Sunday, February 17, 2019

Sahabat: Abu Ubaidah Al-Jarrah

- us Norazam kuliah Maghrib Ahad 17-Feb-2019

Sahabat ke-10 Abu Ubaidah bin Al-Jarrah (10 org yg telah dijanjikan Syurga dlm hadis Nabi).

- Abu Ubaidah ini seorg berketurunan Quraisy
- Nama sebenarnya 'Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah.

-10 org yg dijanjikan syurga adalah dari keturunan Quraisy.
- lahir 13 thn selepas kelahiran Rasulullah.
- Sifatnya mirip Abu Bakar As-Siddiq.

- mengetuai pasukan tentera Sariyah yg mana pd ketika itu saidina Abu Bakar dan saidian Umar turut serta dlm peperangan tersbt.

- antara yg awal meleluk Islam, pd usia 27 thn. Dakwah yg disampaikan oleh saidina Abu Bakar as-Siddiq. Ketika itu Rasulullah belum lagi mengumumkan tempat berkumpul org² Islam (ie dia memeluk Islam hasil dari dakwah yg disampaikan oleh saidina Abu Bakar kpd kalangan sahabat karibnya)

- berhijrah ke Habsyah, spt yg dicadangkan oleh Rasulullah, kerana pd ketika itu Habsyah diperintah oleh seorg pemimpin Nasrani yg tidak menzalimi rakyatnya, juga org² yg telah memeluk Islam.

- selepas berhijrah ke Habsyah dia balik semula ke Mekkah. Kemudian di dera dan diganggu oleh org musyrik Mekah. Kemudian Rasulullah benarkan org² Islam berhijrah ke Yathrib (Hijrah).

- Rasulullah menunggu di pinggir kota Yathrib (Madinah) menunggu tiba Abu Ubaidah sewaktu dia berhijrah ke Yathrib.

- Saidatina Aisyah apbl ditanya siapa yg disayangi oleh Rasulullah dikalangan sahabat, saidatina Aisyah menyebutkan Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.

- Surah Al-Mujadalah Ayat 58:22

A022


(لَّا تَجِدُ قَوۡمࣰا یُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ یُوَاۤدُّونَ مَنۡ حَاۤدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوۤا۟ ءَابَاۤءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَاۤءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَ ٰ⁠نَهُمۡ أَوۡ عَشِیرَتَهُمۡۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ كَتَبَ فِی قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِیمَـٰنَ وَأَیَّدَهُم بِرُوحࣲ مِّنۡهُۖ وَیُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ رَضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَاۤ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ)

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Ayat ini diturunkan utk menceritakan kisah Abu Ubaidah.

- pd peperangan Uhud:
a) Abu Ubaidah begitu Menjaga Rasulullah.
b) apbl kumpulan pemanah salah tafsir keadaan peperangan (musuh telah kalah), dan mereka meninggalkan posisi mereka. Khalid Al-Walid nampak peluang itu dan menyerang tentera Islam. Dlm keadaan kelam kabut itulah Abu Ubaidah melindungi Rasulullah. Abu Ubaidah cedera, mukanya robek. Baginda Rasulullah juga cedera, baginda jatuh kerana kaki baginda termasuk dlm lubang. Pipi Rasulullah ditusuk besi gelang perisai yg dipakai baginda. Abu Ubaidah mengambil tanggungjawab menggunakan giginya mengeluarkan gelang perisai Rasulullah itu, hingga 2 batang gigi hadapannya tercabut (rongak).

- dlm setiap peperangan lain Abu Ubaidah mengikuti peperangan.

- dlm satu peperangan, ketumbukan kecil (sariah) diketuai oleh Abu Ubaidah. Dlm sariah itu ada  saidina Abu Bakar dan juga saidina Umar.

- Seorg wakil Nasrani di selatan Habsyah dtg ke Madinah, berjumpa dgn Rasulullah (pada waktu pagi) dan memohon supaya dihantarkan seseorg yg amanah utk menyelesaikan masalah di negaranya. Org yg dipilih oleh Rasulullah itu diminta mengikut mereka pulang bersama.

- Rasulullah minta mereka dtg semula selepas Zohor utk diumumkan siapa yg paling amanah yg akan menjadi wakil utk menyelesaikan masalah di selatan Habsyah.

- Selepas solat Zohor, Rasulullah memilih Abu Ubaidah utk menyelesaikan masalah di selatan Habsyah.

- Sewaktu baginda Rasulullah gering  saidina Umar dlm satu berbincangan dgn saidina Abu Bakar, dan Abu Ubaidah, mencadangkan supaya Abu Ubaidah dilantik menjadi khalifah kerana baginda Rasullullah telah mengiktiraf Abu Ubaidah sebagai org yg paling amanah.
Namun Abu Ubaidah menolak cadangan saidina Umar dgn mengatakan bhw calon khalifah yg paling layak adalah org yg diarahkan oleh baginda Rasulullah menjadi imam sewaktu baginda sakit gering, iaitulah saidina Abu Bakar As-Siddiq.

- saidina Umar mengutuskan surat kpd Abu Ubaidah supaya pulang ke Madinah, utk mendapat rawatan di Madinah. Abu Ubaidah membalas surat saidina Umar bhw baginda ingat kpd nasihat Rasulullah supaya tidak keluar dari sesuatu tempat yg dilanda wabak (iaitu taun).

- Abu Ubaidah Al-Jarrah meninggal akibat dari penyakit taun.

No comments: