Tuesday, January 10, 2017

Taubat

- us Johari Kuliah Maghrib Selasa 10-Jan-2016

Hadis #51 Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sebelum zaman kamu ini, pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh seramai 99 (sembilan puluh sembilan) orang manusia, kemudian dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada seorang yang paling alim pada zaman itu. Selepas ditunjukkan kepadanya seorang rahib (pendeta). Dia pun berjumpa rahib tersebut.

Dia memberitahu: “Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?”

Rahib tersebut menjawab: “Tidak!”

Mendengar jawapan itu, dia tidak puas hati, terus naik marah lalu membunuh rahib tersebut dan genaplah jumlah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya.

- malaikat Maut rentap nyawa lelaki ini ketika dlm perjalanan ke suatu tempat yg penduduknya taat kpd perintah Allah, yg lelaki ini dicadangkan oleh sahabatnya agar pergi ke tempat tsbt utk berubah menjadi baik (ie tidak membunuh manusia lagi, dan bertaubat kpd Allah).

- kata Rasulullah berlaku pertelingkahan di antara 2 malaikat. Malaikat Azab kata lelaki itu tidak pernah sekali pun buat kebaikan, maka lelaki itu adalah haknya utk diazab. Kata Malaikat Rahmat, lelaki itu telah berubah dan mahu bertaubat dan sedang menuju ke tempat org2 yg taat kpd Allah. Allah perintahkan malaikat ke3 ke tempat lelaki itu mati dan ukur jarak ke tempat yg sedang dituju, dgn jarak ke tempat tinggalnya. Maka didapati jarak ke tempat yg lebih baik itu dekat. Maka lelaki itu milik malaikat Rahmat.

- Allah menerima taubat hambanya l(yg dilakukan dgn cara yg betul), walau pun sebesar mana kesalahan yg dilakukan.

No comments: