Sunday, November 11, 2018

4 Perkara Perlu Dipohon dari Allah

- us Muhammad Fauzi Asmuni Kuliah Maghrib Ahad 11-Nov-2018

- Dari hadis yg dituliskan dlm kitab Riyadus Solihin, dlm tajuk takwa, 4 perkara yg Rasulullah mohon kpd Allah (ie perkara yg akan membantu di akhirat)
1. Hidayah
2. Takwa
3. Kesucian diri
4  Kecukupan

4 perkara ini boleh menjadikan manusia selamat di akhirat.

#1 Hidayah
- suatu ilmu atau petunjuk.
- utk mendpt ketakwaan, seseorg perlukan hidayah. Jadi pohonlah hidayah, ilmu, petunjuk, pengetahuan.
- hidayah adalah milik mutlak Allah.
- seorg muslim perlu menyerahkan dirinya secara mutlak kpd Allah. Akal manusia terbatas utk memikirkan logik wahyu, atau suruhan dan larangan yg ditetapkan Allah. Begitu juga logik akal tidak dpt membezakan jual-beli dgn riba.
- apbl kita mendapat petunjuk yg betul, maka kita beramal dgnnya, maka timbul ketakwaan.

#2 Takwa
- Rasulullah sendiri mohon takwa.
- seseorg yg ingin mendptkan takwa, dia perlu berhati-hati dlm kehidupan dunia.
- berfikir sebelum melakukan sesuatu dgn pertimbangan sama ada mematuhi auruhan Allah atau melanggar perintah Allah, maka itu dimaksudkan dengan takwa.
- melakukan perkara-perkara dosa kecil akan menghakis takwa. Syaitan akan terus menggoda manusia agar tenggelam dgn dosa kecil, dosa² yg harus (spt menonton tv keterlaluan hingga melewatkan solat).
- takwa membantu kita memberi keutamaan (priority) dlm melakukan amal.
- takwa menuntut kita utk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

#3 Kesucian Diri
- Rasulullah mengajar kita utk menjaga maruah berdasarkan kpd kesucian diri.
- Khalifah Umar Abdul Aziz, amat menjaga dirinya bhw dr fitnah harta. Pd zaman pemerintahan beliau, ekonomi Islam amat kukuh, baitulmal mempunyai baki yg banyak walau setelah diagihkan kpd asnaf. Beliau meninggal dgn meninggalkan sebuah peti. Apbl didakwa oleh oleh org bhw Umar ada menyimpan harta, maka setelah dibuka peti, maka terkejut org ramai kerana yg ditemui adalah baju yg lusuh dan seutas rantai. Apbl ditanya kpd isteri Umar Abdul Aziz, dia menyatakan bhw jubah yg lusuh itulah yg dipakai ketika solat malam, dan rantai itu diikatkan dikaki, sebagai mengingatkan dirinya bhw dia adalah seorg hamba Allah walaupun memegang jawatan khalifah.

#4 Kecukupan
- sifat org kaya adalah dia mempunyai kecukupan, dgn iti dia tidak meminta-minta.
- hadis: sesiapa yg bangun pagi dgn (1) rahsianya dijaga/ditutup, (2) dlm keadaan sihat, (3) ada makanan sepanjang jarinya, maka seolah-olah dia memiliki seluruh alam.
- apbl usia meningkat, kita hanya perkara yg minimum, spt tidur yg nyenyak.
- Rasulullah ajarkan kita utk melakukan amalan berusaha/bekerja hingga boleh mengeluarkan zakat.
- rasa cukup menghalang seseorg merasa tamak, iri hati.
- sesungguhnya manusia akan melakukan perlampauan, kerana dlm dirinya tiada rasa kecukupan.

Sunday, October 28, 2018

As-Sunnah, Ijmak dan Kias

- Kuliah Maghrib Ahad 28-Okt-2018

Martabat As-Sunnah
- sumber hukum fekah ke2 adalah dr sunnah (sama ada dari perlakuan Rasulullah atau pun kata-kata baginda), ie selepas hukum yg dinyatakan oleh Al-Quran.
- As-Sunnah menjelaskan hukum² yg disebutkan dlm Al-Quran, contohnya, kaedah solat dinyatakan sebagai perintah dlm Al-Quran dan penjelasan solat dinyatakan dlm sunnah (utk merujuk kpd cara solat Rasulullah dan juga bacaan² dlm solat).
- Begitu juga As-Sunnah menjelaskan kaedah ibadah haji, perjanjian (akad), mensyariatkan hukum spt lelaki tidak boleh berpakaian dgn emas dan sutera.

- wajib beramal dgn As-Sunnah.

Sumber Hukum Fekah ke3: Al-Ijmak
- Al-Ijmak adalah persetujuan semua ulamak yg mujtahid, dlm suatu zaman/masa.
- Masalah semasa adalah tebaran ulamak pd masa sekarang adalah melangkaui benua , maka sukar utk mendpt persetujuan dlm istilah ijmak itu. Maka ada istilah Sukuti iaitu persetuan secara diam.

Martabat Al-Ijmak
a) kedudukannya adalah ke3 selepas Al-Quran dan hadis

Sumber Hukum Fekah ke4: Al-Kias
a) ada masalah lain, tetapi hukumnya kurang sesuai dgn keadaan.
b) khomar, nabiz, tuak adalah minuman yg diperam dan memabukkan haram hukumnya.
b) Contoh kias:
(1) adalah zakat dgn beras dikiaskannkpd zakat dgn gandum
(2) kaedah membersihkan tempat kena najis babi adalah menggunakan kias yg dinyatakan dlm sunnah utk membersihkan najis anjing.
(3) tuak dikiaskannkpd khamar

4 rukun Kias:
1. Perkara asal utk dikiaskan
2. Furuk ie perkara baru
3. Hukum asal utk dinaskan
4. Illah ie sebab.

- contoh perkiraan kias utk tuak
1. Perkara asal adalah khomar (ie arak)
2. Perkara baru: tuak
3. Hukum asal: haram
4. Illah (sebab): memabukkan

Kepentingan beriltizam dgn hukum² fekah.

Thursday, September 27, 2018

Haji dan Bersyukur

- us Johari Kuliah Maghrib Khamis 27-Sep-2018

Perkara yg perlu dilakukan oleh jemaah haji yg selamat kembali dari menunaikan haji

1) Perbanyakan bersyukur dg nikmat yg dikurniakan, spt telah diberikan dan dijemput menunaikan haji, mendahului org² lain.

a) kisah Nabi Sulaiman as di ceritakan dlm 2 surah ie
(i) Suarah Saba
(ii) Surah An-Namlu

Nabi Sulaiman perasan barisan pengikutnya yg tiada dlm suatu perhimpunan adalah burung hud-hud.
Burung hud-hud pergi ke suatu tempat ie di Maarib di Saba di negara Yaman.
Burung hud-hud dapati Maarib diperintah oleh seorg wanita (namanya Zulaikha), istananya sgt indah (masih ada hingga ke hari ini). Namun dia dan pengikutnya menyembah matahari.

Burung hud-hud ini berpatah balik utk menceritakan kpd Nabi Sulaiman apa yg dilihatnya.

Apbl burung hud-hud kembali dia ceritakan kpd Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman kemudiannya menuliskan surat kpd ratu Zulaikha supaya memeluk Islam. Burung hud-hud kemudiannya terbang semula ke negeri Saba membawa surat dan mencampakkan surat itu kpd ratu Zulaikha.

Akhirnya ratu Zulaikha dan rakyatnya memeluk Islam.

Dlm perjalanan rombongan ratu Zulaikha bersama rakyatnya ke Palestin (di mana pusat pemerintahan Nabi Sulaiman).

2) Minta kpd Allah utk terima haji yg dilakukan

3) Mintak dgn Allah utk mengurniakan haji yg mabrur.

Tanda mendapat haji mabrur:
1) menjaga solat di awal waktunya.
2) menjaga aurat (dr org yg bukan muhrim)

Monday, September 17, 2018

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:34 hingga 37

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 17-Sep-2018

Surah Al-Baqarah Ayat 2:34 - 37


Ayat 2:34

A034


وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.


- Ayat 2:35

A035


وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".


-Ayat 2:36

A036


فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".


(a) apbl berhenti pd wau sabdu dgn tanwin, maka bacaan adalah disabdukan wau tersebut dgn 2 harkat.
(b) bacaannya: " 'aduw wuu "
(c) hanya tanwin dikeluarkan, sementara sabdu dikekalkan.


- Ayat 2:37

A037


فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

- Allah beri kelebihan kpd manusia ie kebolehan utk memilih, antara keimanan dan kesesatan.

- Kita perlu meletakkan darjat tinggi ie dgn tidak hanya mengikut kata dan kehendak orang lain tanpa berfikir.

(a) Mengikut kata manusia adalah seorg berstatus hamba.

(b) Mengikut kata manusia tanpa berfikir menjadikan seseorg itu hina ie berstatus rendah darjatnya dari haiwan.

- Manusia perlu menggunakan akal (utk berfikir) dlm melakukan sesuatu perkara kerana diletakkan tanggungjawab ke atas setiap perbuatan dan percakapannya (yg akan dihisab dan ditimbang di Akhirat nanti).


- Adakah iblis itu asalnya malaikat?
Ada pendapat mengatakan ya, tetapi banyak pendapat mengatakan tidak, kerana:

(1) asal kejadian iblis (ie dr api) tidak sama dgn malaikat.

(2) sifat malaikat adalah taat dan patut kpd arahan Allah tidak membantah. Namun iblis bersifat menolak arahan dan perintah Allah.

- Allah pelihara dan tutup kekurangan kita  oleh kerana itu org lain memandang mulia kpd kita dan ingin berkawan dgn kita.

(a) Jangan mencari kelemahan org lain, sebaliknya carilah kelebihannya.

(b) Sentiasa mohon kpd Allah utk menjaga kita (jaga aib/kelemahan kita).

Sunday, September 16, 2018

Saad bin Abi Waqas

-us Norazam Kuliah Maghrib Ahad 16-Sep-2018

- Saad bin Abi Waqas
Sahabat yg dijanjikan syurga, sedangkan beliau masih hidup

- berketurunan sama dgn Aminah, ie ibunda Rasulullah. Berpangkat bapa saudara kpd Rasulullah.

- Saad bin Abi Waqas memeluk Islam awal (org lelaki ke3 ie selepas saidina Abu Bakar As-Siddiq), pd umur 17 thn. Didakwahkan oleh saidina Abu Bakar As-Siddiq, ie antara 5 org pertama yg memeluk Islam yg didakwahkan oleh Abu Bakar.

- Apbl Saad memeluk Islam ibunya merajuk dan tidak mahu makan sehinggalah Saad keluar Islam. Saad dinasihatkan oleh saudara yg lain utk menemui ibunya yg masih berlapar. Saad menemui ibunya (yg berkeadaan daif kerana tidak makan), katanya, sekiranya 100 nyawa dicabut dr ibunya saru persatu, namun tidak sekali-kali dia tidak akan meninggalkan Islam. Oleh kerana itu ibunya mengambil keputusan menghentikan mogok laparnya, dan kembali sihat.

- di Mekah tidak byk cerita berkenaan Saad.
- Saad berhijrah ke Madinah lebih awal dr baginda Rasulullah.
- Rasulullah berhijrah bermula pd 28 Safar, dan tiba di Yatrib pd 12-Rabiul Awal.
- semasa dlm masjid Rasulullah bersama para sahabat, baginda memberitahu bhw sebentar lagi akan tiba ahli syurga. Seketika kemudia masuk Saad bin Abi Waqas.
- antara amalan Saad adalah dia tidak akan melelapkan matanya selain setelah tenang hati, setelah memaafkan org lain.

- Menyertai peperangan:
a) dlm Peperangan Uhud, Saad adalah salah seorg yg melindungi Rasulullah, terutama selepas dr serangan pertama, selain dari xxx. Kemahiran Saad adalah memanah.

b) semasa zaman saidina Umar, utk merangi Parsi, Abdul Rahman bin Auf dan memberitahu bhw Saad bin Abi Waqas adalah singa yg layak menggantikan saidina Umar utk mengetui peperangan di Al-Adisiah. Saad mengetuai 30 ribu tentera Islam yg mengalahkan tentera Parsi (kira² 100 ribu org).

Rasulullah mendoakan Saad dgn 2 kelebihan ie
(i) memanah dgn tepat.
(ii) makbulkan doanya (Saad bin Abi Waqas), sama ada yg baik mahupun yg tidak baik.

- para sahabat amat berjaga-jaga apbl berbicara dgn Saad, takut jika didoakan oleh Saad akan perkara yg kurang baik.
H saidina Umar pernah menemui Saad dan memohon maaf kpdnya kerana khuatir persilihan pendapat antara mereka.
- Marwan bin Al-Hakam mengatakan harta itu miliknya. Apabl diadukan kpd Saad akan ucapan Marwan itu, Saad pesankan kpd pemuda itu utk sampaikan kpd Marwan sama ada mahu Saad mendoakan ke atas harta tersbt. Marwan selepas mendengarkan berita itu terus bertemu Saad dan memohon maaf dan mengakui harta itu adalah milik Allah dan pengagihannya mestilah mengikut aturan Allah.

- pd zaman saidina Umar, Saad dilantik sebagai Amir di kota Khuffah. Saidina Umar mendpt laporan bhw Saad tidak solat dgn betul (kerana 3 sbb ie
i) tidak keluar berjihad
ii) Saad itu apbl bahagikan harta, dia tidak berlaku adil.
iii) ...
Saad dpt tahu berkenaan fitnah yg dikatakan itu, Saad mendoakan sekiranya tuduhan palsu maka hukumkan dgn umur yg panjang, perangainya buruk.

Sunday, September 2, 2018

Orang-orang yang Rugi

- us Mohd Ihsan Kuliah Maghrib Ahad 2-Sep-2018

Siapakah org-org yg rugi?
-4 jenis:
(1) Rugi dunia dan rugi akhirat
(2) Rugi dunia dan untung akhirat
(3) Untung dunia rugi akhirat
(4) Untung dunia dan untung akhirat

a) org yg kufur kpd Allah
b) mereka percaya kpd Allah namun mensyirikkan Allah.
- gugur segala amalan kebaikan kpd org yg mensyirikkan Allah.
c) golongan yg menjadikan syaitan sebagai pelindungnya di dunia.

Surah Al-Mujadala Ayat 58:19

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

- Golongan ini mengambil syaitan sebagai pelindungnya.
- Syaitan menjanjikan kerugian kerana ia membawa kpd kerugian (di akhirat).
- org² yg menghalang dr melakukan amalan kpd Allah,
d)
- maksud selamat ugama adalah mengambil jalan ugama Allah sebagai cara hidup.
- apbl Islam ditegakkan, maka keberkatan nya adalah kpd seluruh umat.

Rugi ke-5:

Surah Ali-Imran Ayat 3:149

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

Golongan yg menyokong kpd org yg bencikan Islam.

Rugi ke-6:
Golongan yg taat kpd Allah namun tidak istiqamah ie melakukan ibadah mengikut kpd seleranya (spt bermusim, membaca Al-Quran apbl dtg bln Ramadhan).

Rugi ke-7:
Golongan yg sibuk dgn keluarga, harta-benda hingga tidak mampu melakukan amal ibadah dgn cara terbaik.

Surah Al-Munafikun Ayat 63:9

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Rugi ke-8:
Golongan yg rugi diri mereka sendiri, dan ahli keluarga mereka di akhirat.

Rugi ke-9:
Golongan yg mendustakan pertemuan dgn Allah. ie apbl tiba Kiamat mereka kesal dgn amat kesal. Amalan org spt ini adalah meninggalkan amalan yg diketahuinya.

Rugi ke-10:
Golongan yg ringan timbangan kebaikannya (kerana sedikit amalan kebaikannya).
- ini menakutkan kita semua. Sejauh mana amalan kita akan memberatkan timbangan amal kerana kualiti amalan yg dilakukan di dunia.
- ilmu akan membezakan amalan seseorang. Org yg berilmu akan melakukan amalannya dgn kaedah yg betul ie berkualiti, maka berat amalan kebaikannya. Org yg berilmu itu bijak.

Rugi ke-11:
Golongan yg tidak selamat dr kejahatannya dan menyusahkan org disekelilingnya.
- jangan jadi org yg tidak berguna kpd org sekeliling/lain.
- jangan jadi org yg muflis di Akhirat kerana habis kebaikkan utk menebus dosanya kpd org lain.

Sunday, August 12, 2018

Falsafah Ibadah Haji dan Qurban

- Kuliah Maghrib Ahad 12-Ogo-2018

- Falsafah, Pendidikan dan Tarbiah Ibadah Haji dan Qurban

- kemuncak pengorbanan adalah pengorbanan ke atas Nabi Ibrahim.
- Digandingkan Nabi Muhammad saw, dgn Nabi Ibrahim as,

- 3 peringkat ujian ke atas Nabi Ibrahim
(i) Dilahirkan dlm keluarga dan masyarakat yg menyembah berhala, malah bapa Nabi Ibrahim adalah seorg pembuat berhala. Hingga baginda ditangkap, dibakar hidup-hidup. Namun baginda diselamatkan oleh Allah.

(ii) Tidak dikurniakan anak hinggalah umur baginda sudah tua. Doa baginda utk dikurniakan zuriat yg soleh, kerana bimbang tiada zuriat yg akan membawa dan mengembangkan ugama Islam. Akhirnya dikurniakan Nabi Ismail as.

(iii) Diperintahkan utk meninggalkan isteri baginda (Siti Hajar) yg sedang mengandung, di suatu tempat yg tidak ada org lain (ie bumi Mekah). Oleh kerana ianya suatu perintah Allah, maka Siti Hajar redho utk Nabi Ibrahim meninggalkannya di tempat itu.

- Siti Hajar berlari-lari anak sebanyak 7 kali utk mencari air. Larian 1 hingga 6 ditafsirkan belum mencapai 100% yakin dgn pertolongan Allah, maka pd kali ke-7 itu ditafsirkan telah menyakini dgn sepenuh hati bhw Allah shj tempat bergantung.

- Kemuncak pengorbanan adalah apbl Nabi Ibrahim menerima wahyu melalui mimpi, supaya menyembelih anak kesayangannya (setelah sekian lama ditinggalkan), oleh kerana Nabi Ismail seorg anaknya soleh, maka baginda redho dgn wahyu yg diturunkan kpd ayahandanya.

- Imam Razali menyebutkan jika meninggalkan puasa sunat, maka kita tlh meninggalkan hikmah yg hebat.

- Allah meletakkan puasa sunat pd hari wukuf (ie 9 Zulhijjah), sebagai puasa yg besar ganjarannya.

- Nabi Ulul Azmi adalah nabi² yg memiliki sifat kesabaran yg tinggi (ke atas ujian yg dihadapinya).

- Antara sifat sabar yg tinggi tahapnya:
(1) sabar dlm melakukan ibadah
(2) sabar utk tidak melakukan maksiat
(3) sabar dlm melalui ujian dan musibah spt sakit yg berat.
- fadhilat menziarahi org yg sakit adalah lebih baik dr melakukan solat sunat.

1) Jangan mensyirikkan Allah
2) Jangan takut utk berkorban harta, kerana ganjaran yg besar menanti sebagai balasan.