Saturday, June 3, 2017

Tadabbur Surah Al-Qiamah Ayat 1-15

- us Hasnan Kassan tazkirah Asar Sabtu 3-6-2017

Kejadian Hari Kiamat
Surah Al-Qiamah 75:1-15 (ms 577)

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ)

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
- siapa yg bersumpah? Allah yg bersumpah. Allah bersumpah dgn Hari Kiamat.

- Hal dilema makmum dlm solat
Surah Al-Araf Ayat 7:204 (ms 176)

(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

- makmum dlm ayat ini menjadi dilema utk makmum sama ada utk membaca surah fatihah apbl imam selesai membaca fatihah, atau mentadabbur surah yg sedang di baca oleh imam.
- dlm mazhab Shafie, makmum wajibbaca fatihah dlm solat kecuali dia masbuk.
- jalan penyelesaian: imam berhenti seketika selepas selesai bacaan fatihahnya (pd rakaat pertama dan ke2)
sekadar 25 bacaan zikir, kemudian barulah mula bacaan surah.

- Hal suami mengajar fardu ain
- Hal hukum suami bimbing isteri dlm fardu ain (spt bacaan Al-Quran) adalah wajib.

Ayat 75:2
(وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ)

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
- sifat lawwamah
- sesiapa yg tidak melaknat dirinya sendiri di dunia kerana melanggar perkara yg haram, atau tidakelakukan yg wajib, maka apbl di bangkitkan dr kubur dia akan menyesal.

Rujuk Surah Yasiin Ayat 36:52 (ms 443)

(قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا ۜ ۗ هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ)

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Ayat 75:3
(أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ)

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
- ini perangai kaum musyrikin Mekah masa dahulu, tak yakin dgn kejadian Hari Kiamat.

Ayat 75:4
(بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ)

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
- "sawwa" itu susun rapi. Dlm surah As-Sajadah, Allah sebutkan "khalaka" membawa maksud buat/cipta. Pemilihan sawwa menunjukkan sifat ketelitian Allah mencipta  hingga perkara yg halus boleh disusun dgn teliti.

Ayat 75:5
(بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ)

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).

Ayat 75:6
(يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ)

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
- org musyrikin Mekah bertanya secara mengejek, bila Kiamat itu.

Ayat 75:7
(فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ)
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
- mata menjadi berpinar-pinar.

Ayat 75:8
(وَخَسَفَ الْقَمَرُ)

Dan bulan hilang cahayanya,

Ayat 75:9
(وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ)

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
- kejadian kemusnahan dunia itu berlaku serentak.

Ayat 75:10

(يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ)

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"

Ayat 75:11
(كَلَّا لَا وَزَرَ)

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!

Ayat 75:12
(إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ)

Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.

Surah Qaf Ayat 21 (ms 519)
(وَجَاءَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ)

Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
- malaikat "pembawa" itu dgn cara menyeret manusia dr kuburnya le Padang Mahsyar.

Ayat 75:13
(يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ)

Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.

Ayat 75:14

(بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ)

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

Ayat 75:15
(وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ)

Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
- apa alasan kita nak beri kpd Allah terhadap perkara wajib yg ditinggalkan, perkara haram yg dilakukan, pinjaman rumah berbentuk riba.

Solat Tarawikh dan Witir

- us Johari Wahab tazkirah Zuhor Sabtu 3-Jun-2017 8-Ramadhan-1438H

1. Imam Abu Hanifa menghukumkan solat witir sebagai wajib.

2. Sesiapa yg solat dgn imam (berjamaah) hingga selesai,  diselesaikan dgn solat witir, maka dia mendapat ganjaran seolah-olah bersolat sepanjang malam.

  • dimaksudkan selesai itu adalah lengkap solat tarawikhnya dgn diakhiri solat witir.
  • solat tarawikh itu dilakukan 8 rakaat atau 20 rakaat. Manakala witir dgn 3 rakaat, atau 1 rakaat.
  • berazam utk istiqamah dgn bersolat tarawikh hingga akhir Ramadhan.

- hal hukum seorg perempuan bersolat di surau/masjid:

  • hadis: seorg perempuan yg bersolat di masjid yg jauh dr rumahnya, maka adalah lebih baik baginya utk solat tarawikh di surau/masjid yg dekat dgn rumahnya. Adalah lebih baik baginya utk bersolat tarawikh di rumah berbanding dgn solat tarawikh  di surau/masjid yg dekat dgn rumahnya.
  • kesimpulannya: seorg perempuan adalah lebih afdal bersolat (termasuk solat tarawikh) di rumahnya.

namun,

  • hadis yg lain, Rasulullah membenarkan seorg perempuan utk bersolat berjemaah di surau/masjid.
  • bagi seorg perempuan yg meminta kebenaran/izin utk bersolat berjamaah di surau/masjid, maka suami/wali perlu benarkan.


- hal solat witir 

  • solat witir bukan setakat dilakukan pada mlm-mlm di bulan Ramadhan, malah setiap mlm.
  • hanya sekali solat witir dlm satu mlm.

  1. sekiranya surau/masjid lakukan solat tarawikh dgn ditutup dgn solat witir, maka para jemaah tlh mendpt ganjaran pahala solat sepanjang malam, sama ada imam td bersolat tarawikh 8 atau 20 rakaat.
  2. minimum rakaat witir adalah 1 rakaat, maksimum adalah 3 rakaat.

- Tiga (3) rakaat witir boleh sama ada dilakukan dgn 2 salam, atau 1 salam.

  • kebiasaan di Malaysia, witir dilakukan dgn 2 salam.
  • sekiranya nak lakukan witir 3 rakaat dgn 1 salam, maka perlu diberi kefahaman kpd para jemaah/qariah terlebih dahulu, kerana bukan kebiasaan amalan di Malaysia, hingga menimbulkan suasana/fitnah.

- sekiranya seseorg ingin lakukan 8 rakaat namun imam di surau/masjid lakukan 20 rakaat, adalah lebih afdal utk dia ke surau/masjid yg lakukan tarawikh 8 rakaat dan diikuti witir. Supaya dia dpt mengikut imam secara berjemaah hingga selesai witir dan layak mendpt ganjaran bersolat sepanjang mlm.

- sekiranya seseorg hendak lakukan 20 rakaat tarawikh namun surau/masjid tempat dia bersolat jemaah lakukan 8 rakaat dan diakhiri dgn 3 witir (contoh), maka selepas selesai solat witir secara​ berjamaah td, dia boleh menyambung secara sendirian utk 12 rakaat dgn 6 salam tarawikh (di surau/masjid atau di rumah). Dia tidak perlu lakukan solat witir utk kali ke2 bagi 12 rakaat solat tarawikh yg dilakukan secara sendirian itu.

  • dlm kes ini dia mendpt ganjaran bersolat sepanjang mlm, kerana telah menyesaikan 8 rakaat tarawikh dgn 3 rakaat witir bersama imam.
  • dia mendpt kelebihan kerana melakukan 20 rakaat tarawikh pd satu mlm.


- Pertanyaan berkenaan rujuk:

Surah At-Talaq Ayat 65:1 (klik sini utk paparan ayat)


(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا)

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

  • Perempuan yg diceraikan oleh suaminya adalah tidak dibenarkan keluar dr rumahnya (apbl berlaku perceraian), supaya urusan rujuk menjadi mudah, tanpa halangan dr mana2 pihak.
  • Perempuan yg diceraikan jangan terus keluar dr rumah dimana​ dia dan suami tinggal, kemudian balik ke kampung atau ke rumah lain (misalnya), kerana suami boleh rujuk semula. Tinggal di rumah itu kerana ada kebaikannya, spt suami rujuk semula kpd isteri.
  • Proses rujuk amat mudah bila suami dan isteri masih berada dlm satu rumah, kerana rujuk adalah lebih baik dr berpisah.
  • Kuasa cerai dan rujuk adalah pd suami, dan utk rujuk cukup sekadar adanya respond persetujuan spt "body language" dr pihak perempuan utk bersama semula dlm perkahwinan (ikatan suami isteri).

Turunnya Al-Quran kepada Rasulullah

- kuliah Suboh Sabtu 3-Jun-2017 8-Ramadhan-1438H

- Keadaan di Mekah sewaktu sebelum kerasulan Nabi amat teruk, byk patung2 berhala diletakkan disekeliling Kaabah. Syirik yg berleluasa, haiwan di sembelih bukan atas nama Allah sebaliknya nama patung2 tuhan mereka. Nabi Muhammad lebih gemar berada di rumah dn tidak bercampur dikhalayak ramai. Hinggalah Nabi Muhammad mengasingkan diri (bersendirian) di Gua Hira'.

- kedudukan pintu Gua Hira' ini menghala terus ke Kaabah. Tempat pembaringan Nabi Muhammad nampak jasad Kaabah.

- 5 ayat pertama yg diturunkan kpd Rasulullah ketika Rasulullah berkhalwat (mengasingkan diri) di Gua Hira'.

Surah Al-'Alaq Ayat 96:1

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ)

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Surah Al-'Alaq Ayat 96:2

(عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ)

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

Surah Al-'Alaq Ayat 96:3
(اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ)

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,

Surah Al-'Alaq Ayat 96:4
(أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ)

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

Surah Al-'Alaq Ayat 96:5
(عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ)

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

- dlm keadaan yg masih takut, selepas dr turunnya 5 ayat Al-Quran pertama kpd baginda. Turun lagi ayat ketika baginda sedang berselimut (kerana ketakutan) di rumah baginda. Ayat dr surah Mutdasir

- Ada juga ayat2 Al-Quran yg panjang diturunkan sekali gus (dlm satu masa).

10 ayat dr Surah (juzuk 18)

4 sifat Rasulullah, ie Anamah, Fatanah Sidiq dan Tabliq
1) Amanah, org yg mendengar apa yg di akarkan/di bawa oleh Rasulullah dierima oleh org lerana sifat percaya kpd Rasulullah yg bersifat Amanah.
- kisah Nabi Yusof sewaktu di penjarakan, 2 org yg dipenjara bersama Nabi Yusof, 2 org pesalah itu nampak Nabi Yusof bersifat baik.

Surah Al-Anaam 165 ayat.
- wahyu yg paling panjang diturunkan kpd Rasulullah dlm satu masa.

- Allah tegur Rasulullah bila tergesa-gesa utk mula menghafal ayat2 yg sedang disampaikan oleh Jibrail.
- Allah mahukan Rasulullah dgr dan faham ayat2 yg disampaikan, selepas itu baharulah diulang. Inilah jaminan Allah kpd Rasulullah utk menerima ayat2Nya dgn kefahaman dan ingatan yg tinggi.

- 3 unsur yg utama menjadikan bacaan Al-Quran berkesan kpd pembacanya:

1) Lidah - lidah yg membaca
- tahap bacaan yg paling minima adalah seorg itu baca perlahan dan boleh didengari oleh telinganya (bukannya tak dgr suara langsung).

2) Akal - semasa ini, akal kena ingat maksud ayat yg dibaca.

3} Hati - hati mengambil pengajaran dan iktibar.

- dgn 3 unsur ini seorg yg membaca Al-Quran maka apbl tiba pd ayat yg menjadi amaran maka mereka rasa takut (dgn ancaman Allah), dan bila tiba di bhgn Al-Quran yg menjanjikan balasan syurga  mereka berasa amat sgt menginginkan diberi rahmat Allah utk diganjarkan dgn balasan dimasukkan ke dlm syurga.

- 3 ayat perintah berjihad menentang musuh  Allah, yg diturunkan kpd baginda Rasulullah kemudia baginda meminta  Zaid bin Sabith  utk menyalinnya. Abdullah Umi Maktum  seorg yg buta yg mendgr ayat ini  (maksud ayat) berasa amat sedih kerana tidak dpt menyertai jihad (perang) kerana butanya. Allah mendengar keluhan hambanya, dan  diturunkan lagi ayat kpd Rasulullah menjelaskan arahan berjihad dikecualikan kpd org yg memiliki keuzuran.

Saturday, May 27, 2017

Usaha untuk mendapatkan Syurga

- us Hasnan Kassan tazkirah Asar Sabtu 27-5-2017

- di Akhirat nanti ada golongan manusia yg berada di atas tembok, tidak masuk dlm syurga, tidak juga dlm neraka.

Surah Al'Araf Ayat 7:46

(وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ ۚ وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ ۚ وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۚ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ)

Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing. Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.

Ayat 7:47

(وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ)

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".

Ayat 7:48

(وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ رِجَالًا يَعْرِفُونَهُمْ بِسِيمَاهُمْ قَالُوا مَا أَغْنَىٰ عَنْكُمْ جَمْعُكُمْ وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ)

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".

Apa itu sa'a (usaha)?

Surah Al-Kahfi ayat 18:110

(قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

- Dlm melakukan solat, jaga perkara2 yg menyempurnakan solat spt:
1) Baca doa Iftitah sebelum Al-Fatihah
2) baca a'uzubillah sebelum bismillah Fatihah

- dlm solat terawikh, imam perlu menjaga kesempurnaan solatnya. Jangan kerana​ bacaan surat Al-Quran yg dipanjangkan (byk ayat) menyebabkan makmum lalai dlm solat.

- makmum perlu diberi masa sekira-kira utk membaca Fatihah, sebelum imam memulakan bacaan surah.

Surah Al-Araf Ayat 7:204

(وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Surah Al-Israk Ayat 17:18 (ms 284)

(مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا)

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

Ayat 17:19

(وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا)

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

- Org yg berusaha menjaga solat yg sempurna, akan bergembira di Akhirat nanti.

Surah Al-Ghasiah Ayat 88:9 (ms 592)

(لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ)

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia),

- makmum perlu tadabbur ayat yg dibaca.

- sa'a yg dijaga/dilakukan (spt menjaga perkara2 sunat dlm solat), jangan sampai timbul rasa riak dlm diri, bhw solat kita itu lebih baik dr solat org lain.

- makhruh bila dlm solat slide handhpone, atau menyelak muka surat utk mengikuti bacaan  Al-Quran yg di baca (sama ada oleh imam sendiri atau oleh makmum).

Adab-adab Berpuasa

-us Mohd Al-Ihsan bin Ghazali kuliah Suboh Sabtu 27-Mei-2017

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya. " [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0935]
- bau mulut org yg berpuasa lebih harum dari kasturi.

- puasa merupakan penyuci kafarah bagi dosa2. Ia juga menjadi penghalang dari fitnah ke atas keluarganya.

1) Apakah fitnah?
a) iaitulah semua perkara yg boleh menyekat dr kebenaran. Yg paling berat apbl fitnah itu berada atau sebahagiannya berada dlm diri seseorg.
- dpt gaji/uoah tetapi dibelanjakan pd jln kemaksiatan.
- hidup berjiran tetapi mengganggu, menyakiti jiran.
- lawan kpd fitnah adalah berkat.

- syurga ada satu pintu khusus utk ahli puasa.
  • Dari Sahl r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyaan. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke syurga dari pintu itu. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. (Mereka) dipanggil: Mana orang yang puasa? Lalu mereka berdiri. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. Setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk." [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0930]

2) Siapakah ahli puasa itu?
a) ahli puasa itu menambah puasa Ramadhannya dgn puasa2 sunat pd bln2 yg lain, juga menghidupkan puasa di bln Ramadhan dgn kebaikan2 yg lain.

Kegembiraan puasa adalah siangnya diam dan malamnya qiam.

Kehidupan dunia kita diistimewakan kerana bidang kemahiran. Namun di Akhirat nanti kita dikenali sebagai ahli apa utk masuk ke syurga? Adakah sebagai ahli puasa, solat, Al-Quran, dermawan?

- Syurga itu terlalu mahal harganya.
Namun pd bln Ramadhan, Allah bukakan peluang utk org Islam utk menempah tiket utk memasuki syurga dgn kemurahan bln Ramadhan.

Kelebihan Ramadhan adalah Allah sandarkan kpd diri-Nya utk menilai pahala yg selayaknya ke atas hamba-Nya.
  • Pahala org yg berpuasa itu hanya Allah shj yg memberikan nilai pahala ke atas hamba-Nya yg berpuasa.

Allah beri 2 kegembiraan kpd hamba-Nya yg berpuasa, satu di dunia dan satu lagi di akhirat.
  • Kegembiraan di dunia adalah apbl saat hamba-Nya hendak berbuka. Keduanya, kegembiraan menyambut Aidilfitri.
  • Kegembiraan di akhirat (masuk melalui pintu Ar-Rayyan)

Puasa itu membantu kita menjaga perintah Allah.
- mudah bagi kita utk melakukan perintah Allah dan meninggalkan perkara2 yg dilarang. Mudah bagi org yg berpuasa utk melakukannya dan rasa seronok melakukannya.
- mudah utk mencari ketakwaan.

Takwa
Rasa takut kpd Allah
Taat kpd Allah bersunggung-sungguh
Rasa cukup dgn yg sedikit
Buat persiapan utk hari akan datang.

Bagaimana mencapai tahap org bertaqwa?
- beristighfar di waktu sahur, maksudnya mereka di mlm hari tlh melakukan amalan2 yg disunatkan, dan apbl waktu sahur, mereka sudah hampir akhiri amalan malamnya, dgn berzikir.

Adab-adab berpuasa
(a) jangan bercakap keji, menyindir, walau kpd haiwan. Jaga percakapan supaya tidak menimbulkan rasa kurang enak org yg mendengarnya.

(b) jangan bercakap dgn percakapan yg jahil, spt menengking-nengking. Org berpuasa selalu

(c) jauhkan kata2 dusta, menipu org, bercakap dgn perkara2 yg melekakan.

(d) bersama dgn org yg baik-baik, dgn org yg buat kerja ugama, buat kebaikan.

(e) menjauhkan diri dr tempat2 lagha.

(f) suruh org berbuat kebaikan dan jauhkan/cegah dari kemungkaran.
- tegur org yg lakukan kesilapan, kemungkaran.
- apbl maksiat berlaku berleluas, dan tiada org yg menegur, maka nantikanlah azab dari Allah.
- tegur org dgn cara yg baik.

(g) jadi org yg pemurah.
- lebihkan sifat pemurah dari bln2 yg lain.
- pastikan tiada riak. Jaga hati agar tidak timbul rasa riak.

(h) perbanyakkan pembacaan Al-Quran.
- kita rasa seronok membaca atau mendengar Al-Quran apbl kita ahli Al-Quran. Begitu juga akan rasa gelisah bila tidak membaca Al-Quran.


Carian Internet:
  • Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1060]
  • Dari Hamzah bin 'Amru Al Aslami r.a., bahawa dia bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: "Aku kuat puasa dalam perjalanan. Berdosakah jika aku puasa?" Jawab Rasulullah saw., "Berbuka puasa dalam perjalanan adalah suatu keringanan dari Allah. Maka kerana itu, siapa yang mempergunakan keringanan itu baik, dan siapa yang lebih suka puasa tidak berdosa." [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1090]
  • Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'" [Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1134]

Monday, May 22, 2017

Permasalahan berkaitan puasa

- us Dr Mohd Sukki bin Othman Kuliah Maghrib Isnin 22-Mei-2017

Permasalahan berkaitan puasa di bulan Ramadhan

- Tanda akhir zaman adalah kematian yg mengejut. Dulu kematian dlm keadaan yg mana ahli keluarga bersedia, kini byk kematian yg tidak disangka, tidak ada tanda2 akan kematian org tersayang, menjadikan keadaan kalut.

- oleh itu jadikan Ramadhan kali ini  Ramadhan paling baik. Kita tidak tahu sama ada kita akan diberi peluang utk menemui Ramadhan thn hadapan.

- nilai pahala:
1) solat berjemaah diganjarkan dgn 27x.
2) infaq diganjarkan 700x.
3) puasa dirahsiakan ganjarannya. Hanya Allah yg memberi ganjaran mengikut keikhlasan org yg melakukan puasa.
- puasa yg dilakukan secara adat menjadikan puasa dgn berlapar shj.
- berpuasa dgn niat melakukan ibadah kpd Allah. Jaga semua anggota juga, perbuatan dan percakapan dgn menjaga dr melakukan perkara yg boleh mengurangkan pahala puasa.

- Hukum wanita yg hamil atau menyusukan anak:

1) wanita yg hamil atau menyusukan anak diberikan keringanan utk berbuka puasa.
2) Khilaf utk qada puasa dan bayar fidyah.
(a) mazhab Hanafi: wajib qada puasa shj.

(b) mazhab Hambali dan Shafie:
(i) wajib qada shj jika takut memudaratkan kesihatan diri sendiri.
(ii) wajib qada dan bayar fidyah jika berbuka puasa itu kerana takut ke atas kandungan atau anak yg disusui.

(c) mazhab Maliki: wajib qada, namun utk wanita yg menyusukan anak mereka mesti byr fidyah.

- Jumhur ulamak cenderung kpd hukum yg sebutkan oleh mazhab Hambali dan Shafie.

- diberikan keringan utk berbuka kpd yg dlm perjalanan. Cth, menaiki pesawat ke negara yg waktu berbuka lewat dr waktu berbuka di tempat asal,maka diharuskan berbuka puasa. Namun kpd yg terus berpuasa adalah lebih afdal. Jika berbuka puasa maka wajib qada puasa tersbt.
- bg yg bermusafir, waktu berpuasa dan berbuka puasa baginya adalah merujuk kpd waktu di mana dia berada. Bukannya mengikut waktu tempat asalnya.

- membaca Al-Quran dlm bln Ramadhan
1) jika baca Al-Quran dgn makna, atau secara bertadarus, maka itu lebih baik. Malah dituntut oleh Islam.
2) Ramadhan bukannya berlumba utk menghabiskan bacaan 30 juzuk.

- kadar fidyah adalah mengikut bilangan hari tidak puasa, ie 1 cupak sehari.

- org yg layak byr fidyah shj:
(i) Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.
(ii) Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati).

- org yg perlu qadar fan byr fidyah:
(i) Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya.

(ii) Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu, (menyebabkan sesuatu yg buruk kpd anak susuannya).

(iii) org yg melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya.
- utk kategori ke3 ini, kadar fidyah didarabkan dgn jumlah tahun yg dilewatkan.

- ukuran gantang Baghdad:
(a) 1 Gantang Bagdad = 2.75 liter. 1 gantang = 4 cupak.
(b) 1 Cupak = 0.688 liter = 750 grm.

- bagaimana kaedah utk mengira jumlah hari puasa yg tertinggal (tidak berpuasa) semasa dr akhil baligh.
Tiada kiraan khusus, tetapi mulakan dgn:
1) bertaubat kpd Allah.
2) buat anggaran berapa hari yg telah ditinggalkan, maka qada puasa mengikut bil anggaran hari tersbt.

soalan kpd ustaz: 019-324 1364

Sunday, May 21, 2017

Bersabar dengan ujian

-us Ibrahim Kuliah Maghrib Ahad 21-Mei-2017

- Allah mewajibkan kita:
(1) Berukhuwah, berkasih-sayang sesama kita (org beriman) sebagai satu persaudaraan yg kukuh.

Surah Al-Hujrat Ayat 49:10

(إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ)

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

- diterangkan pula bhw kita berasal dr satu keturunan yg sama, ie Adam dan Hawa.

Surah An-Nisa Ayat 4:1

(بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا)

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(2) Doakan kpd anak/saudara/kawan/anak murid/org yg khusus
- begitu juga anak mendoakan kedua ibu bapa/guru mereka.
- doakan kpd org yg khusus spt seseorg, juga kpd kumpulan (spt kumpulan pejuang/yg ditimpa kesusahan/ditindas).

(3) Berlapang dada, redho dgn ujian
- berazam tidak mendendami atau membalas semula ap yg dilakukan ke atas kita.
- org yg cintakan Allah, menjauhi perbalahan.
- Jika berlaku juga perbalahan maka berbaiklah semula dlm masa 3 hari.
- org yg beriman, akan redho dgn ujian/bencana/musibah yg dilaluinya.

Surah At-Taghabun Ayat 64:11

(مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.