Sunday, March 15, 2026

Teguran Allah Kepada Para Nabi-Nya

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 15-Mac-2026

Teguran Allah Kepada Para Nabi-Nya
Kitab Iman dan Kehidupan- Sifat Manusia Penuh Bertentangan

- Haiwan cukup hidup dgn pembawaannya dan tanpa perlu undang². Kehidupan manusia adanya emosi, nafsu dan tanggungjawab, Allah berikan akal fikiran utk membezakan manusia dan haiwan.

Kontradiksi dalam sifat manusia yang memerlukan iman untuk keseimbangan moral, berbeza dengan haiwan yang hanya mengikuti naluri.

Manusia memiliki dorongan hawa nafsu yang bertentangan, tidak seperti haiwan yang stabil dengan nalurinya. Iman diperlukan untuk mengendalikan kontradiksi ini agar moral terbentuk dengan baik dan mengikut perintah Allah.

Manusia perlukan ilmu, utk memandu kehidupan agar tidak terpesong. Ilmu yg memberi kefahaman itulah yg diperlukan.

Allah tegur para Nabi-Nya dlm Al-Quran sebagai pengajaran hidup kpd kita:
1. Kisah Allah tegur Nabi Musa as,
  • bhw adanya manusia yg lebih bijak dari Nabi Musa, apbl Nabi Musa merasakan dialah manusia paling bijak pd zamannya.
a) Allah rakamkan kisah ini dlm Surah Al-Kahfi ayat 18:60 hingga 82. Dalil/Ayat khusus bhw Nabi Musa as tidak mengetahui semua perkara adalah pada ayat surah Al-Kahfi ayat 18:78 (klik sini)
{ قَالَ هَٰذَا فِرَاقُ بَيۡنِي وَبَيۡنِكَۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأۡوِيلِ مَا لَمۡ تَسۡتَطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرًا }

Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

b) Kisah Allah tegur Nabi Yunus as kerana kecewa dakwah yg disampaikan tidak diterima oleh umatnya. Surah Al-Anbiyak ayat 21:87 (klik sini)
{ وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَٰضِبٗا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِي ٱلظُّلُمَٰتِ أَن لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَٰنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ }

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

c) Kisah teguran Allah kpd Nabi Muhammad saw, bhw apbl berjanji maka ucapkan insyaAllah. Teguran ini Allah rakamkan dlm surah Al-Kahfi ayat 18:23 (klik sini)
{ وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْيۡءٍ إِنِّي فَاعِلٞ ذَٰلِكَ غَدًا }

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

Surah Al-Kahfi ayat 18:24 (klik sini)
{ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّي لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَٰذَا رَشَدٗا }

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

- Manusia mempunyai unsur² spiritual dan belas kasihan. Adanya sifat berkongsi dgn org lain. Sifat berkongsi ini adalah utk menghidupkan sifat spiritual agar kehidupannya terpandu dan terdorong ke jalan yg lurus.

- Allah tegur manusia agar tidak terjerat dgn penipuan manusia atau syaitan.
a) Penipuan manusia spt terlibat dgn sumbangan yg adalah scam. Kasihan yg sebenarnya suatu penipuan.

Saturday, March 7, 2026

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Qais

- us Norazam Abdullah kuliah Suboh Sabtu 7-Mac-2026

Sahabat Rasulullah: Abdullah bin Qais

Abdullah bin Qais, lebih dikenali sebagai "Abu Musa" al-Asy'ari, adalah sahabat Nabi saw yang mulia dari Yaman. Abdullah bin Qais bin Sulaim bin Hadhar bin Harb bin Aamir, hingga kepada Asy'ari bin Adad dari jalur keturunan Qahtan (kabilah Yaman utara). -- jika dengar keturunan Eden di Yaman, maka mereka adalah dari keluarga Adad.
Terkenal dengan suara merdu bacaan Al-Quran, keahlian fikih dan peranan dakwahnya.

- Suara merdu ini diiktiraf oleh Rasulullah.
a) Sahabat Nabi yang mendapat mimpi untuk melafalkan azan ialah Abdullah bin Zaid bin Abd Rabbihi dari kalangan Ansar (kabilah Khazraj).

Kisah Mimpi Azan
  • Ketika umat Islam musyawarah cara menandakan waktu solat selepas hijrah ke Madinah, ada cadangan guna loceng seperti Kristian atau trompet seperti Yahudi. Abdullah bin Zaid tertidur dengan keresahan itu, lalu bermimpi diajarkan laungan azan.

  • Pagi itu, beliau cerita mimpi kepada Rasulullah saw. Baginda sahkan: "Itu mimpi benar daripada Allah." Kemudian, Rasulullah perintah Abdullah ajar lafaz azan kepada Bilal bin Rabah kerana suara Bilal lebih kuat dan merdu untuk digemaikan. 

  • Bilal naik ke atap Masjid Nabi, laungkan azan pertama. Umar bin Al-Khattab dengar dari rumahnya, lalu datang mengaku mimpi sama pada malam yang berbeza. Sejak itu, azan jadi penanda waktu solat berjemaah di seluruh Islam.
Doa Rasulullah Kepada Abdullah bin Qais
- Abdullah bin Qais al-Asy'ari (Abu Musa al-Asy'ari) mendapat doa Rasulullah saw memasukkannya ke tempat mulia di syurga atas sumbangan besar beliau dalam dakwah, jihad, dan pengajaran Islam.

Dakwah Awal di Yaman
Beliau memeluk Islam awal di Makkah, kemudian berhijrah ke Habsyah bersama dua saudara dan lebih 50 lelaki kaum Asy'ariyyin. Kembali ke Yaman, beliau dakwah sehingga ramai masuk Islam, membawa rombongan itu ke Madinah bertemu Nabi saw.

Lahir dan Masuk Islam
Lahir di sebuah lembah sunyi di Yaman, dalam kabilah Asy'ariyyin. 
Kabar tentang Rasulullah saw yang menyinari Makkah sampai ke telinganya, membakar semangatnya untuk mencari hidayah. Beliau memeluk Islam lebih awal, sebelum Hijrah besar, lalu mengajak dua saudaranya, Abu Burdah dan Abu Ruhm, serta lebih 50 orang kaumnya. Dengan dua kapal kecil, mereka berlayar ke Habsyah, lari dari azab Quraisy, sambil berdoa agar bertemu Nabi saw.

Hijrah ke Madinah
Selepas bertahun di Habsyah, kabar Fathu Khaibar membawa mereka pulang ke Madinah. Abdullah dan rombongan bertemu Rasulullah saw, disambut hangat seperti anak sendiri. Nabi saw tersenyum, "Wahai keluarga Asy'ari, selamat datang!" Mereka pun menyertai Fathu Makkah dan Perang Hunain, di mana Abu Musa memimpin pasukan berkuda dengan gagah, dijuluki "Pahlawan pasukan berkuda".

Utusan Dakwah ke Yaman
Pada tahun 10 Hijrah, Nabi saw memanggil Abu Musa dan Mu'adz bin Jabal. "Pergilah ke Yaman, mudahkan urusan, beri kabar gembira, jangan susahkan atau buat orang lari. Saling patuh, jangan bersengketa," wasiat Nabi saw yang terkenal itu. Di Yaman, mereka mendakwah dengan lembut; Abdullah mengajar Al-Quran dengan suara merdu seperti burung berkicau. Banyak hati terbuka, kabilah masuk Islam ramai-ramai. Nabi SAW berdoa khas: "Ya Allah, ampunilah Abdullah bin Qais dan masukkan dia ke tempat mulia di Akhirat."

Gabenur Basrah dan Kufah
Zaman Khalifah Umar RA, Abu Musa diutus ke Basrah sebagai gabernur. Beliau berkhutbah: "Aku diutus untuk ajar Kitabullah, Sunah Rasulullah, dan bersihkan jalan kalian." Dengan adil, beliau selesaikan konflik, ajar fikih, hingga penduduk Basrah panggil dia "Dai dan Hakim Umat Rasulullah". Kemudian ke Kufah, watak lembutnya redakan huru-hara. Beliau tolak harta rampasan perang, pilih hidup sederhana.

Wafat di Mekah
Pada usia 80 tahun, sekitar 44H, Abu Musa menunaikan haji terakhir. Di Mekah, ruhnya dibawa Allah semasa berdiri di hadapan Kaabah, mulutnya masih berzikir. Beliau dikubur di Jannatul Mualla, meninggalkan warisan sebagai pakar fikih, pendakwah ikhlas dan prajurit perdamaian. Semoga kita ikuti jejak beliau, mudahkan urusan agama seperti wasiat Nabi saw.

- Perang Badar
Perang Badar Kubra (berlaku pada 17 Ramadan 2H) menyaksikan kemenangan tentera Islam ke atas Quraish dengan pertumbuhan yang ketara di kedua-dua pihak.

Statistik Pihak Islam
  • Kematian: 14 orang syahid (6 Muhajirin, 8 Ansar).
  • Tawanan: 0 (tiada tawanan Quraish yang ditawan oleh Islam dilaporkan).

Statistik Pihak Quraish
  • Kematian: 70 orang, termasuk pemimpin utama seperti Abu Jahal.
  • Tawanan: 70 orang, dibebaskan melalui tebusan atau pengajaran baca-tulis.

Sunday, March 1, 2026

Memilih Keutamaan Dalam Beribadah - Bab Puasa

- us Lt Kol Shukri Yahya kuliah Suboh Ahad 1-Mac-2026

Memilih Keutamaan Dalam Beribadah - Bab Puasa

- Dalil perintah Allah untuk umat Islam melaksanakan puasa spt dalam surah Al-Baqarah ayat 2:183 (klik sini)
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

- "كُتِبَ" bila Allah panggil kita sebagai org² beriman, Allah perintahkan kpd kita/org² Islam wajib berpuasa, maka hendaklah kita/org² Islam laksanakan ibadah puasa.

Surah Al-Baqarah ayat 2:185 (klik sini)
{ شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ }

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

- "فَلۡيَصُمۡهُۖ" maka hendaklah kamu berpuasa apbl telah nampak ank bulan.

Menurut Syekh Yusuf al‑Qardhawi dalam kitab Fiqh al‑Shiyam (Fiqh Puasa), ayat ini menegaskan konsep kewajiban puasa bagi orang yang mampu dan hadir di tempat tinggalnya, sekaligus menutup fasa “pilihan” (takhyir) antara puasa atau fidyah yang ada dalam ayat sebelumnya (Al‑Baqarah: 2:184)

- Maqasid syariah (matlamat syariah) berkenaan ibadah puasa ie Islam memberi kemudahan atau kelonggaran kpd umatnya (yg tidak mampu) dlm melaksanakan perintah Allah.
1. Allah menjadikan ibadah puasa Ramadhan dalam tempoh yang mampu dan memberi keringanan:
(a) org yg bermusafir (syaratnya mesti melebihi 2 marhalah);
(b) org yg sakit dibolehkan qadak (menggantikan puasa);
(c) org yg sakit sgt berat danntidak mampu qadak puasanya dibolehkan utk bayar fidyah.

- Pelaksanaan ibadah puasa itu faedahnya adalah utk individu itu sendiri, bukan utk Allah. 

Hadis:
  • Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya. " [Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0935]

Saturday, February 28, 2026

4 Perkara Yang Membawa Ke Syurga

- us Dr Abdul Rahman bin Mohamod kuliah Suboh Sabtu 28-Feb-2026

4 Perkara Yang Membawa Ke Syurga

Hadis:
  • Daripada Abdullah bin Salam RA, Rasulullah SAW bersabda semasa baginda tiba di Madinah:
"أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصِلُوا الْأَرْحَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ".
Maksudnya: "Sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkanlah silaturrahim, dan solatlah pada waktu malam ketika manusia tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dalam keadaan selamat." [Sunan Tirmidzi, no. 2485; status: Hasan Sahih]

- 4 perkara yg menjadi kunci utk kita masuk syurga, adalah perkara² yg boleh dilakukan oleh semua org.

[1] Memberi Salam
- org yg beriman itu memberi salam kpd org lain sama ada yg dikenali ataupun tidak. Ini menjadi ciri org² yg bersopan-santun.
Dalil, surah Al-Furqan ayat 25:63 (klik sini)
{ وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا }

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

- mereka ini ibaratnya, benih yang jika dicampak ke laut menjadi pulau, jika dicampak ke darat menjadi bukit, iaitulah seseorang yang baik atau berkualiti akan tetap berjaya dan menonjol di mana sahaja dia ditempatkan.

[2] Memberi Makan
- Orang tua² zaman dulu mengadakan kenduri/jamuan dengan gotong-royong, melibatkan jiran dan saudara untuk menyediakan hidangan bagi majlis seperti perkahwinan, tahlil, sambut Ramadhan, sambut Syawal, sambut kelahiran. Mereka memanggil jemputan secara formal melalui wakil, menghantar kad jemputan, dan menziarahi rumah ke rumah untuk memastikan semua dijemput, menunjukkan silaturahim yang erat.  

- Kehidupan zaman sekarang boleh jadikan masjid/surau sebagai tempat mengadakan majlis sambutan utk memberi makan/jamuan kpd jiran/saudara/kenalan/hadirin. Boleh bergabung dgn jiran² lain utk menaja jamuan yg diadakan di masjid/surau. 

[3] Silaturrahim
- Org yg memutuskan silaturrahim adalah tergolong dlm mereka yg melakukan dosa besar. Menjaga silaturrahim dan mengeratkan silaturrahim menjadi kunci utk masuk syurga.

- Ibu bapa sebagai mengikat silaturrahim dlm sesebuah keluarga. Apbl mereka sudah meninggal ibaratnya "lidi terlepas dari tali", masing² membawa diri. Maka penting utk mengeratkan silaturrahim adik-beradik. Org tua² dahulu memesankan kpd anak² mereka bhw "bapa² saudara itu adalah juga bapa mereka".

Surah An-Nisa ayat 4:36 (klik sini)
{ ۞وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـٔٗاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنٗا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالٗا فَخُورًا }

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

[4] Solat Malam
Kisah Rabiah bin Ka'ab dan solat² sunat (malam) menjadi syarat memasuki syurga

Rabiah bin ka'ab adalah seorang sahabat yang muda yang berhijrah ke Madinah dan memilih tinggal di sekitar Masjid Nabi. Dia berasal dari keluarga miskin, tidak punya sanak saudara di Madinah. Oleh kerana tiada keluarga dan harta, beliau menjadi salah seorang Ahl al‑Shuffah, fakir‑miskin yang tinggal di serambi (beranda atau serambi) Masjid Nabi. Menjadi khadam kpd Rasulullah saw.

Rabiah melayani baginda sepanjang hari hingga selesai waktu Isyak, dan kadang berjaga di depan pintu rumah Nabi, siap sedia beri khidmat jika baginda memerlukan sesuatu atau untuk membantu ketika baginda bangun tahajjud.

Suatu mlm dia tidur di depan pintu rumah Rasulullah, utk membantu Nabi jika ada apa² yg diperlukan. Baginda Rasulullah bertanyakan jika ada apa² yg dihajatkan oleh Rabiah, tetapi Rabiah tiada apa² yg dihajatkan, Esoknya Rasulullah bertanya lagi, masih tiada jawapan dari Rabiah. Hari ke3 barulah Rabiah menyatakan hajatnya iaitu utk menjadi peneman baginda Rasulullah masuk syurga. Rasulullah bertanya adakah apa yg diminta itu setelah bertanyakan kpd mana² sahabat, jawab Rabiah tidak.

Jawab baginda Rasulullah kpd Rabiah, “Bantulah aku untuk mewujudkan permintaanmu itu dengan banyak melakukan sujud kepada Allah.”

- sujud (solat) wajib tidak ditinggalkan maka yg dimaksudkan Rasulullah adalah menambah sujud/solat sunat, khususnya solat malam, menjadi syarat utk masuk syurga. 


Fahaman salah bhw semua orang akan masuk syurga
  • Bukan semua orang akan masuk syurga!  

- Syurga adalah utk org² Islam, seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT, pemilik syurga dan neraka, dalam surah Ali-Imran ayat 3:85 (klik sini)
{وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ}

 Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


- Orang yang mencari agama selain Islam sebagai jalan hidupnya, atau seorang yang kekal dengan tidak berugama atau matinya bukan sebagai seorang muslim (Islam) maka mereka ini adalah org² kafir, kufur kepada Allah. Allah janjikan kehidupan mereka di akhirat nanti dalam neraka Jahannam. Dalilnya dalam surah Az-Zumar ayat 39:71 (klik sini)

{وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَا ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۖ وَلَٰكِنْ حَقَّتْ كَلِمَةُ الْعَذَابِ عَلَى الْكَافِرِينَ}

Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

- Kehidupan org² kafir di dalam neraka itu, Allah janjikan azab berat dan menyeksakan yang tidak pernah berhenti, malah digandakan seksaan ke atas mereka. Dalilnya dalam surah Faatir ayat 35:36 (klik sini)

{وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَىٰ عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ}

 Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

- apabila tiada kematian dalam neraka, bermakna meraka yg dimasukkan di dlm neraka itu akan kekal hidup dgn menangung azab dan seksaan.

- Azab yang diterima oleh org² kafir dalam neraka ditambah (ditingkatkan) kerana mereka semasa hidup dengan menghalang diri mereka  dari menerima dan memeluk Islam. Juga org² kafir yang menghalang org lain (termasuk ahli keluarganya) dari menerima Islam. Dalilnya dlm surah An-Nahlu ayat 16:88 (klik sini) 

{الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ زِدْنَاهُمْ عَذَابًا فَوْقَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا مُفْسِدِينَ}

Orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya serta orang lain) dari jalan Allah, Kami tambahi mereka azab seksa di samping azab (yang menimpa mereka), disebabkan mereka membuat kerosakan.


- Fahaman dan soalan yang biasa difikirkan oleh seorg yg bukan Islam, menyebabkan mereka menolak Islam:

  1. "Allah tidak adil kerana syurga hanya untuk umat Islam sahaja, sedangkan ramai di kalangan kami berbuat kebaikan dan tidak berbuat jahat"
  2. "Bagaimana boleh Allah adil jika non-Muslim yang baik hati kekal di neraka walaupun tidak tahu Islam dengan betul"
  3. "Bukankah Tuhan Maha Pengasih, kenapa syurga eksklusif untuk satu agama sahaja?"
  4. "Orang kristian akan masuk syurga kerana tuhan yesus telah mengampunkan semua dosa mereka, menjadikan mereka disebut sebagai orang benar dan akan terus diangkat ke syurga".


- Amal baik org² kafir semasa hayat mereka (di dunia) adalah sia-sia sahaja, tidak diterima oleh Allah. Mereka mengirakan bhw amalan baik mereka itu berguna utk menjamin mereka masuk syurga, sebaliknya Allah nyatakan bhw amalan baik mereka itu sebagai "logamaya" atau "fartamorgana". Dalilnya dalam surah An-Nur ayat 24:39 (klik sini)

{وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجْدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّهَ عِنْدَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ}

Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya. 


Saturday, February 21, 2026

Takabbur

- us Azhar Tuarno kuliah Suboh Sabtu 21-Feb-2026

Takabbur

Menurut mazhab Syafie, takabbur didefinisikan sebagai sifat sombong yang merasa diri lebih tinggi dan merendahkan orang lain, berdasarkan hadis Rasulullah SAW: 
  • "Al-kibru baghyun 'alal haqqi wa ghaddun linnas" (Kebesaran itu menolak kebenaran dan menghina manusia) [riwayat Muslim].

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tidak dapat masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat rasa sombong walaupun hanya seberat debu." Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana kalau seseorang suka memakai baju dan sepatu bagus?" Jawab Rasulullah saw, "Allah itu indah (jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." [Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0071]

Tingkatan takabbur:
  1. Takabbur kpd Allah, spt sombongnya firaun kpd Allah.

  2. Takabbur kpd Nabi Muhammad saw, spt:
    • a) Abu Jahal dan org² quraisy yg menyakini sifat amanah Anbi Muhammad saw tetapi tidak boleh terima kebenaran dakwah yg dibawa oleh baginda Rasulullah.
    • b) Bani Israel yg meminta seorg raja yg adil, tetapi bila Allah pilih Talut menjadi raja, bani Israel menolaknya atas dasar Talut bukan dari kalangan org bangsawan, org kaya. Talut asal kerjanya membersih kulit binatang.

  3. Takabbur kpd hamba² Allah ie menghina manusia. Org sebegini merasa dirinya hebat dan lebih mulia dari org lain. Sombong itu adalah pakaian Allah, spt hadis: Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a., keduanya mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Angkuh dan sombong adalah pakaian Allah Ta'ala. Maka siapa yang menyaingi pakaian-Nya, Allah Ta'ala akan menyeksanya." [Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2248]

Kata Ibnu Kudamah, ada 3 jenis takabbur:
"Takabbur ialah rasa besar diri dengan meremehkan orang lain, menolak kebenaran yang datang daripada sesiapa yang dianggap rendah, dan memandang serong kepada hamba Allah."
Ia bertentangan dengan tawadhu' dan menjadi punca dosa besar kerana menghalang taubat.
  1. Takabbur ada dlm diri,
  2. Takabbur yg nampak dari manusia, spt ahli ibadat menganggap remeh kpd org lain.
  3. Takabbur dgn nasab keturunan.
- Kisah tiga orang kaya dari Bani Israil yang diuji malaikat – dua orang cacat (kulit belang/sopak dan botak) serta seorang buta – terdapat dalam hadis Shahih Bukhari dan Muslim (riwayat Abu Hurairah RA).

Ringkasan KisahAllah menguji mereka: Malaikat menyembuhkan cacat mereka dan memberi ternakan bunting (unta/lembu untuk dua orang pertama, kambing untuk si buta). Ternakan berkembang biak menjadi kawanan besar. Kemudian malaikat menyamar sebagai orang miskin meminta bantuan:Orang sopak & botak: Menolak, mengatakan harta warisan nenek moyang, lalu dikembalikan ke keadaan cacat asal.Orang buta: Bersyukur, "Dulu saya buta, Allah pulihkan mata saya. Ambil apa sahaja yang disuka." Malaikat berkata, "Kekalkan hartamu. Allah redha padamu, murka pada dua temanmu."

4) Takabbur dgn harta, spt apabila seseorang mempamerkan kekayaan untuk menunjukkan kelebihan diri dan merendahkan orang lain secara halus.

- Syeikh Yusuf Al-Qardawi menasihati umat Islam supaya tidak menjadi "hamba Ramadhan" sahaja, iaitu orang yang hanya beribadah giat semasa bulan puasa tetapi kembali kepada kelalaian selepasnya. Kata-kata beliau dalam buku dan ceramahnya tentang Ramadhan, Syeikh Al-Qardawi berkata:
  • "Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan sahaja, yang berpuasa di bulan Ramadhan dan berbakti kepada Allah hanya ketika itu. Sebaliknya, jadikan Ramadhan sebagai sekolah untuk mendidik jiwa, supaya selepas Ramadhan engkau kekal istiqamah dalam ketaatan kepada Allah sepanjang hayatmu."

Catatan Kuliah:
  • Takabbur Siri-2 | us Azhar Tuarno | 2-Mei-2026 (klik sini)
-

Sunday, February 15, 2026

Iman dan Moral (Siri ke2)

- us Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin kuliah Suboh Ahad 15-Feb-2026

Iman dan Moral (Siri ke2)

Hadis:
  • Abu Kuraib Muhammad bin Alaa' menceritakan kepada ku, Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada ku, dari Mohammad bin Amr. Abu Salamah memberitahukan kepada ku dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah saw bersabda: "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah sebaik-baik budi pekertinya dan yang sebaik-baiknya budi pekerti adalah yang baik terhadap isterinya." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ibnu Abbas. Hadisnya Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1171]
- Inti pati hadis ini, kesempurnaan iman itu terletak pd akhlak yg mulia.

- Kesempurnaan Islam dgn 3 perkara ie Tauhid, Peribadatan dan Akhlak.

- Al-Quran menyebut pelbagai haiwan sebagai perumpamaan, kisah nabi atau tanda kebesaran Allah. Berikut senarai haiwan yang disebut secara eksplisit dalam ayat-ayatnya.
  1. Nyamuk (Al-Baqarah 2:26)
  2. Kera (Al-Baqarah 2:65)
  3. Lembu/Sapi (Al-Baqarah: 2:67-73)
  4. Babi (Al-Baqarah 2:173)
  5. Keldai (Al-Baqarah 2:259, Hud 11:106, An-Nahlu 16:68, Luqman 31:19, Al-Jumu'ah 62:5, Al-Muddasir 74:50)
  6. Lebah (An-Nahlu 16:8) 
  7. Burung Gagak (Al-Maedah 5:31)
  8. Kambing (Al-An'am 6:143, Toha 20:18, Am-Biyak 21:78, Al-Qasas 28:23, Sod 38:24)
  9. Unta (Al-A'raf 7:40, Al-Ghasyiyah 88:17)
  10. Belalang (Al-A'raf 7:133, Al-Qamar 54:7)
  11. Kutu Belalang ((Al-A'raf 7:133)
  12. Katak (Al-A'raf 7:133, 7:176)
  13. Ular (Al-A'raf 7:107, Toha 20:20, Al-Qasas 28:31)Kuda (An-Nahlu 16:8, Al-Adiyat 100:1)
  14. Burung (An-Nahlu 16:79, Yusuf 12:36, Al-Haj 22:31, An-Nur 24:41, As-Soffat 37:49)
  15. Anjing (Al-Kahfi 18:18)
  16. Ikan (Al-Kahfi 18:61)
  17. Lalat (Al-Haj 22:73)
  18. Semut (An-Namlu 27:18)
  19. Burung Belatuk (An-Namlu 27:20)
  20. Labah-labah (Al-Ankabut 29:41)
  21. Anai-anai (Saba 34:14)
  22. Kelkatu (Al-Qariah 101:4)
  23. Gajah (Al-Fil 105:5)
  24. Ulat (Al-Fil 105:5)
- Kita perlu memperhati dan mengkaji alam ciptaan Allah, termasuk haiwan² ciptaan-Nya. Byk pengajaran dan ilmu sains yang boleh dikaji dan dipelajari. 
  • Berjilid-jilid kajian sains boleh dihasilkan (yg boleh dijadikan sumber kajian peringkat tinggi, sebagai sumber pendapatan dari hasil penerbitan, sumber teknologi spt peralatan/teknologi ketenteraan).

- Surah Al-Haj ayat 22:73 (klik sini):
{ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌۭ فَٱسْتَمِعُوا۟ لَهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخْلُقُوا۟ ذُبَابًۭا وَلَوِ ٱجْتَمَعُوا۟ لَهُۥ ۖ وَإِن يَسْلُبْهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيْـًۭٔا لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ }

Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah perumpamaan itu. Sungguh, sesuatu yang kamu seru selain Allah tidak akan dapat mewujudkan seekor lalat, walaupun mereka bersatu untuk mewujudkannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali daripadanya. Lemahlah penyembah dan yang disembah.

- Surah An-Nahlu ayat 16:68 (klik sini)
{ وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ }

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang mereka buat.

Surah An-Nahlu ayat 16:69 (klik sini)
{ ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ }

Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari dalam perutnya (lebah) itu keluar minuman (madu) yang berpelbagai warna; di dalamnya ada penawar bagi manusia. Sungguhkan pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

- Di akhir ayat 16:69 ini Allah sebutkan "kaum yg berfikir" menunjukkan kita perlu lakukan analisa dan kajian, spt mengkaji kehidupan lebah utk diadaptasi dlm kehidupan. Perkara ini memerlukan pemikiran lanjutan dan ujian² saintifik utk merumuskan sesuatu kuantiti, waktu, frekuensi, dan umur utk digunakan oleh umat manusia.

  • Contoh: madu tidak sesuai diberikan kpd bayi (lebih-lebih lagi yg baru lahir) kerana perut bayi tidak boleh memproses madu yg sifatnya panas. Allah sebutkan bayi minum susu ibu hingga tempoh 24 bulan.

- Surah An-Nahlu (Lebah Madu) mempunyai kepentingan besar sebagai petunjuk kepada manusia mengenai nikmat Allah, keimanan dan akhlak.

- Ketaatan Mutlak: 
  • Lebah patuh sepenuhnya kepada ilham Allah tanpa soal, mengajar manusia tentang ketaatan kepada perintah Tuhan dalam mencari rezeki halal.
Kerjasama Koloni: 
  • Lebah hidup teratur dalam komuniti dengan pembahagian tugas (ratu, pekerja, pengawal), menunjukkan kepentingan kerjasama dan disiplin sosial.
Manfaat untuk Manusia: 
  • Madu dari perut lebah menjadi ubat pelbagai warna, mengingatkan nikmat Allah melalui ciptaan kecil sebagai tanda kebesaran-Nya.

- Rahsia Tempoh Hidup -- Lebah jantan mati selepas bersunting, betina pekerja hidup 6 minggu sahaja – pengajaran tentang kefanaan dunia dan usaha untuk akhirat sebelum ajal tiba.

- Rahsia sebagai petunjuk manusia, spt:
  • Rahsia Nikmat:
    Surah ini mengingatkan jangan kufur nikmat, kerana umat terdahulu binasa akibat sombong (ayat 16:112 (klik sini) - 16:113 (klik sini).
  • Petunjuk Akhlak:
    Perintah isti'adzah (ayat 16:98 (klik sini), balas dendam secukupnya (ayat 16:126 (klik sini), dan tawakal selepas usaha (ayat 16:42 (klik sini).
  • Dalil Keimanan:
    Bukti keesaan Allah melalui ciptaan alam, termasuk lebah yang diilhamkan untuk sarang dan madu.

Nota Kuliah:
  • Iman dan Moral | Dr Mohamed Sabir bin Jamaludin | 18-Jan-2026 (klik sini)

Saturday, February 14, 2026

Kadar Qisas Dan Diyat

- us Fathi Mohamad kuliah Maghrib Sabtu 14-Feb-2026

Kadar Qisas Dan Diyat

3 negara yg melaksanakan hukumam qisas dlm bab jinayat ie Arab Saudi, Iran dan Pakistan.

[1] Balasan untuk Pembunuhan Sengaja (Dgn Niat/Sengaja):
Hukuman (pembunuhan dgn niat adalah ): qisas dan diyat.

Hadis:
  • Ahmad bin Sa'id Ad Darimi menceritakan kepada kami Habban menceritakan kepada kami, Muhammad bin Rasyid menceritakan kepada kami, Sulaiman bin Musa menceritakan kepada kami dari Amr bin Syua'ib dari ayahnya dari kakeknya; Bahwasanya Nabi saw bersabda: "Barangsiapa membunuh dengan secara disengaja, maka perkara itu diserahkan kepada wali orang yang dibunuh. Jikalau wali itu ingin membunuh, maka dibunuhlah ia, dan jikalau wali itu ingin mengambil diyat, maka diyatnya adalah tiga puluh hiqqah, tiga puluh jadza'ah dan empat puluh khalifah(1) kalaupun ada perdamaian itu terserah mereka. Yang kesemuanya itu untuk memperberat adanya tebusan". Hadisnya Abdullah bin Amr adalah hadis hasan gharib. [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1413]
- Hukum diyat:
  1. Diyat wajib dibayar serta merta.
  2. Kadar: 100 ekor unta dari 3 jenis unta.
    1. 30 ekor unta hiqqah (genap 3 tahun, kadar umur yg layak utk ditunggang/bawa barang),
    2. 30 ekor unta jazaah (usia 4 tahun ie umur unta gugur gigi) dan
    3. 40 unta khalifah ie unta betina yg bunting
  3. Diyat wajib dibayar menggunakan harta si pembunuh shj. Ahli keluarga/waris tidak wajib menanggung jumlah/pampasan diyat.
- Siapakah waris "asobah" si mati yg diiktiraf dlm menetapkan hukum diyat?
  1. Bapa kpd si mati.
  2. Adik- beradik lelaki si mati
Contoh kes:
  • Kes 1: Sekiranya waris asobah putuskan hukuman setimpal adalah bunuh, maka si pembunuh wajib di bunuh. 
  • Kes 2: Sekiranya waris asobah putuskan hukumnya adalah bunuh dan pampasan diyat (contoh rm100 ribu) maka wajib dilaksanakan hukuman dan byrn pampasan.
  • Kes 3: Sekiranya waris asobah putuskan tiada hukuman, maka bebaslah si pembunuh dari sebarang tanggungjawab ke atas waris si mati. 

[2] Balasan untuk Pembunuhan Separuh Sengaja (Tidak Sengaja)
Contoh kes: Pukul dgn anggota badan atau alat yg biasanya tidak boleh menyebabkan kematian, tetapi telah menyebabkan yg kena pukul itu mati. Mungkin pukulan itu terkena pada tempat yg sensitif.

Hukuman: diyat:
  1. Hukumannya sedikit ringan berbanding pembunuhan dgn niat sengaja.
  2. Hanya hukuman diyat shj, bukan qisas.
  3. Sedikit ringat kerana byrn pampasan diyat boleh dibuat dlm tempoh 3 tahun (juga boleh secara ansuran)
  4. Kadar diyat: 100 ekor unta sama spt diyat bunuh dgn niat sengaja.

[3] Balasan untuk Pembunuhan Tanpa Niat
Hukuman: Hukuman ugama dan diyat

Hadis:
  • Ali bin Sa'id Al Kindi Al Kufi menceritakan kepada kami, Ibnu Abi Zaidah menceritakan kepada kami dari Al Hajjaj dari Zaid bin Jubair dari Khisf bin Malik berkata: Saya mendengar Ibnu Mas'ud berkata: Rasulullah saw telah memutuskan diyat pembunuhan yang tidak disengaja iaitu dua puluh unta bintu makhodz, dua puluh ibnu makhodz jantan, dua puluh bintu labun, dua puluh jadza'ah dan dua puluh hiqqah". [Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1411]
Hukuman diyat:
  1. Keluarga si pembunuh perlu membayar diyat, jika si pembunuh tidak mampu membayar diyatnya. 
  2. Tempoh bayaran: 3 tahun
  3. 3 Kadar: 100 ekor unta, dari 5 jenis unta spt berikut:
    1. 20 ekor unta hiqqah (genap 3 thn)
    2. 20 ekor unta jazaah (genap 4 thn)
    3. 20 ekor unta makhad (berusia 1 thn)
    4. 20 ekor unta labun (berusia 2 thn)
    5. 20 ekor unta jantan labun

Catatan Kuliah:
1. Kategori Jenayah Membunuh | us Fathi Mohamad | 10-Jan-2026 (klik sini) 
2. Hukuman Kepada Pembunuh Secara Sengaja | us Fathi Mohamad | 30-Jan-2026 (klik sini)