Tazkirah suboh Ahad 16-Mac-2014
Setiap org islam perlu mencari keredhaan Allah.
Barangsiapa yg membaca surah Yaasin di awal pagi, maka Allah akan tunaikan hajatnya pd hari tersebut.
Surah Yaasin adalah hati kpd Al-Quran. Apa yg ada dlm Al-Quran ada disebutkan dlm surah ini. Perjalanan surah yaasin
-Berkenaan al-Quran
-Tanda2 kebesaran Allah
-Hal2 akhirat
Cetusan dr surah Yaasin akan menjadikan pembacanya melaksanakan tugasan hariannya dgn tujuan utk mendapat keredhaan Ilahi.
Setiap sendi manusia dikawal/dijaga oleh malaikat.
Syaitan masuk ke tubuh manusia melalui aliran darah.
Para sahabat nabi, di zaman bersama Rasulullah adalah zaman mempelajari Islam, selepas kewafatan Rasulullah mereka menguruskan hal2 pentadbiran adalah dgn mematuhi ajaran nabi dan taat perintah Allah.
Kenaikkan harga barang:
Hadis, telah dtg seorg lelaki mengadu kpd Rasulullah akan masalah kenaikkan harga barang (yg dialaminya). Dia memohon agar Rasulullah mengeluarkan arahan supaya diturunkan harga barang. Rasulullah mengatakan kpd lelaki tersebut utk pulang dan lakukan solat dan menjaga solat. Lelaki itu tidak dpt mengaitkan bersolat dpt menurunkan harga barang. Dia tanya berulang kali, namun jawapan yg diberi oleh Rasulullah adalah supaya dia bersolat dan menjaga solatnya.
Rezeki, :- Setiap manusia akan berfikir berkenaan rezekinya. Namun dgn beristigfar, Allah akan beri rezeki kpdnya dr sumber yg tidak disangka.
Siapa yg dihisab maka binasalah dia. Namun Allah berlebih kurang dgn hambanya yg taat kepadaNya.
No comments:
Post a Comment