Sunday, December 28, 2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

- us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Ahad 28-Dis-2025

Murah Rezeki dan Panjang Umur

4 hubungan dgn Al-Quran
  1. Baca - siapa tidak baca Al-Quran sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  2. Faham - Baca tetapi tidak faham maksudnya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  3. Tadabbur - Baca & faham tetapi tidak tadabbur, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran
  4. Beramal - Baca, faham, tadabbur tetapi tidak mengamalkannya, sesungguhnya dia meninggalkan Al-Quran.

Hadis:
  • Dari Anas bin Malik r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya, atau dipanjangkan (Allah) ,umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1016]
- Definasi Silaturrahim
Imam Nawawi mendefinisikan silaturahim sebagai berbuat baik kepada kerabat mengikut keadaan, seperti beri harta (infak), bantu tenaga, ziarah, salam, doa, atau nasihat. Ia wajib kifayah kepada sesama Muslim, lebih wajib kepada keluarga, dan termasuk tidak memutus hubungan walaupun dibalas buruk. Memutus silaturahim boleh menyempitkan rezeki sebagai hukuman.

Silaturahim membersihkan hati, tarik rahmat Allah, dan sebabkan rezeki bertambah melalui jalinan kasih sayang masyarakat. Ia sunnah muakkadah yang mendatangkan keberkatan dunia akhirat, selaras dengan mazhab Syafi'i yang menggabungkan ikhtiar dan tawakkal.

Apa maksud harta diberkati? Ada buktinya.
Iaitulah makanan yg kita makan membolehkan kita melakukan ibadah utk meningkatkan keimanan kpd Allah.
  • Jangan bersendirian. Hiduplah bermasyarakat utk membolehkan kita berinteraksi dgn jiran² dgn menjaga hubungan dan silaturrahim. Mengambil peluang memberikan bantuan kpd jiran setempat melalui usaha, nasihat dan buah fikiran.

Sesiapa yg berhutang maka wajib dia melunaskan hutangnya, terutama berhutang dgn manusia. Jika dia tidak mampu membayar hutangnya, maka mohon maaf atau minta dihalalkan hutangnya.

Dipanjangkan umur. Adakah rezeki atau umur itu boleh berubah?
Ahli alim ulamak mentafsirkan hadis ini mengatakan rezeki dan umur boleh berubah.

Kisah Perdebatan Rezeki:
Kisah Imam Syafie dan Imam Malik, guru dan murid, berdebat tentang rezeki di mana Imam Malik menekankan tawakkal sepenuhnya kerana rezeki ditentukan Allah, manakala Imam Syafie menambah usaha sebagai syaratnya.

Imam Malik berkata: "Rezeki datang tanpa usaha besar; lakukan bahagianmu (ibadah dan tawakkal), biar Allah urus sisanya," merujuk hadis: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan benar, nescaya Dia beri rezeki seperti burung yang pagi lapar, petang kenyang" (HR. Tirmidzi). Imam Syafie bertanya: "Jika burung tak keluar sarang, bagaimana dapat rezeki?" merujuk Surah An-Najm ayat 53:39 (klik sini),  manusia tidak mendapat kecuali apa yang diusahakannya.
{وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ}

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

Bukti Praktikal dengan Kurma:
Imam Syafie keluar, dan nampak pekebun sedang memetik kurma. Di minta kebenaran utk membantu petani itu petik kurma. Pekebun itu memberikan kurma sebagai upah di atas usahanya membantu memetik kurma. Dia kemudiannya bawa kurma itu kpd gurunya i.e. Imam Malik: "Jika tak usaha, tak dapat ini." Imam Malik terus memetik kurma dari tangkainya dan mengatakan dia terfikir memakan kurma, dan Allah rezekikan kurma datang kpdnya. Kisah ini mengajar rezeki:
(i) rezeki itu di atas apa yg kita usahakan,
(ii) Allah berikan rezeki kpd hamba-Nya.  

- Berdoa - berdoa kpd Allah supaya dimurahkan rezekindan dipanjangkan umur.
  • Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw. bersabda: "Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandung dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan." Lalu beliau ditanya orang, "Apa maksudnya minta cepat-cepat?" Jawab beliau, "Umpamanya seorang berkata dalam doanya, Aku telah mendoa, Aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu dia putus asa dan berhenti mendoa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2355]

- Silaturrahim - Bagaimana menjaga silaturrahim?
1. Tidak melakukan masalah atau jahat kpd saudara
2. Perlu berbuat baik, ziarah kpd saudara.

- Bersedekah - Berikan kpd saudara dan org lain apa yg direzekikan kpd kita.
- Bertaubat - Kita perlu lakukan taubat agar Allah bersihkan kita dari dosa².

- Jangan menjadi beban kpd saudara atau org lain. Sebaliknya jadilah seorg yg menyenangkan org lain; meliputi saudara sekerabat nasab atau mahram, seperti beri makanan, bantu kerja rumah, rawat sakit, atau tolong urusan harian.
Dlm konteks hari ini, apbl hadir ke majlis jamuan/walimah, berikan bantuan tenaga spt tolong urusan makanan atau kemasan tempat jamuan.

Saturday, December 27, 2025

Tadabbur Surah Yusof ayat 12:7 hingga 14

- us xxx kuliah Suboh Sabtu 27-Dis-2025

Tadabbur Surah Yusof ayat 12:7 hingga 14

Surah Yusof ayat 12:7 (klik sini)
{ ۞لَّقَدۡ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخۡوَتِهِۦٓ ءَايَٰتٞ لِّلسَّآئِلِينَ }

Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).

- org yahudi dtg bertanya kpd Rasulullah saw tentang kisah Yusof kerana mereka tahu kisah Nabi Yusof spt dlm kitab taurat. Pertanyaan mereka bermaksud utk memperlekeh pengetahuan baginda Nabi Muhammad saw.

Surah Yusof ayat 12:8 (klik sini)
{ إِذۡ قَالُواْ لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰٓ أَبِينَا مِنَّا وَنَحۡنُ عُصۡبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ }

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."

- "لَيُوسُفُ" menunjukkan sangat bersungguh-sungguh.
- "إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ" adik-beradik Nabi Yusof dikuasai oleh hasad dengki, mengatakan bapa mereka tidak adul, sedangkan mereka tahu bapa mereka ada utusan Allah.

- Ibu kandung Nabi Yusuf as bernama Rahil (atau Rahel/Rachel), isteri ke2 Nabi Yaakob as. Ibu baginda meninggal dunia sewaktu melahirkan adik kandung Nabi Yusof i.e. Bunyamin. 
- 10 org adik beradik yg lain adalah dari 3 org ibu tiri.

Carian Internet:
Nabi Ya'qub bekerja 14 tahun bagi Laban untuk mengahwini Lae dan Rahil, kemudian mengahwini kedua-dua rakei mereka, menghasilkan 12 anak lelaki yang menjadi asal-usul Bani Israil
    • Lea (Leah atau Lia): Isteri pertama Yaakob as, i.e. kakak kpd Rahil. Anak sulong Laban. Lea melahirkan 6 anak lelaki (Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulun).
    • ​Zilfah (Zulha atau Zilpah): Rakei Lea, melahirkan 2 anak lelaki (Gad, Asyer).
    • Bilhah (Balhah, adik Rahil), melahirkan 2 anak (Dan, Naftali),

- 2 kumpulan pendapat (i) cadangan kejam dgn cara bunuh Yusof (ii) cadangan dgn rasa takut dgn bapa mereka maka mereka cadangkan buang Yusof dlm perigi buta.

Surah Yusof ayat 12:9 (klik sini)
{ ٱقۡتُلُواْ يُوسُفَ أَوِ ٱطۡرَحُوهُ أَرۡضٗا يَخۡلُ لَكُمۡ وَجۡهُ أَبِيكُمۡ وَتَكُونُواْ مِنۢ بَعۡدِهِۦ قَوۡمٗا صَٰلِحِينَ }

(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna".

Surah Yusof ayat 12:10 (klik sini)
{ قَالَ قَآئِلٞ مِّنۡهُمۡ لَا تَقۡتُلُواْ يُوسُفَ وَأَلۡقُوهُ فِي غَيَٰبَتِ ٱلۡجُبِّ يَلۡتَقِطۡهُ بَعۡضُ ٱلسَّيَّارَةِ إِن كُنتُمۡ فَٰعِلِينَ }

Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu".

Surah Yusof ayat 12:11 (klik sini)
{ قَالُواْ يَٰٓأَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأۡمَ۬نَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُۥ لَنَٰصِحُونَ }

Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami! Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?

- "مَ۬نَّا" cara bacaannya dgn memuncungkan bibir (spt bergetar). Kenapa cara bacaannya begitu? Itulah keadaan gugup adik-beradik Yusof memberi alasan kpd bapa mereka.

Surah Yusof ayat 12:12 (klik sini)
{ أَرۡسِلۡهُ مَعَنَا غَدٗا يَرۡتَعۡ وَيَلۡعَبۡ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ }

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".

- "غَدٗا" bermaksud tempoh masa pd hari esok bermula dari waktu tengahari hingga petang.

Surah Yusof ayat 12:13 (klik sini)
{ قَالَ إِنِّي لَيَحۡزُنُنِيٓ أَن تَذۡهَبُواْ بِهِۦ وَأَخَافُ أَن يَأۡكُلَهُ ٱلذِّئۡبُ وَأَنتُمۡ عَنۡهُ غَٰفِلُونَ }

Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika kamu lalai dari mengawalnya ".

- "وَأَنتُمۡ عَنۡهُ غَٰفِلُونَ" nada nabi Yaakob lembut pd ketika ini, kerana kenal sgt anak²nya lalai.

Surah Yusof ayat 12:14 (klik sini)
{ قَالُواْ لَئِنۡ أَكَلَهُ ٱلذِّئۡبُ وَنَحۡنُ عُصۡبَةٌ إِنَّآ إِذٗا لَّخَٰسِرُونَ }

Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya, sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".

- Nabi Yaakob as seorg manusia, baginda tidak tahu apa yg akan berlaku pd masa hadapan melainkan dgn wahyu Allah. Dlm konteks ini Nabi Yaakob tidak tahun apa yg akan berlaku kpd anaknya Yusof dan tidak tahu anak²nya (10 org) sedang menipu.

- sifat org² tidak beriman:
1. Lakukan kejahatan kemudian berbuat baik.
2. Banyak berhelah.
3. Berjanji dgn janji yg mungkin tidak logik bunyinya.

Tuesday, December 23, 2025

Memilih Keutamaan Dalam Beribadah

- us Zainal Abidin Arifin kuliah Suboh Ahad 22-Jan-2023

Memilih Keutamaan Dalam Beribadah

Surah Al-Ankabut ayat 29:69 (klik sini)
{ وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

- Al-Quran diturunkan khusus utk hati² manusia bukannya utk otak² manusia.

- kenapa Allah tidak betindak secara langsung terhadap org² yg mungkar spt firaun yg mengaku dirinya tuhan? Allah utuskan NabiNya ie Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Ibrahim menyampaikan dakwah supaya firaun kembali bertaubat. Namun firaun memilih utk menafikan kekuaasaan Allah dan menolak nabi yg diutuskan. Allah balas dgn menghapuskan firaun dan pengikutnya dlm laut yg kekal hingga kini, bumi tidak terima jasad mereka, kekal mereka di dasar laut utk kajian dan pengajaran manusia selepas zamannya.

- Hikmah tidak memusnahkan firaun serta-merta
Ibn Kathir menegaskan melalui kisah ini bahawa sunnatullah ialah: mengutus rasul, menjelaskan kebenaran, menunjukkan mukjizat, dan memberi peluang sebelum hukuman dijatuhkan.
​
Kisah firaun menjadi ibrah bagi orang selepasnya: 
  • siapa yang sombong dan menolak dakwah para rasul walaupun bukti jelas, akan mendapat azab sepertinya; 
  • para pendakwah diperintah mencontohi cara Musa yang lembut dan penuh rahmat sekalipun berhadapan pemerintah paling zalim.

- 4 halangan utk melakukan ibadah:
1. Dunia
2. Manusia
3. syaitan
4. Nafsu

(1) Dunia
  • Dunia seisinya (harta, pangkat, kemewahan) melalaikan hati hingga sibuk mengejar kenikmatan dan lupa tujuan akhirat.
  • ​Ubatnya ialah mengurangkan keterikatan hati kepada dunia: mengambil sekadar perlu, melihat dunia sebagai ladang akhirat, bukan matlamat hidup.
​
(2) Manusia (makhluk)
  • Makhluk termasuk keluarga, pekerjaan, harta, dan hubungan sosial yang berlebihan; ia boleh menyibukkan seseorang sehingga lalai dari zikir, ilmu dan ibadah.
  • ​Al-Ghazali menasihatkan mengawal pergaulan, mengurangkan perkara sia-sia, dan mendahulukan hubungan dengan Allah berbanding keredaan manusia.
​
(3) Syaitan
  • Syaitan menggoda melalui waswas, menangguh-nangguh ibadah, dan menghias maksiat hingga nampak indah.
  • ​Bentengnya ialah banyak zikir, isti‘azah (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم), menjaga wuduk, dan segera menolak lintasan hati yang melemahkan semangat taat.
​
(4) Nafsu
  • Nafsu ialah keinginan batin yang condong kepada kesenangan dan maksiat; ia penghalang paling dekat, membuat seseorang malas ibadah dan cenderung menunda taubat.
  • ​Menurut al-Ghazali, nafsu mesti mujahadah: dilatih dengan puasa, qiyam, zikir, ilmu, dan memaksa diri konsisten dalam ketaatan sehingga ia tunduk kepada syariat

- Masalah gangguan utk melakukan ibadah

- Dr. Yusof Al-Qardawi: Kita dituntut utk berusaha melakukan ibadah kemudian bertawakal kpd Allah supaya diberikan ganjaran dan hasil dari perkara yg dilakukan.
1. Surah Al-Mulk ayat 67:21 (klik sini)
{ أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوّٖ وَنُفُورٍ }
Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

3. Surah At-Talaq ayat 65:3 (klik sini)
{ وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا }

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

- Imam Al-Ghazali: Gunakan pertimbangan yg mana lebih baik dlm memberikan keutamaan dlm melakukan amalan/ibadah, dan serahkan kpd Allah utk menentukan.

a) Contoh: 2 ubat A dan B itu mempunyai kebaikan kpd pesakit. Ubat mana yg sesuai utk dua pesakit yg mempunyai penyakit yg sama. Doktor menentukan ubat A utk pesakit pertama dan ubat B utk pesakit kedua. Doktor mengetahui perkara yg tidak diketahui oleh pesakit, dari sudut perubatan.

- Kenapa perlu pilih yg lebih utama (afdal) dari yg lebih baik (aslah)?
Imam Al-Ghazali menggariskan yang paling afdal ialah apa yang paling hampir kepada keredaan Allah dalam konteks tertentu, bukan semata-mata nampak “lebih baik” pada akal kasar.
  • Dalam perbahasan maslahah dan pilihan amal, Al-Ghazali menekankan penilaian keutamaan (tafḍil al-a‘mal) berdasarkan kesan akhirat, maqasid syariah, dan keadaan hati, bukan hanya logik manfaat duniawi.

  • Kadang-kadang sesuatu yang kelihatan aslah (lebih maslahat/lebih baik) dari sudut zahir dunia tidak semestinya afdal di sisi Allah, jika ia melalaikan daripada tujuan utama seperti tazkiyah al-nafs dan taqarrub.

- Antara kekayaan dan kemiskinan
  1. a) Pentingnya ilmu yg dipandu oleh wahyu, bhw menjadi kaya itu boleh membawa kpd kebaikan dan menjadi punca utk melakukan ibadah dan diganjarkan pahala dan syurga. Tanpa ilmu yg dipandu oleh wahyu, seseorg yg memiliki kekayaan menjadikannya seorg yg toleh (ie derhaka) kpd Allah.

  2. b) Kemiskinan boleh menjurus kpd kemaksiatan. Kemiskinan boleh menjadikan manusia bertindak melampaui batas² ugama, demi mengambil sedikit keuntungan dunia.

Hadis:  Al-Fatihah itu untuk-Ku dan untuk hamba-Ku
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang tidak membaca Ummul Quran (Fatihah) dalam solat, maka solatnya tidak sempurna (Nabi mengulangnya sampai tiga kali). Lalu ditanyakan orang kepada Abu Hurairah, "Bagaimana kalau kami solat mengikut Imam?" Jawabnya, "Bacalah perlahan-lahan! Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Allah Ta'ala berfirman: "Solat itu Ku bagi dua antara-Ku dan hamba-Ku. Untuk hamba Ku ialah apa yang dimintanya. Apabila dia mengucapkan 'Alhamdu lillahi rabhil 'alamin', maka Allah Ta'ala menjawab, 'Hamadani 'abdi' (Hamba Ku memujiKu). Apabila dia mengucapkan 'Arrahmanirrahim' (yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Atsna 'alayya 'abdi' (HambaKu menyanjung Ku). Apabila dia mengucapkan 'Maliki yawmiddin' (Maha Penguasa hari kemudian), maka Allah Ta'ala menjawab, 'Majjadani 'abdi' (HambaKu mengagungkanKu), atau 'Fawwadha ilayya 'abdi. (HambaKu berserah diri kepada Ku). Apabila dia mengucapkan 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasla'in' (kepada Engkau saja kami menyembah dan kepada Engkau saja kami meminta tolong), maka Allah ta'ala menjawab, 'Hadza bayni wa bayna 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagianKu dan bahagian HambaKu, Untuk hamba-Ku apa yang dimintanya). Apabila dia mengucapkan 'Ihdinash shirathal mustaqim, shirathalladzina an 'amta 'alaihim ghairil maghdhubi 'alaihim waladhdhaallin' (Pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan orang yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat), maka jawab Allah ta'ala, 'Hadza li 'abdi, wa li 'abdi ma saala' (inilah bahagian hambaKu, untuknya apa yang dimintanya)." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0349]

Monday, December 22, 2025

Kematian

- us Lt Kol Shukri Yahya kuliah Maghrib Isnin 22-Dis-2025

Kematian

Kejadian di sekeliling kita adalah bukti² kekuasaan Allah, khususnya hal kematian, akibat dari banjir, tanah runtuh, fenomena alam.

Surah Al-Ankabut ayat 29:57 (klik sini)
{ كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ }

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Kematian kpd setiap nyawa itu pasti dan pasti akan berlaku.
Surah An-Nisa ayat 4:78 (klik sini)
{ أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِي بُرُوجٖ مُّشَيَّدَةٖۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٞ يَقُولُواْ هَٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَيِّئَةٞ يَقُولُواْ هَٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَۚ قُلۡ كُلّٞ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ فَمَالِ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا يَكَادُونَ يَفۡقَهُونَ حَدِيثٗا }

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

- Kematian itu tidak dicepatkan dan tidak dilambatkan walau sesaat.
Surah Al-Araf ayat 7:34 (klik sini)
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٞۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةٗ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ }

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

- Segala apa yg kita ada adalah suatu pinjaman dari Allah. Apbl ujian diturunkan ke atas apa yg kita sayangi, maka jangan sesekali menyalahkan Allah, apatah lagi menghina Allah. Jangan berlaku sombong terhadap Allah.

- Kita perlu berusaha utk menjadi org² muqarrabun spt dlm surah Al-Waqiah, agar akhir hayat dimudahkan dan dibalas dgn syurga. Surah Al-Waqiah ayat 56:88 (klik sini)
{ فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ }

Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

Al-Waqiah ayat 56:89 (klik sini)
{ فَرَوۡحٞ وَرَيۡحَانٞ وَجَنَّتُ نَعِيمٖ }

Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

- Kematian itu suatu pengiktibaran, lebih² lagi kematian saudara-mara, jiran yg dekat, sahabat yg rapat. Kematian mereka suatu jentikan kpd kita sebagai teguran bhw kematian kita akan menyusul, tetapi adakah amalan kita sudah cukup utk melalui kematian.

Apa persiapan kita tentang umur?
Umur umat Nabi Muhammad sekitar 60-70 thn spt hadis berikut:
  • Al Hasan bin Arafah memberitahukan kepada kami, dia berkata: Abdur Rahman bin Muhammad Al Muharibi dari Muhammad bin Amr dari Abi Salamah dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Umur umat ku antara enam puluh sampai tujuh puluh tahun dan sedikit dari mereka yang umurnya melebihi tujuh puluh tahun." Hadis ini adalah hadis gharib hasan dari hadis Muhammad bin Amr dari Abi Salamah dari Abu .Hurairah dari Nabi SAW yang kami tidak mengetahuinya selain dari sanad ini dan juga diriwayatkan dari Abu Ghurairah dengan selain sanad ini. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3620]

- Keseluruhan hidup kita ini diuji utk dibezakan siapakah yg paling baik amalannya. Dalilnya dlm surah Al-Kahfi ayat 18:7 (klik sini)
{ إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا }

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

- Dalil yg lain adalah dlm Surah Al-Mulk ayat 67:2 (klik sini)
{ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ }

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


- Persediaan kematian adalah
  1. Tingkatkan ilmu dgn mempelajari ilmu² ugama, agar mata hati (ie iman) kita terbuka utk mendorong kita kpd perkara² kebaikan, terserlah amalan2 baik, terserlah kata² yg baik. Mendorong kita mengelakkan kemaksiatan.

  2. Tidak bawa dosa² yg menggunung - jangan berterusan melakukan dosa. Bertaubat dari sekarang, mohon keampunan agar dosa² kita sebelum ini diampunkan oleh Allah SWT.
     
  3. Apbl berlaku kematian, hadir dan beramai-ramailah solat jenazah, kerana bilangan yg ramai bersolat jenazah itu akan byk dosa si mati yg gugur.

Catatan Kuliah:
  • Utusan Kematian |  us Rasyidi Jamil | 25-Dis-2015 (klik sini)
  • Kematian dan Seksa Kubur | us Dr Mohd Al-Ikhsan Ghazali | 31-Dis-2023 (klik sini)

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 dan 230

- us Dr Zawawi bin Ismail Maghrib Rabu 26-Nov-2025

Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 dan 230

- Surah Al-Baqarah Ayat 2:229 (klik sini)
{ ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِۖ فَإِمۡسَاكُۢ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ تَسۡرِيحُۢ بِإِحۡسَٰنٖۗ وَلَا يَحِلُّ لَكُمۡ أَن تَأۡخُذُواْ مِمَّآ ءَاتَيۡتُمُوهُنَّ شَيۡـًٔا إِلَّآ أَن يَخَافَآ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَا فِيمَا ٱفۡتَدَتۡ بِهِۦۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَاۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ }

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

- Dlm amalan arab jahiliyah, tiada had talak. Kedatangan Islam memberi petunjuk dan penyelesaian hal kekeluargaan.

- Talak itu boleh dilafazkan dua kali sahaja secara umum, selepas itu suami mempunyai dua pilihan; sama ada menahan isteri dengan cara yang baik atau melepasnya dengan cara yang baik pula. Ayat ini mengingatkan supaya talak tidak menjadi sesuatu yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta memperingatkan agar tidak melampaui batas dalam perceraian.

Ibn Kathir turut menceritakan sebab turunnya ayat ini, yaitu ketika seorang wanita yang bernama Habibah isteri Thabit bin Qays bin Shammas datang kepada Nabi Muhammad saw mengeluh kerana hendak diceraikan oleh suaminya secara berulang-ulang tanpa alasan yang jelas, sementara dia tidak ingin keluar dari pernikahan tersebut kerana menilai suami tidak mengenakan syariat yang benar. Kemudian Allah menurunkan ayat ini sebagai panduan hukum.

Dalam tafsirnya, Ibn Kathir menegaskan bahawa talak tiga sekaligus tidak sah dilakukan dalam satu masa, dan Allah menjelaskan bahawa pernikahan yang telah diceraikan sebanyak dua kali masih ada peluang untuk pembaikan atau bercerai secara baik. 
  • Jika sudah dilafazkan talak tiga, maka perceraian itu adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali melalui pernikahan baru dengan suami lain.

Definasi Khuluk:
Perceraian yang diminta oleh isteri di mana isteri memberi ganti rugi atau tebusan kepada suami sebagai syarat untuk membebaskan dirinya daripada pernikahan tersebut. Secara bahasa, khuluk berasal dari kata "khala’a" yang bermaksud menanggalkan atau melepaskan, kerana isteri adalah "pakaian" bagi suami dan suami juga "pakaian" bagi isteri secara metafora.

Dalam fiqh, khuluk adalah pemisahan yang dibuat oleh isteri dengan memberikan sesuatu kepada suami supaya suami melafazkan talak atau bersetuju untuk bercerai.

Ibn Kathir menjelaskan bahawa khuluk merupakan hak yang dimiliki isteri dalam Islam untuk mengakhiri pernikahan jika mereka mendapati kesulitan dan ingin melepaskan diri dari ikatan tersebut dengan mengganti hak suaminya seperti mahar yang telah diterima. 
  • Khuluk ini dilihat sebagai pengimbang kuasa talak yang dimiliki suami supaya isteri juga mempunyai pilihan dalam masalah perceraian.

Rujukan Kes:
  1. Jika dalam proses khuluk, sekiranya suami itu setuju dan melafazkan talak (cerai), maka isteri tidak wajib serahkan ganti rugi (yg awalnya hendak dijadikan ganti rugi kpd suami), kerana suami telah melafazkan talak.

  2. Talak 3 sekali gus bergantung kpd keputusan mahkamah. Hakim bertanggungjawab analisa dan menentukan sama ada ianya talak 1 atau talak 3.

  3. Talak yg berturutan, contoh: lafaz cerai pertama berlaku dlm rumah, suami berang dan keluar rmh dan dia lafazkan cerai ke2 depan rumah, lafaz cerai ke3 bila suami pulang masuk ke rumah semula. Dlm kes ini lafaz talak cerai dibuat pada 3 keadaan masa berbeza. Mahkamah boleh merumuskan telah berlaku cerai talak 3.

- Khuluk bukan perceraian yg dilafazkan oleh suami.

Surah Al-Baqarah ayat 2:230 (klik sini)
{ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُۥۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡهِمَآ أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِۗ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ }

Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

- Talak ketiga yang bersifat muktamad dan tidak boleh dirujuk kembali kecuali setelah isteri menikah dengan suami lain yang sah secara syariat. Jika talak ketiga sudah jatuh, maka wanita tersebut haram kembali kepada suaminya yang lama kecuali setelah melalui pernikahan baru dan penceraian yang sah (halala).

- Syarat kes cina buta:
Suami kedua yg dikahwini perlu melakukan "dukhul" ie hubungan seks suami isteri, maka sekiranya suami ke2 itu menceraikan isterinya, maka selepas tempoh eddah, baharulah suami pertama boleh rujuk kembali dgn cara akad nikah yg baru.

  • Definisi dukhul dalam konteks fiqh Islam secara umum adalah persetubuhan atau masuknya alat kelamin suami ke dalam kemaluan isteri setelah akad nikah. 
    • Secara bahasa, "dukhul" berarti masuk atau memasuki, dan dalam istilah fiqh dukhul merujuk kepada hubungan seksual suami isteri yang sah.

  • Dari segi hukum, dukhul mempunyai implikasi penting seperti menimbulkan kewajiban nafkah dari suami terhadap isteri dan memulai masa eddah jika terjadi perceraian. 

  • Para ulama membezakan antara dukhul haqiqi (persetubuhan secara nyata) dan dukhul hukmi (khalwat atau berdua-duaan dalam keadaan aman yang menimbulkan dugaan persetubuhan).

Fasakh
Definisi fasakh dalam konteks fiqh Islam adalah pembatalan ikatan pernikahan yang dilakukan oleh hakim (qadhi) atas permintaan salah satu pihak kerana adanya sebab syar’i yang sah, seperti cacat fizikal yang tidak diketahui sebelumnya, ketidakmampuan suami memenuhi kewajibannya, atau sebab lain yang membuat pernikahan sulit diteruskan secara sah dan adil.
  • Fasakh adalah pemutusan pernikahan tanpa lafaz talak suami, dan dilakukan sebagai solusi menjaga keadilan dan kemaslahatan dalam rumah tangga.


Catatan Kuliah:
  • Fasakh | us Ahmad Faizal Bin Sudin Ali | 23-Nov-2025 (klik sini)
  • Perceraian | us Dr Zawawi Ismail | 10-Dis-2025 (klik sini)
  • Menyusu dan hak penjagaan anak | us Dr Zawawi Ismail | 18-Dis-2025 (klik sini)

Sunday, December 21, 2025

9 Sifat Pendakwah Seperti Disebutkan Dalam Surah Yassin

- us Wan Muhammad bin Wan Ibrahim kuliah Maghrib Ahad 21-Dis-2025

9 Sifat Pendakwah Seperti Disebutkan Dalam Surah Yassin

Sifat2 pendakwah seperti yg digarab dari surah Yassin ayat 13 hingga 26

#1 Berjemaah dlm melakukan dakwah
- Kaum Ashabul Qaryah suatu kaum yg kuat mensyirikkan Allah. Allah utuskan 2 org rasul dan perkuatkan lagi dgn rasul ke3. 3 org rasul ditentang oleh kaum Ashabul Qaryah.

Surah Yassin ayat 36:13 (klik sini)
{ وَٱضۡرِبۡ لَهُم مَّثَلًا أَصۡحَٰبَ ٱلۡقَرۡيَةِ إِذۡ جَآءَهَا ٱلۡمُرۡسَلُونَ }

Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

- Surah Yassin ayat 36:14 (klik sini)
{ إِذۡ أَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهِمُ ٱثۡنَيۡنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزۡنَا بِثَالِثٖ فَقَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَيۡكُم مُّرۡسَلُونَ }

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu '.

- Surah Yassin ayat 36:15 (klik sini)
{ قَالُواْ مَآ أَنتُمۡ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحۡمَٰنُ مِن شَيۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا تَكۡذِبُونَ }

Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".

- Surah Yassin ayat 36:16 (klik sini)
{ قَالُواْ رَبُّنَا يَعۡلَمُ إِنَّآ إِلَيۡكُمۡ لَمُرۡسَلُونَ }

Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

#2 Faham tujuan dakwah - hanya menyampaikan dengan jelas: Kewajipan terhad kepada tablig yang jelas tanpa paksaan, yakin hidayah milik Allah sahaja.
- Surah Yassin ayat 36:17 (klik sini)
{ وَمَا عَلَيۡنَآ إِلَّا ٱلۡبَلَٰغُ ٱلۡمُبِينُ }

"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

Allah sebutkan juga tugas para Nabi dan Rasul adalah untuk menyampaikan wahyu yang diterima, spt dlm Surah Ali-Imran ayat 3:20 (klik sini)
{ فَإِنۡ حَآجُّوكَ فَقُلۡ أَسۡلَمۡتُ وَجۡهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡأُمِّيِّـۧنَ ءَأَسۡلَمۡتُمۡۚ فَإِنۡ أَسۡلَمُواْ فَقَدِ ٱهۡتَدَواْۖ وَّإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّمَا عَلَيۡكَ ٱلۡبَلَٰغُۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ }

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.

Tugas para Nabi dan Rasul hanya menyampai dakwah dan hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kpd seseorang utk menerima/memeluk Islam.  Dalilnya seperti dalam surah Al-Qasas ayat 28:56 (klik sini)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

  • Ayat ke56 surah Al-Qasas ini diturunkan ketika Nabi Muhammad saw bersedih kerana orang-orang yang dikasihinya seperti Abu Thalib tidak memeluk Islam. Allah menegaskan bahawa hidayah adalah hak prerogatif-Nya, berdasarkan ilmu dan kehendak-Nya.
#3 Bersabar dgn kesabaran yg tinggi
- Surah Yassin ayat 36:18 (klik sini)
{ قَالُوٓاْ إِنَّا تَطَيَّرۡنَا بِكُمۡۖ لَئِن لَّمۡ تَنتَهُواْ لَنَرۡجُمَنَّكُمۡ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٞ }

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

- Surah Yassin ayat 36:19 (klik sini)
{ قَالُواْ طَٰٓئِرُكُم مَّعَكُمۡ أَئِن ذُكِّرۡتُمۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٞ مُّسۡرِفُونَ }

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

#4 Bersegera ie tidak bertangguh
- Surah Yassin ayat 36:20 (klik sini)
{ وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٞ يَسۡعَىٰ قَالَ يَٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ }

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

#5 Berbicara dgn lemah-lembut (rujuk di akhir ayat ke20)
Perintah berbicara dgn leba-lembut dlm menyampaikan dakwah juga disebutkan dlm surah Taha ayat 44, di mana Allah perintahkan Nabi Musa as utk sampaikan dakwah kpd firaun dgn lemah lembut. 
Surah Taha ayat 20:22 (klik sini)
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

#6 Niat hanya kepada Allah - niat berdakwah hanya utk mendapatkan redho Allah SWT
Surah Yassin ayat 36:21 (klik sini)
{ ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرٗا وَهُم مُّهۡتَدُونَ }

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".

#7 Mempunyai ilmu utk menjawab soalan² perkara ghaib dan kematian - Mengajak org yg didakwah utk berfikir, dan mempunyai ilmu utk mematahkan soalan².
Surah Yassin ayat 36:22 (klik sini)
{ وَمَالِيَ لَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ }

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

Surah Yassin ayat 36:23 (klik sini)
"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

Surah Yassin ayat 36:24 (klik sini)
"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

#8 Berani menyatakan kebenaran
Surah Yassin ayat 36:25 (klik sini)
{ إِنِّيٓ ءَامَنتُ بِرَبِّكُمۡ فَٱسۡمَعُونِ }

"Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",.

