masuk solat, dan berandaian air telah ada (spt dengar bunyi deruan air paip), maka tayammum nya tidak terbatal dan solatnya sah.

Hindari perkara syubahat

- us Zainal Ariffin Kuliah Suboh Ahad 25-Dis-2016

Rahmat Allah diberikan kpd sekalian manusia yg berusaha.

Abdullah bin Umar: apbila aku ditimpakan musibah, aku akan ucapkan Alhamdulillah. Aku ucapkan Alhamdulillah kerana:
1) urusan2 keduniaan.
- sebarang ujian keduniaan yg tidak membawa kpd syirik kpd Allah. Dia amat takuti perkara2 dunia yg menyebabkan dia berlaku syirik.
2) memikirkan perkara2 yg lebih besar.
Ada seorg ulamak di zaman dahulu yg mengidapi bisul di punggung. Dia bersyukur kerana bisul tidak tumbuh di mata.
3) Allah sendiri sebutkan dlm Al-Quran ie Dia bersama dgn org2 yg sabar.
4) Allah menjanjikan pahala yg banyak kpd org yg bersyukur- sebagai seorg muslim perkara2

Warak
- sesiapa yg menjaga dirinya dr perkara syubahat maka dia menjaga dirinya dan ugamanya.

Bagi org warak , dia tidak akan mengambil jalan dr melakukan perkara2 yg syubahat. Kerana khuatirnya jatuh kpd melakukan suatu yg haram.

Setiap daging yg tumbuh dari sumber yg haram maka nerakalah tempatnya.

- bagi org awam: selagi sesuatu perkara itu tudak disabitkan haram, maka boleh diambil.
- bagi org warak: setelah jelas halal sesuatu urusan/perkara barulah dia ambil.

- Hassan Al-Banna: Laksanakan solat kamu dlm keadaan apa sekalipun.

- surah Al-Ankabut Ayat 29:69

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

- adap menerima berita
1) pastikan kesahihan sumber berita
2) analisa sama ada berita itu bermanfaat utk disebarkan kpd org lain

- hadis: Allah memaafkan hambanya kerana terlupa, tersilap atau terpaksa.

- setiap org akan membawa buku amalannya di Akhirat nanti.

Surah Al-Israk Ayat 7:13

وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ ۖ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

Sambungan: Elakkan perkara syubahat dlm perkara yg harus. Terdpt 3 bhgn.

Saturday, December 24, 2016

Keutamaan melakukan ibadah

- us Zawawi kuliah Suboh Sabtu   24-Dis-2016

- Apakah amal yg paling Allah suka dilakukan oleh hambaNya utk menghampiri Allah?
Imam Shafie terdiam kemudiannya menangis dan mengatakan bhw bukanlah suatu urusan itu merentas tempoh yg panjang (ie perlu melakukan suatu amalan yg panjang)  tetapi tetapkan nafsu kamu  ke luar ie serahkan jiwa sepenuhnya dlm melakukan segala perbuatan hanya kpd Allah semata-mata.

6 cara iblis mengganggu seorg muslim:
1) cuba utk mengkufurkan seorg muslim
2) cuba spy seorg muslim berlaku syirik kpd Allah
3) tenggelamkan dlm dosa besar
4) tenggelamkan dlm dosa kecil
5) tenggelamkan dlm perkara2 harus
6) menipu seorg muslim dlm hal yg halus dlm urusan harian (al waliat) keutamaan melakukan ibadat.

- ulamak membuat kesimpulan bhw apbl Rasulullah ditanyakan apakah amalan yg paling baik, maka Rasulullah memberikan jawapan yg berbeza. Menunjukkan keutamaan amalan adalah mengikut keadaan dan keperluan org yg bertanya.

Farizah setkan meeting pkul 4:00ptg ni.
- hadis: di mlm Lailatu Qadar ada satu amalan yg lebih baik drpd beramal di mlm Lailatul Qadar di sebelah Hajaratul Aswad, iaitulah yg berjaga di bumi yg menakutkan yg berkemungkinan dia tidak boleh balik kpd ahli keluarganya.
--> dlm keadaan bersiap sedia utk berperang, adalah lebih baik berjaga di suatu tempat di luar sana utk mengintai sebarang kemungkinan pihak musuh menghampiri kawasan/keluarga kita.

- hadis lain: Rasulullah memberitahu bhw adalah lebih baik menunaikan hajat seorg muslim berbanding dgn beramal iktikaf selama 1 bulan di Masjid Nabawi.

- Perang Tabuk, tentera Islam 30,000 org menentang tentera Rom, dan saidina Ali  tidak dibenarkan menyertai peperangan Tabuk itu, kerana keutamaan diletakkkan kpd saidina Ali utk tinggal di Madinah, menjaga keluarganya dan menjaga keadaan keselamatan di Madinah.
--> seseorg boleh beramal apa shj dan kesesuaian keutamaan amalan adalah mengikut keadaan setempat.
- perlu berfikir secara mendlm utk melakukan sesuatu amalan, dibandingkan dgn keadaan semasa.
- Cth adalah lebih afdal utk menginfakkan belanja utk melakukan haji (selain haji yg wajib) juga umrah (kali ke 2, 3, etc), dan diinfakkan harta itu utk jihad membantu umat islam yg dihimpit dgn masalah peperangan, penyiksaan, diancam murtad, kehabisn belanja utk menuntut ilmu, dan kebuluran.

- Imam Malik memberikan keutamaan kpd dirinya utk menuliskan ilmu dan menghimpun hadis.

Sunday, December 18, 2016

Mentauhidkan Allah #2

- us Faizal Abdullah Kuliah Maghrib Ahad 18-Dis-2016

3 sebab diturunkan Al-Quran:
1) utk melenyapkan segala kepercayaan yg batil.

2) utk nak menolak dan menafikan amalan2 yg bertentangan dgn kehendak Allah.
- sesuatu amalan perlu berpandu kpd wahyu utk menentukan sama ada ianya berfaedah atau tidak mengikut neraca pertimbangan Allah, kerana setiap amalan akan menjadi penentu kpd kehidupan di akhirat.
- hadis: aku tinggalkan 2 perkara iaitu Al-Quran dan hadis, nescara kamu tidak akan sesat.
- Al-Quran mengajarkan bhw setiap perkara di langit dan di bumi adalah ciptaan Allah. Tidak ada istilah "semula jadi", kerana semua itu adalah ciptaan Allah. Konsep "semula jadi" adalah penafian terhadap sifat Maha Mencipta bagi Allah.

3) utk nak mendidik jiwa manusia.
- amalan2 kita adalah hasil dr memahami makna Al-Quran.
- hadis: akan tiba suatu masa umatku akan membetulkan bacaan Al-Quran seperti mereka membetulkan utk memanah.
- punca kesyirikan kaum arab Mekah adalah kerana mereka mensyirikkan kerajaan dan kekuasaan Allah. 
- arab Mekah mengkiaskan Allah itu mempunyai wakil di dunia, dgn itu mereka menyekutukan sesuatu roh spt al lat, al uzza , dan al manat sebagai wakil Allah.

Sifat syirik antaranya:
1)  mempercayai bhw ada suatu zat lain selain Allah utk mengurus dan mentadbir alam ini.

- Nabi Isa as adalah keturunan bani Israel. Org Yahudi amat memusuhi para Nabi dan merancang pembunuhan Nabi Isa. Org yahudi adalah org yg menyesatkan org2 nasara (kristian) dan mengada-adakan konsep salib.

- Al-Quran diturunkan sebagai penawar kpd penyakit hati, utk membersihkan sifat syirik, ujub di dlm hati.

- banyak hadis palsu berkenaan surah2 Al-Quran adalah dinisbahkan kpd Ibnu Abbas.

- iblis akan cuba menyesatkan manusia dengan pelbagai cara. Hari ini kita akui syaitan itu kerjanya menyesatkan manusia, namun kita tidak memahami apakah perkara yg menyebabkan kita tersesat.

Mentauhidkan Allah #1

- us Faizal Abdullah Kuliah Suboh Ahad 18-Dis-2016

- Surah Al-Fatihah Ayat 1:5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

- mentauhidkan Allah, dgn makna pengkhususan ibadat hanya kpd Allah.
- thaghut adalah sembahan/ketaatan selain dr Allah, yg terdiri sama ada jin atau manusia.
- Rasulullah diutus utk memperbetulkan semula keyakinan manusia utk mentauhidkan Allah, menyeru manusia mengucapkan dgn yakin kekuasaan Allah dan yakin bhw Muhammad adalah rasul Allah.

- Ilah ie konsep ketuhanan kaum arab jahiluliah adalah berbilang (lebih dari satu tuhan).

(a) Mereka percaya kpd Allah yg Maha Menciptakan, namun mereka juga percaya roh yg dijelmakan dlm bentuk objek spt al lat, al uzza, al manat.

(b)  urusan besar diuruskan oleh Allah, spt musibah-musibah besar.

- syarat sah ikrar beriman kpd Allah adalah:

(1) ilmu, ie memahami kalimah tauhid, menafikan segala sifat2 yg bukan sifat Allah,
- ilmu akan menghilangkan kejahilan.

(2) yakin, ie menerima sepenuhnya.

(3) penerimaan, ie menerima dgn yakin, dgn maknanya.
- sombong dr sudut aqidah ie tidak menerima seruan tauhid.
- apbl seseorg berlaku sombong dgn seruan mentauhidkan Allah, maka mereka akan lafazkan dgn lidah. Spt mengelarkan Rasulullah sebagai gila, sesat.

(4) ikhtiar ie serah diri sepenuhnya kpd Allah.

(5) ikhlas ie lakukan sesuatu hanya kpd Allah dan kerana Allah.
- lawan kpd ikhlas adalah syirik.
- riak adalah syirik kecil

(6) cinta, ir mencintai segala tuntutan Allah, cinta kpd Rasulullah dan cinta kpd org yg membawa/menyampaikan ilmu2 Allah

- syarat sah beriman dgn kalimah kedua syahadah, adalah:

(1) menerima ie terima segala yg disampaikan/di bawa oleh Rasulullah, kerana aoa yg disampaikan adalah wahyu dr Allah.

(2) ikut.

(3) tinggalkan segala yg dilarang (ie apa yg disebutkan, dan juga yg diberi amaran).

(4) tidak lakukan sembahan kpd Allah selain dari cara yg diajarkan oleh baginda Rasulullah.

- Allah menghubung kain rapat mentauhidkan Allah dan menerima Rasulullah sebagai Rasul Allah.

2 perkara yg
(1) Nabi Muhammad saw itu adalah hamba.
- sifat hamba adalah tidak memiliki sifat Ilah.
- pd masa yg sama baginda Rasulullah adalah pembawa wahyu Allah.
- Allah memberi amaran kpd Rasulullah di dlm Al-Quran, jika Rasulullah mengada-adakan (memandai-mandai, menambah tokok dlm ajaran yg disampaikan), maka baginda akan dihukum oleh Allah dan pembuluh jantungnya akan dipotong.
- ada org yg mengatakan Rasulullah memiliki ilmu ghaib. Sesungguhnya, fahaman ini bertentangan dgn sifat hamba ie tidak mengetahui perkara2 ghaib.

- 3 soalan yg diberikan oleh pendeta yahudi kpd wakil kabilah quraisy utk menguji Rasulullah adalah:
(a) siapakan Al-Kahfi
(b) siapakan Zulkarnain
(c) apakah roh.
Rasulullah tidak dpt menjawab pertanyaan mereka dan menyuruh mereka dtg semula keesikan hari. Namun hari esoknya Rasulullah masih tidak dpt memberikan jawapan dan menyuruh mereka dtg hari esoknya. Hal ini berlaku hingga 15 hari, barulah turun wahyu menegur sikap Rasulullah yg membuat janji tanpa meletakkan sandaran kpd Allah (ucapan Insyaallah). Dlm tempoh menunggu tersbt kaum kafir mengejek dan menghina Rasulullah mengatakan tuhan Rasulullah telah meninggalkan baginda.

(2) Allah utuskan Rasulullah dgn didatangkan Al-Quran