Sunday, January 29, 2017

Perintah Berdakwah

- us Mohd Fadly Yusof Kuliah Maghrib Ahad 29-Jan-2017

Perintah berdakwah, Surah An-Nahlu 16:125

(ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

- Tafsir dr Ibnu Kasir utk "bil hikmah" adalah merujuk kpd Al-Quran dan sunnah. Dakwah perlu dilakukan spt cara dakwah Rasulullah; bukannya mengikut cara individu tersendiri.

- Tafsir "mauizah" adalah serlahkan contoh atau model yg diajarkan oleh Rasulullah, maka org yg bukan Islam akan dtg memasuki Islam.
- para sahabat yg melihat keperibadian dan cara hidup Rasulullah, yg asalnya memusuhi dan ada yg berhasrat hendak membunuh Rasulullah, akhirnya memeluk Islam.

- Tafsir "wa ja dilhum billati hiya ihsan", adalah berhujahlah dgn org yg tlh nampak kebenaran Islam, tetapi masih belum mahu memeluk Islam, spt para ketua penganut budha, hindu, kristian, etc. Semoga jikabtidak mereka memeluk Islam, tetapi para pengikut mereka sedar dan memeluk Islam.

- ucapan Rasulullah ketika baru tiba di Madinah (ie hijrah dr Mekah ke Madinah)

(a) sebarkan salam
(b) berikan makanan
(c) tanya khabar (dirinya, keluarganya dan pekerjaannya/ternakan/ladang/kebun/etc,
(d) doakan mereka (doakan juga kpd yg bukan Islam, agar diberikan hidayah utk memeluk Islam).

Jaminan Rasulullah adalah sesiapa yg dpt melakukan 4 perkara Siapa yg dpt mendoakan

- Adab berdakwah ie
(i) ajak mereka utk mengenali Allah ie menyaksikan bhwsanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bhwsanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

(ii) ajak mereka yg tlh bersyahadah itu utk menunaikan solat,

(iii) jika mereka tlh dpt lakukan bersihkan aqidah dan menjaga ibadah, maka ajak mereka mengeluarkan zakat.

itulah kaedah dahwah yg diajarkan kpd Muaz ra, apbl Muas ditugaskan oleh Rasulullah utk berdakwah kpd penduduk di Yaman (yg ketika itu masih ramai pengikut yahudi dan nasrani).

Amal Maaruf dan Nahi Mungkar

- Kuliah Suboh Ahad 29-Jan-2017

- Amal Maaruf dan Nahi Mungkar

Sesungguhnya Allah tidak menyiksa orang-orang awam disebabkan oleh dosa orang2 tertentu, sehingga mereka melihat mungkar di hadapan mereka dan mereka mampu mencegahnya, tetapi mereka tidak mencegahnya (menentangnya). Kalau mereka berbuat demikian maka Allah menyiksa yang khusus dan yang awam (seluruhnya). (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

- Allah telah mewahyukan kpd Nabi Yusak bin Nuh (anak Nabi Nuh), 40,000 org yg baik yg tidak melarang 60,000 org yg melakukan maksiat. Mereka semua disiksa bersama org2 yg melakukan maksiat.

- "Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka." Nabi Yusya bertanya: "Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?" Jawab Allah s.w.t.: "Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu."

- Surah At-Taubah Ayat 71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

- Allah mencela org2 yg tidak mencegah kemungkaran

- 5 syarat utk mengajak kpd amal maaruf dan nahi mungkar.
1) berilmu , org yg jahil tidak tahu apa yg mungkar itu
2) ikhlas
3) kasih sayang kpd yg dinasihati, jangan berlaku kasar kpd org yg hendak di dakwah. Allah ajarkan kpd Nabi Musa dan Nabi Harun ketika berdakwah dgn firaun

- lebutkan hati lawan dgn surah Yusuf Ayat 12:4

(إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ)

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

- jika keras lagi, bacakan Surah Toha Ayat 20:1 hingga 7

(ِ طه * مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ * إِلَّا تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ * تَنْزِيلًا مِمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى * الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ * لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَىٰ * وَإِنْ تَجْهَرْ بِالْقَوْلِ فَإِنَّهُ يَعْلَمُ السِّرَّ وَأَخْفَى)

(1) Taa' Haa.

(2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

(3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

(4) (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

(6) Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

(7) Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

4) Sabar, bersabar dgn segala ujian.

5) Lakukan apa yg diajarkan/didakwahkan.

Saturday, January 28, 2017

Kelebihan Amalan Ayat Kursi - Dijaga​ oleh Allah

- us Ihsan Kuliah Suboh Sabtu 28-Jan-2017

- 2 bentuk hujah ie
(ii) nas (dr Allah dan Rasul, maka kita lakukan/ikut/patuh)
(ii) hasil dr analisa dan fikiran. (spt hasil pengalaman, pengetahuan)

- Ketika Umar bin Abdul Aziz di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!”

Umar bin Abdul Azis pun menjawab: ”Aku meninggalkan utk mereka ketakwaan kpd Allah. Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh. Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan saya tinggalkan sedikit pun yang membantu mereka bermaksiat kpd Allah”

- Tinggalkan harta kpd ahli keluarga adalah lebih baik drpg tiada langsung. Semoga mereka tidak berminta-minta (miskin) selepas kematian kita.

- Surah An-Nisa Ayat 4:9

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

- kisah lain Umar bin Abdul Aziz: anak Umar menangis dan dtg kpd Umar, apbl ditanya anak nya mengatakan bhw, aku ini anak khalifah namun tiada pakaian utk menyambut Aidilfitri. Umar kemudiannya menemui menteri kewangan dan menceritakan kisah anaknya yg menangis, dan meminta kebenaran utk diberikan wang gajinya utk bulan hadapannya.

Menteri kewangan berkata dia boleh memberikan Umar wang yg diminta dgn syarat Umar boleh memberi jaminan yg dia (Umar) akan terus hidup dan dpt melakukan tugas sebagai khalifah pd bulan hadapan. Umar tidak dpt memberi jaminan, dan pulanglah Umar ke rumah bertemu anak2nya.

-
(a) apbl bersyukur - Allah akan tambahkan rezeki dr apa yg kita ada.
- keluarkan harta/rezeki apbl senang/lapang.
(2) berzikir, jika kamu ingat kpdKu, Aku  ingat kpd kamu.
(3) berdoa, berdoalah kpdKu, nescaya Aku perkenankan
(4) istigfar, Allah tidak mengazab kita bila beristigfar.

- beberapa jaminan yg disediakan oleh Allah:
(1) siapa yg solat Suboh dia di bwh jagaan Allah.
- siapa yg menzalimi org yg bersolat Suboh, Allah akan membalas/menghukumnya.
- cuba praktikkan kpd pelajar utk mendenda mereka yg melakukan kesalahan, kpd yg telah menunaikan solat, dia dilepaskan atau diringankan hukuman ke atasnya.

(2) siapa yg membaca Ayat Kursi selepas solat lima waktu, maka Allah jaga mereka.

(3) siapa yg berdoa raja istigfar, pd waktu siang hari dan dia mati , maka dia masuk syurga (di baca pd 2 waktu ie selepas solat Suboh dan solat Asar) lihat dlm Al Maturat

(4) siapa yg baca doa ...., 3x di waktu pagi, dia dilindungi oleh Allah pd waktu pagi hingga ptg. 3x di waktu ptg, dia dilindungi hingga waktu pagi.

Sunday, January 22, 2017

Imam Syafie

- Kuliah Maghrib Ahad 22-Jan-2017
Imam As-Syafie

- Imam Syafie atau namanya Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.

- Dilahirkan di Gaza, Palestine, pd thn 150 H, hari yg sama Imam Abu Hanifah (Imam Malik) meninggal dunia.

- Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah binti al Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 2 thn.

- Dlm sebuah jadis, Rasulullah bersabd, "Janganlah kalian mencaci Quraisy kerana sesungguhnya akan datang  seorang alim dari keturunan Quraisy yang ilmunya akan memenuhi seluruh pelosok bumi” (HR. Ahmad).

- Dibesarkan oleh ibunya dlm kehidupan yg miskin, namun ibunya hanya membenarkan Imam Syafie hanya makan hasil dr usaha ibunya sendiri. Pernah suatu hari ibunya memaksa dia  memuntahkan makanan yg dimakan, dr pemberian org. Ibunya membawa/berpindah ke Mekah.

- pd usia 7 thn telah berjaya menghafal Al-Quran

- pd usia 13 thn, Imam Syafie membacakan Al-Quran di Masjidil Haram. Kualiti bacaannya tinggi, ramai yg menangis mendengarkan keindahan ayat Al-Quran bacaan dari Imam Syafie.

- 15 thn diberikan tauliah oleh mufti Mekah utk mengeluarkan fatwa.

- 20 thn berhijrah ke Madinah utk berguru dgn Imam Malik bin Anas (Imam Malik).

- Difitnah sebagai ahli Syiah dan dipenjarakan di Baghdad, oleh khalifah Harun Ar-Rashid. 3 thn setelah dipenjara, Imam Syafie dibebaskan atas cadangan anak murid Imam Abu Hanifah dan diperkenankan oleh raja.

- Selepas keluar penjara di Baghdad, Imam Syafie kembali ke Mekah.

- Berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Berhijrah dr Madinah ke Mesir pd 199H , dan disambut secara besar-besaran, oleh penduduk Mesir (kerana kedatangan seorg alim yg terkenal).

- Tinggal di Mesir selama 5 thn, dan menyemak semula ijtihad yg dikeluarkan di Baghdad (mazhab Qadim) dan dikeluarkan sebagai mazhab Jadid (yg baru)

- Meninggal dunia pd mlm Jumaat pd tahun 28 Rejab 204 H, di Mesir  ketika berusia 54 thn. Akibat sakit buasir.

-Di Mesir, guru wanita yg paling dihormati adalah saidah Nafisah.

- Isteri Imam Syafie bernama Hamidah binti Nafi'  berketurunan Usman bin Affan. Dikurniakan 3 org anak, bernama Uthman  Fatimah dan Zainab. Uthman dilantik sebagai hakim di Homes, Syria.

Saturday, January 21, 2017

Pilih pemimpin yang taat kpd perintah Allah

-us Ibrahim Kuliah Maghrib Sabtu 21-Jan-2017

Pilih pemimpin yany taat kepada perintah Allah

Surah Al-Hujrat Ayat 49:7 (klik sini utk paparan ayat) 

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;

Al-Hujrat Ayat 49:8 (klik sini) 

فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

- diturunkan Rasulullah itu adalah utk disampaikan wahyu kpd org² umat manusia. Kemudiannya dibacakan oleh Rasulullah kpd manusia.

- Tuntutan org yahudi adalah diturunkan wahyu kpd kaum mereka, bukannya kpd Rasulullah yg bukannya berasal dr keturunan bani Israel, sebaliknya keturunan Arab.

- Dlm ayat ini Allah memberi tahu manusia bhw Rasul tlh dilantik dan dgn itu taat dan patuh kpd baginda.

- utk memilih seseorg utk dijadikan ketua, maka pilih org yg patuh kpd perintah Allah. Di Akhirat nanti kita akan ditanya siapa yg kita ikuti.

- Rasulullah itu kata-katanya adalah yg diwahyukan oleh Allah, bukannya saja-saja. Kata-kata, dan perbuatan baginda mengikut Al-Quran dan dicatatkan sebagai hadis utk dijadikan amalan dan contoh oleh umatnya.

Friday, January 20, 2017

Kitaran hidup seorang muallaf

- us Muhammad Fitri kuliah Maghrib Jumaat 20-Jan-2017

5 kitaran hidup muallaf

(a) peringkat tenang ie sewaktu belum mengenali dan mamasuki Islam.

(b) peringkat konflik ie apbl merasakan kenapa hanya tuhan dlm Islam sahaja yg perlu disembah. Kenapa (lain²) tuhan yg disembah sebelum ini tidak dikira sebagai tuhan yg perlu disembah.

(c) peringkat conversion ie memasuki/memeluk ugama Islam.
  • perasaan takut semasa sebelum memasuki Islam adalah takut jika dimasukkan dlm neraka, kerana tidak menyembah Allah, sebaliknya menyembah tuhan² yg dicipta (spt patung/berhala)

(d) peringkat tenang semula ie selepas faham cara beribadat dan menghambakan diri kpd Allah.

(e) peringkat aplikasi ie mengamalkan Islam, dlm kehidupan, dpt menyampaikan/berdakwah

Sampaikan apa itu Islam kpd yg belum Islam.
  1. tahukah apa itu Islam?  Islam itu adalah menyembah tuhan yg satu yg menciptakan diri kita dan yg menciptakan syurga. Jika semasa hidup kita tidak menyembah tuhan yg menciptakan syurga bagaimana bila mati nanti kita hendak memasuki syurga?
  2. segala amalan kebaikan yg dilakukan oleh org yg bukan Islam adalah sia-sia , dan tidak memberi sebarang nilai kpd Allah, dan tempat balasan mereka adalah neraka. Oleh itu mesti sembah tuhan Allah dan tidak menyembah tuhan² selainNya (tidak syirik kpd Allah).





Sunday, January 15, 2017

Kemulian manusia kerana iman

- us Sabir Kuliah Suboh Ahad 15-Jan-2017

Kemuliaan manusia kerana iman

- Surah Ali-Imran Ayat 3:110 (klik sini utk paparan ayat) 

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

- Surah Al-Munafikun Ayat 63:8 (klik sini) 

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ


Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

- mulianya org yg beriman kerana mereka mengenali Allah.
- sombong Allah kerana Allah mimiliki sifat sombong itu.
- bagi org yg beriman, mereka rasa mulia kerana diberikan pinjaman oleh Allah terhadap harta, keluarga, kesihatan, etc, mereka rasa bersyukur kpd Allah.

- Apa bukti org yg beriman itu mulia
1) Faham akan tugas utk mengajak kpd maaruf dan mencegah kemungkaran.

2) Faham akan memberi/mengeluarkan infak. Sekiranya tidak mempunyai harta utk diinfak, mereka ringan tulang membantu org lain. Sekiranya tidak berpeluang utk berkhidmat, mereka mengajak kpd perkara kebaikan.
  • Kita jangan jadi org yg tidak berfikir dan menganalisa berita yg diterima (spt media sosial) dgn menyebarkan berita yg salah/palsu hingga menyebabkan fitnah tersebar.

3) Menahan diri dari mengatakan suatu yg tidak baik.
  • siapa yg paling cepat memaafkan org lain, mereka adalah org yg lebih beriman.
  • siapa yg lebih awal memberi salam apbl bertemu dgn org lain, dia adalah lebih beriman.
  • Hadis: “Sesungguhnya Allah menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisiNya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisiNya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.”

4) Faham akan kecintaan yg diredhai Allah

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

  • 2 kebaikan yg diberikan kpd mereka yg mencintai Allah:
(i) Dpt keampunan Allah, dan
(ii) Dpt kasih sayang Allah
- diangkatkan darjat, dimudahkan urusannya.

5) Diberikan akal fikiran yg kemudiannya diiktiraf oleh manusia sebagai buah fikiran org yg pakar.

6) Dipelihara oleh Allah, diberikan petunjuk dan hidayah dlm kehidupannya

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

  • siapa yg dimaksudkan dlm ayat ini adalah para sahabat, yg meninggalkan kehidupan mereka sebelum itu, utk menjadi pengikut Rasulullah hingga menjadi para sahabat yg hebat.
  • utk mengerjakan umrah, banyakkan membaca sirah utk kita menghargai pengorbanan para sahabat yg berjuang di jalan Allah, juga kenali tempat2 yg terpahat sejarah berkaitan kebangkitan dan keagungan Islam di bumi Mekah dan Madinah.