Saturday, July 25, 2020

Tanda Kiamat: Kematian Besar-besaran

- us Arif Adli bin Ibrahim kuliah Maghrib Sabtu 25-Jul-2020

Tanda-tanda Kiamat, salah satunya adalah kematian besar-besaran akibat dari penyakit. 
Hadis: kemudian berlakunya kematian besar-besaran seperti matinya kambing.

Situasi sekarang adalah wabak Coronavirus (Covid-19) yg bermula dari negara China, kemudiannya merebak keseluruh dunia.

Penyakit yg dirasakan seperti patahnya tulang leher. 

Allah turunkan ujian kepada manusia, utk menilai keimanan hambanya.

Surah Yunus Ayat 10:12

وَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦٓ أَوۡ قَاعِدًا أَوۡ قَآئِمٗا فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمۡ يَدۡعُنَآ إِلَىٰ ضُرّٖ مَّسَّهُۥۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلۡمُسۡرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

- Kaedah kuarantin yg diajarkan oleh Rasulullah dlm menangani wabak penyakit.

Hadis Nabi berkenaan kaedah menangani wabak penyakit:

Apabila kamu mendengar  wabak berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datangi negeri itu. Dan apabila wabak itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, jangan keluar dari negeri itu kerana hendak melarikan diri."

Kita dituntut utk mengajarkan kepada anak-anak kita mencintai Rasulullah, dgn:
1) Mengajarkan sirah Nabi
2) Menceritakan kisah para sahabat
3) Menceritakan kisah-kisah peperangan
4) Mengajarkan Al-Quran,
supaya anak-anak
menjiwai keberanian dan kemegahan ugama Islam, seterusnya berjuang membela Islam.

- Sahabat Nabi mencarikan guru utk mendidik anak-anak mereka, seawal 3 thn utk mengenali Al-Quran.  Begitu jugalah kami ajarkan kisah-kisah peperangan yg disertai oleh Rasulullah (Rasulullah menyertai 27 peperangan).

- Ibnu Sina dlm kitab Siasahnya, ajar anak dgn Al-Quran, supaya anak tsbt dpt membaca Al-Quran dgn betul (ie dgn lajah Arab).

- Rasulullah memberikan penekanan dari peringkat awal utk baca Al-Quran. Supaya aqidah anak-anak itu kukuh, dan tidak terpengaruh dgn atheis atau selain Islam.

Hadis Nabi, setiap anak dilahirkan dlm keadaan fitrah (ie Islam), Ibu bapanyalah yg mencorakkan anak-anak mereka.  

Jangan sampai jenazah kita dibiarkan terbaring, sedang anak-anak sibuk bermain game/handphone.


No comments: