Tuesday, August 25, 2020

Amalan untuk keluar dari kesempitan hidup

- kuliah Maghrib Sabtu 8-Ogo-2020

3 tempat dimana ketenangan boleh didapati:
  1. masjid atau surau
  2. majlis ilmu
  3. kubur
Kubur: pastinya hati akan ingatkan hal kematian.
  • Hati yg tenang apbl ingatkan Allah atau mengingatkan kematian.
- hati orang beriman itu milik Allah. Allah lah yg menurunkan ketenangan dlm hati hambaNya.
- Ketenangan terletak dlm hati (qalbun) bukannya pd harta.

- Allah jadikan manusia dgn 2 makhluk ie
  1. Akal
  2. Nafsu

Allah telah catatkan takdir manusia sebelum dari kelahiran.

- Takdir ada 2 keadaan, 
  1. boleh dipilih dan 
  2. tidak boleh dipilih iaitulah ketentuan Allah.
- Jangan jadi seperti golongan jabariah yg mengatakan semua yg berlaku adalah takdir.
  • Jangan menyalahkan takdir (Allah) apbl diuji dlm kehidupan. Mereka yg menyalahkan takdir (Allah) adalah org yg tidak mengenali Allah.
- Abu Ubaidah sewaktu memasuki waktu senja, dia terdengar org berzikir Alhamdulillah, dia menghampiri rumah itu dan memohon kebenaran utk memasuki rumah itu. Setelah dipersilakan masuk dia dapati ada seorang tua dlm keadaan terbaring, dlm keadaan buta dan lumpuh. Abu Ubaidah bertanya kpd org tua itu

- Terdapat 2 nikmat ie:
  1.  hati yg sentiasa bersyukur kpd Allah
  2.  lidah yg sentiasa berzikir kpd Allah.
  • Syukur boleh mengatasi segala yg lain.
  • Org yg berzikir akan tenang dlm menjalani kehidupannya.
- Kebaikan adalah amat mahal. Disebalik sesusahan maka adanya kesenangan. Itulah sunnatullah. Apbl ditimpa ujian, sebutkan Innalillahi wainnailaihirojiun.

- 3 amalan utk menghilangkan kesulitan:
  1. Surah As-Syarah ie surah Alam Nashrah ie surah pertolongan (klik sini utk paparan surah ie surah ke-94)
  2. Surah Al-Fatihah, apbl tiba ayat Iyakanakbhudu ulang 3x Iyakanakbhudu sebanyak, kemudian sambung bacaan. (klik sini utk paparan surah ie surah pertama)
  3. Selawat Badariah, bacalah selepas solat.
- 3 masalah kpd manusia:
  1.  hutang
  2.  isteri
  3.  anak.
- 6 perkara menenangkan hati
  1. berwuduk
  2. solat, spt solat hajat 2 rakaat
  3. baca Al-Quran (surah Ali-Imran Ayat 3:26 -27) 
  4. Berdoa kpd Allah (mengadu)
  5. Tawakal, pasrah ie berserah diri kpd Allah
  6. Bersedekah
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

  • #5 Berdoa kpd Allah (mengadu) -- Surah At-Tolak Ayat 65:2 dan 3.

2 ayat dari surah At-Tolak ini adalah dalil bhw Allah memberikan hidayah kpd hambaNya yg taat kepada segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, dgn memberikan rezeki dari sumber yang disangka.

Ayat 65:2 (klik sini)

فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٖ وَأَشۡهِدُواْ ذَوَيۡ عَدۡلٖ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِۚ ذَٰلِكُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجٗا

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),


Ayat 65:3 (klik sini)

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيۡءٖ قَدۡرٗا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

  • #6 Bersedekah.
- Amalkan surah Al-Waqiah setiap hari, ie amalan utk menambah rezeki. Terdapat 96 ayat dlm surah ini (klik sini utk paparan surah ie surah ke-56)

 

No comments: