- us Muhammad Mursyid Al-Amien kuliah Maghrib Ahad 16-Ogo-2026
Tafsir Surah Al-Ahzab ayat 33:7 hingga 15
Surah Al-Ahzab ayat 33:7 (klik sini)
{ وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِنَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مِيثَٰقَهُمۡ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٖ وَإِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۖ وَأَخَذۡنَا مِنۡهُم مِّيثَٰقًا غَلِيظٗا }
(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka);
- Kandungan ‘mithaq' (perjanjian) itu ialah:
- Menegakkan agama Allah.
- Menyampaikan risalah kepada manusia.
- Berdakwah kepada tauhid dan ibadah kepada Allah.
- Membenarkan serta menyokong para rasul yang datang sebelum atau selepas mereka.
- Menunaikan amanah kenabian dengan penuh kesungguhan.
- Lima rasul yang disebut secara khusus ialah rasul yang terkenal sebagai Ulul ‘Azmi, iaitu rasul yang mempunyai ketabahan dan kesabaran yang sangat tinggi dalam menghadapi penolakan serta ujian dakwah.
Surah Al-Ahzab ayat 33:8 (klik sini)
{ لِّيَسۡـَٔلَ ٱلصَّٰدِقِينَ عَن صِدۡقِهِمۡۚ وَأَعَدَّ لِلۡكَٰفِرِينَ عَذَابًا أَلِيمٗا }
(Tuhan berbuat demikian) supaya Ia menyoal orang-orang yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka (untuk menyempurnakan balasan baik mereka); dan (sebaliknya) Ia telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Surah Al-Ahzab ayat 33:9 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَآءَتۡكُمۡ جُنُودٞ فَأَرۡسَلۡنَا عَلَيۡهِمۡ رِيحٗا وَجُنُودٗا لَّمۡ تَرَوۡهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرًا }
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
- Ayat ini merujuk kepada Perang Khandak atau Perang Ahzab, ketika gabungan Quraisy dan kabilah² Arab datang menyerang Madinah. Allah mengingatkan orang-orang beriman supaya mengenang pertolongan-Nya ketika mereka berhadapan dengan musuh yang besar dan keadaan yang sangat genting.
Allah membantu umat Islam melalui dua bentuk pertolongan:
- (i) Angin yang kuat – Angin tersebut mengganggu khemah, memadamkan api, menterbalikkan barang-barang dan menyebabkan tentera musuh berasa sangat takut serta tidak mampu meneruskan pengepungan.
- (ii) Tentera yang tidak dapat dilihat – ie para malaikat yang Allah kirimkan untuk membantu, meneguhkan dan menakutkan musuh, walaupun para sahabat tidak melihat mereka secara langsung
Surah Al-Ahzab ayat 33:10 (klik sini)
{ إِذۡ جَآءُوكُم مِّن فَوۡقِكُمۡ وَمِنۡ أَسۡفَلَ مِنكُمۡ وَإِذۡ زَاغَتِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠ }
Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.
Surah Al-Ahzab ayat 33:11 (klik sini)
{ هُنَالِكَ ٱبۡتُلِيَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُواْ زِلۡزَالٗا شَدِيدٗا }
Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.
Surah Al-Ahzab ayat 33:12 (klik sini)
{ وَإِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٞ مَّا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ إِلَّا غُرُورٗا }
Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja".
- Perbandingan ayat 33:12 dan 33:22
- Kedua-dua ayat ini berlaku dalam konteks Perang Ahzab/Khandak, ketika tentera bersekutu mengepung Madinah. Namun, kedua-duanya menggambarkan dua sikap batin yang berbeza ketika menghadapi ujian yang sama.
- Ayat 33:12 — Sikap munafik
- Allah SWT berfirman bahawa ketika itu orang-orang munafik dan mereka yang mempunyai penyakit dalam hati berkata:
- “Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.”
- Menurut huraian Ibn Kathir, mereka memandang janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah serta Rasul-Nya sebagai sesuatu yang tidak benar. Apabila melihat jumlah musuh yang besar dan keadaan umat Islam yang sangat tertekan, mereka berprasangka buruk serta meragui janji Allah.
- Mereka menilai keadaan berdasarkan kekuatan zahir semata-mata. Pada pandangan mereka, kedatangan tentera Ahzab membuktikan bahawa umat Islam akan kalah, sedangkan kesusahan itu sebenarnya merupakan ujian yang telah diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya.
- Ayat 33:22 — Sikap orang beriman
- Allah SWT berfirman bahawa apabila orang² beriman melihat tentera Ahzab, mereka berkata:
- “Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kami, dan benarlah Allah serta Rasul-Nya.”
- Ibn Kathir menjelaskan bahawa orang beriman memahami kedatangan tentera musuh sebagai sebahagian daripada ujian yang telah dijanjikan. Mereka yakin bahawa selepas ujian tersebut akan datang pertolongan dan kemenangan daripada Allah. Oleh itu, keadaan yang menakutkan tidak melemahkan mereka, bahkan menambahkan iman dan penyerahan diri kepada Allah.
Surah Al-Ahzab ayat 33:13 (klik sini)
{ وَإِذۡ قَالَت طَّآئِفَةٞ مِّنۡهُمۡ يَٰٓأَهۡلَ يَثۡرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمۡ فَٱرۡجِعُواْۚ وَيَسۡتَـٔۡذِنُ فَرِيقٞ مِّنۡهُمُ ٱلنَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوۡرَةٞ وَمَا هِيَ بِعَوۡرَةٍۖ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارٗا }
Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
- Mereka gunakan panggilan org² "Yathrib" sebagai sentimen perli kpd Rasulullah, sebelum kedatangan Rasulullah Yathrib adalah aman, tetali selepas kedatangan Rasulullah, Madinah diserang oleh org² Quraisy.
- Ayat ini menceritakan sikap orang munafik ketika Perang Ahzab. Apabila tentera musuh mengepung Madinah dan keadaan menjadi genting, mereka cuba melemahkan semangat orang Islam dengan menyeru penduduk Madinah supaya meninggalkan medan dan pulang ke rumah.
- Alasan yang dusta -- Sebahagian mereka (org² munafik) meminta izin meninggalkan barisan dengan alasan:
- “Rumah² kami terdedah dan tidak ada orang yang menjaganya.”
Namun, Allah SWT menolak alasan tersebut dengan menjelaskan bahawa rmh² mereka sebenarnya tidak terdedah. Alasan itu hanyalah helah untuk menutup niat sebenar, iaitu melarikan diri daripada peperangan dan tanggungjawab mempertahankan Rasulullah saw serta Madinah.
- Kesimpulannya, ayat ini menggambarkan bagaimana golongan munafik cuba mengingkari komitmen mereka kepada Allah dan Rasulullah saw dengan menggunakan alasan keselamatan rumah. Huraian ayat ini menekankan bahawa kesetiaan kepada Rasulullah saw mesti dibuktikan melalui ketaatan, kejujuran dan keteguhan ketika menghadapi ancaman.
Surah Al-Ahzab ayat 33:14 (klik sini)
{ وَلَوۡ دُخِلَتۡ عَلَيۡهِم مِّنۡ أَقۡطَارِهَا ثُمَّ سُئِلُواْ ٱلۡفِتۡنَةَ لَأٓتَوۡهَا وَمَا تَلَبَّثُواْ بِهَآ إِلَّا يَسِيرٗا }
Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
Surah Al-Ahzab ayat 33:15 (klik sini)
{ وَلَقَدۡ كَانُواْ عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ مِن قَبۡلُ لَا يُوَلُّونَ ٱلۡأَدۡبَٰرَۚ وَكَانَ عَهۡدُ ٱللَّهِ مَسۡـُٔولٗا }
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang yang mereka hadiri). Dan (ingatlah) janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).
Catatan Kuliah:
- Tafsir Surah Al-Ahzab ayat 33:1 hingga 6 | Muhammad Mursyid Al-Aminen | 2-Ogo-2026 (klik sini)
No comments:
Post a Comment