- Us Hamizul (lembaga zakat selangor) Khamis 21 Julai 2011 (** catatan)
bab zakat dan sedekah.
- 32 tempat dlm Al-Quran yg disebut bersama dgn mendirikan solat.
- zakat adalah sumber ekonomi. blh menjadi sumber pendapatan negara.
- zakat berasal dr pktn "zaka" ie bersih, berkembang, membiak.
- khilaf: zakat tlh difardukan sebelum hijrah, rojeknya adalah pd thn ke2 (selepas) hijrah.
- pd zaman Nabi, hamba ditebus/dimerdekakan dgn wang zakat, selain utk asnaf2 yg ditetapkan.
- surah At-Taubah ayat 60.
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
2 jenis zakat ie Zakat Mal dan zakat Badan.
- zakat fitrah dikadarkan dgn segantang baghdad makanan ruji tempatan (malaysia: beras),
- mualaf yg masuk Islam, dan bapanya masih belum Islam, maka tidak wajib ke atasnya. Zakat diwajibkan kpd ketua keluarga.
- zakat harta, termasuk emas, perak, ternakan, sunber pendapatan baru (pendapatan dan saham).
- zakat pendapatan
- zakat pendapatan disandarkan kpd zakat ternakan, kerana ternakan menghasilkan anak, ie membaiknya harta ternakan. Maka anak ternakan yg baru lahir juga dikira dlm jumlah ternakan sewaktu kiraan zakat dibuat.
- zakat pendapatan juga disandarkan kpd zakat pertanian, zakat pertanian dikenakan apbl hasil tani dituai. Cth zakat padi stlh padi dituai.
- zakat pendapatan juga disandarkan kpd sumber pendptan yg baik2.
- zakat saham, pesan Nabi kpd Muaz, ambil harta dr kekayaan.
2) Syarat2 yg tertentu
1. islam
2. merdeka
3. sempurna milik
4. mencapai nisab, 85gram emas. Di selanhor dinisabkan rm10,650.00
5. cukup haul.
6. Utk peniaga, dia berniatkan hartanya utk perniagan.
Hukuman takzir ie hukuman yg diputuskan oleh pemerintah.
- rokok adalah haram, maka menghisap, menjual, menjadi stokis juga haram. Harta pendapatan peniaga rokok tidak termasuk dlm sumber pendapatan yg bersih. Perniagaan rokok tidak buleh dizakatkan.
- zakat ternakan utk tujuan perniagaan mesti dizakatkan atas zakat pendapatan. Jika ternakan itu utk kegunaan pertanian spt utk membajak, haiwan tsbt tidak di perlu dizakat.
8 asnaf
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil, blh mendpt 1/8
4. Muallaf. Tujuannya utk melembutkan hati muallaf.
5. Hamba, tiada lg hamba pd zaman ini, namun di kategorikan sbg hamba dadah. Wang zakat digunakan utk menyelamatkan hamba dadah.
6. Org yg berhutang. 2 jenis, hutang individu dan hutang organisasi.
7. Fisabilillah, ada 2, individu dan organisasi.
8. ibnussabil, org yg kehabisan perbelanjaan dlm perjalanan.
- emas yg digadaikan, statusnya tidak sempurna milik, maka ia tidak perlu dizakat.
- zakat kpd org miskin yg malas, masih perlu diberikan (dikira sbg asnaf) kerana dikhuatiri jika tidak diberi wang zakat dia akan memudaratkan dan blh membawa kpd murtad. Agensi lain spt bdn gereja mencari peluang utk memberi bantuan kpd org Islam, dikhuatiri pemberian mereka akan memerangkap penerima tsbt hingga menyebabkan murtad.
- zakat utk belian emas dr institusi kewangan, jika sempurna milik emas tsbt, maka ianya peu dizakatkan jika cukup nisabnya. Kiranya emas itu disandarkan kpd wang tunai, maka ianya dikira sbg zakat simpanan.
- zakat yg dikeluarkan secara persendirian adalah sah tetapi tidak afdhal.
a. Amil dipertanggugjawab utk menguruskan zakat. Jika semua membuat bayaran zakat kpd fakir miskin, maka tiada kerja amail2.
b. ada 8 asnaf, jadi institusi zakat akan lebih arif menguruskan kutipan zakat.
c. jika hendak memberi zakat secara sendiri, maka perlu dia mencari 3 org/jenis asnaf spt yg dijelaskan. Maka dlm keadaan skrg, sukar utk melakukan sendiri agihan zakat.
- zakat itu apbl diberi kpd asnaf, maka ia perlu boleh melepaskan bebanan penerima zakat tsbt.
- ditakuti pemberian zakat secara sendiri, tidak diterima sbg zakat sebaliknya hanya dikira sedekah.
- wang zakat yg diurus secara baik, dan selagi mana institusi zakat tersbt tidak menyeleweng, maka zakat mesti dibuat kpd institusi tsbt.
- afdal zakat dikeluarkan di negeri tempat di mana rezeki diperoleh.
Published with Blogger-droid v1.7.3
No comments:
Post a Comment