Monday, February 2, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:25 hingga 28

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib isnin 2-Feb-2015

Surah An-Naziat ayat 79:25 hingga 28 


Ayat 79:25 (klik sini utk paparan ayat)


(فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ) 

Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.

Allah menjanjikan 2 azab, ie azab akhirat dan azab dunia. Kenapa azab akhirat dijanjikan terlebih dahulu dr azab dunia, adalah kerana kehebatan dan tempoh azab yg dikenakan ke atas firaun di akhirat mengatasi azab di dunia.


Ayat 79:26 (klik sini utk paparan ayat)

 

(إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ) 

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).

Siksaan yg diberikan ke atas firaun sengaja Allah ceritakan dlm Al-Quran, supaya ianya menjadi pengajaran kpd manusia ie kita!

Firaun di akhir hayatnya ketika dilambung oleh ombak laut, mengakui kelemahannya dan ingin beriman dgn Tuhan nabi Musa. Diketika ini Firaun kembali kpd fitrah manusia ie berserah kpd Allah.

Allah ujikan manusia dgn kepayahan, kesakitan kemiskinan utk menguji keimanan hambanya.


Bila deadline utk bertaubat?
Hingga tiba masanya matahari terbit dr barat. Jika dibandingkan tempoh masa umur kita, kita tiada kepastian esok kita akan terus hidup. Suntuk dah, oleh itu perbanyakkan istighfar, kerana waktu yg dijanjikan oleh Allah kpd kita adalah sekarang.

Allah menjadikan jasad firaun yg tenggelam dlm laut, ditemui oleh umat nabi Muhammad, oleh Prof Maurice. Beliau membuat kajian kenapa jasad firaun tidak reput walau telah tenggelam dlm laut ribuan tahun yg lalu. Itulah janji Allah dlm Al-Quran bhw di jasad firaun itu ada imrah (pengajaran) tentang manusia yg sangat ingkar dan takabbur.


Surah Yunus Ayat 10:92

A092

"Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil itibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!".


Ayat 79:27 (klik sini utk paparan ayat)

 

(أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا)  

(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!

Dlm ayat 27 ini Allah tanyakan akal manusia, hebat manalah manusia ini berbanding langit yg diciptaNya. Apbl datang sifat2 kesempurnaan/ketakburan dlm diri manusia, manusia mula lupa dan mengingkari perintah Allah.


Ayat 79:28 (klik sini utk paparan ayat)

 

(رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا) 

Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,

Ayat ini minta manusia melihat langit ciptaanNya, maka kita akan dpt melihat kehebatan Allah dlm menciptakan suatu yg hebat.


Nota:
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat:

Monday, January 19, 2015

Tafsir Surah An-Naziat Ayat 79:17 hingga 24

- us Mahdzir Md Nor kuliah Maghrib Isnin 19-Jan-2015

Surah An-Naziat ayat 79:17 hingga 24


Ayat 79:17 (klik sini utk paparan ayat)


(اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ) 

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


Ayat 79:18 (klik sini utk paparan ayat)


(فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ) 

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


Ayat 79:19 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "


Ayat 79:20 (klik sini utk paparan ayat)


فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى 

(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.


Pd zaman Nabi Musa a. s. orang mengiktiraf kepandaian seseorg yg boleh melakukan sihir. Dlm kerajaan mereka diberikan pangkat dan jawatan.

Pd zaman Nabi Isa a. s. orang menyanjung mereka yg boleh mengubati pesakit. Allah mengurniakan mukjizat kepadanya (ie Nabi Isa as) menyembuhkan pesakit dgn cara menyapukan tangannya.

Pd zaman Nabi Muhammad saw, orang menyanjung seseorg yg pandai dlm bidang bahasa (ie bahasa arab), spt bersyair. 

  • Kedatangan Rasulullah mengalahkan karangan2, syair yg mereka agungkan. Itulah ayat2 Al-Quran yg diwahyukan kpd Rasulullah melalui malaikat Jibrail. 
  • Sehingga kini tiada satu org yg boleh menghasilkan ayat bandingan kpd Al-Quran. Inilah mukjizat yg dianugerahkan kpd Rasulullah yg boleh dinikmati oleh sekelian umatnya, walau baginda telah wafat. 
  • Berbanding dgn mukjizat nabi2 sebelum nya, mukjizat yg dianugerahkan kpd mereka hanya boleh dilihat pd zaman kehidupan nabi tersbt sahaja.


Ayat 79:21 (klik sini utk paparan ayat)


(وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ) 

Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);


Ayat 79:22 (klik sini utk paparan ayat)

 

(ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ) 

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).


Ayat 79:23 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَحَشَرَ فَنَادَىٰ) 

Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -


Ayat 79:24 (klik sini utk paparan ayat)

 

(فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ)

Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".


Kenapa firaun boleh hingga ke tahap menganggap dirinya adalah tuhan?

1) Allah memberikan kelebihan kpdnya dgn tidak pernah sakit, diberikan kemewahan dan kekayaan, umur yg panjang.

2) tiada siapa yg berani membangkang kata-katanya, taksub yg melampau hingga mempercayai bhw hidup mereka di sebabkan oleh firaun.

Alasan ke2 tsbt perlu dijadikan iktibar dan ingatan, bhw pemimpin yg melakukan kesilapan perlu di tegur, rakyat tidak boleh taksub (fanatik) kpd pemimpinnya, ini akan menjadikan pemimpin itu akan melampau dgn Allah.


Pd zaman Nabi Musa a. s. Allah arahkan hujan utk tidak turun ke bumi Mesir, disebabkan oleh seorang yg melakukan maksiat selama 40 tahun. Nabi Musa hairan dgn keadaan itu dan hairan kerana doanya tidak diperkenan oleh Allah. Nabi Musa mengadu kpd Allah mengenai hal tsbt dan Allah memberitahu bhw ada seorg yg telah melakukan maksiat sehingga ditahan hujan dr membasahi bumi Mesir. Nabi Musa kemudiannya menanyakan kpd pengikutnya jika ada yg melakukan maksiat dan meminta dia mengakuinya. Namun tiada yg mengaku.

Pengikut yg melakukan maksiat itu kemudiannya insaf dan melakukan taubat kpd Allah, setelah itu baharulah diturunkan hujan. 


Nota:
Klik sini utk sambungan kuliah tafsir Surah An-Naziat:


Saturday, January 10, 2015

Muhasabah umum

-us shahrir kuliah Maghrib 10-Jan-2015

-bumi asalnya gelap hinggalah Allah ciptakan manusia. DiciptakanNya langit dan disokong/dipasak bumi dgn gunung - ganang.

- selawat kpd Nabi biarlah didengari oleh telinga. Org yg banyak selawat akan berada dekat dgn Rasulullah di akhirat kelak.

- manusia perlu kpd makanan, utk itu manusia perlu berkerja. Para Nabi semuanya berkerja.  Manusia perlu menurunkan ilmu kpd anak2nya, kena ada hubungkait yg rapat antara rumah, sekolah dan masjid.

-didik anak2 tidak mudah. Perlu didik anak2 kerana anak2 itu nanti akan hidup di zaman yg lain dr zaman kamu.

-khutbah jumaat :
Khatib perlu memberi khutbah ie bukannya membaca (khutbah). Sekiranya khatib membaca maka para jemaah tidak dpt memberi tumpuan kerana mereka yg dtg ke masjid biasanya telah berkerja di sebelah pagi dan menjadi letih, ditambah pula dgn makanan yg diambil sebelum ke masjid.

Khutbah jumaat perlu jelas, dan fokus kpd objektif yg ingin disampaikan.

- masa yg terbaik utk kita adalah semasa kita mengaji ilmu. Ramaikanlah majlis2 ilmu utk mendapat keberatan Ilahi.

- sedekah membenarkan suruhan Allah dan Rasulullah.

Friday, January 2, 2015

Al-Quran sebagai perlembagaan yg ditinggalkan, menjadikan Rasulullah sedih

-us Hasnan Kassan kuliah Maghrib Jumaat 2-Jan-2015

-manusia yg tiada Al-Quran di dlm dirinya, dia dipanggil org yg mati.


Surah Al-Anam Ayat 6:122

(أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ)

"Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)."

Surah Al-Furqan Ayat 25:25-30:

(وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا)

Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

Ayat 26:

(الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَٰنِ ۚ وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا)

Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

Ayat 27:

(وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?

Ayat 28:
(يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا)

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!

Ayat 29:

(لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا)

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)".

Ayat 30:

(وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا)

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai".

Perkara2 berkaitan Al-Quran yg menjadikan Rasulullah sedih:

1. Tidak membaca Al-Quran
2. Tidak memahami Al-Quran
3. Tidak dihayati Al-Quran,  ie tidak dihidupkan dlm hati.
4. Tidak dipraktikkan Al-Quran dlm penghidupan seharian
5. Tidak menyampaikan Al-Quran kpd org lain.
6. Tidak berjihad mempertahankan Al-Quran.

Saturday, December 20, 2014

Zikir membuka ilmu utk mengenali kehebatan Allah

-us Ibrahim kuliah Maghrib 20-Dis-2014

-Penemuan sains adalah suatu  cara untuk memperjelaskan bukti kewujudan Allah.

-pemerhatian dan penemuan perkara2 yg mengkagumkan pada pandangan mata, sepatutnya meyakinkan minda akan kehebatan Allah.

-pandangan seorang yg bertauhid akan membawa kpd ingatan kpd Allah, lalu melafaskan zikir mengingati Allah spt Alhamdulillah, Subhanallah, etc.

-seseorg yg membaca Al-Quran akan dibukakan ilmu kepadanya, melangkaui pemikirannya,atau kemampuannya.

-perbanyakkan zikir, istighfar, mengaji Al-Quran utk membuka ilmu kpd kita dan meningkatkan keimanan kpd Allah.

Sunday, November 9, 2014

Sensitiviti Jiwa Seorang Muslim

-us Muhammad Fauzi Asmuni kuliah Maghrib 9-Nov-2014

Sensitiviti Jiwa Seorang Muslim

Apakah pandangan yg perlu diikuti oleh seorang Muslim terhadap isu berkaitan umat Islam?

Punca perbezaan pandangan seseorang Muslim dgn seorang Muslim yg lain bergantung kpd sensitiviti.

Kisah Saidina Abu Bakar tidak membenarkan beberapa kabilah yg datang ke Madinah, yg baru mengistiharkan memeluk Islam, memohon utk tidak mengeluarkan zakat. Para sahabat bersetuju dgn permohonan ketua2 kabilah itu, namun Saidina Abu Bakar membuat keputusan yg mengejutkan para sahabat, di mana beliau membuat keputusan tidak membenarkan kabilah2 tersbt utk tidak mengeluarkan zakat.

Saidina Abu Bakar membuat telahan bhw ketua2 kabilah tersbt mempunyai muslihat, ie masuk ke Madinah semata2 utk memohon tidak mengeluarkan zakat. Selepas ketua2 kabilah tersbt meninggalkan Madinah, Saidina Abu Bakar memerintahkan supaya tentera yg tinggal di Madinah dikumpulkan bersedia utk berperang dgn kabilah2 yg menemui Saidina Abu Bakar. Tentera yg tinggal di Madinah ketika itu adalah yg tinggal mengawal Madinah, ketika tentera2 yg lain pergi berperang dgn tentera Rom.

Telahan Saidina Abu Bakar benar, selang 4 hari Madinah diserang oleh kabilah2 yg dtg ke Madinah utk tidak mahu mengeluarkan zakat. Tentera Islam memerangi musuh dlm selimut dlm masa 11 bulan. Perang ini dikenali perang murtad. Pihak yg murtad disokong oleh tentera Parsi dan Rom.

Iblis menyibukkan manusia dlm perkara yg harus. Namun sekiranya iblis/syaitan tidak berjaya menyibukkan manusia dgn perkara yg harus, ia akan menterbalikkan priority urusan ibadah kpd Allah.
  • Contoh, berbuka puasa di masjid dan surau dgn belanja yg tinggi kemudiannya jamuan tersbt di makan oleh para jemaah kariah itu sendiri, tidak pun dijamu kpd anak2 yatim, para musafir atau yg miskin. Iblis berjaya menyesatkan manusia dgn rasa bangga kerana pihak masjid/surau berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan.

Di manakah letaknya kepentingan jamuan berbanding memberi makan atau belanja kpd org miskin, anak yatim, atau membantu saudara di Palestin.

  • Begitu juga dgn org yg berbangga menunaikan haji berulang kali. Haji yg pertama adalah wajib hukumnya, kali ke dua menjadi sunat dan selebihnya harus. Jika sampai tahap harus, adalah lebih afdal duit utk menunaikan haji tersbt disalurkan /infak utk maslahat yg lebih tinggi keutamaannya.

Sekiranya seseorang itu tidak sensitif maka dia akan sentiasa disibukkan oleh Iblis/syaitan, di pandangan matanya, amalan itulah yg tinggi nilainya disisi Allah.

  • Saidina Umar mengatakan perkara yg remeh yg dilakukan oleh org Islam secara berterusan, akan menyebabkan generasi kemudiannya merasa biasa dgn perkara yg mungkar hingga tiada lagi sifat sensitif.

Kesan tidak sensitif pada masa kini:
Apbl tidak sensitif maka apa sahaja perkara yg diputuskan oleh mahkamah syariah, maka ianya akan dicabar dlm mahkamah sivil. Kesan yg teruk adalah undang2 yg dikhususkan utk org Islam akan diremehkan dan tidak lagi menghormati undang2 Islam.

Org Islam merujuk kpd Internet utk mendapatkan keputusan utk hal yg menjadi kegusarannya.
  • Hal ini merbahaya kerana umat Islam dan juga generasi akan datang tidak lagi mendapatkan ilmu atau sesuatu keputusan dgn merujuk kpd kitab2 dan juga merujuk para alim ulamak.

Wednesday, August 27, 2014

Keperluan dalam memberi keutamaan dalam melakukan ibadah

-us Shahrul Nizam Kuliah Maghrib 27-Ogo-2014

Keperluan Umat Islam terhadap Keutamaan

Ada 2 faktor Dr Yusof Al-Qardawi menulis buku ini:
  1. ketidak seimbangan umat islam namun kekuatan tidak memihak kpd umat Islam.
  2.  ...

1. Umat Islam tidak dpt memberikan keutamaan dlm kehidupannya.
  • Sebagai contoh dunia hiburan diberi keutamaan berbanding pengajian ilmu. - tajaan utk acara hiburan mencurah-curah berbanding tajaan utk sekolah anak yatim.
  • Pd tahun 1993, masyarakat Mesir pd ketika itu tiada tajuk yg paling dibincangkan melainkan bola sepak. Masyarakat lalai dgn hal bola sepak. Bintang dlm hati mereka adalah mereka2 yg bermain bola sepak.

2. Penyelewengan disbbkan oleh para ilmuan menitik beratkan perkara yg tidak perlu/penting kpd masyarakat.
  • (a) Kajian terhadap org yg mengerjakan ibadat haji adalah terdiri daripada 15% org yg pergi buat kali pertama (ie wajib ke atas mereka) Manakala 85% lg pergi ke Mekah sebagai melakukan perkara yg sunat (kerana telah pernah menunaikan haji wajib) dgn kos yg tinggi. Sekiranya belanja utk menunaikan haji ke2, ke3, etc disalurkan utk perkara yg lebih penting maka itu adalah lebih baik utk membaikan/memperelokkan masyarakat Islam. Sebagai contoh disalurkan kpd Gaza utk membentuk sebuah negara Islam yg stabil, aman dan berdaulah.

Surah At-Taubah Ayat 9:19 dan 20 (klik sini utk paparan ayat)

(أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Ayat 9:20 (klik sini) 
(الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ)

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Dr Yusof Al-Qardawi memberi contoh kpd melakukan perkara sunat yg berulang kali spt menunaikan umrah berulang-ulang kali, di mana, adalah lebih afdal utk menginfakkan harta kpd perkara yg lebih baik (berbanding melakukan umrah berulang kali), yg boleh memberi kebaikan kepada umat islam, atau bantuan kpd jalan fisabilillah.

  • (b) Dr Yusof Al-Qardawi merakamkan kekecewaan beliau terhadap penduduk di Qatar, utk meminta dana utk membantu masyarakat Islam di Bangladesh yg berhadapan ancaman krisnianisasi (menyelamatkan aqidah). Beliau amat kecewa pd ketika itu kerana tidak mendapat sumbangan dana utk menyelamatkan aqidah saudara seislam.

Kesan dari ketidak fahaman terhadap keutamaan:
1. Umat Islam tidak akan menghiraukan terhadap perkara fardu kifayah.
  • Spt peningkatan ilmu pertanian, teknologi persenjataan.

2. Mengabaikan sebahagian fardu ain.
contoh Surah At-Taubah Ayat 9:71 (klik sini)

(وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dlm ayat ini, Allah memberi penekanan kpd perkara terhadap masyarakat (spt mencegah kemungkaran) mendahului perkara peribadi (spt melakukan solat, dan mengeluarkan zakat).

3. Mengutamakan perkara yg sunat berbanding perkara yg lebih penting (atau wajib).