Friday, January 13, 2012

Sifat Para Nabi dan Rasul (samb.)

-Us Yusri Kuliah Maghrib Jumaat 13-Jan-2012

Maksum - sifat para Nabi utk memelihara mereka dr melakukan maksiat kpd Allah.

Sifat ke-9 para Nabi: Mukjizat

  • kita perlu beriman bhw para Nabi dan rasul dikurnia mukjizat sesuatu yg dianugerahkan oleh Allah, utk menguatkan lagi keyakinan manusia, bhw mereka ada para Nabi dan Rasul yg dilantik oleh Allah. 

  • mukjizat adalah perkara luar biasa yg ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul, mengatasi kepakaran/kepandaian yg pada ketika/zaman itu para umatnya mahir/pandai. Cth: (i) Nabi Ibrahim as (ii) Nabi Musa as

(1) Nabi Ibrahim as: ketika dicampak dlm api yg menjulang2, baginda tidak sedikit pun merasa panas. Surah Al-Anbiak Ayat 67-68.

- Surah Al-Anbiak Ayat 21:67 (klik sini utk paparan ayat)

أُفّٖ لَّكُمۡ وَلِمَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ

"Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"  


- Surah Al-Anbiak Ayat 21:68(klik sini utk paparan ayat)

قَالُواْ حَرِّقُوهُ وَٱنصُرُوٓاْ ءَالِهَتَكُمۡ إِن كُنتُمۡ فَٰعِلِينَ

"(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" 

 
  • Mukjizat Nabi Ibrahim bhw dia tidak terbakar, logiknya akan mati dan rentunglah Nabi Ibrahim as.

  • Allah perintahkan kpd api utk menjadi sejuk dan sejahtera kpd Nabi Ibrahim. 

  • Hakikat yg memberikan kesan terhadap sesuatu perkara adalah Allah, dlm kejadian ini Allah mencabut sifat api ie sifat membakarnya.

  • Ada manusia yg beriman setelah menyaksikan kejadian ini, namun ada juga org yg tidak beriman, kerana takutkan kuasanya tergugat.

-Pengajaran:

Manusia (yg jahat) apbl dia kalah berhujah dia akan menggunakan kuasa yg menafikan kebenaran. Kaum Namrud setelah tewas berhujah dr Nabi Ibrahim as, mereka berpakat membakar baginda.

 


(2) Nabi Musa as: Surah As-Syura Ayat 26:63 (klik sini utk paparan ayat)
 
فَأَوۡحَيۡنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٖ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِيمِ

"Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar."


Kisah Nabi Musa as sewaktu diburu oleh tentera firaun, inilah ujian keimanan pengikut Nabi Musa as, dlm keadaan cemas maka Allah perintahkan kpd Nabi Musa as utk memukul laut dgn tongkatnya. Mukjizat inilah membuktikan kenabian Nabi Musa as. Setelah selamat tiba Nabi Musa as dan pengikutnya ke seberang daratan, Allah perintahkan laut utk bercantum semula. Maka tentera dan firaun sendiri yg mengejar Nabi Musa as yg ketika itu masih lagi mengejar dgn laluan yg diguna oleh Nabi Musa as dan pengikutnya, ditelan oleh air laut dan dimusnahkan.


Sifat ke-10 para Nabi: beriman kpd para Nabi dan Rasul

1) Nabi Muhammad: setiap perbuatan dan percakapannya tidak pernah melakukan maksiat kpd Allah, suci dr segi zahir dan batinnya.

- Surah Al-Ahzab Ayat 33:21 (klik sini utk paparan ayat)

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"



Sifat ke-11: beriman bhw Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir.

Firman Allah dlm surah Al-Ahzab Ayat 33:37 (klik sini utk paparan ayat)


وَإِذۡ تَقُولُ لِلَّذِيٓ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَأَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِ أَمۡسِكۡ عَلَيۡكَ زَوۡجَكَ وَٱتَّقِ ٱللَّهَ وَتُخۡفِي فِي نَفۡسِكَ مَا ٱللَّهُ مُبۡدِيهِ وَتَخۡشَى ٱلنَّاسَ وَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَىٰهُۖ فَلَمَّا قَضَىٰ زَيۡدٞ مِّنۡهَا وَطَرٗا زَوَّجۡنَٰكَهَا لِكَيۡ لَا يَكُونَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ حَرَجٞ فِيٓ أَزۡوَٰجِ أَدۡعِيَآئِهِمۡ إِذَا قَضَوۡاْ مِنۡهُنَّ وَطَرٗاۚ وَكَانَ أَمۡرُ ٱللَّهِ مَفۡعُولٗا

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku."


Ayat ini diturunkan merujuk pd kisah anak angkat Rasulullah saw, apbl menamakan Zaid bin Haritsah kpd Zaid bin Muhammad. Setelah turun ayat ini maka anak angkat tidak buleh di binkan kpd bapa angkat.

Ayat ini juga menjelaskan fitnah ke atas Rasulullah yg berkahwin dengan Zainab binti Jahsy, bekas isteri (janda) kpd anak angkat baginda ie Zaid bin Haritsah. Allah menurunkan ayat ini utk melupuskan amalan tradisi arab ketika itu yg menganggap anak angkat seperti (sama taraf dgn) anak kandung.

  • "La Nabi Badi" - ada kisah org yg namanya "Lanabi" mengaku bhw dia adalah nabi yg disebutkan oleh Rasulullah saw dlm ucapan Nabi tersbt. Namun pd hari ini masih ada org yg mempercayai adanya nabi (yang menerima wahyu dr Allah utk manusia hari ini) selepas kewafatan Nabi Muhammad saw.

  • kita perlu beriman kpd nabi2 sebelum Rasulullah saw, dan kita buleh ambil iktibar dr kisah2 mereka. Namun kita tidak buleh mengikut syariat yg diturunkan kpd nabi2 terdahulu dr Rasulullah. Syariat yg perlu diikuti dan diimani adalah syariat Nabi Muhammad saw. Cth: kita tidak buleh mengikut cara solat (syariat) Nabi selain dr yg diajarkan/dilakukan oleh Rasulullah saw.


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments: