Sunday, March 4, 2012

Peristiwa-peristiwa Penting Kerajaan Islamiah

-Us Fauzi Kuliah Maghrib Ahad 4-Mac-2012


- Tarikh kejatuhan kerajaan khalifah Islamiah adalah pd 3-Mac-1924, (kira-kira 88 thn telah berlalu).

  • Mustafa Kemal Ataturk menghapuskan sistem kesultanan Islam (yang juga khalifah), menghapuskan Pejabat khalifah di Turki, dan menamatkan pemerintahan Empayar Uthmaniyah, dalam tahun 1924.

- Tempoh pemerintahan amirul mukminin adalah 30 thn dan tempoh pemerintahan khalifah adalah 130 thn.



- Peristiwa2 yg membawa kpd kejatuhan Kerajaan Islamiah


#1. Semasa pemerintahan saidina Abu Bakar ra.

  • 2 tahun 3 bulan 10 hari dipimpin oleh saidina Abu Bakar ra. Saidina Abu Bakar dpt menangani unsur2 nabi palsu dan memerangi org yg tidak membayar zakat. Dia juga menghantar para tentera Islam dlm usaha meneruskan usaha meluaskan Islam, 11 tempat dikerahkan tentera Islam.

  • selepas kewafatan Rasulullah saw, dtg seorg Arab meminta utk tidak membayar zakat. Saidina Abu Bakar menolak permintaannya. Alasan yang diberikan untuk tidak membayar zakat adalah zakat hanya wajib semasa zaman pemerintahan Rasulullah saw. Saidina Abu Bakar ra memerangi golongan yang murtad, yang juga tidak membayar zakat.


#2. Semasa pemerintahan saidina Umar ra

  • Pembukaan utara Afrika

  • Pembebasan Baitul Muqaddis (dr Rome)

  • Kejatuhan empire Farsi (Iran), hamba Farsi dibenarkan masuk ke Madinah termasuk juga Abu Luk-luk Al-Parsi.
    • Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, golongan yan murtad tidak dibenarkan memasuki Madinah. Mereka melarikan diri ke negeri di luar Madinah. 
    • Abu Luk-luk menyimpan demdam terhadap khalifah, dan berjaya bergaul rapat dengan sabahat rapat Saidina Umar (menjadi seakan-akan rapat dengan Saidina Umar).
    • Abu luk-luk ini membunuh saidina Umar ra dgn pisau dua mata. Kesan tikaman ini  hinggakan apabila saidina Umar minum susu dan keluar semula susu di kerongkongnya.


#3. Saidina Usman ra

  • Pembukaan kota Cyprus. Selama 50 thn Islam bertapak di Cyprus.

  • Abdullah bin Sabak berkempen menjatuhkan saidina Usman kira2 4 thn. Mukanya terlalu gelap. Dia pergi ke Khufah, Basra dan Mesir dia dpt pengikut utk menjatuhkan saidina Usman, namun dia gagal mendpt pengikut di Syam. Khufah dan Basra terletak di Iraq. Dia pergi ke Mesir lama (Fustal), di sana dia dpt pengikut. Mereka mengepung rumah saidina Usman. Mereka diusir namun mereka dtg semula. Saidina Ali menjangkakan mereka yg dtg ke rumah saidina Usman, itu mempunyai komplot kerana mereka yg diarah pulang tidak pulang ke negeri asal mereka, sebaliknya berkumpul dln kelompok yg besar. 

  • Kira-kira 10 ribu org mengepungnya, dia berjaya dibunuh oleh org Islam sendiri. Tidak diketahui siapa yg membunuh saidina Usman. Ketika dibunuh dirumahnya saidina Usman bersama isterinya shj.


#4. Zaman pemerintahan Saidina Ali karamallahuwajhah

  • Pada zaman pemerintahan saidina Ali, dia berusaha menghapuskan pemberontakan dalaman (yg timbul akibat dr pembunuhan saidina Usman), secara berasingan, ada cara berhujah juga cara berperang.


#5. Pada zaman saidina Hassan bin Ali

  •  Tempoh Saidina Hasan menjadi khalifah adalah 6 bulan shj. Kemudiannya menyerahkan jawatan khalifah kpd Muawiyah bin Abu Sufyan.


#6. Pada zaman Muawiyah

  • Islam mula berkembang semula, akibat dr usaha saidina Ali menangani krisis dalaman.

  • Muawiyah adalah seorg gabenor di Syam. Dia seorg yg bijak, disbbkan itu apbl Abdullah pergi ke Syam utk mendpt sokongan mejatuhkan saidina Usman, Abdullah tidak mendpt sokongan.

  • Perlantikan gabenor tlh diperkenalkan di Syam sejak dr zaman saidina Abu Bakar.

  • Bani Muawiyah dilantik menjadi gabenor di Syam kerana mereka golongan yg pandai berperang dan keduanya mereka bijak berpolitik.

  • Muawiyah bin Abu Sufyan mencadangkan tentera Islam menggunakan kapal utk berperang. Cadangan ini mula dicadangkan pd zaman saidina Umar, namum saidina Umar pd ketika zaman akhir pemerintahannya, dia tidak suka umat Islam membunuh sesama sendiri. Muawiyah mencadang kpd saidina Usman (pd zaman pemerintahan saidina Usman), dan akhirnya tentera berkapal diwujudkan.

  • Muawiyah melancarkan serangan ke atas Rome, dan pernah mengarahkan anaknya Zaid bin Muawiyah utk meneruskan peperanagn membebaskan Constatinopole.

  • Hubungan Melaka dgn Cina berlaku sebelum 1400, 1409 rombongan pedagang Mereka ke Cina.

  • Baghdad berada pd zaman kegemilangan, berlaku perbalahan di Mesir. Tidak setuju dengan raja Mesir kemudiannya mereka bunuh dan lantik raja baru.

  • Baghdad dijatuhkan oleh bangsa Tartar (atau bari-bari) yg tidak bertamadun.

  • Tentera tartar serang Baghdad pd thn 1258, dikatakan 1,800,000 org mati (mungkin dicampur dgn rakyat negeri sekitarnya), hinggakan sungai Nil bertukar warna darah.

  • Nasaruddin al Tausi adalah membantu dlm kejatuhan Baghdad. Dlm kepercayaan org Monggol (tartar) jika darah raja org islam jatuh ke bumi maka akan berlaku kiamat. Syiah mencadangkan agar dipukul dgn kayu, akhirnya khalifah Islam mati.

  • Langkah menentang tentera Monggol, Raja Muzafar Al-Qutus ada persepakatan dgn paluan gendang, berjaya menjatuhkan monggol dlm masa 2 hari tanpa tinggal seorgpun. Raja Muzafar Al-Qutus berjaya mendpt rahsia kelemahan Monggol ie disebelah kanan dan kiri.

  • Cucu Holugu ada 3. Cucu Holugu masuk Islam dan pertahankan Islam. Holugu mati pd usia 88 thn, sebagai pemerintah perang.

  • Kejatuhan islam pd zaman Usmaniah, semasa sultan Hamid dipecat. Dlm muktamar pemecatan itu ada 2 org Yahudi.

Yakini bhw sistem Khilafiah akan bangun semula secara tobie, kini rakyat Islam bertambah dan memulakan didikan Islam dr bawah semula. Yakini bhw rezeki diberikan oleh Allah dan rezeki anak pasti ada. Berbanding ugama lain mereka tidak yakin rezeki dr Allah


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: