Wednesday, October 1, 2025

Azab Neraka dengan Siksaan Paling Ringan

- us Reza Kamarudin kuliah Maghrib Rabu 1-Okt-2025

Azab Neraka dengan Siksaan Paling Ringan

- Surah Sad ayat 38:57 (klik sini)
{ هَٰذَا فَلۡيَذُوقُوهُ حَمِيمٞ وَغَسَّاقٞ }

Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);

- Menurut tafsiran Ibnu Kathir, neraka bukan sahaja panas tetapi juga mengandung keadaan sejuk yang amat dahsyat yang disebut dengan istilah "zamharir". Berikut inti tafsirnya:
  • "Zamharir" bermaksud sejuk yang amat melampau sehingga membakar dan menyeksa penghuni neraka. Sejuk dalam neraka ini menyebabkan kulit penghuni neraka tertanggal dan melepas dari tulang sehingga mereka meminta pertolongan dari panas neraka itu yang sebenarnya juga menyeksakan.
  • Ibnu Abbas dan ulama tafsir lain seperti Mujahid dan Muqatil menyebutkan bahawa azab sejuk neraka ini sama dahsyatnya dengan panasnya azab neraka, dan keduanya saling bertentangan tetapi keduanya merupakan azab yang sangat berat.
  • Neraka menghembuskan dua hembusan, hembusan panas dan hembusan sejuk, dimana kedua-duanya menjadi sumber seksaan bagi penghuni neraka.
  • Ibnu Hajar Al-Asqalani juga menyebut dalam Fathul Bari bahawa zamharir adalah sejuk yang melampau yang boleh membinasakan.

Kesimpulan yang diambil adalah bahawa azab neraka bukan hanya berupa kepanasan luar biasa sahaja, tapi juga mengandungi azab kedinginan yang luar biasa yang turut menyakitkan.
  • Ini menunjukkan kompleksiti azab neraka di mana panas dan sejuk ekstrem adalah bentuk seksaan yang tidak tertanggung bagi penghuninya.

Hadis berkenaan azab paling ringan dlm neraka

Hadis #1 
  • Dari Nukman r.a,: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya isi neraka yang paling ringan seksaannya di hari kiamat, adalah seorang yang diletakkan bara api di tapaknya dan kerana itu menggelegak otaknya." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1763]

Haid #2
  • Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Sekurang-kurang seksa penduduk neraka ialah seksa yang diderita Abu Thalib. Dia memakai sepasang terompah yang membuat otaknya menggelegak." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0167]

- Peringatan berkenaan azam neraka yg ekstream
Tahap azab neraka spt dlm surah Ali Imran ayat 4, dan surah An-Nisa ayat 56.

Surah Ali Imran ayat 3:4 (klik sini)
{ مِن قَبۡلُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٞ شَدِيدٞۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٍ }

Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

- Surah An Nisa ayat 4:56 (klik sini)
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيهِمۡ نَارٗا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمٗا }

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Ayat ini memberi amaran keras bagi orang-orang yang kafir dan menolak ayat-ayat Allah. Mereka akan dimasukkan ke neraka Jahannam. 
  • Setiap kali kulit mereka terbakar dan hangus, Allah akan menggantikan kulit tersebut dengan yang baru agar mereka dapat merasakan azab yang berterusan. Ini kerana kulit yang sudah terbakar tidak lagi dapat merasakan sakit, jadi Allah menggantikan dengan kulit baru supaya siksaan itu terus dirasakan tanpa putus.

Ibnu Kathir menekankan bahawa ini merupakan bentuk azab Allah yang amat dahsyat bagi mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah dan tidak menerima kebenaran. Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana dalam memberikan hukuman yang setimpal dengan amalan manusia.


Sunday, September 28, 2025

Wali Nikah

- us Ah mad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 28-Sep-2025

Wali Nikah

Wali Mujbir
Wali mujbir berdasarkan pandangan Imam Syafi'i dan rujukan tafsir Ibnu Kathir:
  • Wali mujbir merujuk kepada wali yang mempunyai hak untuk menikahkan seseorang (terutamanya anak perempuan) tanpa perlu mendapatkan izin atau kerelaan dari pihak tersebut. 
    • Dalam mazhab Syafi'i, wali mujbir biasanya adalah ayah dan datuk sebelah bapa (datuk), dan ia juga termasuk tuan yang memiliki hamba sahaya wanita.
  • Perkataan "mujbir" bermakna berkuasa memaksa. Jadi wali mujbir memiliki kuasa untuk melaksanakan akad nikah bagi pihak yang berada dibawah perwaliannya tanpa memerlukan persetujuan personal si perempuan, terutama jika anak itu masih kecil atau belum baligh.
    • Walau bagaimanapun, disunatkan bagi wali untuk bertanya dan mendapatkan izin dari pihak perempuan jika sudah baligh dan berakal sehat, kecuali dalam keadaan istimewa.
  • Perkawinan yang dilakukan oleh wali mujbir disahkan oleh syarak dan sah tanpa mengira izin si anak, berbeza dengan wali ghairu mujbir yang memerlukan izin.

  • Mazhab Hanafi berpendapat hak wali mujbir lebih terbatas, manakala Mazhab Maliki dan Hambali ada sedikit perbezaan, tetapi secara umum wali mujbir merujuk kepada wali utama yang berhak menentukan akad nikah.
Dalam konteks tafsir Ibnu Kathir, wali mujbir penting kerana peranan dan haknya berhubung dengan akad nikah yang sah mengikut syariat Islam dan memastikan terjaganya hak dan tanggungjawab dalam institusi perkahwinan.

Ringkasnya, wali mujbir ialah wali yang berkuasa menikahkan tanpa izin pihak perempuan, biasanya ayah atau datuk, dengan tujuan menjaga kepentingan dan agama si perempuan dalam pernikahan menurut syariah.


2. Syarat sah menjadi wali nikah
Merujuk kpd tafsir Ibnu Kathir dan pandangan ulama:
  1. Wali mestilah seorang Muslim yang beriman, tidak sah wali dari kalangan bukan Islam.
  2. Lelaki: Wali mestilah lelaki, perempuan tidak sah menjadi wali nikah.
  3. Baligh: Wali mestilah sudah mencapai usia baligh (dewasa) dan matang akal.
  4. Berakal: Wali mestilah waras dan tidak mengalami gangguan mental.
  5. Merdeka: Wali mestilah bebas, bukan hamba atau budak, memiliki hak penuh untuk melaksanakan tanggungjawab wali.
  6. Adil: Wali mestilah adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak terus-menerus melakukan dosa kecil. 
    • Ulama menekankan bahawa wali yang fasiq tidak boleh menjadi wali nikah kecuali wali raja (pemerintah).
  7. Mampu memahami lafaz akad nikah dan mengucapkannya dengan tepat.
  8. Tidak dalam keadaan ihram (bagi yang melakukan ibadah haji/umrah).
  9. Wali mestilah memahami tanggungjawab wali nikah dan bertindak demi kepentingan perempuan yang akan dikahwinkan.
Terdapat beberapa tingkatan wali seperti:
  1. wali mujbir (berkuasa menikahkan tanpa izin) dan 
  2. wali ghair mujbir yang perlu mendapat izin si perempuan jika sudah baligh dan berakal.
Syarat-syarat ini adalah untuk memastikan pernikahan sah dari sisi syariat dan melindungi hak pihak perempuan dan institusi perkahwinan secara keseluruhan.


Soalan 1: 
Apakah sah nikah sekiranya seorang wali itu adalah seorang yang penghisap rokok, kerana fatwa di Malaysia menghukumkan merekok adalah haram.
  • Sah pernikahan tersebut, kerana wali tersebut hanya melakukan perbuatan haram (mengikut fatwa) namun ianya tidak melakukan perkara dosa besar i.e. menyirikkan Allah.

  • Amalan majlis pernikahan dimulakan dengan istighfar oleh wali, pasangan pengantin, saksi dan juga hadirin. Praktis ini memehon keampunan dari Allah dan mengucapkan kalimah syahadah bagi memastikan syarat sebagai seorang Islam itu dipenuhi.
 

Penggiliran Bermalam Isteri

- us Ahmad Faizal bin Sudin Ali kuliah Maghrib Ahad 28-Sep-2025

Penggiliran Bermalam Isteri

Hadis berkaitan giliran bermalam bersama isteri yg baru dinikahi utk 7 hari sekiranya isteri barunya itu belum pernah bersuami, dan 3 hari sekiranya isterinya itu seorang janda.

Hadis #1
  • Dari Anas r.a. katanya: "Telah menjadi sunnah bahawa kalau seseorang mempunyai isteri janda, lalu ia kahwin dengan seorang gadis, maka ia tetap tinggal dengan isteri mudanya selama tujuh hari, setelah itu bergiliran. Kalau ia mempunyai isteri gadis, lalu ia kahwin pula dengan seorang janda, maka ia tinggal selama tiga hari dengan isterinya yang baru, setelah itu bergiliran." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1609]

Hadis #2
  • Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw baru kahwin dengan Ummu Salamah, beliau tinggal di rumahnya (tiga malam). Ketika beliau hendak pergi ke rumah isterinya yang lain, baju beliau ditarik oleh Ummu Salamah. Lalu sabda beliau, "Jika engkau menghendaki, akan ku tambah malam pengantinmu, dan sudah tentu akan ku perhitungkan. Untuk gadis tujuh malam dan untuk janda tiga malam." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1403]

Saturday, September 27, 2025

Bicara dan Soal-Jawab Bersama Mufti Pulau Pinang

- us Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman kuliah Suboh Sabtu 27-Sep-2025

Bicara dan Soal-Jawab Bersama Mufti Pulau Pinang

Surah Al-Mulk ayat 67:2 (klik sini)
{ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ }

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

- Syarat amalan yg diterima oleh Allah:
  1. Tepat, betul dan mengikuti hukum syarak
  2. Ikhlas kerana Allah SWT
  3. Berdasarkan aqidah yg sahih
- Bagaimana manusia boleh tertipu/terpedaya oleh iblis/syaitan dari mimpinya spt mimpi bertemu Rasulullah saw?
Ada org mermimpi bhw Nabi Muhammad hadir dlm mimpi sebagai cahaya, berjubah putih, berambut putih.
  • (i) Rambut putih kerana uban yg banyak. Perkara ini bertentangan dgn hadis yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bhw jumlah uban baginda adalah sedikit dan terletak di beberapa helai sahaja, biasanya di belahan rambutnya. Menurut riwayat Anas bin Malik, jumlah uban Rasulullah saw adalah sekitar 14 helai, dan dalam riwayat lain disebutkan sekitar 17-20 helai. Jabir bin Samurah meriwayatkan bahawa tiada uban di kepala dan jangggut Nabi kecuali beberapa helai yang jika diminyaki tidak kelihatan.
  • Dari Ibnu Sirin r.a. katanya: "Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a., "Adakah Rasulullah saw. mencelup rambut beliau?" Jawab Anas, "Beliau tidak kelihatan beruban, kecuali di janggutnya tampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin, "Aku bertanya pula kepadanya. adakah Abu Bakar mencelup rambutnya?" Jawab Anas," Ada, dengan inai.". [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2161]

- Hukum berzikir secara israk (perlahan) atau jahar
Hukum berzikir secara israk (perlahan) atau jahar (kuat) menurut portal rasmi Jabatan Mufti Pulau Pinang:
  • Bagi orang yang sembahyang seorang diri atau makmum, adalah lebih baik berzikir dan berdoa secara perlahan (israk) yang hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri. Dalam solat berjemaah, adalah sunnat bagi imam membaca doa dan berzikir dengan suara yang boleh didengar oleh jemaah dengan tujuan mengajar atau supaya jemaah sama-sama mengaminkan doa tersebut, tetapi dengan syarat jangan sampai mengganggu jemaah lain yang sedang solat atau beriktikaf.

  • Dibenarkan berzikir secara jahar (kuat) terutama di masjid yang sering dikunjungi orang yang berbeza bagi tujuan pengajaran dan mengajak supaya semua makmum ikut serta. Namun, jika suara zikir terlalu kuat sehingga mengganggu orang lain yang sedang bersembahyang, hukumnya tidak dibenarkan.

- Apkah hukum dan fatwa berkenaan vape dan rokok?
Hukum Fatwa Kerajaan Pulau Pinang mengenai rokok dan vape adalah bahawa penggunaan, penjualan, dan pengedaran rokok elektronik (vape), shisha, dan rokok adalah haram di sisi syarak. 
  • Keputusan ini diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 4/2013 dan 5/2018 serta diwartakan secara rasmi pada tahun 2016.

  • Hukum haram ini dibuat atas beberapa dalil, antaranya:
    • Vape dan rokok elektronik membawa kemudaratan kesihatan yang jelas berdasarkan kajian saintifik, seperti mengandungi bahan toksik yang merosakkan paru-paru dan boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
    • Islam mengharamkan segala bentuk kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain berdasarkan prinsip syarak dan hadis sahih yang melarang memudaratkan diri dan sesama manusia.
    • Penggunaan vape juga dikategorikan sebagai pembaziran wang dan masa, yang dilarang dalam Islam.
    • Prinsip Maqasid Syariah yang menjaga nyawa (hifz al-nafs) turut menjadi asas pengharaman ini.

  • Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman, menegaskan bahawa hukum ini selaras dengan fatwa-fatwa negeri lain dan juga muzakarah fatwa kebangsaan, yang menegaskan vape sebagai amalan yang membawa kerosakan dan harus dijauhi oleh umat Islam.

- Warta dan Irsyad
Fatwa ada dua (2) bentuk ie (i) warta (ii) irsyad. Apbl diwartakan maka dikaitkan dgn akta perundangan dan boleh diambil tindakan sekiranya tidak dipatuhi. Manakala fatwa irsyad adalah panduan, dan tiada akta perundangan dikaitkan. Fatwa irsyad berbentuk "panduan".

- Irsyad Fatwa Pulau Pinang mengenai bilangan azan Subuh
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menggalakkan amalan melaungkan azan dua kali setiap waktu Subuh. Azan pertama dilaungkan kira-kira 30 minit sebelum waktu Subuh sebenarnya bermula untuk mengejutkan umat Islam daripada tidur, sementara azan kedua dilaungkan apabila masuk waktu Subuh bagi menandakan waktu solat sebenar.

  • Amalan azan dua kali ini bukan suatu keperluan wajib tetapi digalakkan sebagai usaha menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Ia juga dilihat diamalkan di beberapa negara lain termasuk Arab Saudi.

  • Pihak masjid dan surau diberi kebebasan sama ada untuk mengamalkan azan dua kali atau tidak, namun ke arah penyamaan amalan ini di Pulau Pinang adalah digalakkan.

- Penggunaan speaker untuk azan
  • Penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau hanya dibenarkan untuk tujuan azan dan iqamah sahaja mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bagi menjaga keselesaan orang ramai.

  • Fatwa ini dibuat berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Mufti Pulau Pinang dan ditujukan untuk mengelakkan salah faham serta kekeliruan mengenai isu azan di negeri tersebut.

  • Sumber rasmi dan kenyataan Mufti Pulau Pinang menegaskan bahawa polemik larangan azan sebenarnya tidak benar dan amalan azan dua kali sedang digalakkan di Pulau Pinang.

- Fatwa Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengenai qasidah dalam masjid
  • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 6/2014 yang bersidang pada 3-4 Disember 2014 membincangkan amalan berzikir dengan memukul alat muzik seperti rebana, tabla (gendang) dan sebagainya di dalam masjid atau surau.

  • Keputusan mesyuarat menegaskan bahawa berzikir adalah ibadah sunat dan dianjurkan, tetapi penggunaan alat muzik di dalam masjid atau surau yang menyibukkan atau mengganggu orang lain beribadah, membaca al-Quran, atau berzikir tidak dibenarkan.

  • Amalan berzikir disertai alat muzik di dalam masjid atau surau dianggap bidaah jika ia mengganggu urusan ibadah atau majlis bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
    • Penggunaan alat muzik bagi tujuan ibadah boleh dijalankan di luar masjid atau surau dengan syarat berlandaskan syariat dan tidak mengganggu ibadah dalam masjid/surau.
    • Ini bermaksud bahawa qasidah yang disertai alat muzik seperti rebana tidak dibenarkan dimainkan secara terbuka dalam masjid jika mengganggu ibadah, tetapi mungkin dibenarkan di luar masjid dengan pematuhan syarak.

- Ambil komisyen dari kutipan sumbangan
- Menurut fatwa dan irsyad fatwa dari Jabatan Mufti Malaysia yang berlaku secara umum, kaedah pengambilan komisen dari kutipan derma adalah seperti berikut:
  • Pengutip derma atau wakil organisasi yang membuat kutipan dibenarkan mengambil sedikit komisen atau bayaran bagi menampung kos pentadbiran dan pengurusan, seperti kos pengiklanan, pengangkutan, upah pekerja, dan lain-lain. 
    • Namun, jumlah komisen mesti munasabah dan berdasarkan kos sebenar yang dikeluarkan.

  • Segala penggunaan kutipan derma hendaklah mendapat kebenaran atau persetujuan daripada penderma sama ada secara jelas (lisan/tulisan) atau melalui adat (uruf) yang diterima ramai. 
    • Jika penggunaan kutipan selain dari tujuan yang diberitahu penderma, hukumnya tidak dibenarkan.

  • Penetapan kadar komisen tidak boleh sewenang-wenangnya atau melebihi kos pengurusan yang sebenar kerana itu akan menjadikan baki derma berkurang dan menyalahi amanah.
    • Sebarang pengambilan komisen yang berlebihan sehingga menyebabkan kerugian kepada penderma atau menjejaskan tujuan derma adalah haram dan tidak dibenarkan.

  • Fatwa juga menegaskan bahawa penggunaan wang derma untuk tujuan selain daripada yang diberitahu kepada penderma memerlukan persetujuan semula dan sebarang penyelewengan adalah berdosa.
Panduan ini selaras dengan fatwa Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan irsyad fatwa terbaru yang turut menegaskan penggunaan duit derma untuk promosi atau pengiklanan adalah harus dengan iklan jelas tujuan tersebut kepada penderma

- Apakah wakaf Siti Aisyah di Pulau Pinang?
Wakaf Siti Aisyah di Pulau Pinang merujuk kepada projek pembangunan tanah wakaf yang dinamakan sempena pewakaf asal, Seetee Aisah Mahmood. Projek ini bermula dengan pembangunan pusat komersial dan perumahan di atas tanah wakaf seluas kira-kira 5 hektar di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Beberapa fakta utama mengenai Wakaf Siti Aisyah:
  • Tanah tersebut pada asalnya diwakafkan oleh Seetee Aisyah Mahmood sejak tahun 1901 untuk tujuan pertanian dengan sewaan RM400 setahun.
  • Projek pembangunan moden ini melibatkan kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sebagai pemegang amanah wakaf dan UDA Holdings Berhad sebagai pemaju.
  • Pusat perniagaan wakaf ini mengandungi 27 unit kedai dan 76 unit rumah teres dua tingkat, dengan rumah hanya boleh dimiliki oleh umat Islam.
    • Nilai pembangunan tanah wakaf ini dianggarkan sekitar RM24 juta, dan bangunan perniagaan yang dibina disewakan oleh MAINPP kepada umum bagi menghasilkan sumber pendapatan.
    • Model pembangunan ini menjadi contoh pembangunan wakaf komersial pertama di Malaysia yang berfungsi untuk kepentingan sosial dan ekonomi umat Islam.
  • Projek ini kemudian diteruskan dengan Wakaf Siti Aisyah II yang melibatkan pembangunan perumahan mampu milik dan kondominium dengan fokus membantu golongan asnaf serta memperkukuh pemilikan hartanah umat Islam di Pulau Pinang.
  • Kerajaan Negeri melalui MAINPP juga menggalakkan lebih banyak wakaf tanah sebagai instrumen pembangunan ekonomi umat Islam serta mensasarkan pembangunan dalam sektor pendidikan dan komuniti selaras dengan Agenda Pembangunan Agama Islam-Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

- Apakah wakaf Zuri di Pulau Pinang?
Wakaf Zuri di Pulau Pinang merujuk kepada projek perumahan wakaf yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi menyediakan rumah mampu milik khusus untuk golongan asnaf dan penduduk Islam yang memerlukan.

Beberapa fakta penting mengenai Wakaf Zuri ialah:
  • Ia adalah salah satu inisiatif wakaf utama pulau pinang yang menyediakan perumahan selesa dan percuma untuk golongan berkelayakan.
    • Contohnya seperti Pangsapuri Wakaf An-Nur yang terletak di Jalan Teluk Air Tawar, yang dibina di atas tanah wakaf yang lama dan memberi manfaat kepada penduduk asal terutama mereka yang sebelum ini menetap di tanah wakaf lama seperti di Jalan Mengkuang, Butterworth.

  • Projek ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup umat Islam dan mengekalkan tanah wakaf bagi manfaat jangka panjang. Penduduk pangsapuri wakaf ini diberi rumah tanpa bayaran sewa, menggantikan rumah lama yang tidak selesa dan kerap berdepan risiko seperti banjir. MAINPP juga merancang untuk terus membangunkan lebih banyak unit rumah wakaf atas kerjasama dengan agensi persekutuan dan dana pembangunan.

  • Wakaf Zuri adalah sebahagian dari usaha bersepadu MAINPP untuk mengurus dan membangunkan tanah wakaf yang membawa kebaikan sosial dan ekonomi kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

  • Projek ini membina pangsapuri wakaf yang percuma untuk dihuni oleh golongan sasaran, bertujuan memperbaiki kualiti hidup mereka serta memelihara dan memanfaatkan aset wakaf untuk manfaat jangka panjang umat Islam di negeri tersebut. 
    • Usaha ini mendapat sokongan dana dan kerjasama daripada agensi persekutuan serta lebih banyak pembangunan rumah wakaf dirancang di masa depan

Saturday, September 20, 2025

3 Perkara yang Dibenci dan Dilarang oleh Nabi

- us Syed Hussaini kuliah Suboh Sabtu 20-Sep-2025

3 Perkara yang Dibenci dan Dilarang oleh Nabi

Hadis 1:
  • Dari Mughirah bin Syuabah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah membenci tiga perkara; (1) Banyak bicara. (2) Menyia-nyiakan harta benda. (3) Banyak tanya (terutama mengenai agama). [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0763]

Hadis 2:
  • Dari Mugbirah bin Syu'bah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mengharamkan atasmu: (1) mendurhakai ibu; (2) mengubur anak perempuan hidup-hidup; (3) tidak suka memberi, tetapi suka meminta. Dan Allah membenci bagi mu tiga perkara : (1) suka desas-desus;(2) banyak bertanya (pertanyaan-pertanyaan yang tidak berisi bahkan bersifat mencemuh): (3) menyia-nyiakan harta (membelanjakannya tidak menurut kehendak syarak, dan pemboros)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1697]

Banyak bicara (dikatakan dan orang itu berkata) yang bermaksud suka berkata-kata tanpa ilmu atau berkata perkara yang tidak membawa manfaat dan kebenaran. Ini termasuk perkara seperti sebarkan berita yang tidak pasti kebenarannya, yang berlawanan dengan arahan Allah supaya manusia tidak mengikuti perkara yang tidak diketahui sumbernya dengan pasti. (Surah Al-Isra’ ayat 36 menyatakan manusia akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang didengar, dilihat dan dihati mereka)

Surah Al-Israk ayat 17:36 (klik sini)
{ وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولٗا }

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Menyia-nyiakan harta benda, bermaksud membuang-buang harta atau menggunakan harta secara sia-sia tanpa manfaat. Ini mesti dihindari kerana harta adalah amanah dan harus digunakan dengan hikmah. 

Banyak tanya, terutama dalam hal agama tanpa keperluan yang jelas, yang boleh menyebabkan kekeliruan, membebankan diri, atau membuang masa. Hadis ini melarang bertanya perkara yang tidak perlu atau berlebihan dalam agama sehingga menimbulkan kesulitan. (Dikenali sebagai larangan bertanya melampau dalam agama).

- Bagaimana kita perinteraksi dgn org yg suka bercakap atau menyebarkan perkara yg tidak benar?
  1. Berlalu shj dan tidak terlibat dgn perbincangan yg dibawakan oleh seseorg atau sekumpulan manusia.
Surah Al-Mukminum ayat 23:3 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ }
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

- Apakah bentuk/model soalan yg ditanyakan oleh para sahabat kpd Rasulullah saw?
Model soalan yang ditanyakan oleh para sahabat kepada Rasulullah berkenaan ilmu agama biasanya bersifat:
  1. Soalan mengenai hukum syarak dan amalan Islam yang perlu mereka ketahui untuk memastikan mereka beribadah dengan betul dan mengikuti ajaran Islam yang tepat.
  2. Pertanyaan tentang makna ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah untuk memahami dasar dan hikmah di sebalik perintah agama.
  3. Soalan tentang perkara yang sering dialami dalam kehidupan harian mereka yang berkaitan dengan agama, seperti soal ibadah, muamalat (perdagangan), akhlak, dan hubungan sosial.
  4. Soalan yang bertujuan memperjelas hukum yang samar atau persoalan baru yang timbul agar mereka tidak tersalah dalam melaksanakan agama.

Para sahabat juga kerap bertanya untuk mengelakkan kekeliruan dan mencungkil lebih dalam ilmu agama agar mereka dan umat Islam generasi akan datang mendapat pengajaran yang tepat.

  • Contoh pendekatan soalan para sahabat ialah bertanya dengan ringkas dan jelas, contohnya: "Apakah itu rukun qauli dalam solat?" atau "Bilakah jari telunjuk diangkat dalam tasyahud?" seperti yang direkod dalam soal jawab fiqh dan hadith pengajaran harian.

Ringkasnya, soalan-soalan para sahabat bersifat praktikal untuk menegakkan ibadah yang sah dan memahami ajaran Islam secara mendalam serta berdisiplin dalam menuntut ilmu agama.


- 3 golongan yg dibenarkan meminta bantuan harta
Golongan yang dibenarkan oleh Rasulullah saw untuk meminta bantuan harta seperti yang disebut dalam hadis adalah tiga golongan utama:
  1. Orang yang menanggung hutang (gharim) untuk menyelesaikan hutangnya. Dia boleh meminta bantuan sehingga hutangnya selesai. Selepas hutang tersebut dilunaskan, dia tidak boleh lagi meminta-minta.
  2. Orang yang ditimpa bencana atau musibah sehingga harta bendanya musnah. Dia boleh meminta bantuan sehingga mendapat sekurang-kurangnya keperluan hidupnya.
  3. Orang yang dalam keadaan kesusahan atau kemiskinan yang benar-benar memerlukan, dan keadaannya disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai tentang kemiskinannya. Dia dibenarkan meminta sehingga memperoleh sumber kehidupan yang layak.

Selain tiga golongan tersebut, meminta-minta dianggap tidak halal dan haram, baik memintanya atau memakan hasil meminta-minta itu.

  • Dari Qabishah ibnu Mukhariq r.a berkata: "Ketika aku menanggung harga tebusan darah, maka aku datang kepada Rasulullah saw dan meminta sedekah dari beliau. Lalu sabda beliau: "Tunggulah wahai Qabishah, hingga datang orang yang menghantar sedekah pada kami, maka nanti akan aku berikan bahagianmu." Kemudian beliau bersabda: "Sesungguhnya sedekah itu tidak dihalalkan melainkan untuk tiga macam orang, iaitu: seorang yang menanggung harga tebusan darah untuk keperluan Islam, maka harta sedekah halal untuknya, hingga ia bisa menutup segala keperluannya. Dan bagi yang tertimpa musibah hingga habis hartanya, maka halal baginya harta sedekah, hingga tercukupi semua keperluannya, setelah itu ia harus berhenti. Dan bagi seorang yang jatuh miskin sampai disaksikan oleh tiga orang pintar dari kaumnya, maka halal baginya harta sedekah, hingga ia bisa menutupi keperluan hidupnya. Adapun selain itu. wahai Qabishah, maka hasil sedekah itu akan menjadi barang haram bagi yang makan daripadanya." [Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2440]

Tadabbur Surah Al-Ahzab ayat 33:21 - Ikut Nabi Dalam Melakukan Amalan

-us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib 5-Sep-2025

Tadabbur Surah Al-Ahzab ayat 33:21 - Ikut Nabi Dalam Melakukan Amalan

- surah Al-Ahzab 33:21 (klik sini)
{ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا }

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

- "يَرۡجُواْ" Mengharapkan Allah itu dirujuk pada ayat 8 surah At-Tahrim.

