Thursday, September 30, 2010

Haji

Maksud firman Allah SWT, "... Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji, iaitu (bagi) orang sesiapa yang mampu sampai ke Baitullah. Sesiapa mengingkari (kewajipan ibadah haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada sekalian makhluk." (Surah Ali 'Imran 3:97)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Rasulullah SAW pernah ditanya seseorang: 'Apakah amalan yang paling utama?' Baginda menjawab: 'Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya .' Beliau ditanya lagi: 'Kemudian apa lagi?' Beliau menjawab: 'Jihad fi sabilillah.' Baginda ditanya lagi: 'Kemudian apa lagi?' Baginda menjawab' 'Haji yang mabrur.'" (Riwayat Al-Bukhari no 26 dan Muslim no135)

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Rasulullah SAW pernah berkhutbah di hadapan kami dengan berkata: 'Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kamu mengerjakan haji, maka berhajilah.'" (Riwayat Muslim no 131)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersada, yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan haji dengan tidak berbuat atau berkata yang tidak baik, maka keadaanya setelah selesai menunaikan hajinya seperti ketika dilahirkan dari perut ibunya (tanpa dosa)." (Riwayat Al-Bukhari no 1521 dan Muslim no 438)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersada, yang bermaksud: "Satu umrah ke umrah berikutnya menjadi pelebur dosa yang terjadi di antara keduanya. Tiada balasan bagi haji mabrur, melainkan syurga." (Riwayat Al-Bukhari no 1683 dan Muslim no 983)

No comments: