Sunday, June 29, 2025

Bernazar Tanpa Ilmu

- us Syed Husaini bin Syed Hasan kuliah Suboh Ahad 29-Jun-2025

Bernazar tanpa ilmu

  • Dari lbnu Abbas r.a. katanya: Ketika Nabi saw. sedang berkhutbah, ada seorang laki-laki tetap berdiri. Lalu beliau menanyakan tentang laki-laki itu. Orang itu menjawab: "Itulah Abu Israel yang telah bernazar akan terus berdiri, tidak akan duduk, tidak akan berteduh dan tidak akan bercakap-cakap serta tetap berpuasa." Nabi saw. bersabda: "Suruhlah dia berkata-kata, berteduh dan duduk serta menyempurnakan puasanya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1791]

- seseorang yg bernazar hanya boleh lakukan suatu yg sunnah qurbah dan tidak boleh ke atas perkara yg wajib. Maka perkara yg dinazarkan itu wajib utk dilaksanakan. Sekiranya dia tidak mampu melaksankan nazarnya, maka dia perlu lakukan kafarah ie memberi makan kpd 10 org miskin.

- Sekiranya bernazar kpd perkara haram, maka ianya tidak terjadi. Begitu juga kepada perkara yg harus, ianya tidak terjadi.

Larangan beribadah secara berlebihan (ghuluw)
Abu Israel bernazar untuk beribadah dengan cara yang sangat keras dan ekstrem: berdiri terus tanpa duduk, tidak berteduh, tidak bercakap, dan terus berpuasa tanpa henti. Ini menunjukkan sikap berlebihan dalam beribadah yang boleh membawa kepada keletihan fizikal dan mental.


Nasihat Nabi Muhammad ﷺ untuk bersederhana
Nabi saw. menegur sikap tersebut dengan memerintahkan agar Abu Israel dibenarkan untuk bercakap, berteduh, duduk, dan tetap menyempurnakan puasanya dengan cara yang lebih seimbang. Ini menunjukkan bahawa Islam menggalakkan ibadah yang tidak membebankan diri secara keterlaluan.

Ibadah yang berkualiti dan berterusan
Nabi saw. mengajar supaya ibadah dilakukan dengan cara yang berterusan dan berkualiti, bukan dengan cara yang memudaratkan tubuh atau jiwa. Kesihatan dan kemampuan seseorang juga perlu dijaga supaya ibadah dapat dilakukan dengan baik dan konsisten.

Beribadah mengikut kemampuan dan bukannya berlebihan (ekstream)

  • Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1582]

- Bernazar perlukan ilmu pengetahuan keagamaan. Sekiranya dilakukan perkara yg haram sebagai perkara nazar, ianya mendatangkan dosa. Begitu juga jika lakukan perkara yg harus sebagai perkara nazar, ianya suatu perkara yg sia-sia.

- Jangan memperkecilkan keupayaan org lain.

Allah memberikan ganjaran ke atas perkara yang dilakukan oleh hambaNya

  • Dari lbnu 'Abbas r.a., dari Nabi saw. yang diriwayatkannya dari Tuhannya, beliau bersabda: Tuhan berkata: Sesungguhnya Allah menuliskan semua kejahatan dan kebaikan, kemudian dijelaskannya: Siapa yang berniat melakukan satu kebaikan dan tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisi-Nya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Kalau orang itu berniat melakukan suatu kebaikan dan hal itu dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipat, sampai berlipat ganda. Siapa yang berniat melakukan suatu kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu satu kebaikan yang sempurna. Tetapi kalau ia berniat melakukan kejahatan dan dilaksanakannya, maka Tuhan menuliskan di sisiNya untuk orang itu, satu kejahatan." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1745]

Carian hadis berkaitan:
  • Dari Anas r.a., katanya: "Bahwasanya Nabi saw. melihat seorang orang tua dipapah oleh dua anaknya (menunaikan ibadah haji). Nabi saw. bertanya; "Kenapa orang ini?" Jawab mereka, "Ia bernazar akan menunaikan haji dengan berjalan kaki." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya Allah tidak memerlukan orang yang menyeksa dirinya ini." Lalu Nabi memerintahkan supaya orang itu naik kenderaan. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0906]

Sunday, May 25, 2025

Perkahwinan Tidak Sah

- us Faizal Sudin Ali Kuliah Maghrib Ahad 25-Mei-2025

Definisi Perkahwinan Tidak Sah:

Perkahwinan tidak sah bermaksud perkahwinan yang tidak memenuhi semua syarat dan rukun yang ditetapkan menurut Hukum Syarak untuk menjadikannya sah. Jika salah satu syarat atau rukun tidak dipenuhi, maka perkahwinan itu dianggap tidak sah dan tidak mengikat secara syarak.

Punca-Punca Perkahwinan Tidak Sah:
  1. Tidak Lengkap Rukun Nikah
  2. Tiada wali yang sah bagi pengantin perempuan (kecuali jika diwakilkan kepada Wali Raja dalam keadaan tertentu).
  3. Tiada dua orang saksi lelaki yang adil.
  4. Tiada lafaz ijab dan kabul yang jelas dan tepat.
  5. Salah satu pihak (suami atau isteri) tidak memenuhi syarat seperti baligh, berakal, dan beragama Islam.
  6. Salah Satu Syarat Tidak Dipenuhi
  7. Pengantin lelaki atau perempuan dalam keadaan ihram haji atau umrah (yang dilarang bernikah dalam ihram).
  8. Perkahwinan dilakukan secara paksaan tanpa kerelaan salah satu pihak.
  9. Pengantin lelaki sudah mempunyai empat isteri yang sah pada masa yang sama.
  10. Perkahwinan dengan mahram atau orang yang haram dinikahi.
  11. Perempuan dalam tempoh iddah.
  12. Perkahwinan Tanpa Kebenaran atau Izin Wali
    • Nikah tanpa izin wali bagi perempuan yang memerlukan wali menyebabkan perkahwinan batal dan tidak sah.
  13. Perkahwinan yang Disembunyikan (Nikah Sirri) Tanpa Pendaftaran Rasmi
    • Walaupun memenuhi rukun, jika tidak didaftarkan secara rasmi, ia boleh menimbulkan masalah pengiktirafan undang-undang, tetapi dari segi syarak mungkin sah jika rukun dipenuhi.

Hadis berkenaan mahar atau mas kawin
  • Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., "Berapakah mahar Rasulullah saw"?" Jawabnya, "Mahar Rasulullah saw. untuk para isteri beliau dua belas uqiyah dan satu nasy. Tahukah anda berapa satu nasy itu?" Jawab ku, "Tidak!" Kata beliau, "Setengah uqiyah. Maka jumlahnya sama dengan lima ratus dirham. Sekianlah mahar Rasulullah saw. bagi masing-masing isteri beliau." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1349]

1 ukiyyah bersamaan 40 dirham.
12 ukiyyah × 40 dirham per ukiyyah = 480 dirham
1 dirham bersamaan RM1.15 (currency exchange pd Mei/2025)
Maka, mas kahwin 12 ukiyyah bersamaan RM552.00

Dalil Surah Al-Baqarah ayat 2:223 (klik sini)
{ نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٞ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡۖ وَقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّكُم مُّلَٰقُوهُۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ }

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Surah Al-Baqarah ayat 223 menerangkan mengenai hubungan suami isteri dengan menggunakan perumpamaan isteri sebagai "kebun tanaman" bagi suami. Maksudnya, suami boleh mendatangi isterinya (berhubungan intim) pada bila-bila masa dan dengan cara yang disukai, asalkan isteri dalam keadaan suci (bukan haid atau nifas) dan hubungan itu dilakukan melalui farji (jalan yang sah).

Seorg suami wajib berikan mas kahwin kpd isterinya. Dalilnya dlm surah An-Nisa ayat 4:4 (klik sini).
{ وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَٰتِهِنَّ نِحۡلَةٗۚ فَإِن طِبۡنَ لَكُمۡ عَن شَيۡءٖ مِّنۡهُ نَفۡسٗا فَكُلُوهُ هَنِيٓـٔٗا مَّرِيٓـٔٗا }

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

Seorg suami wajib berikan nafkah kpd isteri dan keluarga. Nafkah itu meliputi makan-minum, pakaian danntempat tinggal.

Dalil #1: Surah At-Talaq ayat 65:7 (klik sini)
{ لِيُنفِقۡ ذُو سَعَةٖ مِّن سَعَتِهِۦۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيۡهِ رِزۡقُهُۥ فَلۡيُنفِقۡ مِمَّآ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُۚ لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ سَيَجۡعَلُ ٱللَّهُ بَعۡدَ عُسۡرٖ يُسۡرٗا }

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Dalil #2: Surah Al-Baqarah ayat 2:233 (klik sini)
{ ۞وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٞ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٖ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٖ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ }

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Hadis tentang ancaman kpd isteri yg menidakkan ajakan suami melakukan kelamin.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke ranjang, tetapi tidak diperkenankan oleh isterinya, lalu semalam itu suaminya marah kepadanya, maka si isteri itu mendapat kutuk malaikat sampai Subuh."
[Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1373]

Wednesday, May 21, 2025

Tafsir surah Al-Furqan ayat 25:1 hingga 6

- us .Muhammad Mursyid bin Al-Amien kuliah Maghrib Rabu 21-Mei-2025

Tafsir surah Al-Furqan ayat 25:1 hingga 6

Surah Al-Furqan ayat 25:1 (klik sini)
{ تَبَارَكَ ٱلَّذِي نَزَّلَ ٱلۡفُرۡقَانَ عَلَىٰ عَبۡدِهِۦ لِيَكُونَ لِلۡعَٰلَمِينَ نَذِيرًا }

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

- Allah mengangkat martabat Nabi Muhammad saw, dgn memanggil baginda dgn gelaran. Berbanding dgn nabi² lain, Allah panggil dgn nama nabi tersebut.

Allah Maha Suci dan Maha Agung, memiliki banyak keberkatan yang dilimpahkan kepada makhluk-Nya, dan Al-Quran adalah salah satu keberkatan tersebut. Allah berikan, naikkan martabat Nabi Muhammad saw dgn diturunkan Al-Quran kpd baginda.

Surah Al-Furqan ayat 25:2 (klik sini)
{ ٱلَّذِي لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيۡءٖ فَقَدَّرَهُۥ تَقۡدِيرٗا }

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

- mengapa "anak" menjadi topik di sini, kerana org² kafir mengaharapkan zuriatnya lelaki yg akan mewarisi kemewahan dan kehebatan serta nama baik keluarga. Org² kafir sembah berhala² yg difahamkan sebagai menyembah malaikat, yg mana malaikat itu difahamkan sebagai anak perempuan tuhan.
- "sekutu" dlm ayat ini menegaskan Allah tidak perlukan pembantu, utk menguruskan ciptaan-Nya di langit dan di bumi.

Surah Al-Furqan ayat 25:3 (klik sini)
{ وَٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةٗ لَّا يَخۡلُقُونَ شَيۡـٔٗا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ وَلَا يَمۡلِكُونَ لِأَنفُسِهِمۡ ضَرّٗا وَلَا نَفۡعٗا وَلَا يَمۡلِكُونَ مَوۡتٗا وَلَا حَيَوٰةٗ وَلَا نُشُورٗا }

Dan mereka (yang kafir) mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi); dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri; dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan hidup semula makhluk-makhluk yang telah mati.

- Dlm kisah Nabi Ibrahim, org² kafir delisesatkan oleh syaitan, setelah mana logik akal mereka bersetuju dgn apa yg didakwahkan oleh Nabi Ibrahim, berhala tidak boleh mendatangkan apa² kebaikan kpd pentembahnya apatah lagi kpd dirinya sendiri.

Surah Al-Anbiak ayat 21:65 (klik sini)
{ ثُمَّ نُكِسُواْ عَلَىٰ رُءُوسِهِمۡ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا هَٰٓؤُلَآءِ يَنطِقُونَ }

Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata: "Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)?"

Surah Al-Anbiak ayat 21:66 (klik sini)
{ قَالَ أَفَتَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكُمۡ شَيۡـٔٗا وَلَا يَضُرُّكُمۡ }

Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?

Surah Al-Furqan ayat 25:4 (klik sini)
{ وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّآ إِفۡكٌ ٱفۡتَرَىٰهُ وَأَعَانَهُۥ عَلَيۡهِ قَوۡمٌ ءَاخَرُونَۖ فَقَدۡ جَآءُو ظُلۡمٗا وَزُورٗا }

Dan orang-orang yang kafir itu berkata: "(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain". Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.

- Nadr ibn al-Harith adalah individu yg gemar berosial dan berhujah, dia memulakan tohmahan bhw Al-Quran itu adalah cerita² dongeng, dan rekaan semata-mata.

Nadr ibn al-Harith adalah seorang tabib (dokter) dan pedagang Arab dari suku Quraisy yang dikenal sebagai salah satu penentang keras Nabi Muhammad SAW dan dakwah Islam di Mekah.

Ia memiliki pengetahuan luas karena sering berdagang ke wilayah Romawi, Persia, dan sekitarnya, mempelajari kisah-kisah raja-raja Persia kuno yang kemudian ia ceritakan untuk menyaingi kisah-kisah dalam Al-Quran.

Nadr sering mencela dan menuduh Nabi Muhammad meniru cerita-cerita lama dalam Al-Quran, serta berusaha menghalangi penyebaran Islam dengan menyebarkan dongeng dan cerita yang mengalihkan perhatian orang dari ajaran Islam.

Surah Al-Furqan ayat 25:5 (klik sini)
{ وَقَالُوٓاْ أَسَٰطِيرُ ٱلۡأَوَّلِينَ ٱكۡتَتَبَهَا فَهِيَ تُمۡلَىٰ عَلَيۡهِ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلٗا }

Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)".

Surah Al-Furqan ayat 25:6 (klik sini)
{ قُلۡ أَنزَلَهُ ٱلَّذِي يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ إِنَّهُۥ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا }

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- "يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ" maksudnya byk ilmu diperoleh dlm ugama Islam, seperti ilmu² ketuhanan, alam ghaib, dan teknologi. Org² yg belum menganut Islam, mereka tidak dapat ilmu ini, masih tidak dapat membetulkan kefahaman tentang Allah.

- "إِنَّهُۥ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا " Allah mengampunkan org² kafir yg memasuki Islam, kerana sifat Rahim Allah adalah kpd hamba-Nya yg berugama Islam.

Sunday, May 18, 2025

Tentangan dan Cabaran Para Nabi

- us Dr. Mohammed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 18-Mei-2025

Tentangan dan Cabaran Para Nabi

Para rasul, termasuk Nabi Muhammad SAW, ditentang oleh tokoh-tokoh hebat pada zamannya karena beberapa sebab utama:

  1. Takut kehilangan pengaruh dan kekuasaan: Para pemimpin dan tokoh masyarakat khawatir jika ajaran para rasul diterima, maka kekuasaan dan status sosial mereka akan hilang.
  2. Takut kehilangan harta dan status sosial: Banyak tokoh yang menolak karena mereka merasa akan kehilangan keuntungan ekonomi dan kedudukan yang selama ini mereka nikmati, misalnya para pembuat patung berhala.
  3. Tidak ingin meninggalkan agama nenek moyang: Mereka tetap mempertahankan kepercayaan lama dan menolak ajaran baru yang dibawa para rasul, meskipun amalan sembahan patung yg sekitan lama diamalkan itu tidak diketahui kebenarannya (ikutan semata-mata).
  4. Rasa iri, dengki, dan angkuh: Ada yang merasa lebih pantas menerima wahyu atau merasa lebih tinggi derajatnya sehingga menolak risalah para rasul.
  5. Tidak percaya pada ajaran para rasul: Ada juga yang menganggap ajaran para rasul tidak logik, bahkan menuduh mereka gila atau tukang sihir.

Surah Al-An'am ayat 6:112 (klik sini)
{ وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا شَيَٰطِينَ ٱلۡإِنسِ وَٱلۡجِنِّ يُوحِي بَعۡضُهُمۡ إِلَىٰ بَعۡضٖ زُخۡرُفَ ٱلۡقَوۡلِ غُرُورٗاۚ وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُۖ فَذَرۡهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ }

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.


Surah Al-Furqan ayat 25:31 (klik sini)
{ وَكَذَٰلِكَ جَعَلۡنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوّٗا مِّنَ ٱلۡمُجۡرِمِينَۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ هَادِيٗا وَنَصِيرٗا }

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka).


Peristiwa Habil dan Qabil menggambarkan bisikan syaitan dlm hati manusia. Firman Allah dlm surah Al-Maedah ayat 5:27 (klik sini)

{ ۞وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱبۡنَيۡ ءَادَمَ بِٱلۡحَقِّ إِذۡ قَرَّبَا قُرۡبَانٗا فَتُقُبِّلَ مِنۡ أَحَدِهِمَا وَلَمۡ يُتَقَبَّلۡ مِنَ ٱلۡأٓخَرِ قَالَ لَأَقۡتُلَنَّكَۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡمُتَّقِينَ }

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

Allah minta manusia berlindung dari syaitan, walaupun hendak membaca Al-Quran. Firman Allah dlm surah Al-Nahl ayat 16:98 (klik sini)
{ فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ }

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Cabaran dan tentangan Nabi Muhammad saw oleh Abu Lahab. Abu Lahab tidak percaya adanya kehidupan selepas dari kematian. Apabila Abu Lahab tewas dalam perang Badar, baginda berkata-kata lagi dgn Abu Lahab, hinggakan ditanya oleh saidina Umar. Balas baginda, Abu Lahab mendengar cuma tidak boleh berkata-kata lagi.

Kisah Nabi Muhammad SAW berkata-kata dengan jasad Abu Jahal terjadi selepas Perang Badar. Setelah peperangan, Rasulullah SAW mengumpulkan mayat-mayat musuh, termasuk Abu Jahal, dan sebelum dikuburkan, Baginda memanggil mereka dan bertanya:

"Ya Abu Jahal bin Hisyam! Ya Umayyah bin Khalaf! Ya Utbah bin Rabi’ah! Ya Syaibah bin Rabi’ah! Bukankah kalian telah menemukan apa yang dijanjikan oleh Tuhanmu itu benar? Sesungguhnya aku telah menemukan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar."

Kemudian, Ibnu Mas'ud mendekati Abu Jahal yang terluka parah dan ketika hendak memenggal lehernya, Abu Jahal memberi isyarat seolah ingin berkata. Ibnu Mas'ud menunduk dan mendengar Abu Jahal berkata, "Sampaikan salamku kepada temanmu, katakan aku adalah musuhnya di dunia dan akhirat." Setelah itu, Ibnu Mas'ud memenggal lehernya.

- Allah sayang kepada hambaNya, percayalah Allah sayang kpd kita.

- Ujian demi ujian yang dilalui dan dialami oleh para Nabi namun mereka tetap sabar. Nabi Muhammad diuji dan disusahkan oleh orang² kafir.

Surah Ali-Imran ayat 3:31 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam surah Ali-Imran ayat 31, Allah jelaskan jika kita mahukan keampunan dari Allah, maka kita mesti mengikuti sunnah dan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.

  • Masjid dan surau yang hidup, ramai ahli kariahnya yang memeriahkan masjid dan surau, kawasan itu aman dan selamat didiami. Matinya masjid dan surau dgn penduduknya tidak memeriahkan dan melibatkan diri dgn masjid/surau, tempat itu terdedah dgn masalah rumah-tangga, masalah sosial.

Allah sebut kisah² Nabi dan Rasul dlm Al-Quran itu sebagai pengajaran dan supaya kita tidak melampaui batas.

Ujub
- Ujub adalah penyakit hati yang merusak keikhlasan, sehingga amalan yang seharusnya diterima oleh Allah menjadi sia-sia atau tidak diterima.

Jangan rasa diri kita hebat kerana amalan² yg kita lakukan, kerana itulah "ujub" ie bisikan syaitan yg menjadikan seseorang itu rasa hebat dgn amalan yg dilakukan.
  • Contoh 1: anak saya mendapat 10 A+ kerana saya selalu solat malam.

Bisikan syaitan menjadikan seseorg itu merasakan amalannya yg kecil itu benar dan hebat dan menjadi asbab kejayaan yg diterima atau diperoleh. Maka dia mula menceritakan amalannya kpd org lain.

Surah An-Najm ayat 53:32 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَجۡتَنِبُونَ كَبَٰٓئِرَ ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡفَوَٰحِشَ إِلَّا ٱللَّمَمَۚ إِنَّ رَبَّكَ وَٰسِعُ ٱلۡمَغۡفِرَةِۚ هُوَ أَعۡلَمُ بِكُمۡ إِذۡ أَنشَأَكُم مِّنَ ٱلۡأَرۡضِ وَإِذۡ أَنتُمۡ أَجِنَّةٞ فِي بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡۖ فَلَا تُزَكُّوٓاْ أَنفُسَكُمۡۖ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَنِ ٱتَّقَىٰٓ }

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

  • Amalan kebaikan yang disertai perasaan ujub (bermegah diri atau bangga atas amal sendiri) maka gugurlah pahala kebaikannya, sia-sialah apa yg dilakukannya itu.

Ujub membuatkan seseorang merasa amalnya hebat karena dirinya sendiri, bukan kerana taufik dan rahmat Allah. Akibatnya, amalan tersebut kehilangan keberkatan dan ganjaran dari Allah.



Saturday, May 17, 2025

Tafsir Surah Al-Qalam ayat 68:2 hingga 4

- us Zamri Abdul Rahim kuliah Maghrib Sabtu 17-Mei-2015

Tafsir Surah Al-Qalam ayat 68:2 hingga 4

Surah Al-Qalam ayat 68:2 (klik sini)
{ مَآ أَنتَ بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُونٖ }

Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

Ayat ke-2 Surah Al-Qalam bermaksud menegaskan kepada Nabi Muhammad bahawa beliau bukan orang gila, melainkan diberi nikmat dan kurnia oleh Allah. Ayat ini menjawab tuduhan orang-orang kafir Quraisy yang menganggap Nabi Muhammad gila atau tukang sihir ketika beliau menyampaikan risalah Islam. Allah menegaskan bahwa kurnia dari Tuhan menjadikan Nabi Muhammad bukan orang gila, melainkan utusan (Nabi) yang benar.

Ayat ini:
  • Allah menolak tuduhan orang kafir yang menyebut Nabi Muhammad gila.
  • Nabi Muhammad mendapat nikmat kenabian dan petunjuk dari Allah.
  • Penegasan ini menguatkan risalah dan hati Nabi Muhammad dalam menghadapi penolakan dan fitnah.

Ayat ini mengingatkan bahwa wahyu dan kenabian adalah kurnia dari Allah, bukan hasil dari kegilaan atau sihir.

Tuduhan ini muncul karena penentangan keras terhadap dakwah Nabi pada masa awal Islam. Jadi, ayat ini menegaskan kebenaran kenabian dan menolak fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Surah Al-Qalam ayat 68:3 (klik sini)
{ وَإِنَّ لَكَ لَأَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُونٖ }

Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

Ayat ke-3 Surah Al-Qalam bermaksud memberi jaminan kepada Nabi Muhammad bahawa beliau akan memperoleh pahala yang besar dan tidak putus-putus dari Allah atas kesabaran dan perjuangannya menyampaikan risalah Islam. Ayat ini menguatkan semangat Nabi agar tetap tabah menghadapi ejekan dan penentangan kaum musyrik, karena balasan dari Allah adalah ganjaran yang kekal dan berlimpah.

Surah Al-Qalam ayat 68:4 (klik sini)
{ وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ }

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

- Allah memuji akhlak Nabi sebagai akhlak yang agung dan tinggi, yang menjadi sebab beliau mampu menghadapi segala ujian dan penentangan dengan sabar dan bijaksana.

- Kaitan ayat ini dengan akhlak adalah:
  • Akhlak mulia Nabi Muhammad menjadi bukti bahwa beliau bukan orang gila, karena orang yang berakhlak baik jauh dari sifat gila.
  • Akhlak Nabi yang luhur merupakan manifestasi dari pelaksanaan ajaran Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, menunjukkan kesempurnaan budi pekerti beliau.
  • Dengan akhlak yang tinggi, Nabi menjadi teladan bagi umat, dan ini menjadi alasan pahala yang tidak terputus dari Allah.

Ayat ini menghubungkan pahala besar yang diterima Nabi dengan kemuliaan akhlak beliau, menegaskan bahwa akhlak yang agung adalah ciri utama kenabian dan kebenaran risalahnya.


Tawaduk

- us Azhar Tuarno Kuliah Suboh Sabtu 17-Mei-2025

Tawaduk

Tawaduk secara bahasa bermakna rendah hati, merendahkan diri, atau bersikap lemah lembut tanpa kesombongan. Dalam konteks tafsir dan pemahaman Islam, tawaduk adalah sikap hati yang sangat penting dimiliki oleh seorang mukmin ketika mendekatkan diri kepada Allah, beribadah, dan berinteraksi dengan sesama manusia.

Maksud Tawaduk menurut Imam Bukhari
Imam Bukhari, selain dikenal sebagai pengumpul hadis shahih, juga menekankan nilai-nilai akhlak dalam kitab-kitabnya, termasuk sikap tawaduk. Dalam beberapa riwayat dan penjelasannya, tawaduk dimaknai sebagai:

  1. Merendahkan diri di hadapan Allah: Mengakui kebesaran dan keagungan Allah serta menyadari kelemahan diri sendiri.
  2. Tidak sombong dan angkuh: Menjauhi sifat riya’, ujub, dan merasa lebih baik dari orang lain.
  3. Berperilaku lemah lembut dan santun dalam perkataan dan tindakan, baik kepada Allah maupun sesama manusia.
Sikap hati yang ikhlas dan penuh kerendahan saat beribadah dan dalam kehidupan sehari-hari.

Dalam Tafsir Al-Qur’an
Tawaduk juga sering disebut dalam tafsir ayat-ayat Al-Qur’an, misalnya dlm surah Al-Hijr ayat 15:88 (klik sini)

{ لَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦٓ أَزۡوَٰجٗا مِّنۡهُمۡ وَلَا تَحۡزَنۡ عَلَيۡهِمۡ وَٱخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِلۡمُؤۡمِنِينَ }

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin).

Imam Bukhari dalam kitab-kitab hadisnya menegaskan bahawa tawaduk adalah bagian dari iman yang sempurna dan menjadi ciri khas orang-orang yang bertakwa.

Surah Al-Furqan ayat 25:63 (klik sini)
{ وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا }

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Surah Al-Maidah ayat 5:50 (klik sini)
{ أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ }

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.


Kemuliaan:
Kemuliaan sejati adalah sifat hati dan keimanan, bukan sekadar kedudukan duniawi atau keturunan:

- Kemuliaan Kerana Taqwa (Ketaatan kepada Allah)
Surah Al-Hujurat ayat 49:13 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ }

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Ayat ini menegaskan bahwa kemuliaan di sisi Allah bukan kerana ras, suku, atau status sosial, melainkan kerana ketakwaan, yaitu keadaan hati yang sadar dan taat kepada Allah.


Saturday, May 3, 2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

- us Nor Azam bin Abdullah Kuliah Suboh Sabtu 3-Mei-2025

Sahabat Rasulullah: Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq

  • Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Siddiq adalah anak sulung Abu Bakar As-Siddiq, khalifah pertama dalam Islam.
  • Beliau dikenal sebagai seorang pahlawan Quraisy yang aktif di barisan hadapan dalam peperangan.
  • Abdul Rahman bin Abu Bakar wafat pada tahun 666 Masehi.
  • Abu Bakar mempunyai beberapa org anak, Abdullah, Muhammad, Asma', Aisyah, Ummul Kulthum dan Abdul Rahman. Aisyah adalah adik kandung kpd Abdul Rahman. Adik-berdik yang lain adalah adik-beradik sebapa.
  • Abdul Rahman memeluk Islam sewaktu perjanjian Hudaibiyah ie thn ke6 Hijrah. Kira² 19 tahun selepas Abu Bakar As-Siddiq telah memeluk Islam.

- Penglibatan Abdul Rahman dalam Perang
  • Abdul Rahman sebelum keislamannya adalah tentera Quraisy, termasuk dalam Perang Badar tahun ke2 Hijrah. Pada tahun ke3 Hijrah ie Perang Uhud, Abdul Rahman adalah org yg ke hadapan (perlawanan mubarazah 1-1). 
    • Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah ke hadapan utk mubarazah dgn anaknya, tetapi dihalang oleh Rasulullah saw.

  • Pada tahun ke5 Hijrah (Perang Khandak) Abdul Rahman juga terlibat dgn peperangan.
- Abdul Rahman & Hidayah Islam 
Pada tahun ke8 Hijrah, Rasulullah saw bermimpi orang² Islam bercukur Rambut menunaikan Haji. Pada tahun itu Rasulullah saw mengarahkan org² Islam yg pergi umrah (seramai 1,400), dengan hanya membawa senjata ringan. Hinggalah termeterainya perjanjian Hudaibiyah.

- Dlm tempoh perjanjian Hudaibiyah ini Abdul Rahman diberikan hidayah utk memeluk Islam. Dia pergi ke Kaabah dan memberitahu keIslamannya.

- Selepas keIslamannya Abdul Rahman adalah panglima perang yg mengetuai pasukan pemanah.

Perang Yamamah
- Perang Yamamah (13 ribu org) menentang org² Islam yg murtad (40 ribu). Musailamah Al-Kazzab dibunuh oleh Wahsyi. Muhkam Ibnu Tufail ie perangcang perang kpd Musailamah, dia berada di sayap kanan. Muhkam dibunuh oleh Abdul Rahman.

- Khalifah Muawiyyah melantik Yazid sebagai Khalifah selepasnya, yg mana sebelum itu tidak pernah berlaku budaya baru, ie pemerintahan diserahkan kpd ahli keluarga. Abdul Rahman adalah org yg menentang idea Muawiyyah dan mengatakan kpd Muawiyyah.

- Apabila berita Muawiyyah berangkat dari Syam ke Madinah, Abdul Rahman yg berada di Madinah berasa tidak selesa dgn cadangan kedatangan Muawiyyah. Dia ke Mekah utk melakukan umrah. Namun ditakdirkan meninggal sewaktu di Mekah.