- us Nor Azam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 6-Jul-2024
Sahabat Rasulullah: Amru Al-Jamuh Al-Ansar
- Ketua Bani Salamah ie salah satu bani Khazraj.
- Memeluk Islam agak lewat, hinggakan anaknya Muaz bin Amru telah terlebih dahulu memeluk Islam.
- Muaz antara salah seorg yg memainkan peranan penting hingga Amru memeluk Islam.
Keislaman Amru adalah ketika hampir Perang Badar
- Kisah keislaman Amru, bermula dari adanya satu berhala besar di Yathrib dan di setiap rumah ada satu berhala kecil sebagai sembahan kpd patung berhala besar. Dlm rumah Amru ada patung kecil bernama manaf. Muaz ada seorg kawan ie Muaz bin Jabal yg terlebih dahulu memeluk Islam. Pakatan anaknya dgn Muaz bin Jabal adalah utk mengambil berhala manaf ketika Amru tiada di rumah. Dicampakkannya patung manaf ke tempat pembuangan sampah. Apbl Amru pulang dia dapati patung manafnya tiada, selepas ditanya, ada org mengatakan patungnya ada di tempat pembuangan sampah. Amru kutip dan bawa pulang ke rumahnya dan membersihkannya. Selepas itu Muaz ulangi perkara yg sama, dan diulanginya lagi.
- Amru letakkan pedang disisi patung manafnya. Muaz campakkan patung manaf dan ikatkan patung manaf pada bangkai anjing. Amru kutip semula patung manaf, tetapi timbul sedikit kesedaran patung sembahannya tidak mampu mempertahankan diri walaupun ada pedang di sisinya.
- Selepas itu Amru mula tinggalkan patung manaf dan dipujuk oleh kawan²nya utk meninggalkan sembahan patung ie melakukan syirik kpd tuhan. Amru kemudiannya bersetuju utk bertemu dgn Nabi Muhammad saw utk memeluk Islam.
- Kisah Amru memeluk Islam sama situasi Nabi Ibrahim berdakwah kpd bapanya Aazar.
Surah Al-An'am ayat 6:74 (klik sini)
{ ۞وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ ءَازَرَ أَتَتَّخِذُ أَصۡنَامًا ءَالِهَةً إِنِّيٓ أَرَىٰكَ وَقَوۡمَكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٖ }
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
- Kisah Amru memeluk Islam lewat walaupun dakwah ada berlaku di hadapannya, malahan dakwah disampaikan oleh Rasulullah saw.
- Ini bertepatan dgn firman Allah, bhw hidayah itu ditentukan oleh Allah, spt dlm surah Al-An'am ayat 125.
Surah Al-An'am ayat 6:125 (klik sini)
{ فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ }
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
- Sewaktu persediaan Perang Badar, anak² Amru melarangnya menyertai peperangan, kerana Amru itu tempang. Amru bertemu Rasululllah saw utk menyertai perang, namun ditolak oleh Rasulullah.
- Dlm persedian Perang Uhud, sekali lagi anak²nya melarang Amru dari menyertai Perang Uhud. Amru pergi bertemu Rasulullah dan baginda juga melarang Amru menyertai peperangan. Amru berdoa agar dikurniakan syahid dlm peperangan.
- Dlm Perang Uhud itu Amru pergi bersama anak²nya menyertai Perang Uhud. Allah makbulkan doanya utk syahid di medan perang.
- Amru dikebumikan dlm satu liang bersama Abdullah bin Amru Al-Haram, kerana kedua-dua mereka sahabat yg baik, dan mereka ada hubungan sebagai biras (isteri mereka berdua adalah adik-beradik).
- 46 tahun selepas itu pd zaman Muawiyah, banjir mengenai perkuburan para syuhadah perang Uhud. Arahan dikeluarkan supaya perkuburan para dialihkan ke suatu tempat yg tidak banjir. Apabila dikorek kubur Amru dan Amdullah, didapati keadaan mereka seperti baru dikebumikan, tiada apa² yg rosak pada jenazah mereka. Tangan Amru yg diletakkan pd luka perangnya apabila dialihkan ketika mengangkat jenazahnya, maka mengalir darah. Lalu diletakkan semula tangannya pada tempat luka perang barulah darah berhenti mengalir. Amru meminta supaya jenazah bapanya disempurnakan pengalihan kuburnya yg baru dgn baik.
- Nabi saw bertemu dgn bani Salamah, dan bertanyakan siapa ketua mereka. Mereka mengatakan seseorg itu tetapi dia bersifat bakhil. Kata Rasulullah saw, apa lagi penyakit selain dari penyakit bakhil, dan org itu tidak layak menjadi ketua. Sifat pemurah Amru diiktiraf oleh Rasulullah sebagai ketua bani Salamah.
No comments:
Post a Comment