يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.
- Pendaftar nikah perlukan maklumat nikah ibu dan bapa kedu-dua pasangan pengantin (lelaki dan perempuan), untuk menentukan status pasangan pengantin, dan juga status wali (yg akan menikahkan pengatin perempuan).
- permohonan wali hakim ie memohon supaya pihak kadi menikahkan pengantin perempuan.
- banyak punca permohonan wali hakim, seperti:
- wali (boleh jadi bapa pengantin perempuan sendiri atau datuk ie bapa kepada bapa pengantin perempuan) tidak mahu menikahkan pengantin perempuannya. Banyak kes disebabkan pasangan ibu bapa telah bercerai, dan bapa yg sudah tidak tinggal serumah dgn bekas isteri, tidak mahu menjadi wali kepada pernihakan anak perempuannya.
- Hakim akan perintahkan supaya pasangan itu dinikahkan dengan wali hakim, disebabkan kes wali enggan.
- Anak tidak sah taraf ie tidak dapat disahkan taraf wali itu adalah bapa pengantin perempuan yang sah.
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
- Bila berkahwin, akan datang kasih-sayang, belas kasihan antara pasangan pengantin.
تَزَوَّجُوا ، فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ ، وَلَا تَكُونُوا كَرَهْبَانِيَّةِ النَّصَارَى
Maksudnya: “Berkahwinlah kamu semua, kerana sesungguhnya aku berbangga dengan banyaknya kamu semua berbanding umat lain, dan jangan kamu menjadi seperti rahbaniyyah Nasara (Kristian).” [HR al-Baihaqi]
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR Muslim (715)]
Cara memilih calon menantu:
- contoh ujian kpd calon menantu lelaki:
- Jemput dtg makan malam, minta datang jam 6.00ptg, bertanya hal diri dan keluarga. Kemudian minta jadi imam Maghrib. Jika tidak boleh bersolat, carilah calon menantu lelaki yg lain.
- contoh ujian kpd calon menantu perempuan:
- Jemput datang ke rmh majlis kenduri/tahlil, dengarkan bacaan Al-Quran spt surah Yasiin. Jika tiada suaranya atau setakat kumat-kamit mulutnya, carilah menantu yg lain.
- pentingnya pasangan pengantin utk menjaga solat adalah utk menjaga keharmonian keluarga/rumah-tangga mereka.
- Banyak kes pasangan yg bercerai (terutama pasangan muda) adalah berpunca kerana tidak menjaga solat, atau tidak menunaikat solat. Lebih tinggi perceraian adalah kerana suami tidak menjaga solat atau tidak menunaikan solat.
- Pernikahan adalah antara manusia ie suami menjaga hak isteri dan isteri menjaga hak suami.
- Solat adalah amanah yg diberikan oleh Allah kpd hambaNya. Solat itu tiang ugama, jika tidak dijaga solat maka rumah-tangga boleh runtuh.
- Pernikahan adalah suatu amanah, suami diamanahkan menjaga isteri dan keluarganya.
- Solat itu tiang ugama, siapa yang tidak bersolat dia meruntuhkan ugama. Pasangan yang tidak bersolat, tiada keberkatan dalam keluarga mereka.
- Amanah solat tidak dijaga, bagaimana seorang lelaki hendak diberikan tanggungjawab menjaga anak perempuan kita sebagai isterinya?
- Pilihlah calon menantu supaya perkahwinan mereka diberkati dan kekal.
- Jangan tingkatkan indek perceraian.
- Jaga anak-anak kita dgn solat dan bacaan Al-Quran mereka. Ajar mereka bersolat dan mengaji Al-Quran.
- Nota Tambahan: hadis berkaitan solat:
- Dari Abu Hurairah ra., ia berkata: “Rasulullah saw. bersabda: “Sesungguhnya amal perbuatan yang pertama kali dihisab pada seseorang nanti di hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya bagus, maka berbahagia dan beruntunglah ia, tetapi apabila solatnya rusak maka menyesal dan merugilah ia. Apabila di dalam solat fardhunya terdapat suatu kekurangan, maka Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman: “Lihatlah, apakah hamba-Ku ini mengerjakan solat sunnat sehingga kekurangan solat fardhunya dapat disempurnakan dengannya.” Kemudian setelah solat itu dihisab barulah amal-amal perbuatan yang lainnya dihisab.” [HR. Turmudzi]
- Sabda Nabi SAW:
أول ما يُحاسَبُ به العبدُ يومَ القيامةِ الصلاةُ ، فإنْ صلحَتْ صلحَ له سائِرُ عملِهِ ، وإن فسدَتْ فسَدَ سائِر عملهِ
"Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya baik, seluruh amalannya pun baik. Apabila solatnya buruk, seluruh amalannya pun buruk." [HR Thabrani].
No comments:
Post a Comment