Saturday, January 28, 2017

Kelebihan Amalan Ayat Kursi - Dijaga​ oleh Allah

- us Ihsan Kuliah Suboh Sabtu 28-Jan-2017

- 2 bentuk hujah ie
(ii) nas (dr Allah dan Rasul, maka kita lakukan/ikut/patuh)
(ii) hasil dr analisa dan fikiran. (spt hasil pengalaman, pengetahuan)

- Ketika Umar bin Abdul Aziz di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!”

Umar bin Abdul Azis pun menjawab: ”Aku meninggalkan utk mereka ketakwaan kpd Allah. Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh. Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan saya tinggalkan sedikit pun yang membantu mereka bermaksiat kpd Allah”

- Tinggalkan harta kpd ahli keluarga adalah lebih baik drpg tiada langsung. Semoga mereka tidak berminta-minta (miskin) selepas kematian kita.

- Surah An-Nisa Ayat 4:9

وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

- kisah lain Umar bin Abdul Aziz: anak Umar menangis dan dtg kpd Umar, apbl ditanya anak nya mengatakan bhw, aku ini anak khalifah namun tiada pakaian utk menyambut Aidilfitri. Umar kemudiannya menemui menteri kewangan dan menceritakan kisah anaknya yg menangis, dan meminta kebenaran utk diberikan wang gajinya utk bulan hadapannya.

Menteri kewangan berkata dia boleh memberikan Umar wang yg diminta dgn syarat Umar boleh memberi jaminan yg dia (Umar) akan terus hidup dan dpt melakukan tugas sebagai khalifah pd bulan hadapan. Umar tidak dpt memberi jaminan, dan pulanglah Umar ke rumah bertemu anak2nya.

-
(a) apbl bersyukur - Allah akan tambahkan rezeki dr apa yg kita ada.
- keluarkan harta/rezeki apbl senang/lapang.
(2) berzikir, jika kamu ingat kpdKu, Aku  ingat kpd kamu.
(3) berdoa, berdoalah kpdKu, nescaya Aku perkenankan
(4) istigfar, Allah tidak mengazab kita bila beristigfar.

- beberapa jaminan yg disediakan oleh Allah:
(1) siapa yg solat Suboh dia di bwh jagaan Allah.
- siapa yg menzalimi org yg bersolat Suboh, Allah akan membalas/menghukumnya.
- cuba praktikkan kpd pelajar utk mendenda mereka yg melakukan kesalahan, kpd yg telah menunaikan solat, dia dilepaskan atau diringankan hukuman ke atasnya.

(2) siapa yg membaca Ayat Kursi selepas solat lima waktu, maka Allah jaga mereka.

(3) siapa yg berdoa raja istigfar, pd waktu siang hari dan dia mati , maka dia masuk syurga (di baca pd 2 waktu ie selepas solat Suboh dan solat Asar) lihat dlm Al Maturat

(4) siapa yg baca doa ...., 3x di waktu pagi, dia dilindungi oleh Allah pd waktu pagi hingga ptg. 3x di waktu ptg, dia dilindungi hingga waktu pagi.

No comments: