- kuliah Maghrib Jumaat 13-Okt-2017
6 perkara menjadikan makanan itu haram
Kaedah hukum sesuatu makanan, minuman dan wap yang dimasukkan dlm rongga badan, yg menjadi haram:
(#1) boleh memudaratkan badan
- ikan buntal memiliki racun, jika tidak tahu kaedah membuang racunnya, maka haram utk dimakan.
- rokok mengandungi bahan kimia yg dikategorikan racun. Perokok dan org yg terdedah kpd asap rokok, berpotensi tinggi menghidap kanser, dlm masa panjang.
(#2) boleh memabukkan ie hilang akal.
- khomar (jus anggur yg diperam) ie arak.
- arak dlm kuantiti sedikit, masih dihukumkan haram.
(#3) najas ie benda yg najis
- darah. Namun darah yg ada dlm daging tidak dikira najis.
- air yg bercampur dgn najis (yg tidak boleh dimaafkan)
- tikus mati dlm minyak (sapi):
- jika minyak itu beku maka buang bangkai tikus tsbt serta sekitar minyak yg beku.
- jika minyak itu cair, maka hukumnya menjadi haram.
(#4) iktikzar, ie seorg yg waras merasa jijik terhadap benda yg hendak di makan
- contoh: tahi hidung, haiwan, serangga, ulat yg dilihat jijik.
- ada yg mengatakan kesian utk memakan haiwan peliharaan (spt arnab, burung merpati). Dlm kes kesian ianya tidak jatuh hukum haram. Daging haiwan tersbt halal dimakan.
(#5) istirash ie haiwan darat yg bertaring, atau haiwan berkuku tajam
- contoh: singa, helang
- pengecualian kpd haiwan buas adalah "dubuk", ianya dikategorikan haiwan buruan dlm mazhab Syafie.
- ikan jerung (walau pun bertaring) halal dimakan dagingnya.
- jumhur ulamak sepakat bhw monyet itu haram dimakan.
- burung yg diharamkan adalah dari jenis burung dgn kuku tajam, yg mencengkam mangsanya.
(#6) Syarak tidak mengizinkan makanan itu dimakan
- yg disebutkan/dinaskan: daging (dan lain² bhgn tubuh badan) babi
- keldai, baghol (kacukan antara kuda dgn keldai). Kuda itu halal dimakan namun keldai itu haram di makan. Anak kacukan antara halal dan haram, maka haram dimakan anak kacukan itu.
- makanan yg halal namun diperoleh dgn cara haram, spt mencuri.
Dalil: Surah Al-Maidah ayat 5:3 (klik sini utk paparan ayat)
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Surah Al-An'am ayat 6:145 (klik sini)
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Hal Telur:
- semua telur halal dimakan kecuali telur ular.
- telur ular haram kerana khuatir mengandungi bahan berbisa. Ular sememangnya haram dimakan kerana jenis berbisa.
- telur yg jijik dimakan spt telur cicak.
- penyu termasuk dlm haiwan dua (2) alam, ianya haram di makan. Namun telur penyu halal dimakan.
Kemaskini:
- Hadis berkaitan haramnya memakan daging keldai:
Dari Anas r.a. katanya: "Tatkala Rasulullah saw. menaklukkan Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota, lalu kami masak. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah saw. berseru; "Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan." Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya. [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1894]
Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya: "Kami berangkat bersama-sama Rasulullah saw. menuju Khaibar. Kemudian Allah Ta'ala menaklukkannya untuk kemenangan mereka (kaum muslimin). Ketika hari telah petang pada hari penaklukan itu, para prajurit banyak menyalakan api, maka bertanya Rasulullah saw., "Api apa itu, untuk apa kamu nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk memasak daging." Tanya beliau, daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan daging itu dan pecahkan periuknya!" Tanya seorang lelaki, "Bagaimanakah kalau kami tumpahkan isinya lalu kami cuci periuknya?" Jawab beliau, "Atau begitu boleh juga." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1893]
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: Pada hari peperangan Khaibar, Nabi saw. melarang makan daging keldai, dan membolehkan makan daging kuda. [Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1642]
No comments:
Post a Comment