#9 Rahmah dan kasih-sayang
Surah Yassin ayat 36:26 (klik sini)
{ قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَٰلَيۡتَ قَوۡمِي يَعۡلَمُونَ }

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

- "يَٰلَيۡتَ" suatu yg sgt diharapkan tetapi memang tidak akan dapat.

Kaum Ashabul Qaryah dimusnahkan oleh Allah kerana mereka mensyirikkan Allah dan menolak (membunuh rasul² yg diutuskan).

Tadabbur Surah At-Tahrim ayat 66:8

- us Dr Hasnan Kasan kuliah Maghrib Jumaat 3-Okt-2025

Tadabbur Surah At-Tahrim ayat 66:8

- Surah At Tahrim ayat 66:8 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةٗ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِي ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَٰنِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ }

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

- Syarat menjalankan taubat menurut tafsir Ibnu Kathir merujuk kepada ayat 8 Surah At-Tahrim adalah taubat nasuha atau taubat yang tulus. Taubat nasuha menurut Ibnu Kathir adalah taubat yang sungguh-sungguh yang meliputi beberapa syarat penting, yaitu:
  1. Menyesal atas dosa yang telah dilakukan.
  2. Meninggalkan dosa dan tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut.
  3. Bertekad kuat untuk tidak mengulangi dosa di masa akan datang.
  4. Jika dosa melibatkan hak sesama manusia, harus menyelesaikan hak tersebut atau mengembalikannya.

Ibnu Kathir menjelaskan bahwa taubat yang diterima adalah taubat yang disertai dengan penyesalan yang mendalam, meninggalkan kemaksiatan, berazam untuk tidak mengulangi dosa, dan memperbaiki kerusakan jika berhubungan dengan hak manusia. Dengan demikian, taubat ini adalah bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi harus menunjukkan perubahan nyata dalam perilaku dan niat yang tulus kepada Allah SWT.

- Hina di Akhirat bermaksud dimasukkan ke dlm neraka. Surah Ali-Imran ayat 3:192 (klik sini)
{ رَبَّنَآ إِنَّكَ مَن تُدۡخِلِ ٱلنَّارَ فَقَدۡ أَخۡزَيۡتَهُۥۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ }

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

- Di Titian Sirat Allah padamkan cahaya kepada org² kafir. Surah Yassin ayat 36:66 (klik sini)
{ وَلَوۡ نَشَآءُ لَطَمَسۡنَا عَلَىٰٓ أَعۡيُنِهِمۡ فَٱسۡتَبَقُواْ ٱلصِّرَٰطَ فَأَنَّىٰ يُبۡصِرُونَ }

(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

- Apa yg menentukan kecerahan cahaya kita di hari akhirat nanti? Itulah amalan hidupnya.

- Surah Al-Hadid ayat 57:12 (klik sini)
{ يَوۡمَ تَرَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَسۡعَىٰ نُورُهُم بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَبِأَيۡمَٰنِهِمۖ بُشۡرَىٰكُمُ ٱلۡيَوۡمَ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ }

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar".

Cahaya iman dan amal soleh orang mukmin
- Tafsir Ibnu Kathir mengenai cahaya dalam ayat 12 Surah Al-Hadid (57:12) menjelaskan bahwa pada hari kiamat, orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan akan tampak dengan cahaya mereka yang berjalan di depan mereka dan di sebelah kanan mereka.
  • Cahaya ini menunjukkan kedudukan dan amal saleh mereka, yang menjadi petunjuk dan tanda keberhasilan mereka pada hari pembalasan.

  • Ibnu Kathir menjelaskan bahwa cahaya ini adalah penghargaan dari Allah kepada orang-orang mukmin sesuai dengan amal baik dan sedekah yang mereka lakukan di dunia. Sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud, cahaya itu membantu mereka melewati Sirat (jembatan di atas neraka). 

  • Besarnya cahaya berbeza-beza menurut amal mereka, ada yang sebesar gunung, pohon kurma, manusia berdiri, bahkan ada yang sebesar ujung jari tangan. 

  • Cahaya sebahagian orang mukmin boleh menyala dan padam bergantian, sesuai tingkat amal mereka. 

  • Cahaya orang munafik akan padam saat mereka sampai di Sirat, sementara orang mukmin terus bersinar.

Carian Internet:
  • Pengertian Hari Kiamat: Hari kiamat merujuk kepada peristiwa kehancuran alam semesta secara mendadak, di mana tiupan sangkakala pertama (nafkhah al-faza') menyebabkan kematian semua makhluk, diikuti tiupan kedua untuk kebangkitan. Ini adalah permulaan pengadilan besar di Padang Mahsyar, termasuk hisab (perhitungan amal) dan timbangan.

  • Pengertian Hari Akhirat - Hari akhirat lebih luas, merangkumi seluruh alam pasca-kiamat yang panjang dan abadi, termasuk alam barzakh (kubur), hari kebangkitan, Sirat, syurga, dan neraka. Ia bermula selepas kematian individu (kiamat sugra atau kecil) dan berterusan sehingga kekal di tempat abadi.