Sunday, April 21, 2013

Dosa Besar ke-9 Memutuskan Silaturrahim

- us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 21-Apr-2013

(Kitab Al-Kabair): Dosa Besar ke-9: Memutuskan Tali Persaudaraan


1) Hubungan adik-beradik, sesama sepupu-sepapat, sesama ibu-bapa saudara.

Dimaksudkan dengan “Rahim” apabila disebut silaturrahim ialah:

الأقارب من جهة أبيه وأمه كالجدات والأجداد والخالات والعمات وأولادهم والأخوال والأعمام وأولادهم

Maksudnya, “Kaum kerabat sebelah ayah dan ibunya seperti nenek, datuk, ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak-anak mereka (sepupu-sepupu), bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu dan anak-anak mereka”.


2) Allah bertanya sekiranya kamu dilantik menjadi pemimpin maka adakah kamu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, dan memutuskan hubungan persaudaraan?

Surah Muhammad Ayat 47: 22

A022

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?


Surah Muhammad Ayat 47: 23

A023

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

 

  1. maka pilihlah calon pemimpin yg apbl dilantik nanti diberikan kuasa maka dia akan menunaikan janjinya, membaiki dan menyambung persaudaraannya, walau dgn org dulunya tidak memilih dia utk menjadi pemimpin.

  2. jika perkara itu berlaku, lalu mereka akan dipekakkan pendengarannya dan dibutakan penglihatannya.

  3. dtg seorg lelaki kpd Rasulullah, dan bertanya kepada baginda, apakah aku dapat masuk syurga jika aku menghalalkan perkara yg dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan perkara yg diharamkan oleh Allah. Maka Rasulullah mengatakan ya kepadanya.

    • Rasulullah mengiyakan kpd lelaki itu kerana baginda tahu dia seorg yg miskin, maka baginya mencukupi utk melakukan perkara yg disebutkannya. Lelaki itu tidak mampu utk membayar zakat, tidak juga dia seorg pemimpin atau ketua yg akan dipertanggungjawabkan utk menunaikan amanahnya dan janjinya.
    • Dlm bab dosa besar ke 26, disebutkan dosa maki hamun.

3) org fasik adalah yg tidak mengikut Al-Quran.
a) tanda org fasik, iaitu org2 yg memungkiri janjinya. Ke-2 memutuskan silaturrahim. Ke-3 melakukan kerosakan di atas muka bumi.

b) kalau kita memutuskan silaturrahim, kata Rasulullah, tidak masuk syurga org yg memutuskan silaturrahim.

Daripada Jubair bin Muth'im ra bahawa Rasulullah saw bersabda "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”. [HR al-Bukhari (2408) dan Muslim (593)]

c) termasuk juga org yg memilih terhadap saudaranya, seperti saudara-mara yg miskin tidak dianggap saudaranya, atau tidak menjengok atau singgah ziarah ke rumahnya. Namun kpd saudaranya yg berkedudukan/berada maka dia merapatkan dirinya dan mengaku saudara.

d) berbuat baik dan memberi khidmat kpd saudara mara, akan menjamin seseorg itu masuk syurga.

- jika kita membiarkan saudara-mara kita hidup merempat dan tidak berbuat baik kpd mereka, sebaliknya mengeluarkan sedekah kpd org lain yg bukan saudara-maranya maka kata Rasulullah, Allah tak terima sedekahnya.

e) duit sendiri digunakan utk membelanja kawan2 dan para penyokongnya, pd masa yg sama membiarkan kaum kerabatnya hidup dlm keadaan susah. Maka sedekahnya tidak diterima oleh Allah.

f) kalau kita juga susah (bukan orang yang mempunyai ekonomi yang kukuh/mewah), maka berbuat baik dgn menziarahi saudara mara dan megambil berat akan keadaan dirinya, tanya namanya, tanya hal bapanya, dan bertanya dr mana dia datang.

g) Abu Hurairah, di dlm suatu majlis ilmu yg ingin disampaikan tlh meminta sesiapa yg berada dlm majlis tersebut yang telah memutuskan silaturrahim agar keluar meninggalkan majlis ilmu itu. Jika tidak beliau tidak akan memulakan majlis ilmu itu. Maka keluar seorg lelaki yg duduk di hujung belakang majlisnya. Lelaki itu kemudiannya berjalan menuju ke rumah mak saudaranya. Mak saudaranya terkejut akan kedatangannya dan setelah jelas akan maksud anak saudaranya utk meminta maaf dan ingin menjalinkan silaturrahim maka dia mengatakan dia telah memaafkan anak saudaranya itu. Dia kemudiaanya meminta anak saudaranya utk bertanya kpd Abu Hurairah apa maksud dia menghalau org yg memutuskankan silaturrahim dr majlisnya. Abu Hurairah mengatakan bhw dia takut Allah tidak menurunkan rahmat kpd kaum yg mana ada di antara mereka yg memutuskan silaturrahim.

Friday, April 19, 2013

Tafsir Surah Al-Mukminun Ayat 23:99-104

-us Hasnan Kassan Jumaat 19-Apr-2013

Surah Al-Mukminun Ayat 23:99 hingga 104


Ayat 23:99

A099

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) 


Ayat 23:100

A100

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

Ayat 23:101

A101

Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

.
Jawapan kpd ayat 101. Adakah manusia tak kenal adik beradik , ibu dan bapa, anak2.- Surah Abasa Ayat 80:34, ms 585 baris 4 dr bawah. Manusia ketika itu kenal kepada ahli keluarganya namun dia lari dari mereka.


Surah Abasa Ayat 80:34

A034

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,


Ayat 23:102

A102

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.


Ayat 23:103

A103

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam


Ayat 23:104

A104

Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggalah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.


Solat berjemaah yang dilakukan di rumah setelah mendengar laungan azan, maka dikatakan oleh Rasulullah sebagai solat wanita. Maka fadhilat solatnya adalah dikira sebagai satu pahala, berbanding 27 pahala berjemaah di surau/masjid.

Lihat bagaimana org yg akan dimasukkan ke neraka ini dan permintaannya kpd Allah utk menggantikan isteri, anak, adik beradik dan para pengikutnya sebagai ganti kpd dirinya daripada di masukkan ke neraka.

Hal ini diceritakan dlm Surah Al-Maarij ayat 70:10, (ms 568)

A010

Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),


Ayat 9 menceritakan berlakunya Hari Kiamat. Dalam ayat ke 11, diceritakan dialog pemimpin seseorg itu meminta Allah mengambil isteri, anak, adik-beradik, saudara mara, dan juga para pengikutnya untuk menebus dosanya agar dia tidak dimasukkan ke neraka. Allah menolak permintaan org itu dan menempuk mereka.


Surah Al-Maarij Ayat 70:11

A011

Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,


Manusia akan selamat dgn ugama bukannya dgn kenyang makan.


Sambungan kuliah:

 

Sunday, April 14, 2013

Halangan Taubat

-us Ibrahim - Cermin Budi Kuliah Maghrib 14-Apr-2013

Sabda Rasulullah saw "Sembahyanglah umatku seperti mana aku bersembahyang".
-dlm sembahyang dia berasa kecil terhadap Allah
-dlm bacaan Fatihah, dia menterjemahkan maksud2 ayat
-solat yg selesai dikerjakan akan di bawa oleh malaikat naik mengadap Allah, jika tidak diterima solat tersbt maka malaikat akan membawa turun kpd kita dan mencampakkan solat itu kpd kita spt kain buruk. Oleh itu kerjakan solat dgn sempurna dan khusyuk, semoga solat itu diterima Allah.

Sifat2 terpuji mesti ada dlm diri setiap individu.
-sabda Nabi "selalulah beri peringatan terhadap sifat2 terpuji dlm diri manusia".

10 sifat mazmudah (baik) perlu ada dlm diri manusia.

1. Mesti bertaubat dgn taubat nasuha.
-tujuan bertaubat adalah utk kembali menjadi org yg baik dan menuntut kesalahannya diampunkan Allah, dan tidak ingin mengulangi kesalahan yg dilakukan.

2. Mesti ada sifat takut ie takut membuat perkara yg berdosa. Org yg selalu buat perkara dosa, maka perkara2 baik akan ditarik keluar dr dirinya. Kerana dlm diri tidak boleh ada sifat baik dan jahat duduk bersama.
-sifat takut yg paling berkesan adalah takut dlm solat (doa iftitah hingga memberi salam) menjadikan dia mendpt kemanisan dlm solat.
-org Islam menjadi lemah kerana melalaikan solat.

3. Zuhud atau bersih hati
-ubat hati dgn solat 5 waktu.
-setiap manusia ada tanggungjawa dan akan ditanya oleh Allah di akhirat manti akan tanggungjawab tersbt.
-bersih hati yg pertama adalah dlm solat. Makna2 bacaan solat adalah ubat hati.
-berterusan berzikir dlm solat utk mendpt sifat zuhud.
-dlm keadaan kita bersolat kena ada sifat sabar ie membaca ayat2 Al Quran dgn tajwid.
-sistem bacaan al baghdadi mesti diteruskan kerana ianya menjamin anak2 utk mempelajari al Quran, berbanding kaadah Iqra' ianya bersifat hafalan, tidak menitik beratkan kpd kaedah ejaan dan melatih otak berfikir disamping mulut membaca.

4. Ikhlas

5. Tawakal - serah diri kpd Allah

6. Sifat Mahabbah ie kasih-sayang sesama manusia.
-kasih kpd diri sendiri akan menyebabkan kita kasih kpd isteri, anak2 dan keluarga.

7. Redha kpd Allah
-berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

8. Sifat Insaf
Bersambung....

Friday, April 12, 2013

Beriman dgn Hari Qiamat

Beriman dgn Hari Qiamat
-us Yusri Kuliah Maghrib 12-4-2013


- Nama2 Hari Qiamat


1. Hari Kebangkitan - hari makhluk dihidupkan semula utk menerima pembalasan

2. Waktu yg Hampir

3. Hari Akhirat - hari yg paling akhir ie syurga atau neraka.

4. Hari Pembalasan (yau muddin) - pd hari itu semua manusia diberikan balasan

5. Hari Perhitungan Amal

6. Hari Kemenangan atau Hari Pembukaan Bicara (yau mal fathi) - kemenangan umat Islam.

7. Hari Pertemuan (yau mut talaq)
.surah al-mukminun ayat 13-14.
.Al-Quran buleh menjadi penawar apbl dibaca, sebagai contoh ketika dilanda kesusahan seseorg membaca suatu ayat. Dlm ayat tersebut diajarkan supaya menginfakkan harta utk mendapatkan kejayaan. Maka terbuka hatinya utk membuat infak, dan dgn itu dimudahkan urusannya.
.iaitu hari mereka itu keluar dr kubur dgn jelas. Allah bertanya mana dia org yg takbur dulu (semasa di dunia), org yg ada kuasa  akan ditanya kerajaan siapakah yg lebih besar pd hari itu.

8. Hari yg Nampak Kerugian (yau mul jam'ie)- hari dimana manusia nampak kerugian.
. Ambil peluang sebanyak2nya sewaktu di dunia. Cth, ada org susah dtg kpd kita utk meminta bantuan atau sedekah berbanding org lain, maka ambillah peluang itu utk bersedekah.

Sunday, April 7, 2013

Pakatan Politik Dengan Bukan Islam


Pakatan Politik Antara Orang Islam dan Bukan Islam

1. Pernah berulang kali berlaku dlm pemerintahan Islam.

2. Tahalussiasi adalah apbl org Islam meminta pertolongan org bukan Islam dan dlm masa yg sama org bukan Islam juga meminta pertolongan org Islam bagi suatu tujuan politik.
-perjanjian Hudaibiyah bukan bab tahalussiasi sebaliknya genjatan senjata di mana kedua-dua pihak tidak boleh menyerang satu sama lain selama 10 tahun.

-perjanjian Ilful Kubul, org kafir quraish membuat perjanjian dikalangan beberapa puak bani quraish, sebelum dr Nabi dilantik menjadi Rasul. Ini juga bukan contoh tahalussiasi kerana tidak berkaitan kuasa politik, sebaliknya adalah pakatan kerjasama.

- dlm perang Badar, org musyrikin dtg bertemu dgn Nabi dan ingin mendapatkan pertolongan org Islam dan dlm masa yg sama ingin menolong Nabi dan org Islam utk turut serta dlm perang Badar. Ini adalah contoh tahalussiasi.

3. Pandangan ulamak terhadap tahalussiasi.
(1) Ibnu Taimiah - berdasarkan surat menyurat antara Khalid Al-Walid dgn Saidina Umar berkenaan hak penjagaan harta di negeri Syam, yg dicadangkan agar dijaga oleh seorg kristian. Saidina Umar tidak membenarkan Khalid Al-Walid melantik org kristian tersbt.

(2) dlm hadis yg diriwayatkan oleh imam baihaki. xxx.

Saturday, February 23, 2013

Mengingati Allah

- Kuliah Maghrib Sabtu 23-Feb-2013

Tazkirah: Mengingati Allah 

-Surah Al-Anfal ayat 8:2: (klik sini utk paparan ayat)

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

  • Kunci kejayaan adalah apbl manusia mengingati Allah.

  • Ada pelbagai sebab manusia mengangis mengingati Allah, oleh itu kita pilihlah sendiri cara utk mengingati Allah.

-kisah Habib An-Naja dlm Surah Yassin:
Utusan Allah di An-Thoqiah diseksa dan ada tafsiran mengatakan mereka diseksa dan digergaji kepalanya. Habib An-Najah juga menerima nasib yg sama hinggalah dia mrninggal. Mufasir mengatakan ketika Habib diseksa, dia diperintah masuk syurga. Habib mengatakan/mengungkapkan kpd kaumnya alangkah baiknya jika kaumnya mengikutinya utk menerima balasan syurga yg disingkapkan oleh Allah kpdnya utk dpt melihat keadaan dan keindahan yg dijanjikan di dlm surga.

  • Hadis yg diriwayatkan dr Aisyah ra, Rasulullah bersabda bhw setiap dr umatku akan masuk syurga kecuali yg tidak mahu masuk syurga. Para sahabat bertanya siapakah yg tidak mahu masuk syurga itu? Jawab baginda, siapa yg hendak masuk syurga akan mengikuti perintah Allah dan rasulNya, manakala org yg tidak mahu masuk syurga adalah yg tidak patuh mengikuti perintah Allah dan rasulNya.

  • Pilihan diberika kpd manusia sama ada utk beriman kpd Allah atau berlaku kufur terhadap Allah.

- Ayat-ayat Al-Quran berbentuk amaran yang bakal diterima kepada mereka yang kufur, disebutkan oleh Allah dlm ayat ke-16 surah Az-Zumar.  Di akhir ayat ke-17, berita gembira kepada mereka yang beriman kpd Allah, 
"maka berilah berita gembira kpd umat2ku", dijelaskan bhw mereka itu adalah manusia yg mendengar dgn baik peringatan yg diberikan kpdnya. 

Surah Az-Zumar Ayat 39:16  (klik sini utk paparan ayat)

لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٞ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِهِمۡ ظُلَلٞۚ ذَٰلِكَ يُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُۥۚ يَٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ

Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"


Surah Az-Zumar Ayat 39:17  (klik sini utk paparan ayat)

وَٱلَّذِينَ ٱجۡتَنَبُواْ ٱلطَّٰغُوتَ أَن يَعۡبُدُوهَا وَأَنَابُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰۚ فَبَشِّرۡ عِبَادِ

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu 

  • Manusia perlu mendengar dgn baik sesuatu peringatan yg disampaikan kpdnya, menilai dan mengikuti peringatan dan suruhan yg disampaikan supaya ia mendapatkan keampunan dr Allah dan mendapatkan balasan syurga.

  • Syurga tidak disediakan untuk manusia yg kufur (kpd Allah), syurga hanya utk manusia yg bertakwa.

Ciri-ciri orang yang bertakwa
-dlm surah Ali-Imran ayat 133 disebutkan balasan syurga utk orang-orang yang bertakwa. Dlm ayat 134, disebutkan ciri-ciri org yg bertakwa:

Surah Ali Imran Ayat 3:133 (klik sini utk paparan ayat)

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٖ مِّن رَّبِّكُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَٰوَٰتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


Surah Ali Imran Ayat 3:134 (klik sini utk paparan ayat)

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
  1. Org yg menginfkakkan hartanya pd jalan Allah

  2. Org yg menghilangkan kemarahan.
    • kita hilangkan perasaan marah dgn (menelan kemarahan tersbt) bersabar.

  3. Org yg memaafkan org lain.
    • Sifat org bertakwa adalah dia mengampunkan, memaafkan dan menghapuskan kesilapan/kejahatan rasa marah yg dilakukan oleh org yg menyakitinya.

  4. Org yg cinta/gemar melakukan kebaikan.
    • Apbl Allah bertanya kpd Nabi Musa, baginda menjawab tongkat yg dipegangnya adalah utk membantunya berjalan, mengembala dan sebagainya. 
Surah Toha Ayat 20:18 (klik sini utk paparan ayat)

قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّؤُاْ عَلَيۡهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ

Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".

    • Sekiranya sebatang tongkat ada menfaat kpd manusia maka setiap diri manusia perlu menjadikan dirinya bermanfaat kpd manusia lain.

Monday, February 18, 2013

Dosa Besar ke-8: Derhaka kepada Kedua Ibu Bapa

-Us Shairozi Hashim Kuliah Maghrib 17-Feb-2013
Dosa besar ke-8 ie Dosa menderhaka kpd kedua ibu-bapa.

-Sedang Rasulullah saw menyampaikan kuliah, dtg 3 lelaki. Lelaki pertama dtg dan memenuhkan ruang yg kosong. Lelaki ke2 dtg dan melihat tiada ruang dihadapan jd dia duduk di belakang. Lelaki ke3 dtg dan mendapati tiada ruang, kemudian dia turus pulang. Selesai kuliah, Nabi memberitahu kpd para sahabat, bhw lelaki pertama akan bersama-sama dgn jemaah lain mendiami syurga. Lelaki ke2 ini adalah org yg pemalu dan tidak mahu menyakiti hati para sahabt yg lain. Manakala lelaki ke3 itu Allah akan berpaling drpdnya.

-jika ibu-bapa meminta harta dr anaknya, maka berikanlah.

-kedudukan ibu adalah lebih utama, berbanding bapa.

-bagaimana menguruskan ibu saudara apbl ibu dan bapa telah meninggal. Pd ketika itu, ibu saudara itu satu taraf dgn ibu kita dr segi hubungan, hormat, dan ketaatan.

-Allah memerintahkan Nabi Musa berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya. Kerana sesungguhnya barangsiapa yg berlaku baik kpd ke2 ibu bapanya, maka akan dipanjangkan umurnya.

-Ditafsirkan tentang hal umur yg panjnag itu sebagai
(i) umur yg berkat, ie walaupun umurnya pendek tetapi amalan baiknya banyak.
(ii) Ditafsirkan juga, bhw akan dikurniakan anak yg soleh dan solehah yg taat kpdnya, dan akan mendoakannya apbl dia sudah meninggal.

-dlm kitab Taurat, barangsiapa yg memukul bapanya maka hukumannya adalah bunuh.

-hadis yg diriwayatkan oleh Amru bin Marrah; tlh dtg seorg lelaki kpd Rasulullah saw, bertanyakan pandangan Nabi apbl dia telah melakukan segala perkara yg dituntut oleh ugama (solat, puasa, zakat dan menunaikan haji), apakah yg dia akan dapat. Jawab Rasulullah, org yg melakukan perkara spt yg disebutkan itu akan masuk syurga, dgn syarat dia taat kpd ibu bapanya.

-barangsiapa yg mencerca ibu bapanya, masuk dlm kubur nanti, maka batu2 dr neraka akan gugur kpdnya, ibarat titis2 hujan dr langit. Apbl dikafankan dan dikebumikan, maka kubur akan mula menyempit sehingga tulang belulang berlaga satu sama lain.

-sabda Rasulullah, 3 golongan yg terima balasan spt itu (kubur menjadi sempit) adalah:
(i) org yg musyrik
(ii) org yg berzina dan
(iii) org yg mencerca ibu bapanya.

-para sahabat bertanya kpd Nabi, bagaimana seorg anak buleh memaki ibu bapanya. Jawab baginda, apbl seseorg itu memaki ibu atau bapa org lain. Diriwayatkan oleh Tarmizi dan ...

- 10 perkara
1) apbl salah seorg atau ke2 ibu bapa hendak makan, maka beri mereka makan. Jika mereka sakit, berikan sedikit makanan yg diminta utk mereka merasa. Jangan berikan berlebihan kerana akan menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk.

2) berkehendak kpd pakaian, maka belikan mereka.

3) berkehendak kpd khidmat atau bantuan, maka berikan khidmat atau bantuan kpd mereka.
-Kata Al-Basyar, adalah lebih afdal berada dekat dgn ibu bapa dr mengangkat pedang berjuang.
-Dan melihat wajah ibu itu adalah lebih baik dr melakukan benda lain.
-Suatu ketika Abu Hurairah pergi ke pasar (selapas kewafatan Rasulullah), dia merasa pelik melihat begitu ramai org di pasar. Dia memberitahu kpd org di pasar bhw Nabi saw tlh mengagih-agihkan hartanya di masjid.

4) apbl dipanggil, maka segera datang.

5) apbl diperintahkan, maka segerakan/laksanakan selagi mana tidak melakukan perkara yg bertentangan dgn syariaat.

6) bercakap dgn lemah lembut.

7) jgn sesekali panggil ibu atau ayah dgn namanya. Panggil ibu atau ayah.

8) apbl berjln, kita menuruti mereka (dibelakang mereka, bukan mendahului mereka)

9) berikan apa yg mereka suka.

10) mendoakan keampunan ke atas ibu bapa pada setiap hari.

-kisah Al-Qomah, 3 sahabat berjumpa dgn Al-Qomah ketika sedang nazak, kemudian mereka pulang berjumpa Nabi dan memberitahu bhw Al-Qomah masih tidak boleh mengucap. Rasulullah perintahkan sahabat (Umar?) memanggil ibu Al-Qomah utk berjumpa Rasulullah. Kemudian baginda bertanya kpd ibunya apa perkara yg menyebabkan anaknya berlaku demikian. Ibu Al-Qomah memberitahu bhw anaknya sgt mentaati mengerjakan ajaran Islam, namun ibu Al-Qomah ada perasaan marah terhadapnya, kerana anaknya itu melebihkan isterinya (berbanding ibunya) Rasulullah memberitahu, oleh kerana ibu Al-Qomah tidak mengampunkan anaknya maka tergantung amalan Al-Qomah. Namun ibu Al-Qomah masih tidak mahu mengampunkan dosa anaknya. Rasulullah perintahkan Bilal bin Rabah utk menghimpunkan kayu utk membakar Al-Qomah. Akhirnya ibu Al-Qomah mengampunkan anaknya. Rasulullah kemudiannya memerintahkan Bilal utk menjengok Al-Qomah sama ada dia sudah mampu mengucap kalimah tauhid. Bilal kembali menemui Rasulullah dan memberitahu Al-Qomah mampu mengucap sebelum meninggal.