- Us Rijal Kuliah Maghrib Selasa 17 Jan 2012
Adab membaca Al-Quran
1. Ikhlas
2. Berwuduk
3. Bersugi/membersih mulut.
4. Memakai pakaian suci lagi bersih.
5. Memilih tempat yg suci.
6. Mengadap qiblat dan duduk dgn sopan
7. Membaca isti'azah
8. Membaca basmallah
Adab ketika membaca Al-Quran
1. Membaca dgn suara yg paling baik.
2. Membaca dgn khusyuk dan tawaduk. Hayati hukum tajwid.
3. Tidak diselangi dgn percakapan, melainkan utk menjawab salam.
4. Berselawat
5. Memohon kebaikan apbl bertemu dgn ayat2 rahmat atau doa. mohon perlindungan, kiranya bertemu ayat azab.
6. Menjawab seruan azan ketika mendgrnya.
Adab selepas membaca Al-Quran
1. Baca sodaqallah ul azim
2. Simpan di tempan yg baik/selamat.
Bacaan dan tajwid -- surah Yasin ayat 11 & 12.
Ayat 36:11
"Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan
faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut
ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman
semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan.
Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan
dan pahala yang mulia."." (Yasiin Ayat 36:11)
Ayat 36:12
"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan
segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan
perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami
catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata." (Yasiin Ayat 36:12)
Published with Blogger-droid v2.0.3
No comments:
Post a Comment