- us Dr Fakhrul Adabi Abdul Kadir Kuliah Suboh Khamis 9-Feb-2017
Hadis dari himpunan 40 hadis Imam Nawawi
Allah Maha Pengampun lagi penerima taubat
Dari Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu sampai ke awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku nescaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan “
Allah menunaikat hajat org yg banyak beristigfar
- Imam Ahmad bin Hambal tertarik hati pergi ke Basrah. Dlm perjalanan dia singgah di sebuah masjid dan berhajat utk bermalam di masjid. Lalu dipertemukan dgn seseorg yg ada di masjid. Lelaki itu kemudiannya mengajak Imam Ahmad utk bermlm di rumahnya. Lelaki ini adalah pembuat roti. Apbl di rumah dia menguli tepung roti sambil mulutnya tidak putus-putus beristigfar. Imam Ahmad kemudiannya bertanya kpd lelaki itu, kenapa dia tidak putus-putus beristigfar. Jawab lelaki itu dia diberitahu bhw amalan bertigfar sepanjang masa maka Allah akan menunaikan hajat org itu. Imam Ahmad kemudiannya bertanya apakah hajat yg belum tercapai. Lelaki itu berkata bhw dia berhajat utk bertemu dgn Imam Ahmad bin Hambal yg dikatakan oleh org seorg alim. Imam Ahmad kemudiannya memperkenalkan dirinya kpd lelaki itu.
- Adab2 berdoa
(1) antara hari yg mustajab doa adalah pd hari Jumaat
(2) berdoa sebelum masuk waktu Suboh
(3) berdoa dlm keadaan bermusafir
(4) selepas solat sunat hajat
(5) selepas beristigfar
(6) mulakan doa dgn selawat ke atas Rasulullah
(7) berdoa dgn suara yg rendah/perlahan
- perjuangan dlm diri (kita) utk melawan dari melakukan perkara kemaksiatan adalah berterusan hingga ke akhir hayat.
(a) sampaikan dakwah dgn memberikan harapan kpd org yg masih lagi lalai dlm kehidupannya. Berikan harapan bhw Allah Maha Pengampun dan berusaha utk kembali ke jln Allah, walaupun sebelum itu amat jauh dr melakukan kebaikan dan beramal kpd Allah.
No comments:
Post a Comment