- us Kuliah Maghrib Ahad 20-Ogo-2017
Sirah Talhah bin Ubaidillah
- salah seorg dr 10 org sahabat Nabi yg tlh dijanjikan (dari wahyu Allah) syurga, antara org yg awal memeluk Islam.
- seorg Quraisy, lahir 25 thn selepas Rasulullah diputerakan (juga disebutkan sebagai 28 thn sebelum Hijrah).
- dia membesar sebagai seorg peniaga, hingga dia mengembangkan perniagaan ke Busra (Busra adalah tempat dimana Rasulullah bersama Abdul Mutalib bertemu dgn rahib yg menasihatkan Abdul Mutalib utk membawa Nabi Muhammad pulang kerana dia mengenali kelebihan yg ada pd Nabi Muhammad).
- penduduk Mekah dikenali sebagai Al-Haram (ie org yg berasal dr Mekah). Seorg rahib yg mendengar ada peniaga dr Al-Haram yg baru tiba. Rahib itu bertanya kpd Talhah adakah seorg yg bernama Ahmad bin Abdullah bin Abdul Mutalib? Pd ketika itu Nabi Muhammad masih belum dilantik menjadi Rasul. Rahib itu menceritakan watak Rasulullah dan kebaikan yg dibawanya.
- apbl Talhah kembali le Mekah dia bertanya kpd sahabat peniaganya ie Abu Bakar As-Siddiq, adakah cerita yg didengarnya ketika di Mekah berkenaan Ahmad itu benar. Abu Bakar mengiyakan kata2 rahib di Busra, dan apbl diajak oleh Abu Bakar utk bertemu Rasulullah utk memeluk Islam.
- Talhah kemudiannya bersetuju bertemu Rasulullah dan akhirnya memeluk Islam.
- apbl tlh memeluk Islam, Talhah juga menerima ancaman dan gangguan dr golongan kufar.
- semasa Rasulullah berhijrah, baginda tlh bertemu Talhah. Talhah tlh memberikan sepasang persalinam kpd Rasulullah dan Abu Bakar.
- dlm perang Badar, Talhah tidak ikut berperang. 313 org Islam yg turut dlm perang Badar pd awalnya utk merampas kembali harta rombongan Quraisy yg mana ketika mereka berhijrah (ke Madinah) mereka berhijrah sehelai sepinggang (tidak dibenarkan oleh kafir Quraisy utk membawa bersama sebarang harta).
- Talhah ditugaskan oleh baginda Rasulullah utk mengintai laluan rombongan peniaga Quraisy yg diketuai oleh Abu Sufian. Abu Sufian dpt mengetahui yg rombongannya akan disekat oleh pasukan Rasulullah, dan menyiapkan tenteranya. Pd ketika itu Talhah dlm perjalanan ke Madinah dan tidak sempat utk menyampaikan berita persediaan Abu Sufian utk berperang.
- apbl sampai di Madinah, pasukan Islam tlh memenangi perang Badar, dan ketika itu proses pembahagian harta rampasan perang. Diriwayatkan Rasulullah memberikan juga harta rampasan perang kpd Talhah kerana sumbangannya menyalurkan maklumat laluan pedagang Quraisy.
- Talhah menyertai perang Uhud dimana tentera Islam adalah pd nisbah 1:3 (1,000 vs 3,000). Pd awalnya strategi Rasulullah adalah utk berkubu ie berperang di dlm. Namun atas cadangan dan semangat pemuda2 utk menyerang, maka Rasulullah pun menyarung baju besi baginda utk menukar strategi kpd menyerang.
- dr 9 org yg tinggal bersama Rasulullah, 2 org adalah Ansar ie Talhah dan Saad. Apbl Rasulullah terjatuh, baginda tidak dpt bangun dan ketika itu Talhah membantu baginda dan menangkis serangan tentera Quraisy.
- selepas tentera memanah menyangka tentera Quraisy tlh tewas, mereka mengingkari arahan Rasulullah utk tidak meninggalkan kawasan atas bukit di kedudukan mereka walau apa pun terjadi. Oleh kerana ternampakkan harta perang yg ditinggalkan oleh tentera quraisy, pasukan memanah tlh menuruni bukit utk mengambil harta yg ditinggalkan. Pd ketika itu tentera quraisy tlh menyerang mereka.
- dlm perang Uhud itu Talhah cedera teruk, dikatakan 73 kesan peperangan pd badannya. Namun beliau tidak meninggal dlm peperangan.
No comments:
Post a Comment