- surah At-Tahrim ayat 66:8 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةٗ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِي ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَٰنِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

- Di Padang Mahsyar itu gelap gelita. Org² beriman dibekalkan cahaya "nur". Manakala kpd org² yg fasik dan munafik Allah padamkan cahaya apbl mereka melalui Titian Sirat.

- Allah ingatkan juga dlm surah Az-Zumar ayat 39:69 (klik sini).
 { وَأَشۡرَقَتِ ٱلۡأَرۡضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ وَجِاْيٓءَ بِٱلنَّبِيِّـۧنَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَقُضِيَ بَيۡنَهُم بِٱلۡحَقِّ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ }

Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

- Utk mendapatkan cahaya/nur, boleh jadikan ayat surah Az-Zumar ayat 18 dgn awalan ayat dijadikan doa, tambahkah "Allah hummaj'alni minal ladzi ..." rujuk surah Az-Zumar ayat 39:18 (klik sini)
{ ٱلَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ ٱلۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُۥٓۚ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

- Surah Ali-Imran ayat 3:31 (klik sini)
{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

- Pesan Rasulullah saw, supaya umatnya Ikut apa yg baginda lakukan khususnya cara mendirikan solat.

- Kaedah Iktidal:
Setelah selesai rukuk dengan tomakninah, angkat kepala sambil membaca "Sami’ Allahu liman hamidah."
  1. Berdiri lurus sepenuhnya sambil membaca "Rabbana lakal hamd."
  2. Kemudian barulah bertakbir untuk sujud.
  3. Jangan mendahului imam saat berpindah ke rukun lain bila berjemaah.

Dalil hadith yang menguatkan rukun dan bacaan iktidal adalah sabda Rasulullah saw:
  • Dari Abu Bakar bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Apabila Rasulullah saw. solat, mula-mula beliau takbir. Ketika hendak rukuk, beliau takbir pula. Ketika bangkit dari rukuk, beliau membaca 'Sami'allahu liman hamidah '. Ketika telah sempurna berdiri dari rukuk, beliau membaca 'Rabbana wa lakal hamd'. Ketika menunduk hendak sujud, beliau takbir pula. Ketika mengangkat kepala dari sujud, takbir pula. Ketika hendak sujud lagi, takbir lagi. Ketika mengangkat kepala hendak berdiri untuk rakaat kedua begitu pula sesudah tasyahhud pertama, membaca takbir pula. Demikianlah seterusnya pada setiap rakaat hingga selesai. Akhirnya Abu Hurairah berkata, "Begitulah cara Rasulullah saw. solat." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0345]
- sebagai makmum, apabl imam selesai bertukar rukun dgn membaca Sami’ Allahu liman hamidah." Kita perlu membaca tasbih Sami’ Allahu liman hamidah." dan setelah berdiri tegak maka baca Rabbana lakal hamd." Apbl imam telah bertukar rukun sujud, maka kita takbir bertukar rukun utk sujud.

- Kaedah angkat jari dalam tahiyat
Perbuatan Nabi Muhammad saw mengangkat jari telunjuk semasa tahiyat adalah sebagai isyarat tauhid, menunjukkan bahawa hanya Allah SWT yang mesti disembah. Nabi saw meletakkan tapak tangan kanan di atas paha kanan dan tapak tangan kiri di atas paha kiri, sambil mengangkat jari telunjuk kanan dengan ibu jari diletakkan di atas jari tengah, manakala tapak tangan kiri menutup lutut. Jari telunjuk ini diangkat ketika melafazkan kalimah "illallah" dan kekal diangkat sehingga selesai solat atau salam.
  • Ulama Mazhab Syafi’i berijtihad bahawa jari diturunkan selepas salam kerana doa juga dianggap selesai ketika itu. Gerakan ini dilakukan dengan niat mentauhidkan Allah dan mengikhlaskan diri kepada-Nya. Disunatkan jari telunjuk sedikit dibengkokkan dan tidak diluruskan sepenuhnya.

- Kaedah wirid selepas solat dgn 100 zikir
Hadis yang berkaitan wirid selepas solat dengan 100 zikir adalah hadis yang menganjurkan zikir sebanyak 33 kali tasbih (Subhanallah), 33 kali tahmid (Alhamdulillah), 33 kali takbir (Allahu Akbar), dan satu kali tahlil (La ilaha illallah wahdahu la sharika lah). Keseluruhan zikir ini berjumlah 100 kali yang dilakukan selepas solat fardu. Hadis ini menyebut bahawa barang siapa yang melaksanakan amal ini, maka dosanya diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan. Dalam hadis yang diriwayatkan, ketika sampai pada zikir yang ke-100 disebut kalimah tahlil yang penuh makna, yaitu:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير

Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Amalan ini adalah sunat dan pernah diamalkan oleh Rasulullah saw serta para sahabat setelah menunaikan solat fardu.
  • Nabi juga menegur supaya tidak tergesa-gesa dengan doa sejurus selepas salam solat tanpa mengagungkan dan memuji Allah serta berselawat ke atas Nabi terlebih dahulu.

- Kaedah wirid 100 zikir selepas solat
  1. 33 kali tasbih (Subhanallah)
  2. 33 kali tahmid (Alhamdulillah)
  3. 33 kali takbir (Allahu Akbar)
  4. 1 kali tahlil penuh (La ilaha illallah...
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير
)

Carian internet:
  • Abu Hurairah r.a. menceritakan, bahawa orang-orang fakir datang kepada Nabi saw. mengatakan: Orang-orang kaya beroleh darjat yang tinggi serta kebahagiaan yang mantap. Mereka solat seperti kami, dan berpuasa seperti kami. Namun mereka mempunyai kelebihan dari kami, kerana mereka dapat pergi haji dengan harta mereka. Mereka juga dapat umrah, berperang dan bersedekah." Jawab Nabi, "Tidakkah lebih baik ku ceritakan kepada mu suatu hal yang jika kamu kerjakan, nescaya kamu akan dapat mengejar orang yang dahulu, dan tidak akan boleh dikejar oleh orang yang di belakangmu. Kamu akan menjadi orang yang paling baik di antara kawan-kawannya, kecuali jika mereka mengerjakan pula apa yang kamu kerjakan. Iaitu: Tasbih (membaca Subhanallah), Tahmid (membaca Allamdulillah), dan Takbir (membaca Allaahu Akbar), setiap selesai solat sebanyak 33 kali. Kami berbeza pendapat. Ada yang mengatakan, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali. Aku bertanya kembali kepada Nabi saw., dan beliau menjawab, "Baca Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahu Akbar. Masing-masing 33 kali." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0460]

  • Dari Warid r.a., setiausaha Mughirah bin Syu'bah, katanya: "Di imlakan kepada ku oleh Mughirah bin Syuabah sebuah surat kepada Muawiyah. bunyinya: "Biasanya Nabi saw. setiap selesai solat fardu, beliau membaca: Laa ilaaha illallaahu wahdahu syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. (Tidak ada Tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah satu-satunya. Tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNya lah seluruh kerajaan dan pujian, dan Dia berkuasa di atas segala-galanya). Allahumma laa maani'a limaa a'thaita, wa laa mu'thiya limaa mana 'ta, wa laa yanfa'u dzal jaddi minkal jaddu." (Wahai, Allah! Tidak ada yang sanggup menghalangi pemberianMu. Dan tidak ada pula yang sanggup memberikan apa yang Engkau larang. Tidak ada manfaatnya di hadapanMu kekayaan orang kaya) [Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0461]

Dari 2 hadis di atas, penutup kpd wirid 100 selepas solat itu bukannya dibaca sebagai "...   lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir."

Berbuat Baik dan Taat Kepada Kedua Ibu dan Bapa

- us Abdul Rauf bin Abdul Aziz kuliah Maghrib Jumaat 19-Sep-2025

Berbuat Baik dan Taat Kepada Kedua Ibu dan Bapa

Dalil Al-Quran mengapa kita perlu berbuat baik, taat dan menjaga ibu dan bapa:
Surah Al-Ahqaf ayat 46:15 (klik sini)
{ وَوَصَّيۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيۡهِ إِحۡسَٰنًاۖ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ كُرۡهٗا وَوَضَعَتۡهُ كُرۡهٗاۖ وَحَمۡلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهۡرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرۡبَعِينَ سَنَةٗ قَالَ رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَصۡلِحۡ لِي فِي ذُرِّيَّتِيٓۖ إِنِّي تُبۡتُ إِلَيۡكَ وَإِنِّي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ }

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


- Allah memerintahkan agar kita berbuat baik kepada kedua orang tua setelah beriman kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya. Perintah berbuat baik kepada ibu bapa datang segera selepas perintah tauhid.
Surah An-Nisa ayat 4:36 (klik sini)
{ ۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا }

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

- Allah memerintahkan agar rendah diri, lemah lembut, dan berucap dengan kata-kata yang mulia kepada ibu bapa, bahkan ketika mereka sudah lanjut usia, supaya menjaga kehormatan dan kasih sayang mereka.
Surah Al-Israk 17:23 (klik sini)
{ ۞وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفّٖ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلٗا كَرِيمٗا }

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

- Hadis 1:
  • Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1690]