Dosa Besar ke-16 ie Dosa kepada pemimpin yg menipu rakyat dan melakukan kezaliman kpd rakyat
Apbl Allah sayang kpd kita, Allah lorongkan kita kpd majlis2 ilmu. Dapat menghadiri majlis itu adalah satu bentuk rezeki. Maka apbl tlh ada ilmu maka kita perlu beramal dgnnya.
- Apbl Allah hendak membinasakan seseorg itu direzekikan 3 perkara dan dihalang dr 3 perkara iaitu:
- diberikan hadir kpd majlis2 ilmu namun dia terhalang utk melakukan perkara2 kebaikan
- dikurniakan rakan2 yg baik namun dia terhalang dr memahami hakikat kebenaran.
- dipermudahkan melakukan amalan2 yg banyak namun terhalang dr ikhlas.
- Maksud dosa kepada pemimpin yg menipu rakyat dan melakukan kezaliman kpd rakyat, adalah dia menipu dan melakukan kezaliman ke atas rakyat.
- duit rakyat disalah guna utk kepentingan diri
- pemimpin perlu tahu kehidupan rakyat dan penderitaan yg dihadapi
- pemimpin perlu mencari jalan utk
Sesungguhnya pemimpin2 yg melakukan dosa dan melampaui batas, jangan kamu sangka bhw penipuan yg kamu lakukan, tidak diketahui atau dilupakan oleh Allah. Maha Suci Allah dari sifat lupa.
Surah Fusilat Ayat 41:22 (klik sini utk paparan ayat)
وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُونَ أَنْ يَشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَا أَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُودُكُمْ وَلَٰكِنْ ظَنَنْتُمْ أَنَّ اللَّهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيرًا مِمَّا تَعْمَلُونَ
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).
-- Mereka cuba menutup/sembunyikan kebenaran namun anggota badan akan menjadi saksi ke atas penipuan dan kezaliman yg dilakukan di dunia.
Surah Yassin Ayat 36:65 (klik sini)
الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
- Pemimpin yg melakukan kezaliman adalah tidak menghalang kemungkaran (malah kemungkaran itu dilakukan sendiri oleh pemimpin).
- Ada 3 golongan yg Allah tidak akan melihat muka mereka di akhirat kelak adalah:
- org yang sombong
- anak yg derhaka kpd kedua ibu-bapanya
- pemimpin yg org tidak suka kpdnya, namun dia masih meneruskan sebagai pemimpin.
- Keseronokan yg melampau itu tidak lagi dpt menghidupkan hati kita, kenapa masih banyak kemaksiatan dilakukan. Adalah disebabkan org yg hadir majlis ilmu utk mendengar hiburan/keseronokan/santai2 sambil mendengar lagu2. Kita tertipu dgn banyaknya majlis2 ilmu namun ianya tidak dpt membentuk/menyentuh hati utk meningkatkan keimanan kpd Allah.
- Seorg pemimpin perlu mengawal keseronokan dan hiburan kpd rakyat. Antara dosa besar adalah apbl lidah byk mengucapkan kata2 laknak.
- sebagai seorg bapa (juga pemimpin dlm sebuah keluarga) mesti mengawal kemaksiatan dr memasuki rumah. Kemaksiatan mudah memasuki rumah melalui bentuk digital spt internet dan TV.
- selagi mana majlis ilmu boleh diadakan dan para ulamak tidak terhalang utk menyampaikan kebenaran
- dlm masyarakat itu tidak timbul anak derhaka dan anak luar nikah
- selagi tidak timbul "assyakarun", ie satu kelompok manusia yg apbl berjumpa maka tidak berhenti utk mencarut, maki hamun sesama mereka.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment